Pejabat Daerah Kluang

Pejabat Daerah Kluang πŠπ‹π”π€ππ† πŒπ€πŠπŒπ”π‘ 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀 2030 Pejabat Daerah Kluang (PDK) terletak di Bangunan Pejabat Daerah dan Tanah, Jalan Pejabat Kerajaan 1, 86000 Kluang, Johor.

Kawasan pentadbirannya meliputi 8 buah mukim. Pejabat Daerah Kluang adalah merupakan agensi kerajaan utama di daerah Kluang yang bertindak sebagai perancang dan penyelaras pembangunan daerah. Dari segi sosial, organisasi ini juga memainkan peranan sebagai agen kepada perubahan, penyambungan kepada lidah kerajaan dan pendokong kepada sistem pentadbiran berdasarkan budaya kerja yang cemerlang dan po

sitif. Kluang merupakan nama sebuah pekan dan daerah yang terletak lebih kurang di tengah negeri Johor. Ia terletak 110km di utara Johor Bahru, tenggara Batu Pahat, barat Mersing dan selatan Segamat. Bilangan penduduk daerah Kluang kini melebihi 250,000 orang dan kawasan bandar itu sendiri mempunyai 140,000 penduduk. Nama Kluang berasal daripada perkataan Melayu β€˜keluang’, yang bermaksud sejenis musang terbang ataupun kelawar buah. Haiwan-haiwan sebegini pernah wujud dalam bilangan yang banyak di daerah Kluang beberapa dekad yang lalu, tetapi kini hampir tiada lagi disebabkan aktiviti pemburuan dan pemusnahan habitat semulajadinya. Kedudukan Kluang terletak di tengah-tengah Negeri Johor Darul Ta’zim, dikelilingi oleh semua daerah, kecuali daerah Muar. Keluasan daerah Kluang ialah 2,8518.8 kilometer persegi. Kluang mudah dihubungi dengan bandar-bandar lain dengan melalui rangkaian jalanraya dan keretapi. Tahun 1915 merupakan tahun bersejarah bagi Kluang. Pada tahun tersebut pusat pentadbiran telah ditubuhkan bagi kawasan tengah Johor. Pada tahun yang sama juga perhubungan landasan keretapi menghubungi Kluang dengan bandar-bandar utama yang lain telah dibina. Pertumbuhan pesat bandar Kluang bermula pada tahun 1920-an dan 1930-an dengan daerah pengeluar getah paling utama. Pejabat Daerah Kluang merupakan sebuah jabatan yang bertanggungjawab dalam pembangunan Kluang dan sekaligus pusat bagi perubahan, cabaran dan pengaruh dalam bentuk sosial dan budaya. Di samping itu Pejabat Daerah Kluang juga berperanan sebagai institusi sokongan pembangunan di peringkat akar umbi di setiap kawasan di daerah Kluang. Berbeza dengan negeri-negeri lain di Malaysia, Kerajaan Negeri Johor telah mengasingkan pentadbiran daerah dan pentadbiran tanah melalui pembentukan Pejabat Daerah dan Pejabat Tanah Daerah. Walau bagaimanapun Pejabat Daerah merupakan pentadbiran utama di peringkat daerah.

06/09/2026

πŸ“’ MAKLUMAN UJIAN FIZIKAL JAWATAN KOSONG

Semakan menghadiri Ujian Fizikal bagi jawatan Pembantu Khidmat Am Gred H1 (Kontrak Interim) boleh dibuat mulai 4 September 2026 (Jumaat).

πŸ“… Tarikh Ujian: 10 September 2026 (Khamis)

πŸ•— Masa: 8.00 pagi

πŸ“ Tempat: Padang Sekolah Kebangsaan Kampong Melayu, Jalan Penghulu Kassim, Kampung Melayu, 86000 Kluang, Johor Darul Ta’zim.

πŸ”— Semakan melalui Sistem E-Job MPK
http://esistem.mpkluang.gov.my/eJOB_MPKLUANG/

06/09/2026

Empat daripada lapan stesen pemantauan kualiti udara di Negeri Johor merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada kategori Tidak Sihat melibatkan Segamat, Batu Pahat, Kluang dan Tangkak setakat jam 8 pagi ini.

