UMNOSiswa UTM

UMNOSiswa UTM KELAB MAHASISWA UMNO UTM (UMNOsiswa)
Universiti Teknologi Malaysia

UMNO CAWANGAN UTM-KULAI DILANCARKAN SECARA RASMIAlhamdulillah, Mesyuarat Penajaan UMNO Cawangan UTM-Kulai telah berlangs...
28/06/2025

UMNO CAWANGAN UTM-KULAI DILANCARKAN SECARA RASMI

Alhamdulillah, Mesyuarat Penajaan UMNO Cawangan UTM-Kulai telah berlangsung dengan penuh semangat dan kehadiran yang luar biasa, full house!

Dengan ini, cawangan ini secara rasmi menjadi cawangan universiti pertama di Malaysia yang didaftarkan di bawah UMNO.

Tahniah diucapkan kepada Saudara Shidqul Irham, alumni Kelab Mahasiswa UMNO UTM, atas pelantikan sebagai Ketua Penaja Pertama UMNO Cawangan UTM-Kulai.

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada UMNO Bahagian Kulai, khususnya kepada YB Dato’ Jafni Mohd Shukor, Ketua UMNO Bahagian Kulai, yang telah menyambut baik dan menerima kami sebagai sebahagian daripada keluarga besar UMNO Bahagian Kulai.

Dengan penubuhan ini, kami berharap agar UMNO Cawangan UTM-Kulai dapat menjadi pemacu utama dalam memperkasakan suara mahasiswa, memupuk kepimpinan muda, dan membina jambatan antara kampus dan masyarakat.

Mahasiswa Pencetus Kebangkitan

Kelab Mahasiswa UMNO UTM

13/02/2025

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam telah mengarahkan kerajaan untuk membayar pampasan sebanyak RM231.5 juta kerana telah menamatkan projek Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN) pada 2019 tanpa sebab kukuh.

Apa cerita sebenarnya? Saya cuba tulis sehabis ringkas sebab ia juga berkait dengan Presiden UMNO DS Zahid Hamidi

Ceritanya pada tahun 2017, kerajaan BN telah menganugerahkan satu projek bernilai RM3.5b bagi membuat Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN). Ini bagi menggantikan sistem sedia ada yang dah berusia lebih 20 tahun.

Pada tahun 2019, TS Muhyiddin (ketika itu Menteri KDN) membatalkan projek tersebut dan mahukannya diganti dengan dengan sistem lain. Sistem baru ini dinamakan National Integrated Immigration System (NiiSE). Harganya cuma RM1.2 bilion.

Ketika itu ramai orang serang Zahid. Zahid seleweng duit kerajaan. Zahid kaki sakau. Projek yang sepatutnya bernilai RM1.2b tetapi Zahid mark-up sampai 3 kali ganda.

Betul ke begitu?

Salah.

Projek zaman Zahid sebenarnya menggunakan konsep konsesi. Dimana kerajaan tidak perlu bayar apa-apa sehingga projek siap dan berfungsi. Apabila siap, kerajaan perlu bayar sekitar RM240 juta setahun untuk guna selama 15 tahun

Ini bermakna kerajaan tidak tanggung apa-apa risiko jika projek tidak siap.

Tapi projek zaman Muhyiddin pakai konsep turn-key. Dimana kerajaan perlu bayar RM1.2 bilion sampai projek siap. Kemudian kerajaan juga perlu bayar kos operasi dan penyelenggaraan pada setiap tahun ia digunakan.

Ini bermakna kerajaan tanggung risiko jika tak siap, dan kerajaan juga tanggung risiko bayaran tambahan mahal sebab kos operasi dan maintenance sistem sebesar ini biasanya mencecah ratusan juta setahun.

Pada Disember 2020, terdapat laporan bahawa sebuah syarikat bernama S5 Systems Sdn Bhd juga terlibat di dalam projek ini. Menantu Muhyiddin (yang sekarang sedang melarikan diri ke luar negara) adalah salah seorang pemegang saham dalam syarikat tersebut.

Tiba-tiba pada 12 Januari 2021, Muhyiddin telah mengisytiharkan darurat dan menggantung parlimen.

Tak sampai sebulan iaitu pada 29 Januari 2021, kerajaan telah menganugerahkan kontrak bernilai RM1.2b tersebut kepada IRIS Information Technology System Sdn Bhd. IRIS kemudiannya disahkan bekerjasama dengan S5 bagi projek ini.

