Dewan Muslimat PAS Kota Belud

Dewan Muslimat PAS Kota Belud Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Dewan Muslimat PAS Kota Belud, Political organisation, Kota Belud.

11/03/2026

Ramadan paling indah bila kita berkongsi. 💚

Alhamdulillah, Bakul Kasih Ramadan sampai kepada mereka yang memerlukan.
Semoga menjadi asbab keberkatan buat semua

Senyuman mereka adalah kebahagiaan kita.✨

Terima kasih semua yang menjayakan Bakul Kasih Ramadan anjuran Dewan Muslimat PAS Kota Belud. 🌙✨


Kota Belud
Kota Belud

Salam Nuzul al-Quran✨17 Ramadan 1447 H✨"Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat ...
07/03/2026

Salam Nuzul al-Quran

✨17 Ramadan 1447 H✨

"Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran" [44:03]_

Peristiwa Nuzul al-Quran mengingatkan kita bahawa Al-Quran adalah cahaya dan petunjuk hidup yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW.

Marilah kita memperbanyakkan membaca, memahami dan mengamalkan ajaran Al-Quran agar kehidupan kita sentiasa diberkati

Marhaban Ya Ramadan 🌙✨Ramadan kembali bertamu, membawa bersamanya cahaya keampunan, rahmat dan pembebasan daripada api n...
18/02/2026

Marhaban Ya Ramadan 🌙✨

Ramadan kembali bertamu, membawa bersamanya cahaya keampunan, rahmat dan pembebasan daripada api neraka. Inilah bulan yang Allah muliakan, bulan yang mendidik jiwa agar kembali tunduk, hati agar kembali hidup, dan amal agar kembali ikhlas kerana-Nya.

Ramadan adalah madrasah ruhiyyah, tempat kita bermuhasabah atas kelalaian lalu dan memperbaharui tekad untuk menjadi hamba yang lebih dekat dengan Allah.

Moga Ramadan kali ini menjadikan kita insan yang lebih sabar, lebih pemaaf, lebih bersyukur dan lebih istiqamah dalam ketaatan. Semoga setiap detik Ramadan diisi dengan al-Quran, doa, zikir dan amal soleh, serta diterima oleh Allah sebagai bekalan menuju kehidupan yang diredhai-Nya.

Selamat datang wahai Ramadan, bulan yang dinanti oleh hati-hati yang merindui

18/02/2026
✨ 4 HARI LAGI MENUJU RAMADAN ✨Ramadan hampir tiba. Semoga kita diberi kekuatan untuk meninggalkan perkara yang sia-sia d...
14/02/2026

✨ 4 HARI LAGI MENUJU RAMADAN ✨

Ramadan hampir tiba. Semoga kita diberi kekuatan untuk meninggalkan perkara yang sia-sia dan menggantikannya dengan amalan yang lebih bermakna.

✨ 6 HARI LAGI MENUJU RAMADAN ✨Setiap hari yang berlalu membawa kita semakin dekat. Moga Allah SWT menerima setiap niat d...
12/02/2026

✨ 6 HARI LAGI MENUJU RAMADAN ✨

Setiap hari yang berlalu membawa kita semakin dekat. Moga Allah SWT menerima setiap niat dan usaha kecil kita dalam membuat persiapan rohani 🤲🏻

✨ 7 HARI LAGI MENUJU RAMADAN ✨Semoga tempoh ini menjadi masa untuk kita menenangkan hati dan mempersiapkan jiwa agar Ram...
11/02/2026

✨ 7 HARI LAGI MENUJU RAMADAN ✨

Semoga tempoh ini menjadi masa untuk kita menenangkan hati dan mempersiapkan jiwa agar Ramadan disambut dengan penuh keikhlasan dan kesyukuran . Moga setiap hari yang berlalu mendekatkan kita kepada Allah SWT 🤍

✨ 8 HARI LAGI MENUJU RAMADAN ✨Jangan tunggu sempurna untuk beramal. Mulakan dengan apa yang mampu seperti satu doa selep...
10/02/2026

✨ 8 HARI LAGI MENUJU RAMADAN ✨

Jangan tunggu sempurna untuk beramal. Mulakan dengan apa yang mampu seperti satu doa selepas solat, satu ayat al-Quran, satu sedekah walaupun sedikit. Setiap amal soleh yang dilakukan dengan ikhlas akan digandakan ganjarannya, apatah lagi apabila Ramadan menjelma.

✨ 9 HARI LAGI MENUJU RAMADAN ✨Saatnya perbanyakkan doa, muhasabah diri dan memohon keampunan kepada Allah. Semoga hati s...
09/02/2026

✨ 9 HARI LAGI MENUJU RAMADAN ✨

Saatnya perbanyakkan doa, muhasabah diri dan memohon keampunan kepada Allah. Semoga hati semakin bersih dan bersedia menyambut bulan yang mulia ini🤲🏻

✨ 10 HARI LAGI MENUJU RAMADAN ✨Separuh perjalanan persiapan telah dilalui. Semoga kita terus istiqamah dalam memperbaiki...
08/02/2026

✨ 10 HARI LAGI MENUJU RAMADAN ✨

Separuh perjalanan persiapan telah dilalui. Semoga kita terus istiqamah dalam memperbaiki diri dan tidak melepaskan peluang untuk berubah menjadi insan yang lebih baik🤍

✨ 11 HARI LAGI MENUJU RAMADAN ✨Sedikit demi sedikit, kita semakin menghampiri bulan yang penuh rahmat. Semoga kita diber...
08/02/2026

✨ 11 HARI LAGI MENUJU RAMADAN ✨

Sedikit demi sedikit, kita semakin menghampiri bulan yang penuh rahmat. Semoga kita diberi kekuatan untuk memulakan persiapan rohani dan membiasakan diri dengan amalan kebaikan dari sekarang 🤲🏻

Address

Kota Belud

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Muslimat PAS Kota Belud posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share