SK Timbang Dayang

SK Timbang Dayang Sekolah ini terletak lebih kurang 5 kilometer dari Pekan Kota Belud. Bilangan murid adalah seramai 352 (2024)

Tahniah dan syabas diucapkan kepada adik Noor Shafa binti Mohd Shah atas kejayaan cemerlang meraih Johan Tilawah Al-Qura...
12/05/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada adik Noor Shafa binti Mohd Shah atas kejayaan cemerlang meraih Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Pantai Barat Utara (PBU) sempena PEMANIS Negeri Sabah 2026.

Pertandingan yang berlangsung pada 9 Mei 2026 di Kota Marudu ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan serta mengharumkan nama sekolah.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh murid untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah diri.

Tahniah sekali lagi atas usaha, kesungguhan dan pencapaian yang membanggakan ini. Semoga terus melakar kejayaan pada masa hadapan. 🌹✨

Tahniah Cikgu Hafizan. Selamat menjalankan tugas.
01/05/2026

Tahniah Cikgu Hafizan. Selamat menjalankan tugas.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Encik Hafizan Bin Madin atas pelantikan sebagai Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid, Unit Pusat Kokurikulum, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Semoga terus cemerlang dalam memacu pembangunan pendidikan dan kokurikulum demi kecemerlangan murid serta kemajuan pendidikan negeri Sabah.

Sekalung penghargaan dan terima kasih juga kepada seluruh warga pendidikan di daerah Kota Belud, khususnya Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud, atas komitmen, sokongan dan kerjasama yang sentiasa diberikan dalam memperkasakan dunia pendidikan.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah.

04/04/2026

PERMOHONAN AKAN DIBUKA!

PENGAMBILAN CALON PROGRAM IJAZAH SARJANA PERGURUAN (BIDANG PEDAGOGI) DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN (PISP) TAHUN 2026

Kementerian Pendidikan (KPM) mempelawa kepada calon-calon lepasan IJAZAH SARJANA MUDA berkelayakan untuk memohon sebagai Calon Program Ijazah Sarjana Perguruan (Bidang Pedagogi) di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan (PISP) Tahun 2026.

Mod Program: SEPENUH MASA
Tempoh Pengajian: 2 TAHUN (4 SEMESTER)

Tarikh permohonan: 5 April 2026 hingga 30 April 2026

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di:
https://mypdpp.moe.gov.my/pisp atau imbas QR Code untuk maklumat lanjut.

“Pendidikan Tanggungjawab Bersama, Rebut Peluang, Cipta Masa Depan.”

Tahun Ini, Tahun Kita






Beyond Earth Hour 202628.03.2026
31/03/2026

Beyond Earth Hour 2026
28.03.2026








04/02/2026
✨ Sukantara Fasa 2 | Momen Bermakna ✨
30/01/2026

✨ Sukantara Fasa 2 | Momen Bermakna ✨

✨ Katik-katik Fasa 1 Sukantara | Momen Bermakna ✨Langkah demi langkah, peluh dan senyuman berpadu menjadi kisah indah di...
30/01/2026

✨ Katik-katik Fasa 1 Sukantara | Momen Bermakna ✨
Langkah demi langkah, peluh dan senyuman berpadu menjadi kisah indah di arena Sukantara. Setiap detik merakam semangat juang, disiplin dan kebersamaan warga sekolah dalam membentuk generasi cergas, berdaya saing dan berjiwa besar. 💪🏽🏃‍♂️

📸 Sekitar Rentas Desa | 23.1.2026Sekitar gambar-gambar semasa program Rentas Desa yang telah berlangsung dengan lancar d...
27/01/2026

📸 Sekitar Rentas Desa | 23.1.2026

Sekitar gambar-gambar semasa program Rentas Desa yang telah berlangsung dengan lancar dan penuh semangat pada 23 Januari 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada barisan PIBG serta anggota PPS yang telah hadir dan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam memastikan kelancaran dan keselamatan program ini.

Komitmen dan sokongan padu anda amat dihargai dan menjadi tunjang kejayaan program ini. 🌿🏃‍♂️🏃‍♀️

05/12/2025
15/06/2025

Address

Kota Belud
89158

Telephone

+6088977511

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Timbang Dayang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SK Timbang Dayang:

Share

Category