5 RAMD

5 RAMD "Tartan Warrior" Batalion Ke-5 RAMD telah ditubuhkan pada 1 April 1951 di Haig Lines, Port Dickson. Pegawai Memerintah pertama ialah Lt Kol C.N.B Rose.

Pada ketika itu Negara sedang menghadapi zaman darurat yang pertama iaitu peperangan melawan pengganas-pengganas komunis dari Parti Komunis Malaya. Pegawai-pegawai yang membantu mengasaskan pasukan ini ialah Mej H.H.E Brovin (Penolong Pegawai Memerintah), Mej J. Clerk (Ketua Kompeni Markas), Kapt P.G Roxpell (Ajutan), Kapt T. Bradshow (Kuartermaster) dan PW 1 Griffith (Sarjan Mejar Rejimen). Pada

November 1951, pasukan mula mencatatkan sejarah yang pertama apabila mengadakan satu upacara perbarisan kehormatan di Padang Singapura di mana Mej Jen A.G.Carol Scott, General Officer Commanding Singapore Base District telah mengambil tabik hormat. Pada Disember 1951, pasukan telah berpindah ke Raub dan Kuala Lipis dan telah menjalankan tugas gerakan yang pertama. Sungguhpun usianya masih muda pada ketika itu, dan dengan kekuatan anggotanya yang masih belum mencukupi pasukan membuktikan keupayaan kepada negara di mana dalam masa 6 bulan menjalankan operasi di Pahang seramai 16 orang pengganas komunis telah berjaya dibunuh. Pada Mei 1952, pasukan berpindah ke Butterworth dan menjalankan tugas operasi di negeri Kedah dan Perak Utara. Pasukan telah berpindah ke Kepala Batas, Alor Setar, Kedah dan mengambilalih tugas dari Batalion Ke-3 RAMD pada Julai 1953. Gelaran `Dirajaβ€˜ telah dianugerahkan kepada Rejimen Askar Melayu pada 1 Mac 1958 di Kuala Lumpur dan bersempena dengan itu pasukan telah menggunakan gelaran itu. Pada 9 September 1953, pasukan telah menerima panji-panji dari Field Marshal Tun Sir Gerald Templer, Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya bertempat di Padang Kawad Kem Kepala Batas. Pada 6 April 1968, DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung yang pertama telah membuat pertukaran panji-panji pertama pasukan di Padang Majlis Perbandaran, Ipoh manakala pada 7 Jun 2006, sekali lagi panji-panji pasukan telah dibuat pertukaran oleh KDYMM Kolonel Yang DiPertua RAMD. Pasukan pernah ditempatkan di 25 kem di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak. Di bawah program penyusunan semula batalion-batalion RAMD, pasukan ini telah disusun atur sebagai Batalion Infantri Standard (BIS) pada 1 Oktober 1998 dan sekarang ini berpangkalan di Kem Batu 3, Kluang, Johor. Semenjak tahun 1987 pasukan ini mempunyai pertalian rapat dengan First Batalion King’s Own Scottish Borderers (KOSB) dan telah menjadi pasukan pertama yang mempunyai Platun Serunai dan bagpipes di dalam Tentera Darat Malaysia.

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π ππ„π†π€π–π€πˆ πŒπ„πŒπ„π‘πˆππ“π€π‡ πŠπ„ππ€πƒπ€ 𝐕𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍 πŸ“ π‘π€πŒπƒPegawai Memerintah 5 RAMD, Lt Kol Azlan Shah bin Baharom telah...
11/04/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π ππ„π†π€π–π€πˆ πŒπ„πŒπ„π‘πˆππ“π€π‡ πŠπ„ππ€πƒπ€ 𝐕𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍 πŸ“ π‘π€πŒπƒ

Pegawai Memerintah 5 RAMD, Lt Kol Azlan Shah bin Baharom telah mengadakan lawatan kebajikan ke atas veteran 5 RAMD sebagai tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan mereka.

Lawatan ini bertujuan mengekalkan hubungan erat antara pasukan dan veteran di samping menyantuni kebajikan mereka. Dalam sesi tersebut, beliau turut bertanya khabar serta meninjau keadaan kesihatan veteran, selain menyampaikan sumbangan sebagai tanda ingatan.

Pegawai Memerintah menegaskan bahawa kebajikan veteran sentiasa menjadi keutamaan dan hubungan silaturahim antara warga lama dan baharu perlu terus diperkukuhkan. Program seperti ini akan diteruskan bagi memastikan kebajikan veteran sentiasa terpelihara.







