27/02/2026
MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA
๐
27 Februari 2026
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda pada 27 Februari 2026 dalam suasana yang penuh tertib dan bermakna.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang telah menerima watikah pelantikan sebagai:
โจ Pengawas Sekolah
โจ Pengawas Pusat Sumber
โจ Pengawas Kedai Buku
โจKetua & Penolong Ketua Kelas
Semoga amanah yang diberikan dapat digalas dengan penuh tanggungjawab, berdisiplin serta menjadi contoh teladan kepada rakan-rakan yang lain. Kepimpinan bukan sekadar jawatan, tetapi satu komitmen untuk berkhidmat dan memimpin dengan integriti.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih juga kepada jemputan khas iaitu En Mahmod Azam Shah bin Abdullah dari Sk Abdul Rahman Yassin dan Kpl Mohd Hadzeri Bin Mohd Salleh atas kesudian hadir serta menyuntik semangat dan motivasi kepada barisan pemimpin muda yang dilantik. Kehadiran dan kata-kata inspirasi yang diberikan amat dihargai dan memberi makna besar kepada warga sekolah.
Tidak dilupakan, terima kasih kepada pihak pentadbir, guru-guru serta ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan dalam membentuk barisan pemimpin muda yang berwibawa.
๐ โPemimpin Berwibawa, Sekolah Cemerlangโ ๐