IADA Kota Belud

IADA Kota Belud Page ini bertujuan untuk berkongsi maklumat, program pembangunan serta aktiviti-aktiviti IADAKB.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi melalui emel rasmi 👇🏻
📧 [email protected]

🌾 Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan 2026 🌾Semoga sambutan Pesta Kaamatan pada tahun ini membawa kebahagiaan, kesejahtera...
30/05/2026

🌾 Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan 2026 🌾

Semoga sambutan Pesta Kaamatan pada tahun ini membawa kebahagiaan, kesejahteraan, kemakmuran serta mengeratkan lagi semangat perpaduan, muafakat dan keharmonian dalam kalangan masyarakat.

Marilah kita bersama-sama menghargai jasa para petani serta mensyukuri segala hasil dan rezeki yang dikurniakan.

“Kaamatan Untuk Semua”

Ikhlas Daripada
Pengarah & Warga Kerja
IADA Kota Belud 🌾✨

🌙✨ Salam Aidiladha 1447H / 2026M ✨🌙Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.Semoga ibadah korban ...
26/05/2026

🌙✨ Salam Aidiladha 1447H / 2026M ✨🌙

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.
Semoga ibadah korban dan pengorbanan yang dilakukan diterima serta diberkati Allah SWT.

“Semangat pengorbanan menyatukan ukhwah, menyemai keikhlasan dan memperkukuh kasih sesama insan.”

Ikhlas daripada
Pengarah & Warga Kerja
IADA Kota Belud

PAMERAN IADA KOTA BELUD SEMPENA PESTA KAAMATAN PERINGKAT DAERAH KOTA BELUD TAHUN 2026IADA Kota Belud telah menyertai Pam...
21/05/2026

PAMERAN IADA KOTA BELUD SEMPENA PESTA KAAMATAN PERINGKAT DAERAH KOTA BELUD TAHUN 2026

IADA Kota Belud telah menyertai Pameran Sempena Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kota Belud Tahun 2026 yang diadakan pada 15 hingga 17 Mei 2026 di Dewan Terbuka Kadamaian Square, Taginambur, Kota Belud.

Sepanjang tiga hari penganjuran, IADA Kota Belud telah menyertai pameran tersebut dengan jayanya serta turut sama memeriahkan sambutan Pesta Kaamatan yang menjadi platform penting dalam memperkukuhkan hubungan antara agensi kerajaan dan masyarakat setempat. Kehadiran reruai IADA Kota Belud mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pengunjung, khususnya golongan pesawah yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan pembangunan industri padi dan perkhidmatan yang disediakan oleh IADA.

Melalui pameran ini, pegawai dan kakitangan IADA Kota Belud telah memberikan penerangan serta khidmat nasihat berhubung pelbagai isu dan pertanyaan yang diajukan oleh pengunjung. Selain itu, pelbagai aktiviti interaktif turut diadakan di reruai IADA bagi menarik minat pengunjung serta mewujudkan suasana yang lebih ceria dan mesra sepanjang program berlangsung. Reruai IADA Kota Belud turut menerima kunjungan daripada Yang Berhormat Datuk Ewon Benedick yang sudi meluangkan masa melawat pameran serta beramah mesra dengan petugas dan pengunjung. Kehadiran beliau amat dihargai dan menjadi suntikan semangat kepada warga IADA Kota Belud dalam usaha menyampaikan perkhidmatan serta maklumat berkaitan sektor pertanian kepada masyarakat.

Penyertaan ini bukan sahaja menjadi medium untuk menyampaikan maklumat dan perkhidmatan kepada masyarakat, malah turut membuka ruang bagi mengeratkan hubungan kerjasama antara IADA Kota Belud dengan komuniti setempat serta agensi-agensi yang terlibat.

IADA Kota Belud merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan dan peluang yang diberikan untuk membuka reruai pameran sepanjang program berlangsung. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pengunjung yang telah hadir, memberikan sokongan serta meluangkan masa untuk mengunjungi reruai IADA Kota Belud. Semoga jalinan kerjasama dan hubungan baik ini akan terus diperkukuhkan demi kemajuan sektor pertanian serta kesejahteraan komuniti pesawah di daerah Kota Belud.