ππ„π‘ππ€π‘πˆπ’π€π π‡π€π‘πˆ 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŠπ„-πŸ•πŸ“ ππ€π’π”πŠπ€π πŸ“ π‘π€πŒπƒKLUANG, 4 April 2026 – Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja (5 RA...
06/04/2026

ππ„π‘ππ€π‘πˆπ’π€π π‡π€π‘πˆ 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŠπ„-πŸ•πŸ“ ππ€π’π”πŠπ€π πŸ“ π‘π€πŒπƒ

KLUANG, 4 April 2026 – Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja (5 RAMD) telah menyambut Hari Ulang Tahun ke-75 dengan penuh gilang-gemilang melalui satu perbarisan tempur yang mencerminkan tahap kesiapsiagaan serta semangat juang tinggi seluruh warga pasukan.

Perbarisan yang berlangsung dengan penuh disiplin ini diketuai oleh Penolong Pegawai Memerintah, Mej Mohd Faizal bin Mohd Jais, melibatkan kekuatan seramai 16 pegawai dan 178 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) daripada empat detasmen utama. Acara dimulakan dengan pemeriksaan barisan oleh Pegawai Memerintah, Lt Kol Azlan Shah bin Baharom sebagai simbol ketelitian dan keunggulan tahap kesiagaan anggota.

Majlis turut menyaksikan upacara pemakaian pangkat melibatkan pegawai dan anggota LLP sebagai pengiktirafan terhadap dedikasi serta kecemerlangan dalam perkhidmatan. Antara detik istimewa ialah kenaikan pangkat Mej Mohd Asrof bin Rosli daripada Kapten ke Mejar. Selain itu, tiga anggota LLP turut menerima pemakaian pangkat sebagai penghargaan terhadap komitmen dan prestasi cemerlang mereka.

Dalam perbarisan ini, Pegawai Memerintah turut memperkenalkan Piala Cakra Wira, yang melambangkan keunggulan, semangat juang serta prestasi menyeluruh sesebuah kompeni dalam aspek pentadbiran, latihan dan operasi. Piala ini akan dianugerahkan kepada kompeni terbaik setiap tahun. Bagi tahun 2025, Kompeni B telah dinobatkan sebagai penerima sulung anugerah tersebut atas kecemerlangan yang dipamerkan.

Perbarisan turut diserikan dengan gimik pelancaran logo baharu pasukan, yang melambangkan transformasi serta aspirasi baharu 5 RAMD dalam menghadapi cabaran masa hadapan. Selain itu, satu istiadat simbolik turut diadakan melibatkan penyerahan bendera, pennant dan senjata tradisional kepada setiap Ketua Kompeni sebagai lambang amanah, kepimpinan serta warisan ketenteraan yang terus dipelihara.

Dalam ucapan beliau, Pegawai Memerintah menekankan kepentingan semangat setiakawan, profesionalisme dan kesiapsiagaan tempur bagi memastikan pasukan terus kekal relevan dan berwibawa. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga 5 RAMD atas komitmen serta pengorbanan yang tidak berbelah bahagi.

Majlis perbarisan yang penuh bermakna ini diakhiri dengan sesi bergambar sebagai kenangan, sekali gus menutup tirai sambutan Hari Ulang Tahun ke-75 Pasukan 5 RAMD dengan penuh semangat patriotisme dan kebanggaan.








ππ„π‘ππ€π‘πˆπ’π€π π“π€π‡π‹πˆπ‹ π‘π„π‰πˆπŒπ„ππ“π€π‹ π’π„πŒππ„ππ€ 𝐇𝐔𝐓 πŸ“ π‘π€πŒπƒ πŠπ„-πŸ•πŸ“KLUANG, 2 April 2026 - Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja ...
04/04/2026

ππ„π‘ππ€π‘πˆπ’π€π π“π€π‡π‹πˆπ‹ π‘π„π‰πˆπŒπ„ππ“π€π‹ π’π„πŒππ„ππ€ 𝐇𝐔𝐓 πŸ“ π‘π€πŒπƒ πŠπ„-πŸ•πŸ“

KLUANG, 2 April 2026 - Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja (5RAMD) mengadakan satu acara penghayatan sejarah apabila Perbarisan Tahlil Rejimental sempena Hari Ulang Tahun ke-75 5 RAMD telah dilaksanakan dengan penuh tertib dan penghormatan.

