Pejabat Pendidikan Islam Kluang

Pejabat Pendidikan Islam Kluang Organisasi ini menguruskan pentadbiran persekolahan dan pendaftaran serta peruntukan baik pulih sekolah agama, Madrasah Tahfiz, Pondok dan Malabar.

Selain itu, menguruskan perkhidmatan guru-guru agama di daerah Kluang

18/07/2026

Setinggi-tinggi Tahniah kepada YB Tuan Haji Mohd Fared bin Haji Mohd Khalid di atas pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor pada 18 Julai 2026.

03/07/2026
Telah kembali ke Rahmatullah :Ustazah Ridzuana bt Abd HalimGuru Penolong SA Bandar KluangSalam Takziah buat ahli keluarg...
14/05/2026

Telah kembali ke Rahmatullah :

Ustazah Ridzuana bt Abd Halim
Guru Penolong SA Bandar Kluang

Salam Takziah buat ahli keluarganya, semoga roh Allayarhamah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh .

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YB Dato’ Haji Nasri bin Md Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor atas ...
09/05/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YB Dato’ Haji Nasri bin Md Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor atas pengurniaan Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) yang membawa gelaran Dato’ sempena Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Yang Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim pada 09 Mei 2026.

13/03/2026

PENGUMUMAN

MAJLIS PENGISYTIHARAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL DARJAH KHAS AGAMA (SDKA)TAHUN 2025

Tarikh: 17 Mac 2026 (Selasa)

Link: https://bit.ly/semakankeputusanpeperiksaansdka2025

*Semakan hanya boleh dibuat pada 17 Mac 2026 (Selasa), Jam 2.00 Petang.

11/03/2026

اونتوق ايدرن سݢرا،

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

چوتي تمبهن سمڤنا ڤراياءن سمبوتن هاري راي عيدالفطري تاهون 𝟐𝟎𝟐𝟔

دڠن حرمتڽ کڽاتاءن ميديا اوليه کمنترين ڤنديديقن ماليسيا (KPM) برتاريخ 10 مچ 2026 اداله دروجوع.

اونتوق معلومن، برداسرکن کڽاتاءن ميديا ترسبوت، بهاݢين ڤنديديقن إسلام منيمبل ݢونا تمبهن چوتي ڤراياءن سمڤنا سمبوتن هاري راي عيدالفطري تاهون 2026.

سهوبوڠن دڠن ايت چوتي تمبهن سمڤنا ڤراياءن هاري راي عيدالفطري دبريکن ڤد هاري رابو 18 مچ 2026 باݢي سكوله اݢام كراجاءن جوهر دان اينستيتوسي٢ ڤنديديقن إسلام نݢري جوهر.

سكيان

ڤڠاره
جابتن اݢام إسلام نݢري جوهر
11 مچ 2026 برساماءن 21 رمضان 1447

KENYATAAN MEDIAJABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)BERKAITAN PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN ...
16/02/2026

KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
BERKAITAN PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (UPKK) TAHUN 2025

16 FEBRUARI 2026M / 28 SYAABAN 1447H

1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengumumkan tarikh keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) bagi tahun 2025 pada 25 Februari 2026 (Rabu) jam 10.00 pagi.

2. Majlis Pengumuman Keputusan UPKK 2025 akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli Bin Hasan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

3. Calon/ Ibubapa/ Penjaga boleh menyemak rumusan keputusan calon bermula pada 25 Februari 2026 (Rabu), jam 12.00 tengah hari melalui:
3.1 Laman sesawang di pautan https://semakan.islam.gov.my/ dengan menggunakan No. MyKid/No. Kad Pengenalan Khas dan No. Angka Giliran.

4. Calon/ Ibubapa/ Penjaga boleh mendapatkan Slip Keputusan UPKK Tahun 2025 daripada pihak sekolah masing-masing bermula pada 26 Februari 2026 (Khamis) mengikut ketetapan masa yang akan ditentukan oleh pihak sekolah-masing-masing.

Sekian, terima kasih.

DATO’ DR. SIRAJUDDIN BIN SUHAIMEE
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

14/12/2025

Syukur Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) atas kejayaan cemerlang menjuarai Piala FA 2025 selepas menewaskan Sabah FC dengan mata 5-0 di pentas final.

Menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, Kerajaan Negeri Johor dengan ini mengisytiharkan hari Isnin, 15 Disember sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi Negeri Johor sempena kejayaan gemilang pasukan JDT menjuarai Piala FA 2025.

Walau bagaimanapun, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadualkan pada hari tersebut akan diteruskan seperti biasa, bagi memastikan persiapan calon-calon SPM serta kelancaran tugas semua petugas peperiksaan tidak terjejas.

Menjunjung setinggi-tinggi kasih Duli Yang Amat Mulia Tunku atas kepimpinan, iltizam dan usaha berterusan dalam memartabatkan bola sepak Johor sehingga JDT terus melakar kejayaan di peringkat domestik dan antarabangsa.

Kejayaan ini sekali lagi membuktikan keunggulan dan konsistensi JDT sebagai kuasa bola sepak tanah air, hasil komitmen tinggi barisan pemain, pasukan kejurulatihan serta pengurusan yang sentiasa beriltizam mengekalkan standard kecemerlangan pasukan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada seluruh Bangsa Johor yang sentiasa setia menyokong pasukan JDT. Semoga kejayaan ini menjadi dorongan berterusan kepada seluruh warga pasukan JDT untuk terus mengekalkan prestasi cemerlang serta membawa nama Johor ke pentas dunia. Insya-Allah.

AYUH JOHOR! AYUH JOHOR!
LUASKAN KUASAMU JOHOR!

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor

PROGRAM GERAK KERJA NADI AL ANSOR
29/11/2025

PROGRAM GERAK KERJA NADI AL ANSOR

Address

Jalan Hospital
Kluang
86000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

077717764

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pendidikan Islam Kluang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share