Bengkel Teknikal Program Pam Elektrik Solar dan Mekanisme Menangani Tanah Jerlus daripada IADA Kerian
13/05/2026

Bengkel Teknikal Program Pam Elektrik Solar dan Mekanisme Menangani Tanah Jerlus daripada IADA Kerian

Taklimat Lawatan Timbalan Pengarah (Pembangunan)Bahagian Pengairan dan  Saliran Pertanian di Tempasuk selatan, Merabau, ...
06/05/2026

Taklimat Lawatan Timbalan Pengarah (Pembangunan)Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian di Tempasuk selatan, Merabau, Piasau Dundau & Projek Kompleks IADA Kota Belud

📌 TAKLIMAT PEMUTUAN SEBENAR PADI BERNAS BIL.07/2026 🌾Alhamdulillah, Pegawai IADA Kota Belud turut hadir bersama dalam Ta...
06/05/2026

📌 TAKLIMAT PEMUTUAN SEBENAR PADI BERNAS BIL.07/2026 🌾

Alhamdulillah, Pegawai IADA Kota Belud turut hadir bersama dalam Taklimat Pemutuan Sebenar Padi Bilangan Ke-7 Tahun 2026 anjuran BERNAS yang telah berlangsung pada 05 Mei 2026 (Selasa) bertempat di Kampung Labuan, Blok 3, Kota Belud.

Program ini sangat bermanfaat dalam memberi pendedahan mengenai kaedah dan prosedur pemutuan padi yang betul, selain memperkukuhkan kerjasama antara BERNAS, pesawah serta agensi berkaitan dalam memastikan pengurusan rantaian bekalan padi dan beras negara terus terpelihara.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan demi meningkatkan kualiti pengeluaran padi dan membantu menjamin sekuriti makanan negara. 🌾✨



4 MEI 2026 | ISNINKunjungan Hormat UPPM Pintasan Ke Pejabat IADA Kota Belud
06/05/2026

4 MEI 2026 | ISNIN

Kunjungan Hormat UPPM Pintasan Ke Pejabat IADA Kota Belud

30 APRIL 2026 | KHAMIS🌾 PROGRAM HANDS-ON PENINGKATAN HASIL SAWAH PADI 🌾📍 Kampung Kota BunganAlhamdulillah, satu program ...
06/05/2026

30 APRIL 2026 | KHAMIS

🌾 PROGRAM HANDS-ON PENINGKATAN HASIL SAWAH PADI 🌾
📍 Kampung Kota Bungan

Alhamdulillah, satu program Hands-On Peningkatan Hasil Sawah Padi telah dijalankan di Kg Kota Bungan dengan penyertaan seramai 30 orang pesawah yang terlibat secara aktif.

🌱 Maklumat Program:
👥 Peserta: 30 orang
📍 Tempat: Kg Kota Bungan
🌾 Keluasan Sawah: 40 hektar

🎯 Objektif Program:
✅ Meningkatkan hasil dan kualiti pengeluaran padi
✅ Membantu menjamin sekuriti makanan negara melalui pengeluaran beras tempatan
✅ Meningkatkan pendapatan serta taraf hidup pesawah di kawasan Kg Kota Bungan

Semoga program ini memberi manfaat besar kepada semua pesawah dan menjadi langkah berterusan ke arah pertanian yang lebih maju, produktif dan berkualiti. 🌾💪.



15 APRIL 2026 | RABUSesi Libat Urus dan Pemindahan Teknologi UTM Bersama Pesawah IADA Kota Belud selaras dengan Kajian "...
06/05/2026

15 APRIL 2026 | RABU

Sesi Libat Urus dan Pemindahan Teknologi UTM Bersama Pesawah IADA Kota Belud selaras dengan Kajian "The Development of a Policy Framework On Agricultural Land Preservation for Food Security in Sabah”


Address

IADA KOTA BELUD, KOMPLEKS ALLAPBANA, BLOK F, LOT BAWAH 35, 36, 37
Kota Belud
89150KOTABELUD

Opening Hours

Monday 07:30 - 16:30
Tuesday 07:30 - 16:30
Wednesday 07:30 - 16:30
Thursday 07:30 - 16:30
Friday 07:30 - 16:30

Telephone

+6088979368

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IADA Kota Belud posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to IADA Kota Belud:

Share