Namun projek ini akhirnya menghadapi pelbagai masalah dan masih belum siap hingga sekarang.

Disebabkan kelewatan ini juga, Jabatan Imigresen terpaksa bergantung kepada sistem lapuk dan hadap maki hamun rakyat bila berlaku masalah.

Inilah antara harga darurat kuasa yang kita perlu bayar hari ini

----

Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Rawang, Selangor

17/12/2024
27/10/2024

Kibar bendera negara asing : Kenapa Palestin boleh, China tidak?

Ada pihak yang mempersoalkan, kenapa bendera Palestin boleh dikibarkan di Malaysia, tetapi bendera negara China tidak boleh?

Pertama sekali, adalah menjadi kewajipan dan tanggungjawab kepada setiap warga Malaysia agar taat setia kepada negara seiring prinsip Rukun Negara iaitu kesetiaan kepada raja dan negara.

Kedua, setiap warga negara Malaysia perlu memiliki jati diri dan semangat cintakan negara Malaysia. Bersusah payah nenek moyang kita berjuang bersama-sama memerdekakan negara daripada kuasa penjajah, kenapa p**a hari ini kita hendak mengagung-agungkan negara lain selain negara sendiri? Hormat dan semangat setiakawan pun ada batasannya. Jangan sampai kita menggadai maruah dan kedaulatan negara sendiri. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Kepada yang kurang faham dengan sejarah atau geo-politik, biar saya terangkan secara ringkas kenapa ada pihak yang kibarkan bendera Palestin;

1. Penindasan tentera Zionis dan solidariti masyarakat dunia ke atas serangan kejam hingga membunuh ramai kanak-kanak serta orang awam yang tidak berdosa di bumi Palestin.

2. ⁠Terbukti jenayah perang ini turut mendapat reaksi dan tentangan banyak negara melalui resolusi di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Ini adalah isu antarabangsa.

Mengibarkan bendera Palestin kerana dua perkara di atas adalah sangat berbeza dengan tindakan segelintir pihak yang mengibarkan bendera asing yang lain tanpa bersebab.

Saya tidak kata langsung tidak boleh mengibarkan bendera negara asing, tetapi ia perlulah memiliki sebab yang kukuh. Misalnya di kejohanan sukan antarabangsa, sudah tentu ada bendera negara asing yang dikibarkan, atas sebab penyertaan negara tersebut.

Begitu juga dengan peristiwa atau hari-hari penting yang diraikan seperti ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China. Sudah tentu kita dapat melihat bendera kedua-dua negara dikibarkan secara bersama sebagai simbolik hubungan akrab kedua-dua negara.

Justeru timbul persoalan, apa sebab dan motif mengibarkan bendera negara China di dalam sekolah di Malaysia dan terbaharu, di tempat awam di Teluk Intan? Siapakah penganjur program tersebut?

Malah, Ketua Polis Perak juga sudah menyatakan bahawa perhimpunan tersebut dibuat secara haram dan tanpa permit. Perhimpunan haram itu pun sudah menjadi kesalahan, apatah lagi himpunan warga asing di bumi Malaysia dengan mengibarkan bendera asing. Cuba sebut dan nyatakan, kalau ada mana-mana negara lain yang akan membenarkan insiden seperti ini berlaku di negara mereka.

Ketiga, sekiranya betul mereka yang kibarkan bendera asing tu adalah di kalangan warga asing sekali pun, kenapa tidak kelihatan bendera Malaysia yang turut dikibarkan bersama oleh pihak penganjur yang saya yakin adalah di kalangan orang Malaysia? Siapa penganjur? Bukankah Teluk Intan itu di Malaysia? Bukankah itu sepatutnya menjadi tanggungjawab dan hasrat setiap warga Malaysia untuk mempromosikan Malaysia, apatah lagi di kawasan-kawasan pelancongan kita sendiri?

Fikir-fikirkanlah. Ini bukan isu politik atau isu perkauman. Tetapi ini adalah isu kedaulatan dan sikap segelintir rakyat Malaysia yang masih tidak sedar akan tanggunjawab kita untuk menjunjung martabat dan mempertahankan kedaulatan negara kita sendiri.

