AMK Cabang Kluang

AMK Cabang Kluang Reformis anak muda bergerak untuk rakyat

Jom sertai Hari Kerjaya TVET x MYFutureJobs  2026! Peluang terbaik untuk pencari kerja & graduan TVET jumpa terus majika...
09/02/2026

Jom sertai Hari Kerjaya TVET x MYFutureJobs 2026!
Peluang terbaik untuk pencari kerja & graduan TVET jumpa terus majikan, sertai temuduga terbuka dan terokai peluang penempatan latihan industri dan kerjaya menarik!

๐Ÿ—“ Tarikh: 11 Februari 2026 (Rabu)
๐Ÿ“ Lokasi: KOLEJ VOKASIONAL KLUANG
โฐ Masa: 9 pagi - 4 petang

โœ… Bawa resume terkini
โœ… Berpakaian kemas
โœ… Penyertaan adalah PERCUMA

๐Ÿ‘‰ Daftar awal melalui pautan di bawah:
https://careerfair.myfuturejobs.gov.my/careerfair/socsocareerfair/daftarjobseeker.php?id=Mjc0Nw==

Jangan lepaskan peluang ini dan umpa anda di sana! ๐Ÿ’ผโœจ

31/10/2025

๐—ฆ๐—˜๐—ก๐—”๐—ฅ๐—”๐—œ ๐—›๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—”๐—ช๐—”๐—Ÿ ๐—™๐—Ÿ๐—˜๐—ซ๐—œ๐— ๐—”๐—ฅ๐—ง ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—จ๐— 

Kedai serbaneka Fleximart di S7, Shah Alam akan dibuka pada hari Sabtu, 1 November ini dan kedai makan value-meal Kesum di Pandan Indah akan dibuka pada hari Sabtu, 8 November.

Bagaimana kami menentukan harga:

1) Kos bahan mentah
2) Kos barang runcit dari pembekal
3) Kos tidak langsung seperti sewa, gaji pekerja, utiliti
4) Kos perkongsian pra-keuntungan untuk dibayar kepada penyumbang modal
5) Banding dengan harga kedai-kedai lain
6) Tentukan margin agar harga sekitar yang termurah di pasaran

Berikut adalah harga di Kesum:

Semua juadah iaitu nasi lemak ayam, nasi minyak ayam, mee goreng, nasi ayam berempah, lempeng kari ayam dijual pada harga RM5 ke bawah.

Berikut adalah harga di Fleximart:

Aiskrim - RM1 per cone
Kopi - antara RM2.90 ke RM4 secawan
Mee kari & jus - RM5
Mee segera & condiments (bebola ikan dan lain-lain) & jus - RM5
Detergent (sabun basuh baju) - RM1 seliter, kuantiti flexi ikut sukatan sendiri

Makanan siap dimakan dari Flexivending - semua di bawah RM5:

Nasi lemak, Chicken wrap, Ayam Korea, Ayam cheese, Ayam goreng crispy, spaghetti carbonara, spaghetti bolognese, mee goreng basah telur mata, nasi goreng seafood, sandwich telur, sandwich tuna, sandwich ayam, roti sosej cheese

Kalau tak percaya, boleh datang sendiri bila Fleximart mula dibuka pada 1 November dan Kesum pada 8 November ini.

๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—™๐—Ÿ๐—˜๐—ซ๐—œ๐— ๐—”๐—ฅ๐—งSalah satu inisiatif Ayuh Malaysia iaitu Fleximart akan mula beroperasi untuk orang ramai pada Sabtu...
29/10/2025

๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—™๐—Ÿ๐—˜๐—ซ๐—œ๐— ๐—”๐—ฅ๐—ง

Salah satu inisiatif Ayuh Malaysia iaitu Fleximart akan mula beroperasi untuk orang ramai pada Sabtu, 1 November 2025.

Fleximart akan menjadi sebuah kedai serbaneka berfokus makanan siap bawah RM5, dengan barangan runcit pada harga rendah.

Semua warga Shah Alam dan sekitar Lembah Klang dijemput untuk hadir ke pelancaran Fleximart pada ketetapan berikut:

๐Ÿ—“๏ธ 1 Nov 2025, 10 pagi
๐Ÿ“ 35, Jalan Plumbum U7/U, Seksyen 7, Shah Alam (sederet dengan Speedmart)
https://maps.app.goo.gl/NvWuuaD98Eciu4E7A?g_st=ipc

Kami juga menjemput orang ramai yang ingin hadir untuk mengisi maklumat di pautan ini bagi tujuan logistik dan tindakan susulan selepas pelancaran Fleximart:
https://bit.ly/Fleximart

Kita jumpa di sana pada 1 November 2025. Pelancaran ini juga akan disiarkan secara LIVE di platform media sosial saya dan Ayuh Malaysia.

