RISDA Kota Belud

RISDA Kota Belud Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from RISDA Kota Belud, Government Organization, Lot 35, 36&37, KKMP Plaza, Kota Belud.

Rubber Industry Smallholders Development Authority (RISDA)

Pejabat RISDA Daerah Kota Belud (Meliputi Kawasan bagi Daerah Kota Belud, Kota Marudu, DK Matunggong,Kudat, Pitas, dan Ranau)

11/05/2026
01/05/2026
17/04/2026

𝐊𝐞𝐧𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐝𝐚𝐫 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐤𝐭𝐢 𝐊𝐨𝐦𝐢𝐭𝐦𝐞𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐚 𝐏𝐞𝐤𝐞𝐛𝐮𝐧 𝐊𝐞𝐜𝐢𝐥 𝐆𝐞𝐭𝐚𝐡

Kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan RISDA telah membuat keputusan penting menaikkan kadar bantuan Program Tanam Semula Getah bagi Semenanjung Malaysia dan Sabah dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe-13).

Keputusan ini dibuat setelah meneliti secara menyeluruh peningkatan kos pembangunan kebun serta keperluan sebenar di peringkat lapangan, berikutan suasana ekonomi global yang masih tidak menentu serta peningkatan kos input pertanian yang semakin menekan.

Melalui penambahbaikan ini, kadar bantuan di Semenanjung Malaysia dinaikkan daripada RM13,710 sehektar kepada RM20,000 sehektar, iaitu peningkatan sebanyak RM6,290 sehektar. Bagi negeri Sabah p**a, kadar bantuan dinaikkan daripada RM14,955 sehektar kepada RM23,000 sehektar, iaitu peningkatan sebanyak RM8,045 sehektar. Bagi kadar bantuan negeri Sarawak, ia telah diumumkan pada bulan Mac lalu dengan kadar baharu RM23,000 sehektar berbanding kadar lama RM14,805.

Kadar baharu ini akan mula dilaksanakan bermula tahun ini melalui pembayaran secara lima ansuran yang lebih praktikal bagi membantu pekebun kecil mengurus pembangunan kebun secara lebih terancang dan berkesan. Langkah ini juga bertujuan mengurangkan beban kos permulaan yang menjadi kekangan utama kepada pelaksanaan tanam semula.

Sepanjang tempoh RMKe-13, inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada sekitar 33,000 orang pekebun kecil getah dengan sasaran keluasan tanam semula sebanyak 50,000 hektar, atau purata 10,000 hektar setahun. Dalam jangka panjang, usaha ini diunjurkan mampu membantu pekebun kecil memperoleh pendapatan sekitar RM4,700 sebulan sekeluarga melalui hasil getah dan aktiviti ekonomi yang lain.

Saya melihat kenaikan kadar ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan untuk terus membela, memperkasa dan memartabatkan masyarakat pekebun kecil getah yang menjadi tulang belakang ekonomi desa dan luar bandar.




14/04/2026

𝐕𝐈𝐃𝐄𝐎 𝐒𝐎𝐑𝐎𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 & 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐖𝐀𝐋𝐊𝐀𝐁𝐎𝐔𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐑𝐈𝐒𝐃𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐑𝐈𝐒𝐃𝐀 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐁𝐄𝐋𝐔𝐃

Satu sesi perkongsian dan hala tuju telah berlangsung dengan jayanya di Pejabat RISDA Daerah Kota Belud. Kehadiran barisan kepimpinan tertinggi RISDA Negeri Sabah yang diketuai oleh Tuan Pengarah dan Timbalan Pengarah ke daerah ini membawa semangat baharu buat seluruh warga kerja.

Antara pengisian utama:

• Sesi Walkabout: Tinjauan mesra Tuan Pengarah ke ruang kerja kakitangan.

• Sesi Dua Hala: Ruang diskusi terbuka antara pasukan Pejabat RISDA Negeri Sabah (PRN) bersama warga kerja Pejabat RISDA Daerah Kota Belud bagi memperkasakan lagi penyampaian perkhidmatan kepada pekebun kecil.

Terima kasih atas kesudian barisan kepimpinan meluangkan masa. Kami di peringkat daerah komited untuk terus memacu kecemerlangan organisasi!








06/04/2026

𝐕𝐈𝐃𝐄𝐎 𝐒𝐎𝐑𝐎𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐊𝐌𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐁𝐔𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐑𝐈𝐒𝐃𝐀 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐁𝐄𝐋𝐔𝐃

Tarikh: 02 April 2026 (Khamis)
Tempat: Dewan Serbaguna, Kg Tiang Lama, Ranau

Pejabat RISDA Daerah Kota Belud dengan kerjasama Pejabat RISDA Stesen Ranau telah melaksanakan Program Kemakmuran Pekebun Kecil sebagai salah satu usaha berterusan untuk memperkasakan golongan pekebun kecil di luar bandar.

Objektif utama program ini adalah untuk:

• Menyebarluaskan maklumat berkenaan bantuan dan insentif terkini RISDA.
• Menyantuni masyarakat luar bandar serta memahami isu dan keperluan sosioekonomi penduduk kampung.
• Mendengar maklum balas secara terus daripada komuniti pekebun.

Pihak RISDA Kota Belud merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga Kg Tiang Lama serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

30/03/2026

𝐃𝐈𝐑𝐆𝐀𝐇𝐀𝐘𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐓𝐀𝐌𝐀 (𝐓𝐘𝐓) 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇

Dengan penuh takzim dan hormat, dipersembahkan setinggi-tinggi ucapan Dirgahayu kepada Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa bin Haji Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi yang ke-75.

Semoga Tuan Yang Terutama sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT, dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan yang berpanjangan serta terus menerajui negeri Sabah dengan penuh kebijaksanaan, kewibawaan dan keprihatinan.





07/03/2026

SOROTAN PROGRAM: CERAMAH AGAMA PEJABAT RISDA DAERAH KOTA BELUD

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Ceramah Agama peringkat Pejabat RISDA Daerah Kota Belud pada Jumaat, 06 Mac 2026 yang lalu.

Pihak kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Masri Bin Judah (Ketua Pentadbiran Fakulti Pengajian Islam, UMS) atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat.

Mengingatkan kita bahawa Ramadan bukan sekadar rutin menahan lapar, tetapi madrasah untuk mendidik sabar dan integriti dalam setiap gerak kerja. Biar penat bekerja menjadi ibadah, biar keringat kita menjadi saksi amanah.




Address

Lot 35, 36&37, KKMP Plaza
Kota Belud
89157

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088972706

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RISDA Kota Belud posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to RISDA Kota Belud:

Share