Malaysia, tanah tumpahnya darahku. 🇲🇾

Neow Choo Seong
Ketua Penerangan Pemuda MCA
26 Oktober 2024

Calon Barisan Nasional PRK DUN Mahkota: Syed Hussien Bin Syed Abdullah🔵 Pengalaman Luas dalam Politik & Masyarakat! Deng...
08/09/2024

Calon Barisan Nasional PRK DUN Mahkota: Syed Hussien Bin Syed Abdullah

🔵 Pengalaman Luas dalam Politik & Masyarakat!

Dengan lebih 10 tahun dalam politik, Syed Hussien adalah pemimpin muda yang sentiasa komited dalam memperjuangkan suara rakyat, khususnya anak muda dan komuniti Kluang. Dari Ketua Pemuda UMNO Bahagian hingga Ketua Penerangan Pemuda UMNO Johor, beliau telah membuktikan kepimpinan yang cekap dan berkesan.

🏆 Ahli Perniagaan Berwawasan

Sebagai ahli perniagaan yang berjaya dan pemegang Diploma Profesional dalam Perniagaan dan Pentadbiran, Syed Hussien membawa pengalaman dalam membina ekonomi yang lebih mampan untuk masyarakat DUN Mahkota.

🤝 Dedikasi kepada Masyarakat

Sebagai Ahli Majlis Perbandaran Kluang dan penggerak NGO seperti Pertubuhan Dua Roda Kluang, Syed Hussien aktif dalam program kemasyarakatan. Kepimpinan beliau dalam PESAKA dan GPMS menunjukkan komitmennya terhadap pembangunan sosial dan belia.

🔷 Undilah Syed Hussien untuk DUN Mahkota!

Bersama kita membina masa depan yang lebih baik, sejahtera, dan inklusif untuk Kluang.

Pimpinan UMNOSiswa tegas dalam mempertahankan institusi raja. Penghinaan terhadap kedaulatan Raja-Raja Melayu tidak bole...
27/08/2024

Pimpinan UMNOSiswa tegas dalam mempertahankan institusi raja. Penghinaan terhadap kedaulatan Raja-Raja Melayu tidak boleh diterima.

Jika UMNO boleh disasarkan atas dasar politik, mengapa PPBM terasa bila dipersoalkan? Keutamaan kita adalah menjaga integriti negara dan kedaulatan raja. PPBM wajar diharamkan jika terus mencabuli asas-asas ini!



Muhyiddin Biadap !!!Kelab Mahasiswa UMNO UTM mengecam sekeras-kerasnya tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memburukka...
19/08/2024

Muhyiddin Biadap !!!

Kelab Mahasiswa UMNO UTM mengecam sekeras-kerasnya tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memburukkan Institusi Raja Berperlembagaan dalam isu perlantikan Perdana Menteri ke-10.

Ini adalah satu penghinaan besar kepada kedaulatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan tidak boleh dimaafkan. Kami menyeru agar semua pihak menghormati peranan penting institusi ini dalam menjaga keharmonian dan kestabilan negara.

Dengan rasa penuh kesedihan, kami ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Dato’ Sharifah Azizah Sy...
02/08/2024

Dengan rasa penuh kesedihan, kami ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Dato’ Sharifah Azizah Syed Zain yang telah kembali ke rahmatullah sebelum solat Jumaat tadi. Kehilangan beliau pada hari yang penuh berkah ini merupakan satu kehilangan besar buat kawasan Mahkota.

Beliau dikenali sebagai seorang pemimpin berjiwa rakyat dan amat disayangi oleh masyarakat setempat. Doa kami agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hamba-Nya yang beriman.

Sesungguhnya, pemergian beliau merupakan satu kehilangan permata yang amat berharga. Semoga keluarga beliau diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi saat-saat sukar ini.

Salam takziah dari kami semua.

Ikhlas Daripada,
Kelab Mahasiswa UMNO UTM

Dengan penuh kesedihan dan duka cita, kami meratapi pemergian Ismail Haniyeh yang telah terkorban di Iran. Kehilangan be...
31/07/2024

Dengan penuh kesedihan dan duka cita, kami meratapi pemergian Ismail Haniyeh yang telah terkorban di Iran. Kehilangan beliau adalah satu tamparan hebat buat perjuangan rakyat Palestin dan seluruh umat Islam yang mendambakan keadilan dan kebebasan. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para syuhada. Kita akan terus mengenang jasa dan semangat perjuangan beliau. Al-Fatihah.

Address

Kluang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UMNOSiswa UTM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to UMNOSiswa UTM:

Share