Orang ramai khususnya di kawasan terlibat dinasihatkan mengurangkan aktiviti fizikal di luar, mengikuti perkembangan bacaan IPU semasa dan elakkan melakukan pembakaran terbuka.









05/09/2026

Keadaan kualiti udara di Negeri Johor setakat jam 8 malam ini masih memerlukan perhatian yang sewajarnya apabila lima daripada lapan stesen pemantauan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada kategori Tidak Sihat, manakala tiga lagi berada pada tahap Sederhana.

Berikutan situasi ketika ini, orang ramai disaran untuk terus mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengehadkan aktiviti di luar serta menggunakan pelitup muka mengikut keperluan. Pastikan pengambilan air mencukupi dan segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami simptom kesihatan yang berpanjangan. Sama-sama kita peka terhadap keadaan semasa dan utamakan kesihatan diri serta keluarga.








05/09/2026

Keadaan cuaca panas dan kering yang berlaku ketika ini memerlukan perhatian serta kerjasama daripada semua pihak bagi mengurangkan sebarang risiko terhadap kesihatan awam dan alam sekitar. Dalam situasi sebegini, sikap bertanggungjawab setiap individu amat penting, khususnya dalam mengelakkan sebarang tindakan yang boleh memburukkan lagi keadaan kualiti udara.

Orang ramai diseru agar sentiasa peka terhadap keadaan semasa, mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi dan mematuhi nasihat serta arahan pihak berkuasa. Bersama kita tingkatkan kesiapsiagaan, jaga kesihatan diri dan keluarga serta memastikan keadaan alam sekitar Johor terus terpelihara.









05/09/2026

Β  – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan mengurangkan aktiviti fizikal di luar susulan kualiti udara semasa yang berada pada kategori tidak sihat di kebanyakan tempat. Β  Setakat jam 8 pagi hari ini, tujuh daripada lapan stesen pemantauan kualiti udara di Johor merekodka...

05/09/2026

Lima daripada lapan stesen pemantauan kualiti udara di Johor merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada kategori Tidak Sihat setakat jam 5 petang ini.

Terus ikuti perkembangan bacaan IPU semasa dan elakkan pembakaran terbuka dalam keadaan cuaca panas dan kering yang boleh memburukkan lagi pencemaran udara.









Sabtu | 05.09.2026YBhg Puan Hajah Azurawati binti Wahid, Pegawai Daerah Kluang, menghadiri Program Santuni MADANI 2026 S...
05/09/2026

Sabtu | 05.09.2026

YBhg Puan Hajah Azurawati binti Wahid, Pegawai Daerah Kluang, menghadiri Program Santuni MADANI 2026 Sempena Hari Kebangsaan 2026 pada pagi Sabtu 05.09.2026 ini dimulai dengan program Riadah Jom Yok Melaku yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi di Kampung Tengah, Kluang bermula 4 hingga 5 September 2026 yg dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Yang Berbahagia Dato' Ts Dr Haji Aminuddin bin Hassim bersama pihak Kementerian Pengajian Tinggi, dihadiri bersama YB ADUN Mahkota Yang Berhormat Tuan Syed Hussein Bin Syed Abdullah, Ketua Jabatan di peringkat kementerian, Negeri, Pusat-Pusat Pengajian Tinggi dan ketua Jabatan Daerah Kluang.

Pelbagai aktiviti diadakan selama 2 hari ini iaitu jualan rahmah, pertandingan permainan sukan rakyat, permainan sukan dalaman, pemotongan rambut percuma daripada Kolej Komuniti, pemeriksaan kesihatan, kaunter UPU online untuk menyantuni penduduk dan masyarakat di Daerah Kluang

β€œPROFESIONAL, BEREVOLUSI DIGITAL DAN MENSEJAHTERAKAN KLUANG”


Jom Check !  Bila kali terakhir kita check Kesihatan kita ?  Jika anda berumur 40 tahun ke atas dan penerima Sumbangan T...
04/09/2026

Jom Check !



Bila kali terakhir kita check Kesihatan kita ?



