Institut Veterinar Malaysia-DVS

Institut Veterinar Malaysia-DVS Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Institut Veterinar Malaysia-DVS, Government Organization, Jalan Batu Pahat Kluang, Kluang.

3-7 OGOS 2026| ISNIN -JUMAATSekalung penghargaan buat semua urusetia program team building dan semua AJK di MPP yang tel...
09/08/2026

3-7 OGOS 2026| ISNIN -JUMAAT

Sekalung penghargaan buat semua urusetia program team building dan semua AJK di MPP yang telah bertungkus lumus menjayakan Minggu Orientasi Dan Sesi Suai Kenal Pelajar Baru Tahun 2026.

Senarai Nama Pegawai dan MPP yang terlibat adalah seperti dibawah ini :

URUSETIA TEAM BUILDING
1. PUAN ASWANIMIYUNI BT ARSHAD
2. ⁠DR. SHARIDATUL AMIRA BT UMRAN
3. PUAN ⁠NORITA MOHD NOR
4. EN. SAIFUL ADLI ABD. HALIM
5. PUAN ⁠NUR FAZRINA BT JOHARI
6. ⁠PUAN NORAZLINA BT YUSUF
7. ⁠EN. NOR RIDZUAN BIN NORDIN
8. ⁠PUAN NOR HAFIZAH BT SALLEH
9. ⁠PUAN NUR HIDAYAH BINTI MOHMAD SAIRAJ

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR IVM
Penasihat PN. NORITA BT MOHD NOR,BULP IVM
Pengarah Program MOHD FIRDAUS KHAN BIN SARO KHAN
Timbalan Pengarah Program FAREEZ HAIKAL BIN SUHAIMI
Setiausaha FARAH ASILAH BINTI ABDUL KADER
AJK Multimedia MUHAMMAD IRFAN DANIAL BIN MOHD NAZREE
AJK Multimedia MUHAMMAD ZAHIRUL ARIF BIN ZAIRUDIN
AJK Cenderahati NUR HAZIQAH BINTI MANSOR
AJK Cenderahati IRFAN SULAIMAN BIN JASMI
AJK Cenderahati CHE NURSYAZWANA DAMIA BINTI CHE ROSRI
AJK PA System MUHAMMAD AQEEF BIN AZMAN
AJK PA System MUHAMMAD NAZRUL BIN DZULKIFLI
AJK Makanan MUHAMMAD SYAKIR BIN AZNAN
AJK Makanan MUHAMMAD HASIF MUNAWWAR BIN ABDUL MUBIN
Fasilitator SVM AHMAD AQIL FAHMI BIN NOR AZMAN
Fasilitator SVM MUHAMMAD AIDEL AMRI BIN AMIR
Fasilitator SVM NUR IZZATUL HUDA BINTI RUSLANUDIN
Fasilitator SKM MUHAMMAD FAHMI HAIQAL BIN ABDUL HAKIM
Fasilitator SKM NUR LYYANI BT JAMANI
Fasilitator SKM KHAIRUL IKHWAN BIN BISSEMI
Fasilitator SKM MUHAMMAD ADAM HAIKAL BIN AHMAD
Fasilitator SKM MUHAMMAD AMYLIN WAFIY BIN NOORHALIM
Fasilitator SKM MUHAMMAD DANIEL ISKANDAR BIN ARIFFIN
Fasilitator SKM MUHAMMAD AIDIL ZAFWAN BIN AZMI
Fasilitator SKM LAILATUL QISMINA BINTI ISMAIL
Fasilitator MOHD SYAKIRIN BIN MANSOR
Fasilitator NURUL SHEEBA MIQAEL BINTI ABDULLAH
Fasilitator NAIM IQMAL MUSTAQIM BIN ZURAIMI
Fasilitator ABDUL RAZAK BIN MOHD RAZY
Fasilitator MUHAMMAD SYAHIR NAQEEB BIN SUHAIMI
Fasilitator WAN MUHAMMAD FITRI BIN WAN JA'AFAR
Fasilitator AMNI BINTI MAJNOR
Fasilitator IMAN HAKIMI DANIAL BIN SHARIZAM
Fasilitator MUHAMMAD IRFAN BIN HAZLAN

Syabas dan Tahniah !