Layari https://ayuhmalaysia.org/ untuk maklumat lanjut Ayuh Malaysia dan perusahaan sosial yang terlibat.

Ayuh kita bersatu sebagai satu bangsa Malaysia, menyuarakan solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin bersama para ...
07/10/2025

Ayuh kita bersatu sebagai satu bangsa Malaysia, menyuarakan solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin bersama para wira dan wirawati yang baru pulang selepas ditahan dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla.

Saya yakin dan percaya bahawa dalam denyut nadi setiap anak Malaysia, tersemat tekad untuk terus memperjuangkan keadilan dan keamanan sejagat.

Marilah kita berganding bahu dan bergerak sederap, mengangkat suara demi Palestin yang merdeka, bermaruah dan berdaulat.

Ketemu esok malam, Insya-Allah.



Tahniah Sdra  Amirul Hafiz Bin Abd Hamid selaku Ketua Angkatan Muda KEADILAN Cabang Kluang yang dilantik menjadi Ketua S...
19/08/2025

Tahniah Sdra Amirul Hafiz Bin Abd Hamid selaku Ketua Angkatan Muda KEADILAN Cabang Kluang yang dilantik menjadi Ketua Skuad Negeri Johor. Semoga dipermudah segala urusan dalam memperkasakan kepimpinan AMK Negeri Johor

Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat, saudara Anwar Ibrahim. Semoga senantiasa dikurniaka...
10/08/2025

Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat, saudara Anwar Ibrahim. Semoga senantiasa dikurniakan kesihatan yang baik, umur yang diberkati, kebijaksanaan yang berterusan dan kekuatan dalam memimpin negara ke arah kemajuan, keadilan, dan kesejahteraan rakyat.

Moga segala usaha dan perjuangan demi Malaysia yang makmur dan bersatu diberi ganjaran yang setimpal di dunia dan di akhirat.

Teruslah menjadi sumber inspirasi kepada rakyat Malaysia!


29 July 2025 | SelasaJam lebih kurang 2257pm, saya telah membuat satu laporan polis di IPD kluang berkenaan satu pautan ...
29/07/2025

29 July 2025 | Selasa

Jam lebih kurang 2257pm, saya telah membuat satu laporan polis di IPD kluang berkenaan satu pautan video demonstrasi penyebatan dengan membuat patung imej Dato Seri ANWAR IBRAHIM dan menyebat patung tersebut di https://www.facebook.com/share/v/15i8WPwkss. Perbuatan ini adalah satu aksi yang menggalakkan keganasan serta harus dihentikan kerana akan menjadi contoh yang tidak baik kepada anak muda yang lain, selain itu juga perbuatan ini akan menjatuhkan imej negara sebagai negara demokratik berpelembagaan raja.

AMIRUL HAFIZ B. ABD. HAMID
KETUA AMK CABANG KLUANG
KETUA SKUAD NEGERI JOHOR
TIMB. SKUAD MALAYSIA

Proses Permohonan Menjadi Anggota Parti Keadilan Rakyat
03/07/2025

Proses Permohonan Menjadi Anggota Parti Keadilan Rakyat

Kita boleh membangkang sesuatu, tetapi biarlah selepas kita meneliti keseluruhan merit kes itu. Jangan pakai hentam saja...
03/07/2025

Kita boleh membangkang sesuatu, tetapi biarlah selepas kita meneliti keseluruhan merit kes itu. Jangan pakai hentam saja.

๐—ก๐——๐Ÿฒ/๐Ÿณ: ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—š๐—”๐——๐—”๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—š๐—œ?

Fadhli Shaari keluarkan kenyataan, kemudian Hamzah Zainuddin, kemudian Muhyiddin Yassin. Semua beri gambaran Anwar gadai kedaulatan negara lagi.

Orang bimbang pasal kebebasan institusi kehakiman, tapi PN rasa isu Anbalat lagi besar untuk dimainkan.

Anbalat ni apa? ND6 dan ND7 ni apa?

