Markas 7 Briged

Markas 7 Briged 𝟕 𝐁𝐫𝐢𝐠𝐞𝐝 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐛𝐫𝐢𝐠𝐞𝐝 𝐝𝐢 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝟑 𝐃𝐢𝐯𝐢𝐬𝐲𝐞𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐧𝐚𝐮𝐧𝐠 𝐝𝐢 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐦𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐏𝐌𝐁𝐓𝐃

|SEJARAH & LATAR BELAKANG|
Briged Ketujuh Infantri Malaysia telah ditubuhkan pada 1 Januari 1971 di Kem Mahkota, Kluang Johor Darul Ta'zim melalui kuasa FED(M)/3002/11/81. Panglima 7 Bgd yang pertama ialah Jeneral (B) Tan Sri Dato' Ghazali bin Che Mat.

|LAMBANG 7 BGD|
Lambang Formasi 7 Bgd berupa Jengking Hitam yang berlatarbelakang Warna Merah.

|VISI|
Menjadi sebuah Bgd yang unggul dan cemerla

ng di dalam semua aspek gerakan, latihan, logistik dan tugas-tugas sekunder yang akan dijadikan penanda aras kepada Tentera Darat.

|MISI|
Mempertahankan kawasan tanggungjawab (Negeri Johor) dan membantu Pihak Berkuasa Awam demi menyumbang kepada keamanan, keselamatan dan kemakmuran negara.

|COGAN KATA|
Tenang Tangkas. "Tenang" merujuk kepada Warga 7 Bgd sentiasa berfikiran waras, rasional dan tidak melulu dalam menghadapi suatu ancaman. "Tangkas" melambangkan 7 Bgd sebagai sebuah ketumbukan yang tegas dan mampu bertindak dengan pantas dalam melaksanakan misi yang dipertanggungjawabkan dengan efektif dan efisien serta sentiasa bersiap sedia menghadapi ancaman pada bila-bila masa

|PEMERINTAH TERKINI|
Panglima 7 Bgd ke-25 iaitu Brigedier Jeneral Mohamad Suria bin Mohamad Saad manakala Pengerusi Bakat 7 Bgd adalah Puan Zailifah binti Ali.

BAKAT DARAT TERUS PRIHATIN, PERKUKUH SOKONGAN KEPADA KELUARGA MALBATT 850-13Kluang, 13 Jun 2026 – Majlis Ramah Mesra Pen...
14/06/2026

BAKAT DARAT TERUS PRIHATIN, PERKUKUH SOKONGAN KEPADA KELUARGA MALBATT 850-13

Kluang, 13 Jun 2026 – Majlis Ramah Mesra Pengerusi Jemaah BAKAT Darat Bersama Keluarga MALBATT 850-13 Zon Johor telah berlangsung dengan jayanya di Rumah BAKAT 7 Briged menerusi platform siaran langsung (live streaming), sebagai manifestasi komitmen berterusan BAKAT Darat dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan keluarga anggota yang sedang melaksanakan misi pengaman di luar negara.

Program berkenaan merupakan inisiatif BAKAT Darat bagi menzahirkan penghargaan, keprihatinan serta sokongan moral kepada keluarga anggota MALBATT 850-13 yang kini berkhidmat di bawah panji-panji keamanan antarabangsa. Pada masa yang sama, ia turut menjadi wadah untuk memperkukuh hubungan silaturahim antara BAKAT Darat dan keluarga anggota yang terlibat.

Majlis telah disertai oleh Yang Dihormati Datin Nur Anisa binti Ismail, Pengerusi BAKAT 7 Briged, bersama ahli-ahli BAKAT serta keluarga anggota MALBATT 850-13 yang menetap di sekitar negeri Johor. Seramai empat keluarga anggota telah hadir bagi mengikuti program yang dirangka khusus untuk memberikan sokongan emosi dan semangat kepada keluarga yang ditinggalkan sepanjang tempoh penugasan anggota di kawasan operasi.

Antara pengisian utama program ialah sesi ramah mesra dan interaksi secara langsung bersama anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di kawasan misi. Sesi tersebut memberi peluang kepada ahli keluarga untuk berhubung secara maya dengan insan tersayang, sekali gus mengukuhkan ikatan kekeluargaan serta menyuntik motivasi dan ketenangan kepada kedua-dua pihak yang berjauhan demi melaksanakan amanah negara.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian sumbangan dan cenderahati kepada keluarga anggota sebagai tanda penghargaan serta sokongan berterusan daripada BAKAT 7 Briged terhadap pengorbanan yang dicurahkan oleh anggota dan keluarga mereka dalam menjayakan misi negara di peringkat antarabangsa.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan BAKAT Darat dalam memperkasa agenda kebajikan keluarga warga Tentera Darat Malaysia, selaras dengan aspirasi untuk memastikan kesejahteraan, kebajikan dan keharmonian institusi keluarga sentiasa diberi perhatian serta dipelihara secara menyeluruh.

