Pemuda Gagasan Rakyat Sabah N10 Usukan

Pemuda Gagasan Rakyat Sabah N10 Usukan Pemuda Gagasan Rakyat Sabah N10 Usukan

11/04/2026
07/04/2026

Perkembangan terbaru yang membenarkan penangguhan pelaksanaan bayaran 40% hasil Sabah menimbulkan kebimbangan yang wajar dalam kalangan rakyat negeri ini. Walaupun Kerajaan Persekutuan telah mengesahkan bahawa formula 40% terpakai untuk Sabah serta keperluan untuk semakan semula diakui, keputusan penangguhan ini memberi isyarat yang kurang meyakinkan dari segi komitmen pelaksanaannya.

Hakikatnya, walaupun terdapat rayuan di Mahkamah Rayuan berkaitan aspek tertentu keputusan Mahkamah Tinggi yang melibatkan “Tahun-Tahun Hilang” (1974–2021), perkara tersebut tidak seharusnya menghalang usaha untuk menyemak dan melaksanakan kelayakan 40% bagi tahun-tahun semasa. Kedua-dua perkara ini perlu dilihat secara berasingan dan ditangani dengan pendekatan yang lebih konstruktif.

Sabah amat memerlukan peruntukan tambahan ini bagi memenuhi keperluan pembangunan infrastruktur asas serta meningkatkan kesejahteraan rakyat. Justeru, pelaksanaannya tidak wajar ditangguhkan dan perlu disegerakan demi kepentingan rakyat secara keseluruhan.

Dalam konteks ini, perlu ditegaskan bahawa hak 40% bukanlah satu bentuk rundingan politik atau “bargaining chip” yang boleh ditawar-menawar. Ia adalah hak berasaskan Perlembagaan yang mesti dihormati dan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.

Sehubungan itu, ketelusan amat penting. Satu garis masa yang jelas dan komprehensif perlu dikemukakan bagi menjelaskan bila dan bagaimana pelaksanaan semakan serta pembayaran ini akan dilaksanakan. Rakyat Sabah berhak mengetahui hala tuju sebenar perkara ini tanpa sebarang ketidakpastian.

Dalam masa yang sama, hubungan Persekutuan-Negeri yang kukuh seharusnya diterjemahkan melalui keikhlasan dan niat baik untuk mencari penyelesaian, tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada proses mahkamah. Perkara yang melibatkan kepentingan rakyat tidak seharusnya terus tertangguh.

Akhirnya, rakyat Sabah diseru untuk terus tenang, bersatu dan konsisten dalam memperjuangkan hak negeri ini. Perjuangan ini adalah tanggungjawab bersama, dan ia perlu diteruskan dengan pendekatan yang berhemah serta berterusan demi memastikan hak Sabah dilaksanakan sebagaimana yang termaktub.

Azrul bin Ibrahim
Pemangku Ketua Pemuda Gagasan Rakyat

02/04/2026
30/03/2026
09/03/2026

Justeru, pelaksanaan keputusan berkenaan wajar dizahirkan melalui komitmen dan itikad baik semua pihak bagi memastikan hak yang diperuntukkan dapat direalisasikan

Pautan berita penuh diruangan komen

Address

Kota Belud
89157

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda Gagasan Rakyat Sabah N10 Usukan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share