Saya nampak apa yang cuba dilakukan oleh Perikatan Nasional, iaitu cuba melambung isu sempadan berkaitan wilayah perairan sekitar timur Sabah sebagai isu emosi, seolah-olah kerajaan menggadai kedaulatan negara.

Latar belakangnya begini.

Perairan ini terletak di timur Sabah dan utara Kalimantan. Peta yang dikeluarkan oleh Malaysia dalam 1979 memasukkan kawasan ini sebagai pelantar benua Malaysia, jadi hak milik Malaysia.

Indonesia membantah.

Dalam tahun 2002, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan Pulau Sipadan dan Ligitan adalah milik Malaysia, tetapi tidak jelas mengenai sempadan pelantar benua yang diukur dari pulau-pulau itu. Maka, kawasan ini terus menjadi pertikaian sempadan antara Malaysia dan Indonesia sehingga kini.

Malaysia memanggilnya blok ND6 dan ND7. PETRONAS pernah menganugerahkan kontrak eksplorasi minyak kepada Shell di blok-blok ini.

Indonesia memanggilnya Anbalat dan pernah menganugerahkan kontrak eksplorasi minyak kepada ENI dan Unocal.

Oleh kerana isu sempadan dan tuntutan bertindih tidak ada titik penyelesaian, potensi minyak dan gas di kawasan perairan ini terbiar.

Sedangkan blok-blok ini dijangka ada rizab minyak dan gas yang besar, iaitu sehingga 1 billion bbl minyak dan 1.4 tcf gas (tcf = trillion cubic feet). Rizab ini, kalau ikut ranking, rendah sedikit dari lapangan minyak Brunei tetapi lebih besar dari sebahagian lapangan sedia ada di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Kenapa isu ini timbul sekarang?

Datoโ€™ Seri Anwar dan Presiden Prabowo secara prinsipnya bersetuju untuk mempertimbangkan pembangunan bersama Malaysia dan Indonesia (dipanggil joint development) agar potensi minyak ini dapat dimanfaatkan.

Saya bersetuju dan menyokong, malah ini salah satu perkara yang saya bawa semasa di dalam Kabinet dahulu.

Kerana kaedah ini telah terbukti berkesan. Kita pernah buat pun di luar pesisir Kelantan dan Thailand.

Keadaannya sama, iaitu kawasan yang ada tuntutan bertindih antara Malaysia dan Thailand. Tidak dapat dibangunkan selagi tidak ada penyelesaian dan kedua-dua negara tidak berganjak.

Dalam tahun 1970an, kerajaan kedua-dua negara bersetuju mewujudkan Pihak Berkuasa Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand atau Malaysia-Thailand Joint Development Authority (MTJDA) yang bertindak sebagai pihak berkuasa yang mengendalikan pembangunan bersama di kawasan bertindih itu.

Wakil sama banyak, suara sama banyak.

Dari situlah, kontrak eksplorasi dan pembangunan minyak dapat dijalankan, akhirnya dianugerahkan kepada PETRONAS dan PTTEP (syarikat minyak Thailand).

Hari ini, sekitar 30% dari keperluan gas Semenanjung Malaysia dibekalkan dari kawasan bertindih ini. Jika ia tidak dibangunkan secara bersama dan tergendala sehingga kini, 30% keperluan gas Semenanjung perlu diimport dan dibayar pada harga yang tinggi.

Jadi apa yang perlu berlaku sekarang?

Kerajaan Persekutuan perlu berbincang secara serentak dengan Kerajaan Indonesia dan Kerajaan Sabah, supaya kepentingan Sabah dapat dipelihara dan sebahagian keuntungan pergi kepada rakyat Sabah secara adil.

Tetapi jika ia dipolitikkan dan rancangan pembangunan bersama ini tergendala, negara dan rakyat, dari Sabah sampai ke Perlis, akan terus kehilangan berbilion ringgit hasil setiap tahun, dalam keadaan hasil minyak kita semakin berkurang.

PETRONAS memerlukan pembangunan bersama ini. Insya-Allah, rakyat juga akan mendapat manfaat.

Kita boleh membangkang sesuatu, tetapi biarlah selepas kita meneliti keseluruhan merit kes itu. Jangan pakai hentam saja.

Sejak 1 Mei lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengumumkan pelaksanaan Ops Gasak bagi ...
04/06/2025

Sejak 1 Mei lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengumumkan pelaksanaan Ops Gasak bagi mengekang ketirisan serta penyelewengan tong LPG bersubsidi khususnya membabitkan industri berskala sederhana dan besar.

