Rejimen Ke-5 Kor Armor Diraja

Rejimen Ke-5 Kor Armor Diraja Laman Rasmi Rejimen Ke-5 Kor Armor Diraja
(New Account)

21/03/2026
MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT REJIMEN KE-5 KOR ARMOR DIRAJA10 Feb 2026 – Satu Majlis Pemakaian Pangkat telah diadakan pada 10...
10/02/2026

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT REJIMEN KE-5 KOR ARMOR DIRAJA

10 Feb 2026 – Satu Majlis Pemakaian Pangkat telah diadakan pada 10 Feb 2026 bertempat di Rejimen Ke-5 Kor Armor Diraja, Kem Paradise Kota Belud, Sabah. Majlis ini telah disempurnakan oleh Pegawai Pemerintah Rejimen Ke-5 Kor Armor Diraja, Mejar Mohd Haffiz bin Masah sebagai tanda pengiktirafan terhadap usaha, komitmen dan prestasi anggota yang terlibat.

Majlis ini diharap dapat menjadi pemangkin semangat kepada anggota yang menerima kenaikan pangkat serta seluruh warga Rejimen Ke-5 Kor Armor Diraja untuk terus berkhidmat dengan dedikasi dan bertanggungjawab dengan lebih cemerlang dalam angkatan tentera khususnya dalam Kor Armor Diraja.


SAMBUTAN HARI KELUARGA REJIMEN KE-5 KOR ARMOR DIRAJA PANTAI MERDEKA KOTA BELUD SABAH: 7 Febuari 2026 Sambutan Hari Kelua...
07/02/2026

SAMBUTAN HARI KELUARGA REJIMEN KE-5 KOR ARMOR DIRAJA

PANTAI MERDEKA KOTA BELUD SABAH: 7 Febuari 2026 Sambutan Hari Keluarga Rejimen Ke-5 Kor Armor Diraja telah dilaksanakan di Pantai Merdeka, Kota Belud dengan begitu meriah.

Sambutan Hari Keluarga ini dimulakan dengan upacara perasmian oleh Pegawai Pemerintah 5 KAD iaitu Mejar Mohd Haffiz bin Masah, disusuli dengan aktiviti bergambar sebagai aktiviti pembukaan Hari Keluarga 5 KAD.

Kehadiran sambutan hari keluarga ini melibatkan pegawai dan anggota bersama keluarga masing-masing. Pelbagai aktiviti sukaneka dan acara telah dilaksanakan yang melibatkan kanak-kanak dan anggota. Acara di akhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi sukaneka yang dipertandingkan, yang disempurnakan oleh Pegawai Pemerintah dan Penolong Pegawai memerintah. Hadiah saguhati turut disediakan kepada semua kanak-kanak yang hadir bagi memeriahkan lagi suasana.

Objektif utama sambutan hari keluarga ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dikalangan warga 5 KAD dan keluarga.


LATIHAN KEBAKARAN PASUKAN PENGGAL PERTAMA TAHUN 2026KOTA BELUD, 5 Februari 2026 – Rejimen Ke-5 Kor Armor Diraja telah me...
05/02/2026

LATIHAN KEBAKARAN PASUKAN PENGGAL PERTAMA TAHUN 2026

KOTA BELUD, 5 Februari 2026 – Rejimen Ke-5 Kor Armor Diraja telah melaksanakan Latihan Kebakaran Penggal Pertama Tahun 2026 bertempat di Padang Kawad 5 KAD, Kem Paradise sebagai usaha memperkukuh tahap kesiapsiagaan dan keselamatan anggota.

Latihan ini dimulakan dengan taklimat asas keselamatan kebakaran, meliputi pengenalan jenis-jenis alat pemadam api serta kaedah penggunaannya yang betul. Sesi ini turut disertakan dengan demonstrasi praktikal yang dikendalikan oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat Kota Belud, Sabah.

Seterusnya, anggota Rejimen Ke-5 Kor Armor Diraja diberi peluang menjalani latihan praktikal memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api, selain pendedahan secara langsung mengenai pemasangan dan penggunaan hos air daripada jentera bomba, selaras dengan prosedur operasi kecemasan.

Objektif utama latihan ini adalah untuk memberi pendedahan dan meningkatkan kefahaman Pegawai serta Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) 5 KAD dalam mengendalikan peralatan pemadaman kebakaran serta mengambil tindakan pantas dan berkesan apabila berdepan situasi kecemasan.

Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada Pasukan Bomba dan Penyelamat Kota Belud atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang latihan berlangsung.

"PENUMBUK WAJA''

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐒𝐈𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐋𝐈𝐋 𝐑𝐄𝐉𝐈𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍KEM PARADISE :Rejimen ke 5 Kor Armor Diraja telah mengadakan ...
15/01/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐒𝐈𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐋𝐈𝐋 𝐑𝐄𝐉𝐈𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍

KEM PARADISE :Rejimen ke 5 Kor Armor Diraja telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Rejimental Peringkat Pasukan yang diadakan di Surau Pasukan 5 kad.

majlis dilaksanakan adalah untuk memohon keberkatan dan kelancaran pentadbiran pasukan bagi Tahun 2026 di samping membina kekuatan rohani, memperkukuh disiplin, serta menanam nilai syukur dan integriti dalam diri dikalangan pegawai dan anggota .

Risik
waja

MESYUARAT KEBAJIKAN REJIMEN KE-5 KOR ARMOR DIRAJA SIRI 1/2026KOTA BELUD, 14 JAN 26: Rejimen Ke-5 Kor Armor Diraja (5 KAD...
14/01/2026

MESYUARAT KEBAJIKAN REJIMEN KE-5 KOR ARMOR DIRAJA SIRI 1/2026

KOTA BELUD, 14 JAN 26: Rejimen Ke-5 Kor Armor Diraja (5 KAD) telah melaksanakan Mesyuarat Kebajikan Siri 1/2026 bertempat di Dewan Terbuka 5 KAD. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Mejar Mohd Haffiz Bin Masah, Pegawai Pemerintah 5 KAD.

Mesyuarat dimulai dengan bacaan doa, diikuti dengan ucapan oleh Pegawai Pemerintah. Seterusnya, agenda mesyuarat diteruskan dengan pengesahan Minit Mesyuarat Kebajikan yang lepas serta perbincangan perkara-perkara berbangkit.

Mesyuarat turut membincangkan usul-usul baharu yang dikemukakan oleh warga 5 KAD sebagai langkah proaktif dalam memperkukuhkan kebajikan dan kesejahteraan anggota. Selain itu, Ajutan selaku Pegawai Tabung Kebajikan Rejimen (TKR) pasukan telah membentangkan kedudukan kewangan semasa bagi Akaun TKR sebagai pemakluman kepada semua ahli mesyuarat.

Pegawai Pemerintah dalam amanatnya menegaskan bahawa kebajikan pasukan merupakan keutamaan dan perlu diberi perhatian berterusan. Beliau menekankan agar segala perkara yang telah dibincangkan dan dipersetujui dapat direalisasikan secara menyeluruh melalui komitmen serta kerjasama padu antara pegawai dan anggota demi memperkukuhkan kesejahteraan dan kekuatan pasukan.

Pelaksanaan mesyuarat ini secara tidak langsung telah menjadi platform berkesan dalam memupuk perpaduan, mempereratkan hubungan silaturahim serta memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga 5 KAD di samping memberi ruang kepada anggota untuk menyuarakan keperluan dan isu kebajikan demi kebaikan dan kesejahteraan bersama.

'PENUMBUK WAJA'

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN TAHLIL SEMPENA HARI ULANG TAHUN KOR ARMOR DIRAJA YANG KE-73KOTA BELUD, 4 Sep 2025 : Seramai 3 p...
05/09/2025

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN TAHLIL SEMPENA HARI ULANG TAHUN KOR ARMOR DIRAJA YANG KE-73

KOTA BELUD, 4 Sep 2025 : Seramai 3 pegawai dan 18 LLP telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil Sempena Hari Ulang Tahun Kor Armor Diraja Ke-73 yang bertempat di Surau Pasukan Rejimen Ke-5 Kor Armor Diraja.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah diikuti dengan bacaan Yassin dan Tahlil sebelum diakhiri dengan solat Isyak berjemaah. Tujuan majlis ini diadakan adalah sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT atas kegemilangan Kor Armor Diraja selama 73 tahun. Semoga Kor Armor Diraja akan terus maju jaya dalam Tentera Darat Malaysia.

Sel Risik 5 Kad

Address

Kem Paradise
Kota Belud
89150

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rejimen Ke-5 Kor Armor Diraja posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Rejimen Ke-5 Kor Armor Diraja:

Share

Category