Sebaik sahaja ketibaan Pegawai Memerintah, perbarisan kemudiannya bergerak secara berarak menuju ke Surau Pahlawan 5 RAMD. Perarakan ini diiringi dengan alunan bagpipes yang dimainkan oleh Platun Serunai 5 RAMD, menambahkan lagi suasana penuh simbolik.

Setibanya di surau, majlis diteruskan dengan solat Maghrib secara berjemaah yang dipimpin oleh Pegawai Agama Pasukan. Seusai solat, acara diteruskan dengan bacaan Surah Yaasin dan tahlil sebagai tanda doa dan penghormatan kepada para perwira yang telah gugur serta mereka yang telah pergi meninggalkan kita.

Perbarisan Tahlil Rejimental ini bukan sekadar satu acara tahunan, tetapi merupakan satu manifestasi penghormatan yang mendalam terhadap sejarah dan warisan rejimen, sekaligus mengukuhkan semangat kekitaan dalam kalangan warga 5 RAMD.







π—¦π—˜π—žπ—”π—Ÿπ—¨π—‘π—š π—§π—”π—›π—‘π—œπ—”π—›Pegawai Memerintah, Lt Kol Azlan Shah bin Baharom bersama seluruh warga 5 RAMD menzahirkan ucapan seting...
01/04/2026

π—¦π—˜π—žπ—”π—Ÿπ—¨π—‘π—š π—§π—”π—›π—‘π—œπ—”π—›

Pegawai Memerintah, Lt Kol Azlan Shah bin Baharom bersama seluruh warga 5 RAMD menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Brigedier Jeneral Abd Munir bin Hj Abd Rani atas pelantikan sebagai Pengarah Infantri ke-38.

Semoga dengan pelantikan ini, Pasukan Infantri akan terus diperkasakan serta kekal unggul, berwibawa dan cemerlang dalam mempertahankan kedaulatan negara.

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸ“ π‘π€πŒπƒ πŠπ„-πŸ•πŸ“Pegawai Memerintah 5 RAMD, Lt KolAzlan Shah bin Baharom mengucapkan selam...
01/04/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸ“ π‘π€πŒπƒ πŠπ„-πŸ•πŸ“

Pegawai Memerintah 5 RAMD, Lt Kol
Azlan Shah bin Baharom mengucapkan selamat menyambut Hari Ulang Tahun ke-75 kepada seluruh warga 5 RAMD serta menzahirkan penghargaan atas segala khidmat dan pengorbanan yang telah dicurahkan.

Semoga pasukan ini terus kekal cemerlang, berdisiplin dan sentiasa bersedia dalam melaksanakan amanah demi mempertahankan kedaulatan negara.








30/03/2026
π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ πŸ“ π‘π€πŒπƒ πƒπˆπ’π€πŒππ”π“ 𝐒𝐄𝐃𝐄𝐑𝐇𝐀𝐍𝐀 ππ€πŒπ”π πŒπ„π‘πˆπ€π‡KLUANG, 21 Mac 2026 - 5 RAMD telah mengadakan Sambut...
23/03/2026

π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ πŸ“ π‘π€πŒπƒ πƒπˆπ’π€πŒππ”π“ 𝐒𝐄𝐃𝐄𝐑𝐇𝐀𝐍𝐀 ππ€πŒπ”π πŒπ„π‘πˆπ€π‡

KLUANG, 21 Mac 2026 - 5 RAMD telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri dalam suasana sederhana tetapi penuh kemeriahan dan semangat kekeluargaan. Sambutan dimulakan dengan Solat Sunat Aidilfitri yang dilaksanakan di Surau Pahlawan 5 RAMD, dihadiri oleh pegawai serta anggota yang berada di pasukan.

Majlis kemudiannya diteruskan di Arena Futsal 5 RAMD yang telah dihias indah bagi menyemarakkan suasana hari lebaran. Ketibaan Pegawai Memerintah, Lt Kol Azlan Shah bin Baharom bersama keluarga telah disambut dengan penuh meriah oleh warga 5 RAMD, menambahkan lagi keceriaan majlis tersebut.

Pelbagai juadah tradisional Hari Raya telah disediakan untuk dinikmati bersama, antaranya lemang, dodol, rendang serta hidangan lain yang membangkitkan selera dan nostalgia suasana kampung. Majlis turut diserikan dengan alunan muzik oleh Platun Tambor yang menambahkan lagi kemeriahan suasana sambutan.

Dalam kesempatan tersebut, Pegawai Memerintah turut meluangkan masa untuk mengagihkan juadah Hari Raya kepada pegawai dan anggota yang bertugas, sebagai tanda penghargaan atas komitmen mereka dalam melaksanakan tugas walaupun di hari perayaan.