Selain itu, ia bertujuan membanteras penyelewengan melalui aktiviti haram decanting iaitu pemindahan LPG dari tong bersubsidi kepada tong tidak bersubsidi untuk jualan komersial dan penyeludupan.

Pada masa sama, Fuziah mengingatkan semua pihak supaya tidak menakutkan rakyat dengan maklumat kurang tepat kerana kerajaan akan terus memastikan subsidi sampai kepada mereka yang benar-benar layak.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/06/1404477/fuziah-jelaskan-peniaga-kecil-masih-boleh-guna-tong-lpg-subsidi-tapi

๐˜’๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ข๐˜ฏ ๐˜”๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข๐Ÿ• ๐™ˆ๐™š๐™ž ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“๐—ฃ๐—˜๐— ๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—ง๐—œ ๐—ž๐—˜๐—”๐——๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ฌ๐—”๐—ง ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฑPemilihan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) 2025, yang kini ...
07/05/2025

๐˜’๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ข๐˜ฏ ๐˜”๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข
๐Ÿ• ๐™ˆ๐™š๐™ž ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

๐—ฃ๐—˜๐— ๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—ง๐—œ ๐—ž๐—˜๐—”๐——๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ฌ๐—”๐—ง ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) 2025, yang kini memasuki fasa akhir, adalah kali pertama parti memilih pimpinan sebagai parti Kerajaan Persekutuan. Sudah tentu persaingan sengit berlaku di setiap peringkat.

Pemilihan di peringkat cabang telah mengundang beberapa fenomena baru, termasuklah keadaan bila mana hanya calon Ketua Cabang menang tetapi keseluruhan jawatankuasa dan sayap-sayap dimenangi oleh pesaing. Saya juga dimaklumkan jumlah bantahan melebihi 190 di seluruh negara.

๐—–๐˜‚๐˜๐—ถ ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ง๐˜‚๐—ด๐—ฎ๐˜€ ๐—ฅ๐—ฎ๐˜€๐—บ๐—ถ

Perkara-perkara ini membayangkan bahawa isu berbangkit semasa pemilihan sewajarnya diuruskan dengan baik untuk menjaga keharmonian parti di setiap peringkat, tidak kira pihak mana yang membuat bantahan.

Menyedari bahawa aduan-aduan dan isu yang timbul perlu diuruskan dengan harmoni, sebagai Timbalan Presiden, saya membuat keputusan untuk memberi tumpuan menguruskan perkara ini sepenuh masa, termasuk berjumpa dan mendengar sendiri isu yang dibangkitkan oleh pelbagai calon yang bertanding, tanpa mengira kumpulan.

Masa yang diperlukan adalah panjang. Sewajarnya, kerja-kerja mengurus parti yang memerlukan masa khusus seperti ini tidak dicampuradukkan dengan tugas dan masa sebagai seorang menteri. Bagi saya, mengasingkan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin parti politik dari tugasan rasmi seorang menteri adalah satu budaya politik baru yang wajar kita semai.

Oleh itu, saya telah membuat permohonan kepada YAB Perdana Menteri untuk bercuti dari tugas rasmi untuk memberi tumpuan meredakan keadaan di peringkat akar umbi.

๐™„๐™จ๐™ช ๐˜ฝ๐™š๐™ง๐™—๐™–๐™ฃ๐™œ๐™ ๐™ž๐™ฉ ๐˜ฝ๐™š๐™ง๐™๐™ช๐™—๐™ช๐™ฃ๐™œ ๐™‹๐™š๐™ข๐™ž๐™ก๐™ž๐™๐™–๐™ฃ

Sepanjang tempoh saya bercuti dari 29 April ke 5 Mei (iaitu empat hari), saya telah mengadakan pelbagai pertemuan dan membawa isu-isu berbangkit mengenai pemilihan kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

MPP bertarikh 29 April 2025 bersetuju supaya satu audit bebas dijalankan untuk memastikan sistem pemilihan digital bebas dari campur tangan yang mempengaruhi keputusan akhir di peringkat cabang.

Laporan juru audit bebas ini dibentangkan di dalam MPP bertarikh 4 Mei 2025, seperti di dalam ๐—Ÿ๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—”. Berdasarkan laporan ini, MPP menerima gesaan Presiden supaya keputusan di peringkat cabang disahkan walaupun ada aduan-aduan berbangkit, agar parti boleh bergerak ke hadapan dan pemilihan peringkat pusat dapat diteruskan.

