Majlis Belia Daerah Kluang

Majlis Belia Daerah Kluang Official Facebook Account for Majlis Belia Daerah Kluang

26 Julai 2026 (Ahad) - Sesi Perjumpaan Makan Malam Pegawai & Exco Majlis Belia Daerah Kluang serta Perbincangan beberapa...
27/07/2026

26 Julai 2026 (Ahad) - Sesi Perjumpaan Makan Malam Pegawai & Exco Majlis Belia Daerah Kluang serta Perbincangan beberapa program-program yang akan diadakan mulai Ogos - Disember 2026.

Tidak terlewat bagi pentadbiran MBDKLG ingin mengucapkan Jutaan Tahniah Kepada Barisan Exco Kerajaan Negeri Johor dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri Johor yang baru dilantik bagi merancakkan lagi agenda pembangunan MAJU JOHOR dibawah pimpinan YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi Menteri Besar Johor. Semoga segala perancangan yang telah disusun atur dengan baik dan berkesan dapat memberi impak positif kepada seluruh rakyat Bangsa Johor.

Selain itu juga, ucapan Tahniah dan penyampaian cenderhati kepada pegawai dan exco MBDKLG diatas kelahiranTahniah atas kelahiran cahaya mata. Semoga anak-anak membesar menjadi anak yang soleh dan solehah, sihat, berakhlak mulia, serta menjadi penyejuk hati dan kebanggaan keluarga. Amin.


22/07/2026

UCAPAN TAHNIAH & SELAMAT MENJALANKAN TUGAS

Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada semua 10 Timbalan Pengerusi Jawatankuasa (Timbalan Exco) Kerajaan Negeri Johor yang telah dilantik.

Pelantikan ini merupakan satu langkah progresif dalam memperkukuh pentadbiran Kerajaan Negeri Johor agar penyampaian dasar, pelaksanaan projek serta perkhidmatan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, pantas dan berkesan.

MBNJ turut melihat pelantikan ini sebagai bukti keterbukaan Kerajaan Negeri Johor dalam menambah baik sistem pentadbiran demi memenuhi aspirasi rakyat dan memastikan agenda pembangunan negeri terus dipacu ke hadapan.

Semoga amanah yang diberikan dapat digalas dengan penuh integriti, dedikasi dan komitmen dalam membawa Johor ke arah yang lebih maju, makmur dan sejahtera.

Sekali lagi, tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada semua Timbalan Exco Kerajaan Negeri Johor.

SENARAI NAMA TIMBALAN EXCO

YB TUAN ZAIDI BIN JAPAR
TIMBALAN PENGERUSI JAWATANKUASA
PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN NEGERI JOHOR

YB PUAN NADHIRAH AFIQAH BINTI ABDULL RAHIM
TIMBALAN PENGERUSI JAWATANKUASA
BELIA DAN SUKAN, PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI NEGERI JOHOR

YB TUAN ANUAR BIN ABD. MANAP
TIMBALAN PENGERUSI JAWATANKUASA
HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR

YB TUAN MOHD YOUZAIMI BIN YUSOF
TIMBALAN PENGERUSI JAWATANKUASA
KESIHATAN DAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR

YB TUAN SYED HUSSIEN BIN SYED ABDULLAH
TIMBALAN PENGERUSI JAWATANKUASA
PELABURAN, PERDAGANGAN, HAL EHWAL PENGGUNA DAN SUMBER MANUSIA NEGERI JOHOR

YB DATUK MOHAMAD NAJIB BIN SAMURI
TIMBALAN PENGERUSI JAWATANKUASA
KERJA RAYA, PENGANGKUTAN, INFRASTRUKTUR DAN KOMUNIKASI NEGERI JOHOR

YB PUAN CHAN SAN SAN
TIMBALAN PENGERUSI JAWATANKUASA
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT NEGERI JOHOR

YB TUAN SAHRIHAN BIN JANI
TIMBALAN PENGERUSI JAWATANKUASA
PERTANIAN, INDUSTRI ASAS TANI DAN KEMAJUAN LUAR BANDAR NEGERI JOHOR

YB TUAN CHUA JIAN BOON
TIMBALAN PENGERUSI JAWATANKUASA
PERPADUAN, WARISAN DAN BUDAYA NEGERI JOHOR

YB TUAN RUGENDRAN A/L VELLAYAN
TIMBALAN PENGERUSI JAWATANKUASA
PENDIDIKAN DAN PENERANGAN NEGERI JOHOR

18/07/2026

UCAPAN TAHNIAH DAN SELAMAT MENJALANKAN TUGAS

Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi atas pelantikan sebagai Menteri Besar Johor serta kepada Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang telah diberikan amanah untuk menerajui portfolio masing-masing.