Dalam ucapannya, beliau menzahirkan rasa syukur atas sambutan yang dapat dilaksanakan dengan baik serta menekankan kepentingan semangat perpaduan, kerjasama dan kekeluargaan dalam kalangan warga pasukan. Beliau juga berharap agar Aidilfitri ini menjadi medan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama anggota.

Sebagai tanda kegembiraan dan keprihatinan, Pegawai Memerintah turut menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir, menceriakan suasana. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar sebagai kenangan, menandakan berakhirnya sambutan Hari Raya Aidilfitri 5 RAMD yang berlangsung dengan penuh harmoni dan keceriaan.





π—¦π—˜π—žπ—”π—Ÿπ—¨π—‘π—š π—§π—”π—›π—‘π—œπ—”π—›Pegawai Memerintah serta seluruh warga Batalion Ke-5 Rejimen Askar Melayu Diraja (5 RAMD) merakamkan set...
17/03/2026

π—¦π—˜π—žπ—”π—Ÿπ—¨π—‘π—š π—§π—”π—›π—‘π—œπ—”π—›

Pegawai Memerintah serta seluruh warga Batalion Ke-5 Rejimen Askar Melayu Diraja (5 RAMD) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Lt Amir Akhtar bin Shaikh Izzuddin atas kejayaan dinobatkan sebagai Penuntut Akademik Terbaik Kursus Keselamatan Api Pasukan (Dec) Siri 1/26.

Kejayaan ini mencerminkan tahap komitmen, kecekapan dan kecemerlangan yang tinggi dalam aspek akademik serta profesionalisme sebagai seorang pegawai. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.




πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πŠπ‡π€π“π€πŒ 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏 πŠπ”π‘π’π”π’ ππˆπ…π€ 𝐓𝐀𝐇𝐀𝐏 𝟏 & 𝟐 π’πˆπ‘πˆ 𝟏/πŸπŸ” ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πŸ“ π‘π€πŒπƒKLUANG, 15 Mac 2026 - Batalion Keli...
16/03/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πŠπ‡π€π“π€πŒ 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏 πŠπ”π‘π’π”π’ ππˆπ…π€ 𝐓𝐀𝐇𝐀𝐏 𝟏 & 𝟐 π’πˆπ‘πˆ 𝟏/πŸπŸ” ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πŸ“ π‘π€πŒπƒ

KLUANG, 15 Mac 2026 - Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja (5 RAMD) telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran dan Penutup Kursus PIFA Tahap 1 & 2 Siri 1/26 dalam suasana penuh keinsafan dan keberkatan. Majlis ini diketuai oleh Pegawai Agama Pasukan dengan penglibatan anggota dari pelbagai peringkat.

Antara pengisian utama ialah majlis khatam Al-Quran sebagai simbol kejayaan peserta menamatkan bacaan sepanjang program tadarus. Sebagai tanda penghargaan, cenderahati telah disampaikan kepada para peserta khatam Al-Quran atas komitmen dan kesungguhan mereka.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan keagamaan peringkat kompeni meliputi acara Nasyid, Tilawah dan Hafazan, yang telah disampaikan oleh Pegawai Memerintah 5 RAMD, Lt Kol Azlan Shah bin Baharom. Penyampaian ini merupakan pengiktirafan terhadap usaha dan bakat anggota dalam menghayati serta memperkukuhkan ilmu agama.

Program diteruskan dengan berbuka puasa secara berjemaah, diikuti solat Maghrib dan sambungan jamuan berbuka. Seterusnya, anggota bersama-sama menunaikan solat Isyak dan Tarawih secara berjemaah, yang mengeratkan ukhuwah serta semangat kebersamaan.

Majlis diakhiri dengan moreh serta penyampaian sumbangan kepada anggota kebajikan, sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada mereka yang memerlukan.

Secara keseluruhannya, majlis ini bukan sahaja menjadi platform penutup Kursus PIFA, malah berjaya menyemarakkan penghayatan Islam, memperkukuhkan ukhuwah serta memupuk nilai murni dalam kalangan warga 5 RAMD.