Jika anda berumur 40 tahun ke atas dan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Anda adalah orang yang terpilih, kerana anda layak untuk mendapatkan Skim Peduli Kesihatan (PeKa B40).



Jom kita ke Malaysia, Jom Check! x PeKa B40 untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kesihatan kita dan kenali manfaat yang ada dibawah skim PeKa B40 ini!



Tarikh: 5 September 2026

Masa: 8.00 pagi - 12.00 tenghari

Tempat: Balairaya Taman Impian​, Jalan Impian, 86000 Kluang​



Jangan tunggu lagi, jom sama kita dapatkan peluang ini! ajak mak, ayah, pasangan, keluarga, jiran semua ke Malaysia, Jom Check! x PeKa B40



Lebih PeKa, Lebih Cakna !

04 September 2026 | JumaatPENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU SULTAN JOHOR UNTUK KEL...
04/09/2026

04 September 2026 | Jumaat

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU SULTAN JOHOR UNTUK KELUARGA TERMISKIN DI DAERAH KLUANG BULAN OGOS FASA 1 TAHUN 2026

YBhg. Puan Hajah Azurawati binti Wahid, Pegawai Daerah Kluang telah sempurna melaksanakan kurniaan pada hari ini kepada beberapa buah keluarga di sekitar Mukim Kluang.

Turut sama mengiringi penyerahan kurniaan ialah Puan Syafifarhana binti Srafi, Penolong Pegawai Daerah Kluang dan wakil-wakil komuniti Kluang.

Kurniaan ini merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat dengan menyasarkan penerima daripada kalangan keluarga asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan bantuan.

Penerima terdiri dari mereka yang kurang berkemampuan, ahli keluarga OKU, pesakit terlantar dan berpenyakit kronik. Kurniaan ini adalah bagi membantu golongan tersebut di samping dapat meringankan beban mereka.

Semua penerima mendoakan agar DYAM Pemangku Sultan Johor serta semua Kerabat Diraja diberikan perlindungan dan kesihatan oleh Allah SWT. Penerima menjunjung kasih atas kurniaan sumbangan DYAM Pemangku Sultan Johor dan semoga pemberian ini serba sedikit dapat meringankan beban mereka.

Menjunjung Setinggi-tinggi Kasih DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor atas kurniaan tersebut.

PROFESIONAL, BEREVOLUSI DIGITAL & MENSEJAHTERAKAN KLUANG




πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ πƒπ€π‘πˆππ€πƒπ€ ππ„π†π€π–π€πˆ πŠπ€π’π“π€πŒ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 πŠπ‹π”π€ππ† 𝐃𝐀𝐍 πŒπ„π‘π’πˆππ† 02 September 2026 | Rabu | Pejabat Daerah Kluang Hari...
03/09/2026

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ πƒπ€π‘πˆππ€πƒπ€ ππ„π†π€π–π€πˆ πŠπ€π’π“π€πŒ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 πŠπ‹π”π€ππ† 𝐃𝐀𝐍 πŒπ„π‘π’πˆππ†

02 September 2026 | Rabu | Pejabat Daerah Kluang

Hari ini telah dihadiri oleh Pn Azlina binti Muhammad, Ketua Kastam Daerah Kluang dan Mersing bagi kunjungan hormat kepada Puan Hajah Azurawati binti Wahid, Pegawai Daerah Kluang.

Turut hadir bersama iaitu Pegawai-Pegawai Kastam Daerah Kluang dan Kakitangan pada sesi kunjungan hormat tersebut.

"β„™β„π•†π”½π”Όπ•Šπ•€π•†β„•π”Έπ•ƒ, π”Ήπ”Όβ„π”Όπ•π•†π•ƒπ•Œπ•Šπ•€ 𝔻𝕀𝔾𝕀𝕋𝔸𝕃 𝔻𝔸ℕ π•„π”Όβ„•π•Šπ”Όπ•π”Έβ„π•‹π”Όβ„π”Έπ•‚π”Έβ„• π•‚π•ƒπ•Œπ”Έβ„•π”Ύ"



Address

Kluang

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+6077721964

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Daerah Kluang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Daerah Kluang:

Share