7 OGOS 2026|JUMAATMAJLIS PENUTUP SEMPENA MINGGU ORIENTASI DAN SESI SUAI KENAL PELAJAR BARU AMBILAN OGOS 2026 DI DEWAN BE...
09/08/2026

7 OGOS 2026|JUMAAT

MAJLIS PENUTUP SEMPENA MINGGU ORIENTASI DAN SESI SUAI KENAL PELAJAR BARU AMBILAN OGOS 2026 DI DEWAN BESAR IVM

Majlis ini telah dirasmikan oleh Puan Haryani bt Hamazah,Wakil Pengarah IVM dan beliau sedang menanggung tugas ini.

Beliau diiringi oleh YBrs Dr.Norazian bt Abd Hamid Ketua Bahagian Urusetia Latihan dan Peperiksaan dan YBrs Puan Norita bt Mohd Noor , Pegawai Penyelaras SKM dan SVM serta Penasihat Majlis Perwakilan Pelajar IVM Tahun 2026.

Beliau merakamkan tahniah kepada barisan urusetia dan MPP serta para pelatih yang telah berjaya menghabiskan minggu Orientasi dan Sesi Suai Kenal ini dengan muhibah dan mencapai objektif.

Pada sesi ini juga, para pelajar diperkenalkan kepada tenaga pengajar IVM.

Beliau berharap para pelajar tekun berusaha, sentiasa berfikiran positif, menghormati tenaga pengajar dan saling menyayangi rakan seperjuangan.

Diharap para pelajar dapat menghabiskan pengajian di IVM dengan cemerlang,sentiasa menjaga nama baik IVM seterusnya melahirkan pekerja paraveterinar yang terlatih dan memenuhi keperluan industri penternakan di Malaysia.

Syabas dan Selamat Maju Jaya dari IVM!













6 OGOS 2026|KHAMISMAJLIS BACAAN YASSIN PERDANA DAN SOLAT BERJEMAAH MAGHRIB DAN ISYAK DI DEWAN BESAR IVMSempena malam Jum...
09/08/2026

6 OGOS 2026|KHAMIS

MAJLIS BACAAN YASSIN PERDANA DAN SOLAT BERJEMAAH MAGHRIB DAN ISYAK DI DEWAN BESAR IVM

Sempena malam Jumaat barakah dan malam terakhir untuk program orientasi, IVM telah menganjurkan Bacaan Yassin Perdana bagi memohon petunjuk dan kelembutan hati para pelajar untuk terus berada dalam lindungan Allah.

Program ini telah disusun oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar IVM iaitu En Saiful Adli bin Abdul Halim untuk aktiviti kerohanian para pelajar muslim.

Semoga para pelajar sentiasa diberikan petunjuk dan rahmat Allah.

Selamat Maju Jaya dari IVM!













4 OGOS 2026| SELASA MAJLIS PERASMIAN SEMPENA MINGGU ORIENTASI DAN SESI SUAI KENAL PELAJAR BARU SKM DAN SVM AMBILAN OGOS ...
09/08/2026

4 OGOS 2026| SELASA

MAJLIS PERASMIAN SEMPENA MINGGU ORIENTASI DAN SESI SUAI KENAL PELAJAR BARU SKM DAN SVM AMBILAN OGOS 2026

Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Yang Berusaha Dr. Alifah bt Ismail, Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan,Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Malaysia seterusnya merasmikan majlis ini.

Ketibaan YBrs Dr.Alifah bt Ismail, Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan diiringi oleh YBrs Puan Haryani bt Hamazah, Wakil Pengarah IVM dan YBrs Dr.Norazian bt Abd Hamid Ketua Bahagian Urusetia Latihan dan Peperiksaan serta Pegawai-Pegawai Kanan IVM.

Dalam ucapan perasmian, YBrs Dr.Alifah bt Ismail, mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang telah terpilih untuk melanjutkan pengajian di IVM.

Beliau percaya dengan kemampuan pengurusan IVM yang diterajui oleh Puan Haryani bt Hamazah, akan membawa IVM ke arah yang lebih cemerlang pada masa depan

Beliau menyeru kepada para pelajar untuk sentiasa tekun belajar, mengikuti peraturan yang telah digariskan di IVM, mengamalkan nilai-nilai murni, menghormati ibu bapa,tenaga pengajar dan juga sesama rakan sebaya selama berada di Institut ini untuk mewujudkan persekitaran belajar yang positif dan proaktif lagi berintegriti.