Semasa audit bebas itu berjalan, seperti mana persetujuan MPP bertarikh 29 April 2025, calon-calon yang membuat aduan boleh melantik wakil teknikal mereka untuk turut serta sebagai pemerhati semasa proses audit.

Saya sertakan laporan wakil teknikal yang dilantik calon mengenai keseluruhan proses audit di ๐—Ÿ๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—•.

Atas prinsip ketelusan kepada semua anggota parti, saya percaya kedua-dua pandangan dari laporan-laporan ini boleh memberi konteks keseluruhan kepada pelbagai isu yang timbul.

Walau apa pun kesimpulan yang dibuat, saya menyeru supaya anggota-anggota parti menerima saranan untuk merapatkan saf dan memberi tumpuan mengukuhkan parti.

๐™Ž๐™ž๐™จ๐™ฉ๐™š๐™ข ๐™‹๐™š๐™ข๐™ž๐™ก๐™ž๐™๐™–๐™ฃ ๐™‹๐™ช๐™จ๐™–๐™ฉ

Pun begitu, memandangkan sistem yang sama akan digunakan untuk pemilihan pimpinan pusat, saya menggesa supaya Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) bertindak segera memastikan kelemahan-kelemahan sistem yang dibangkitkan di dalam kedua-dua laporan diperbaiki secepat mungkin.

Ini termasuklah perkara-perkara berikut:

i. Mengesahkan jumlah OTP yang dikeluarkan berbanding dengan jumlah eKYC, undi di pelayan S3 dan undi akhir yang direkodkan di blockchain, untuk mengenal pasti berapa banyak undi yang tercicir akibat kelemahan sistem;

ii. Melindungi versi kod asal (๐˜ด๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ณ๐˜ค๐˜ฆ ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ฅ๐˜ฆ) yang dimuat naik di pelayan awan (๐˜ค๐˜ญ๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ฅ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ท๐˜ฆ๐˜ณ), memastikan versi yang betul dan sama digunakan sepanjang proses pemilihan, menyemak keseluruhan kod asal bagi setiap versi yang dimuat naik, untuk memastikan tidak ada kod berbeza yang memproses pengundian;

iii. Melindungi dan mengawal muat naik kod asal (๐˜ด๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ณ๐˜ค๐˜ฆ ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ฅ๐˜ฆ ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜บ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต) dengan menyemak log muat naik (๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜บ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜จ) sebelum, semasa dan selepas proses pengundian, bagi memastikan integriti sistem terjamin; dan

iv. Isu-isu teknikal lain yang dibangkitkan.

JPP bertanggungjawab memastikan proses pemilihan pusat (termasuk keabsahan dan kemampuan teknikal sistem) berjalan dengan lancar, untuk mengelakkan kontroversi berpanjangan selepas pemilihan pusat selesai.

๐™Ž๐™ฉ๐™ง๐™–๐™ฉ๐™š๐™œ๐™ž ๐™‹๐™๐™๐Ÿญ๐Ÿฒ ๐™™๐™–๐™ฃ ๐™‹๐™š๐™ก๐™š๐™ฉ๐™–๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™…๐™–๐™ฌ๐™–๐™ฉ๐™–๐™ฃ ๐™†๐™–๐™—๐™ž๐™ฃ๐™š๐™ฉ

Sepanjang saya bercuti, saya juga mengadakan pertemuan empat mata dengan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Perbincangan dengan YAB Datuk Seri Anwar berlaku dua kali dan sekali dengan YB Datuk Seri Saifuddin.

Dalam pertemuan dengan Datuk Seri Anwar, saya mengutarakan pandangan bahawa strategi kempen ke arah Pilihanraya Umum ke-16 (PRU16) perlu diperkemaskan mengambil kira keadaan semasa rakyat.

Saya menyatakan bahawa saya bersedia untuk tidak bertanding Timbalan Presiden dan tidak menyertai kabinet untuk memberi tumpuan kepada kempen akar umbi. Kebimbangan saya banyak berkisar kepada keadaan semasa yang mana kempen kerajaan dilihat terlalu bertahan (๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ง๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ด๐˜ช๐˜ท๐˜ฆ), dan tidak menyerang (๐˜ฐ๐˜ง๐˜ง๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ด๐˜ช๐˜ท๐˜ฆ) seperti rentak KEADILAN semasa menjadi pembangkang.