ππ„πŒπ„π‘πˆπŠπ’π€π€π πŠπ„ππƒπ„π‘π€π€π π’π„πŒππ„ππ€ π‚π”π“πˆ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πŸ“ π‘π€πŒπƒKLUANG, 15 Mac 2026 - Batalion Kelima Rejimen As...
15/03/2026

ππ„πŒπ„π‘πˆπŠπ’π€π€π πŠπ„ππƒπ„π‘π€π€π π’π„πŒππ„ππ€ π‚π”π“πˆ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πŸ“ π‘π€πŒπƒ

KLUANG, 15 Mac 2026 - Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja (5 RAMD) telah melaksanakan Pemeriksaan Kenderaan Sempena Cuti Hari Raya Aidilfitri bagi memastikan tahap keselamatan kenderaan anggota yang akan pulang bercuti berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.

Pemeriksaan ini melibatkan kenderaan milik pegawai dan anggota yang akan pulang ke kampung halaman sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Antara aspek yang diberi penekanan termasuk keadaan tayar, brek, lampu, minyak enjin, air radiator serta dokumen kenderaan bagi memastikan semuanya berada dalam keadaan sempurna sebelum memulakan perjalanan jauh.

Program ini dilaksanakan sebagai langkah pencegahan bagi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya, di samping memupuk kesedaran dalam kalangan anggota tentang kepentingan menjaga keselamatan diri serta keluarga ketika memandu.

Melalui pemeriksaan ini juga, anggota turut diingatkan supaya merancang perjalanan dengan baik, mematuhi peraturan lalu lintas serta mendapatkan rehat yang mencukupi sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan pemeriksaan kenderaan ini diharap dapat membantu memastikan perjalanan anggota 5 RAMD sempena cuti Hari Raya Aidilfitri berjalan dengan selamat, lancar dan selamat sampai ke destinasi masing-masing.





ππ„π‘ππ€π‘πˆπ’π€π ππ„π†π€π–π€πˆ πŒπ„πŒπ„π‘πˆππ“π€π‡ πŸ“ π‘π€πŒπƒ π’πˆπ‘πˆ 𝟏/πŸπŸŽπŸπŸ”KLUANG, 15 Mac 2026 - Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja (5 RAM...
15/03/2026

ππ„π‘ππ€π‘πˆπ’π€π ππ„π†π€π–π€πˆ πŒπ„πŒπ„π‘πˆππ“π€π‡ πŸ“ π‘π€πŒπƒ π’πˆπ‘πˆ 𝟏/πŸπŸŽπŸπŸ”

KLUANG, 15 Mac 2026 - Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja (5 RAMD) telah melaksanakan Perbarisan Pegawai Memerintah Siri 1/2026 yang berlangsung dengan penuh tertib dan semangat ketenteraan. Perbarisan ini melibatkan 19 pegawai serta 291 anggota LLP dan diketuai oleh Penolong Pegawai Memerintah, Mej Mohd Faizal bin Mohd Jais.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu pasukan, diikuti pemeriksaan barisan bagi memastikan tahap kesiapsiagaan serta kekemasan anggota berada pada tahap terbaik. Seterusnya, majlis diteruskan dengan upacara pemakaian pangkat kepada seramai 27 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) sebagai pengiktirafan terhadap prestasi serta komitmen mereka dalam perkhidmatan.

Dalam ucapannya, Pegawai Memerintah 5 RAMD menekankan kepentingan mengekalkan tahap disiplin yang tinggi dalam kalangan anggota sebagai asas kekuatan dan kredibiliti pasukan. Beliau turut mengingatkan seluruh anggota agar menjauhi penyalahgunaan dadah dan ketum yang boleh menjejaskan kerjaya, keluarga serta imej pasukan.

Selain itu, beliau turut menasihatkan anggota supaya sentiasa berhati-hati di jalan raya, khususnya menjelang musim perayaan. Anggota digalakkan melaksanakan pemeriksaan kenderaan sebelum memulakan perjalanan serta merancang perjalanan dengan baik bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga sepanjang pulang ke kampung halaman.

Dalam majlis yang sama, Pegawai Memerintah turut mengetuai lafaz Ikrar Bebas Rasuah sebagai simbol komitmen seluruh warga 5 RAMD dalam menolak sebarang bentuk rasuah serta mengekalkan integriti dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

Majlis diakhiri dengan acara bergambar sebagai kenangan kepada anggota yang terlibat. Secara keseluruhannya, perbarisan ini bukan sahaja menjadi platform pengiktirafan kepada anggota yang dinaikkan pangkat, malah turut memperkukuhkan disiplin, integriti serta semangat kebersamaan dalam kalangan warga 5 RAMD.





Address

Kem Batu Tiga
Kluang

Telephone

+6077721811

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when 5 RAMD posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to 5 RAMD:

Share