Beliau juga mahu semua pelatih menjadikan Institut Veterinar Malaysia sebagai tempat untuk berkembang, menimba ilmu, membentuk jati diri dan mencipta kejayaan.

Beliau juga percaya bahawa semangat, disiplin dan komitmen yang tinggi, pelatih mampu menjadi graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang veterinar, malah mampu memberi sumbangan besar kepada pembangunan industri agromakanan dan keterjaminan bekalan makanan negara.

IVM merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan,DVS Putrajaya atas kesudian untuk hadir merasmikan program pada kali ini.

Selamat maju jaya daripada IVM!













5 OGOS 2026 I RABUIVM sentiasa membuka ruang dan peluang untuk para pelajar baru menonjolkan bakat-bakat semulajadi, pem...
05/08/2026

5 OGOS 2026 I RABU

IVM sentiasa membuka ruang dan peluang untuk para pelajar baru menonjolkan bakat-bakat semulajadi, pemikiran kritis lagi inovatif bagi memantapkan sahsiah dan jati diri serta lebih akrab diantara satu sama lain.

Malam kebudayaan merupakan satu platform di mana bakat serta kreativiti para pelajar di cungkil oleh Penyelaras program SKM/SVM IVM , Puan Norita bt Mohd Nor bersama Barisan MPP IVM yang terpilih.

Apabila berakhirnya minggu orientasi ini, diharap para pelajar lebih mengenali satu sama lain dan mempunyai semangat setiakawan yang tinggi, sentiasa berfikiran positif dan mampu mengurus emosi diri sendiri dengan baik !

BINTANG PASTI BERGEMERLAPAN!













5 OGOS 2026 I RABUCERAMAH KESEDARAN ANTI BULI KEPADA PELAJAR SKM DAN SVM SEMPENA  MINGGU ORIENTASI DAN SUAI KENAL DI INS...
05/08/2026

5 OGOS 2026 I RABU

CERAMAH KESEDARAN ANTI BULI KEPADA PELAJAR SKM DAN SVM SEMPENA MINGGU ORIENTASI DAN SUAI KENAL DI INSTITUT VETERINAR MALAYSIA

Ceramah ini berlangsung pada sesi petang dan telah disampaikan oleh :

1. Inspektor Ahmad Safwan bin Mazlan, Ketua Caw. kepolisan Am/Kepolisan Komuniti, Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Daerah Kluang menyampaikan ceramah berkaitan Buli.

2. Inspektor Zamrizal bin Mohammed, Ketua Caw. Operasi Pencegahan Koordinasi Sumber Sokongan/Kepolisan Komuniti, Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Daerah Kluang menyampaikan taklimat ringkas bagi VSP (Volunteer Smartphone Patrol) yang memboleh orang awam memilih perkhidmatan samada Aduan/Balik Kampung/SOS.

3. Sarjan Sarinah binti Sitek, Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Daerah Kluang dan 3 orang pegawai AMANITA Johor turut hadir.

Semoga semua mendapat manafaat dan persekitaran yang sihat dapat dibangunkan di IVM !













SEMINAR SALAH LAKU PENGGUNAAN DADAH ANJURAN INSTITUT VETERINAR MALAYSIA KEPADA PELAJAR BARU SKM TAHAP 2 & TAHAP 3 DAN SV...
05/08/2026

SEMINAR SALAH LAKU PENGGUNAAN DADAH ANJURAN INSTITUT VETERINAR MALAYSIA KEPADA PELAJAR BARU SKM TAHAP 2 & TAHAP 3 DAN SVM TAHUN 1 & 2 TAHUN 2026

5 OGOS 2026| RABU

Seminar ini merupakan salah satu pengisian program sempena minggu Orientasi dan Sesi Suai Kenal Pelajar Baru dan telah disampaikan oleh Puan Farzana Balqis bt Ahmad Zaidi daripada AADK Kluang Johor kepada pelatih baru seramai 121 orang.

Disamping itu juga, seramai 28 orang kakitangan IVM juga hadir bersama bagi meningkatkan pengetahuan semasa tentang ancaman najis dadah kepada masyarakat.