Itu kekuatan yang saya ada sebagai seorang ahli politik dan wajar disesuaikan dengan keperluan kempen di masa berbaki dua tahun sebelum PRU16. Kedudukan saya sebagai seorang menteri menyebabkan saya terikat dengan konsensus pentadbiran kerajaan dan menyukarkan saya bersuara dengan lebih bebas, seperti sebelum ini. Ia menyumbang sedikit sebanyak kepada keadaan kempen KEADILAN yang dilihat tidak agresif.

Saya juga menyuarakan perkara yang sama kepada Datuk Seri Saifuddin dan menyatakan kesediaan saya untuk memberi laluan, agar saya boleh kembali berkempen secara bebas dan agresif ke arah PRU16 tanpa perlu terikat kepada peraturan kabinet dan kerajaan.

Kedua-dua mereka memberi pandangan bahawa ada keperluan untuk saya kekal bertanding Timbalan Presiden dan menjadi sebahagian dari kabinet. Saya nyatakan bahawa saya akan mengambil kira semua pandangan dalam membuat keputusan akhir.

๐™‹๐™š๐™ฃ๐™ฎ๐™š๐™ง๐™ฉ๐™–๐™–๐™ฃ ๐™‹๐™š๐™ข๐™ž๐™ก๐™ž๐™๐™–๐™ฃ ๐™‹๐™ช๐™จ๐™–๐™ฉ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

Saya berterima kasih kepada semua aktivis dan pimpinan KEADILAN di semua peringkat yang telah memberi pelbagai pandangan dalam tempoh seminggu yang lepas.

Kita perlu menerima hakikat bahawa beberapa kontroversi yang timbul akibat pemilihan kali ini (kecil atau besar) sedang diperhatikan rakyat. Sebab itu, saya berpendapat apa pun isu berbangkit, baik mengenai sistem, aduan, atau perkara-perkara lain, perlu ditangani secara berhemah kerana tingkah laku kita sepanjang proses ini dinilai rakyat.

Saya juga bersyukur kerana pengalaman 26 tahun dalam parti ini mendidik saya bahawa sesuatu jawatan itu adalah amanah yang berat, apatah lagi jawatan sebagai menteri. Maka, keputusan-keputusan kita mestilah dipandu oleh kebertanggungjawaban, bukannya berkait dengan pangkat dan kedudukan.

Saya menerima baik berita-berita bahawa Datuk Seri Saifuddin dan Saudari Nurul Izzah Anwar menunjukkan minat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti. Dari awal lagi, saya menyatakan bahawa hak untuk bertanding itu adalah hak masing-masing dan wajar kita raikan dalam semangat demokrasi.

Oleh itu, saya mengalu-alukan pertandingan bagi jawatan Timbalan Presiden KEADILAN dalam pemilihan kali ini dan akan turut serta calon-calon lain menggunakan pentas pemilihan kali ini untuk memperkuatkan parti.

Ia keputusan yang menang-menang bagi saya.

Apa pun pilihan yang diambil perwakilan parti, ia membuka ruang kepada saya menawarkan sumbangan menguatkan parti menghadapi PRU16.

Jika saya dipilih, saya boleh terus memainkan peranan di dalam kepimpinan parti sebagai Timbalan Presiden, dan dalam kerajaan melalui saluran kerajaan.

Jika saya tidak dipilih, saya boleh kembali sebagai seorang pemimpin akar umbi yang lincah berkempen di bawah.

๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—Ÿ๐—œ
7 Mei 2025

๐—Ÿ๐—”๐— ๐—ฃ๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—” (๐—Ÿ๐—”๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—”๐—จ๐——๐—œ๐—ง ๐—•๐—˜๐—•๐—”๐—ฆ)
https://drive.google.com/file/d/1YYFfsUxk-w62STft5zhGXep3GlrgEiw1/view?usp=sharing

๐—Ÿ๐—”๐— ๐—ฃ๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—• (๐—Ÿ๐—”๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—ž๐—œ๐—Ÿ ๐—ง๐—˜๐—ž๐—ก๐—œ๐—ž๐—”๐—Ÿ
https://drive.google.com/file/d/19Vwxx7Cteg78LAJqtWBxDUgfXNqtbg13/view?usp=drive_link

Address

Kluang
86000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AMK Cabang Kluang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share