Semoga barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Johor yang baharu ini terus diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan iltizam dalam memacu agenda pembangunan negeri, memperkukuh ekonomi, meningkatkan kesejahteraan rakyat serta memperkasakan pembangunan belia demi masa depan Bangsa Johor.

MBNJ komited untuk terus menjadi rakan strategik Kerajaan Negeri dalam memperjuangkan aspirasi anak muda dan menyokong segala usaha yang membawa manfaat kepada rakyat serta kemajuan negeri.

Selamat menjalankan amanah dan semoga Johor terus melakar kejayaan yang lebih gemilang.

Tahniah dan selamat bertugas!UCAPAN TAHNIAH DAN SELAMAT MENJALANKAN TUGAS

Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi atas pelantikan sebagai Menteri Besar Johor serta kepada Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang telah diberikan amanah untuk menerajui portfolio masing-masing.

Semoga barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Johor yang baharu ini terus diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan iltizam dalam memacu agenda pembangunan negeri, memperkukuh ekonomi, meningkatkan kesejahteraan rakyat serta memperkasakan pembangunan belia demi masa depan Bangsa Johor.

MBNJ komited untuk terus menjadi rakan strategik Kerajaan Negeri dalam memperjuangkan aspirasi anak muda dan menyokong segala usaha yang membawa manfaat kepada rakyat serta kemajuan negeri.

Selamat menjalankan amanah dan semoga Johor terus melakar kejayaan yang lebih gemilang.

Tahniah dan selamat bertugas!

Tahniah!!!
18/07/2026

Tahniah!!!

Untuk panduan belia-belia di daerah Kluang, jom kita Mengundi!!!
11/07/2026

Untuk panduan belia-belia di daerah Kluang, jom kita Mengundi!!!

Ayuh Belia Kluang!!!Kita Tunai kewajipan kita sebagai rakyat Malaysia untuk Negeri Johor.Belia Berumur 18 Tahun keatas j...
11/07/2026

Ayuh Belia Kluang!!!

Kita Tunai kewajipan kita sebagai rakyat Malaysia untuk Negeri Johor.

Belia Berumur 18 Tahun keatas jom kita keluar mengundi beramai-ramai....

Demi Agama,Bangsa dan Tanah Air tercinta.

Pilihan Raya kembali lagi dan setiap undi anda sangat bernilai. Justeru, pastikan anda menandakan kertas undi dengan cara yang betul bagi mengelakkan ia diklasifikasikan sebagai undi rosak atau ditolak.

Anda juga boleh merujuk infografik yang disediakan untuk memahami kaedah penandaan yang tepat serta perkara-perkara yang boleh menyebabkan sesuatu kertas undi menjadi tidak sah.

Gunakan hak anda dengan bijaksana dan pastikan undi anda dikira. Setiap undi yang sah akan memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju negeri bagi tempoh satu penggal atau lima tahun akan datang.

Selamat mengundi!








03/07/2026
30/06/2026
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,Jom petang ini.. Pemain-Pemain Bola Sepak Daerah Kluang bawah 17-19 Tahun yang bermi...
28/06/2026

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,
Jom petang ini.. Pemain-Pemain Bola Sepak Daerah Kluang bawah 17-19 Tahun yang berminat hadirkan diri beramai-ramai..