“Keluarga Sejahtera, Perwira Perkasa.”

23 PATI BERJAYA DITAHAN DALAM OPERASI BERSEPADU DI KAWASAN KTJ 7 BRIGEDKota Tinggi, 11 Jun 2026 – Pasukan keselamatan di...
14/06/2026

23 PATI BERJAYA DITAHAN DALAM OPERASI BERSEPADU DI KAWASAN KTJ 7 BRIGED

Kota Tinggi, 11 Jun 2026 – Pasukan keselamatan di kawasan tanggungjawab KTJ 7 Briged telah berjaya menahan seramai 23 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia menerusi beberapa siri operasi pengesanan, pengepungan dan penjejakan yang dilaksanakan secara berterusan pada 11 Jun 2026.

Operasi bermula apabila pasukan mengesan pergerakan mencurigakan sekumpulan individu yang dipercayai baru mendarat di kawasan pesisir pantai sebelum bergerak ke arah jalan utama. Tindakan segera pasukan operasi berjaya menahan tiga PATI pada peringkat awal sebelum pasukan diatur gerak untuk melaksanakan operasi pengepungan dan penjejakan. Hasil operasi susulan yang dijalankan di beberapa lokasi berasingan berjaya menahan 15 lagi PATI, menjadikan jumlah tangkapan awal seramai 18 orang.

Operasi diteruskan bagi mengesan saki-baki PATI yang dipercayai masih bersembunyi di kawasan sekitar. Hasil penjejakan seterusnya, pasukan operasi berjaya menahan empat lagi PATI yang cuba melarikan diri ke arah jalanraya sebelum seorang lagi PATI berjaya ditahan dalam operasi susulan di kawasan hutan berhampiran pantai. Kesemua individu yang ditahan gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah dan mengaku memasuki Malaysia melalui laluan yang tidak diwartakan.

Hasil temu siasat mendapati kumpulan PATI tersebut memasuki Malaysia bagi tujuan mendapatkan peluang pekerjaan. Mereka dipercayai bertolak dari pulau berdekatan secara berkumpulan seramai 41 orang selepas ditempatkan di sebuah pusat pengumpulan sementara sebelum bergerak ke pesisir pantai Malaysia.

Keseluruhan operasi turut melibatkan nilai rampasan berjumlah RM19,514.78. Kejayaan ini membuktikan tahap kesiapsiagaan serta keberkesanan pasukan keselamatan dalam mengawal sempadan negara dan mengekang aktiviti penyeludupan migran di KTJ 7 Briged.

12 PATI BERJAYA DITAHAN DALAM OPERASI BERSEPADU DI KTJ 7 BGDKota Tinggi, 10 Jun 26 – Pasukan operasi telah berjaya menah...
14/06/2026

12 PATI BERJAYA DITAHAN DALAM OPERASI BERSEPADU DI KTJ 7 BGD

Kota Tinggi, 10 Jun 26 – Pasukan operasi telah berjaya menahan seramai 12 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia sepanjang tempoh 5 hingga 10 Jun 2026.

Kejayaan operasi bermula apabila Trup Pengawasan mengesan sebuah bot mendarat di pesisir pantai pada malam 4 Jun 2026. Susulan itu, beberapa tim operasi telah digerakkan untuk menjejaki kumpulan PATI yang dipercayai memasuki negara melalui laluan tidak sah. Hasil operasi awal berjaya menahan lima PATI berhampiran lokasi pendaratan.

Operasi susulan yang dilaksanakan secara berterusan berjaya mengesan dan menahan enam lagi PATI yang bersembunyi di kawasan hutan dan belukar serta tercicir daripada kumpulan asal. Sebahagian daripada mereka turut bertindak menyerah diri kepada pasukan keselamatan selepas terpisah daripada kumpulan masing-masing.

Pada 10 Jun 2026, rondaan berkenderaan turut menggagalkan cubaan sebuah kenderaan disyaki transporter mengambil seorang PATI sebelum individu tersebut berjaya ditahan untuk siasatan lanjut, menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan seramai 12 PATI.

