13/08/2026
13 Ogos 2026, Parit Raja, Batu Pahat
Satu lawatan telah diadakan oleh Penolong Pegawai Tadbir MARDI Kluang, En Shafiq Izzudin Kateni bersama Penyelia Jualan Hasil, En Fazarol Helmi ke syarikat Wanmalinja Food Industries Sdn Bhd, salah satu syarikat usahawan bimbingan MARDI Johor Bahru.
Tujuan utama kunjungan ini adalah untuk membincangkan peluang dan usaha kerjasama dalam mempelbagaikan lagi produk berasaskan ternakan dibawah penjenamaan Dana MARDI Kluang
Inisiatif ini adalah bertujuan untuk menghasilkan kepelbagaian produk Dana MARDI Kluang serta mempromosikan produk tempatan ke satu tahap yang lebih tinggi.