KENYATAAN MEDIAMAJLIS BELIA DAERAH KLUANGMENJUNJUNG KASIH TITAH DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR: JOHOR BERHAK MENERIMA AGIHAN...
21/06/2026

KENYATAAN MEDIA
MAJLIS BELIA DAERAH KLUANG

MENJUNJUNG KASIH TITAH DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR: JOHOR BERHAK MENERIMA AGIHAN YANG LEBIH ADIL DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT DAN MASA DEPAN GENERASI MUDA

Majlis Belia Daerah Kluang Menjunjung Kasih dan menyatakan sokongan penuh terhadap titah Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail yang menegaskan keperluan agar Negeri Johor diberikan hak yang lebih adil dan setimpal berdasarkan sumbangan besar negeri ini kepada ekonomi dan pembangunan negara.

Titah DYAM Pemangku Sultan Johor merupakan satu suara yang mewakili aspirasi rakyat Johor yang menginginkan pembangunan yang lebih seimbang, adil dan mampan. Ia bukan sekadar berkaitan soal agihan hasil atau kewangan, malah menyentuh tentang masa depan rakyat, kemajuan negeri dan kesejahteraan generasi akan datang.

Sebagai sebuah negeri yang menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara, Johor telah menyumbang secara signifikan melalui sektor perindustrian, perdagangan, pelaburan, pelancongan dan logistik.

Bagi golongan belia, isu ini amat penting kerana ia berkait rapat dengan peluang pekerjaan, pendidikan, latihan kemahiran, pembangunan keusahawanan, akses kepada teknologi serta kemudahan sosial yang mampu meningkatkan taraf hidup mereka.

Belia Johor tidak menuntut layanan istimewa. Sebaliknya, mereka berharap agar Johor menerima agihan yang lebih adil berdasarkan sumbangan besar negeri ini kepada kemakmuran negara, agar manfaat pembangunan dapat dirasai secara menyeluruh oleh seluruh rakyat termasuk komuniti belia di peringkat akar umbi.

Di daerah Kluang khususnya, agihan pembangunan yang lebih baik mampu memperkukuhkan infrastruktur asas, meningkatkan peluang ekonomi, memperkasa sektor pelancongan, memperluaskan akses pendidikan dan latihan kemahiran serta membuka lebih banyak ruang kepada pembangunan bakat dan kepimpinan belia.

Majlis Belia Daerah Kluang berpandangan bahawa hasrat yang dizahirkan oleh DYAM Pemangku Sultan Johor bukan bertujuan mewujudkan perbezaan antara negeri dan Persekutuan, sebaliknya merupakan satu seruan yang berteraskan prinsip keadilan, kesaksamaan dan pembangunan yang lebih seimbang demi kepentingan rakyat.

Lebih-lebih lagi ketika Johor sedang melangkah ke era pembangunan baharu melalui pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), perkembangan ekonomi digital, teknologi kecerdasan buatan (AI), industri hijau dan pelaburan berteknologi tinggi yang berpotensi mewujudkan ribuan peluang pekerjaan berkualiti kepada anak-anak muda.

Majlis Belia Daerah Kluang percaya bahawa setiap pelaburan yang disalurkan kepada Johor akan memberi kesan langsung kepada pembangunan modal insan, kesejahteraan masyarakat dan peningkatan daya saing generasi muda yang bakal memimpin negeri ini pada masa hadapan.

Sehubungan itu, Saudara Khairul Jang selaku Yang Dipertua MBDKLG menyeru agar semua pihak memberikan perhatian serius terhadap titah DYAM Pemangku Sultan Johor serta bersama-sama mencari pendekatan terbaik bagi memastikan Johor memperoleh agihan yang lebih setimpal dengan sumbangan dan keperluan pembangunannya.

Johor tidak meminta lebih daripada yang sewajarnya.

Johor hanya menuntut hak yang adil demi kemajuan rakyat dan masa depan generasi muda.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor

DAULAT TUANKU
MAJU JOHOR

KHAIRUL BIN JANG
Naib Presiden Majlis Belia Negeri Johor
Yang Dipertua Majlis Belia Daerah Kluang

HRH Crown Prince of Johor
MAJLIS BELIA NEGERI JOHOR

Address

Wisma Majlis Belia Kluang 323, Jalan Hospital
Kluang
86000

Telephone

+60187600973

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Belia Daerah Kluang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share