Pejabat Perikanan Daerah Kluang

Pejabat Perikanan Daerah Kluang Berfungsi sebagai medium penyampaian maklumat semasa kepada komuniti perikanan daerah Kluang

05/09/2026
LAWATAN TAPAK BAGI PEMASANGAN RANGKA DWI PLATFORM TERAPUNG (JETI PONTOON) UNTUK PANGKALAN NELAYAN DARAT BATU 17, KAHANG,...
04/09/2026

LAWATAN TAPAK BAGI PEMASANGAN RANGKA DWI PLATFORM TERAPUNG (JETI PONTOON) UNTUK PANGKALAN NELAYAN DARAT BATU 17, KAHANG, DAERAH KLUANG TAHUN 2026

Kluang- 04 SEPTEMBER 2026

Pejabat Perikanan Negeri Johor





Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-69 daripada seluruh warga kerja Pejabat Perikanan Daerah Kluang kepada se...
30/08/2026

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-69 daripada seluruh warga kerja Pejabat Perikanan Daerah Kluang kepada semua pemain industri dalam sub sektor Perikanan di Malaysia amnya dan Kluang serta Johor khususnya.

Semoga sambutan hari kemerdekaan kali ini akan menyatukan hati dan meneguhkan jati diri buat semua warganegara Malaysia.

"Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati"

Pejabat Perikanan Negeri Johor




27/08/2026

PENYERAHAN RANGKA DWI PLATFORM TERAPUNG (JETI PONTOON) UNTUK myKP PANGKALAN KOLIN, DAERAH KLUANG TAHUN 2026

Kluang- 26 OGOS 2026

PPD Kluang dan myKP Pangkalan Kolin serta nelayan darat sekitar menzahirkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor dan Pejabat Perikanan Negeri Johor atas pemberian jeti terapung ini. Sudah pasti dengan adanya jeti ini dapat memudahkan urusan dan menambah aspek keselamatan kepada nelayan darat serta merancakkan lagi aktiviti perikanan rekreasi yang diusahakan myKP Pangkalan Kolin. Diharap usaha-usaha seumpama ini dapat diperluaskan kepada lebih banyak pangkalan nelayan darat di daerah ini yang pastinya memberi manfaat berterusan kepada setiap nelayan.

Pejabat Perikanan Negeri Johor





14/08/2026

Mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 14 Ogos 2026 bersamaan 1 Rabiulawal 1448 Hijrah.

Sembah takzim daripada Patik dan seluruh Bangsa Johor.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah

PENYERAHAN BANTUAN SISTEM PENYAMPAIAN & KHIDMAT SOKONGAN (SPeKS) AKUAKULTUR BAGI PENTERNAK DAERAH KLUANG TAHUN 2026Kluan...
06/08/2026

PENYERAHAN BANTUAN SISTEM PENYAMPAIAN & KHIDMAT SOKONGAN (SPeKS) AKUAKULTUR BAGI PENTERNAK DAERAH KLUANG TAHUN 2026

Kluang- 06 OGOS 2026

Penyerahan bantuan SPeKS Bil.1 tahun 2026 kepada penternak di daerah Kluang iaitu En Norhayat bin Kasim telah dijalankan hari ini. Penerima selesai menerima bantuan alatan berkenaan.

PPD Kluang menzahirkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih pada semua pihak yang terlibat. Diharap bantuan yang diberikan ini dapat meningkatkan jumlah pengeluaran setiap penternak.

Pejabat Perikanan Negeri Johor





06/08/2026

SELAMATKAN HIDUPAN AIR TAWAR MALAYSIA! 🐟🌊

Kekayaan biodiversiti negara kita adalah khazanah bernilai yang perlu dipertahankan. Malangnya, kepelbagaian spesies ikan asli kita kini berdepan ancaman kepupusan akibat aktiviti manusia dan pencerobohan spesies ikan asing.

Jabatan Perikanan Malaysia kini komited menambah kawasan perikanan darat dan melindungi spesies air tawar yang terancam.

Bagaimana anda boleh membantu?
1️⃣ Sertai Pemantauan Komuniti: Jadi mata dan telinga untuk sungai kita.

2️⃣ Promosi Ikan Asli: Kenali dan hargai spesies tempatan.

3️⃣ Hentikan Pelepasan Ikan Asing: Jangan lepas ikan hiasan luar ke habitat semula jadi!

4️⃣ Sokong Penguatkuasaan & Kerjasama Pintar: Pupuk rasa memiliki dan tanggungjawab terhadap sungai kita.

Sama-sama kita galas tanggungjawab ini untuk generasi akan datang! 💪✨

Layari www.dof.gov.my untuk maklumat lanjut.

Program Perjumpaan Dan Perbincangan Halatuju Nelayan Darat bersama Ketua-Ketua Pangkalanan Nelayan Darat Daerah Kluang S...
31/07/2026

Program Perjumpaan Dan Perbincangan Halatuju Nelayan Darat bersama Ketua-Ketua Pangkalanan Nelayan Darat Daerah Kluang Siri 2 Tahun 2026

TARIKH : 31 JULAI 2026
TEMPAT: BANGUNAN PERSEKUTUAN KLUANG

21/07/2026

HARI HOL: SIMBOL KASIH DAN PENGHORMATAN RAKYAT JOHOR

Setiap tanggal 6 Safar, seluruh rakyat Johor menzahirkan penghormatan dan mengenang jasa Almarhum Sultan-Sultan Johor yang telah mangkat melalui sambutan Hari Hol, sebuah istiadat yang sarat dengan nilai sejarah, tradisi dan warisan Kesultanan Johor.

Sebagai sebahagian daripada istiadat, Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil diadakan pada 5 Safar sebagai tanda doa dan ingatan, memohon keampunan, rahmat serta kesejahteraan buat roh Almarhum Sultan-Sultan Johor dan kerabat Diraja yang telah kembali ke rahmatullah.

Tradisi yang penuh keberkatan ini diwarisi sejak pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar hingga ke hari ini.



18/07/2026

[SETINGGI-TINGGI TAHNIAH]

Seluruh warga kerja Jabatan Perikanan Negeri Johor ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Tuan Md Israk bin Abdullah atas pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor yang baharu.

Jabatan Perikanan Negeri Johor sentiasa komited dalam memacu pembangunan dan kelestarian sektor perikanan demi kesejahteraan nelayan dan penternak serta usahawan perikanan serta agenda keterjaminan makanan di Negeri Johor.

Sekalung tahniah dan selamat menjalankan amanah

Ikhlas daripada:
Pengarah dan Seluruh Warga Kerja
Jabatan Perikanan Negeri Johor

Israk Abdullah

Address

Bangunan Persekutuan Daerah Kluang
Kluang
86000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Perikanan Daerah Kluang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share