Kesemua tangkapan melibatkan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM19,514.78. Kejayaan ini membuktikan keberkesanan pengawasan dan tindakan pantas pasukan keselamatan dalam mengekang kemasukan PATI melalui laluan tidak diwartakan serta membanteras aktiviti penyeludupan migran di kawasan sempadan negara.

14/06/2026

Ayuh Semua Warga JOHOR !!! Sama-sama kita meriahkan Karnival Tentera Turun Padang di Dataran Muafakat, Simpang Renggam !!!

Pelbagai acara menarik menanti anda disana!!

13/06/2026
13/06/2026
𝐒𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐄𝐒𝐏𝐑𝐈𝐓 𝐃𝐄 𝐂𝐎𝐑𝐏𝐒, 𝐊𝐎𝐌𝐏𝐄𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐑𝐊𝐀𝐒 𝐉𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐎𝐋𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐊 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐎𝐌𝐏𝐄𝐍𝐈 𝟔 𝐑𝐑𝐃 𝟐𝟎𝟐𝟔Ulu Tiram, 5 ...
07/06/2026

𝐒𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐄𝐒𝐏𝐑𝐈𝐓 𝐃𝐄 𝐂𝐎𝐑𝐏𝐒, 𝐊𝐎𝐌𝐏𝐄𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐑𝐊𝐀𝐒 𝐉𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐎𝐋𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐊 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐎𝐌𝐏𝐄𝐍𝐈 𝟔 𝐑𝐑𝐃 𝟐𝟎𝟐𝟔

Ulu Tiram, 5 Jun 2026 – Pertandingan Bola Sepak Antara Kompeni Batalion Keenam Rejimen Renjer Diraja (6 RRD) Tahun 2026 telah berlangsung dengan penuh semangat kesukanan dan berjaya mencapai objektif penganjurannya dalam memperkukuh perpaduan, disiplin serta semangat esprit de corps dalam kalangan warga batalion.

Pertandingan yang berlangsung dari 3 hingga 5 Jun 2026 itu melibatkan penyertaan semua kompeni di bawah naungan 6 RRD. Peringkat liga telah diadakan di Padang Bola Sepak SMK Seri Saujana, Kota Tinggi sebelum kemuncaknya berlangsung di Daiman Eleven Football Park, Ulu Tiram.

Perlawanan akhir yang menemukan Kompeni Markas dan Kompeni Bantuan menyaksikan persaingan sengit apabila kedua-dua pasukan terikat 2-2 sehingga tamat masa permainan. Kejuaraan akhirnya ditentukan menerusi sepakan penalti yang menyaksikan Kompeni Markas muncul sebagai juara keseluruhan kejohanan.

Majlis penutup pertandingan telah disempurnakan oleh Lt Kol Zulkifly bin Che Hassan. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan kepada seluruh jawatankuasa pelaksana, pegawai dan anggota yang telah menjayakan kejohanan ini. Beliau turut menegaskan bahawa aktiviti sukan bukan sahaja menjadi medium meningkatkan tahap kecergasan fizikal, malah berperanan membentuk jati diri anggota, memupuk semangat juang serta memperkukuhkan hubungan antara warga pasukan.

Penganjuran kejohanan ini selaras dengan aspirasi Tentera Darat Malaysia dalam melahirkan anggota yang cergas, kompeten dan berdaya tahan, di samping memperkukuhkan kesiapsiagaan pasukan melalui penerapan nilai-nilai kepimpinan, disiplin dan kerja berpasukan yang tinggi. Kejayaan penganjuran pertandingan ini membuktikan bahawa semangat kesatuan dan kebersamaan terus menjadi teras kekuatan warga 6 RRD dalam mendukung setiap amanah dan tanggungjawab yang diberikan









𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 “𝐓𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐒” 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐔𝐍𝐆𝐆𝐔𝐋, 𝟕 𝐁𝐑𝐈𝐆𝐄𝐃 𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐓𝐈𝐋𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝟑 𝐃𝐈𝐕𝐈𝐒𝐘𝐄𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔ٱقۡر...
04/06/2026

𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 “𝐓𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐒” 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐔𝐍𝐆𝐆𝐔𝐋, 𝟕 𝐁𝐑𝐈𝐆𝐄𝐃 𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐓𝐈𝐋𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝟑 𝐃𝐈𝐕𝐈𝐒𝐘𝐄𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِي خَلَقَ

“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.”
(Surah Al-’Alaq: 1)

MELAKA, 4 Jun 2026 – Alhamdulillah, 7 Briged sekali lagi membuktikan kecemerlangannya apabila berjaya dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat 3 Divisyen Tahun 2026, sekali gus mempertahankan kejuaraan yang dimenangi sebelum ini.