Seminar ini dilaksanakan adalah bertujuan :

1.Memberi kefahaman kepada kakitangan IVM terhadap salah laku penyalahgunaan dadah dan kesannya
2.Memberi kefahaman tentang salah laku penggunaan dadah bagi membantu mengurus pelatih -pelatih yang belajar di IVM
3.Memberi pendedahan perkhidmatan dan intervensi AADK berkaitan salah laku penyalahgunaan dadah

Urusetia IVM(BULP) : Puan Nor Hafizah bt Salleh
Majlis disempurnakan oleh Puan Aswanimiyuni bt Arshad , PRO IVM.
Masa : 10.30am - 12.30 t.hari

IVM merakamkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak AADK Kluang atas jalinan kerjasama dan semoga anak bangsa sentiasa terpelihara dan tidak terjebak dalam penyalahgunaan Dadah dan Selamat maju jaya dari BULP!













KURSUS PENGUKUHAN MyGovUC KPKM  ZON SELATAN ANJURAN BAHAGIAN PERKHIDMATAN DIGITAL , KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMIN...
05/08/2026

KURSUS PENGUKUHAN MyGovUC KPKM ZON SELATAN ANJURAN BAHAGIAN PERKHIDMATAN DIGITAL , KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN (KPKM) DI INSTITUT VETERINAR MALAYSIA

5-6 OGOS 2026| RABU-KHAMIS

Telah berlangsung Kursus Pengukuhan Mygovuc Kpkm Zon Selatan anjuran Bahagian Perkhidmatan Digital , Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di Institut Veterinar Malaysia

IVM berbesar hati menyediakan Makmal ICT bagi 32 orang peserta bagi kursus anjuran KPKM pada kali ini. Diharap kursus ini dapat meningkatkan kompetensi pegawai dan seterusnya melestarikan pembudayaan digital dikalangan pegawai KPKM.

Maklumat program adalah :

Nama Program: Kursus Pengukuhan MyGovUC KPKM Zon Selatan
Tarikh Kursus: 5 - 6 Ogos 2026 (Rabu - Khamis)
Tarikh Dry Run & Persediaan: 4 Ogos 2026 (Selasa) bermula jam 2.30 petang
Masa Kursus: 8.00 pagi – 6.00 petang
Lokasi: Bilik Latihan Komputer ICT, Institut Veterinar Malaysia (IVM)
Kapasiti: 32 orang (30 orang peserta dan 2 orang urusetia)
Ketua Urusetia : En Mohd Syahidi bin Abdullah

Terima kasih kerana memilih IVM dan Selamat maju jaya dari BULP!













PENDAFTARAN PELATIH BARU BAGI SKM DAN SVM DI INSTITUT VETERINAR MALAYSIA AMBILAN OGOS TAHUN 20263 OGOS 2026| ISININSeram...
04/08/2026

PENDAFTARAN PELATIH BARU BAGI SKM DAN SVM DI INSTITUT VETERINAR MALAYSIA AMBILAN OGOS TAHUN 2026

3 OGOS 2026| ISININ

Seramai 121 orang pelatih baru dari seluruh Malaysia telah hadir mendaftar di IVM!

Hadir ditemani keluarga dengan 1001 impian dan harapan.

SVM 1 - 30 orang (Lelaki 14, Perempuan 16)
SVM 2 - 49 orang (Lelaki 32,Perempuan 32)
SKM 2 - *18 orang (Lelaki 12, Perempuan 6)
SKM 3 - 24 orang (Lelaki 19, Perempuan 5)
(*Lapor diri pada 6/8/2026- 3 lelaki SKM 2)

Selamat maju jaya!













28/07/2026

PEPERIKSAAN PENGESAHAN JAWATAN G5 DI INSTITUT VETERINAR MALAYSIA BIL.2/2026

28-29 JULAI 2026| SELASA - RABU

Telah berlangsung peperiksaan pengesahan jawatan Pegawai Gred G5 yang telah dihadiri oleh 24 orang calon dari seluruh Malaysia.

Selamat maju jaya!













Address

Jalan Batu Pahat Kluang
Kluang
86009

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Veterinar Malaysia-DVS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share