Kejayaan tersebut turut disumbangkan oleh pencapaian cemerlang para peserta apabila Mej Muhammad Fitry bin Sapi’i (10 RAMD) muncul Johan Kategori Pegawai, Sjn Mohd Naim bin Khamis (7 KOD) dinobatkan sebagai Johan Kategori Qari, manakala PW II Daniel Khairi bin Abdullah (6 RRD) berjaya meraih Naib Johan Kategori Qari Saudara Muslim.

Pencapaian ini mencerminkan keutuhan jati diri warga 7 Briged yang bukan sahaja cemerlang dalam pelaksanaan tugas ketenteraan, malah sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam membentuk sahsiah, memperkukuh kepimpinan serta memelihara nilai-nilai murni berteraskan ajaran Islam.

Kejayaan mempertahankan kejuaraan ini membuktikan bahawa pembangunan rohani yang seimbang dengan kecemerlangan profesional merupakan antara kekuatan utama warga 7 Briged dalam melahirkan anggota yang berilmu, berakhlak, berdisiplin dan berintegriti.

Allah SWT berfirman:

ٱلَّذِينَ ءَاتَيۡنَٰهُمُ ٱلۡكِتَٰبَ يَتۡلُونَهُۥ حَقَّ تِلَاوَتِهِۦٓ أُوْلَٰٓئِكَ يُؤۡمِنُونَ بِهِۦۗ

“Orang-orang yang Kami berikan Kitab kepada mereka, mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan, mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya.”
(Surah Al-Baqarah: 121)

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk seluruh warga 7 Briged terus mendekati, memahami, menghayati dan mengamalkan ajaran Al-Quran dalam setiap aspek kehidupan serta penugasan. Mudah-mudahan segala usaha yang dilaksanakan memperoleh keberkatan, rahmat dan keredaan Allah SWT.

Syabas dan tahniah kepada seluruh kontinjen 7 Briged. Semoga kecemerlangan ini terus dipertahankan demi melahirkan warga “Tenang Tangkas” yang unggul dalam medan tugas, mantap jati dirinya serta teguh pegangan agamanya.









𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐑𝐈𝐇𝐀𝐓𝐈𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐁𝐀𝐊𝐀𝐓 𝟕 𝐁𝐑𝐈𝐆𝐄𝐃KLUANG, 4 Jun 26 – Pengerusi BAKAT 7 Briged, Puan Nur Anisa binti Ismail telah meng...
04/06/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐑𝐈𝐇𝐀𝐓𝐈𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐁𝐀𝐊𝐀𝐓 𝟕 𝐁𝐑𝐈𝐆𝐄𝐃

KLUANG, 4 Jun 26 – Pengerusi BAKAT 7 Briged, Puan Nur Anisa binti Ismail telah mengetuai Program Prihatin Kasih BAKAT 7 Briged yang dilaksanakan di Taman Sri Impian dan RKAT Taman Sri Kluang bersama pegawai serta ahli-ahli BAKAT.

Program ini merupakan inisiatif kebajikan yang bertujuan menzahirkan keprihatinan dan sokongan berterusan terhadap keluarga warga briged melalui lawatan kepada ahli BAKAT serta anak-anak yang memerlukan perhatian khas. Lawatan turut melibatkan keluarga yang baru menerima cahaya mata, anak-anak autisme serta ahli keluarga yang sedang menghadapi masalah kesihatan.

Sebagai tanda sokongan dan kebersamaan, sumbangan kebajikan telah disampaikan kepada penerima bagi membantu meringankan beban serta memberi semangat kepada keluarga yang terlibat.

Pelaksanaan program ini mencerminkan komitmen berterusan BAKAT 7 Briged dalam memperkukuh aspek kebajikan dan kesejahteraan keluarga warga briged. Inisiatif seumpama ini selaras dengan aspirasi Tentera Darat Malaysia yang sentiasa mengutamakan kebajikan anggota dan keluarga sebagai teras kepada pembentukan organisasi yang mantap, sejahtera dan berdaya tahan.









Address

MAILING
Kluang
86000

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 05:00

Telephone

+6077788000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Markas 7 Briged posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Markas 7 Briged:

Share