Datuk Kamarudin Md Nor

Datuk Kamarudin Md Nor Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Datuk Kamarudin Md Nor, Political organisation, Kota Bharu.

Majlis Pelancaran Laluan Baharu Ekspres Perdana dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA)Majlis peras...
20/08/2026

Majlis Pelancaran Laluan Baharu Ekspres Perdana dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA)

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Dr Haji Izani bin Husin, Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Kelantan.



°

Ziarah Pokcik Saberi di Pasir Dusun serta menyampaikan sumbangan Wang Pesakit Kronik daripada Kerajaan Negeri Kelantan.S...
20/08/2026

Ziarah Pokcik Saberi di Pasir Dusun serta menyampaikan sumbangan Wang Pesakit Kronik daripada Kerajaan Negeri Kelantan.

Semoga sedikit bantuan ini dapat meringankan beban dan memberi kekuatan buat Pokcik Saberi sekeluarga.

Terima kasih kepada Penghulu Mukim yang sentiasa cakna, prihatin dan mengambil berat kebajikan anak mukim.

Pusat Khidmat DUN Air Lanas

Menziarahi dan menyampaikan bantuan Skim Manfaat Armalah kepada Siti Aisah di Pasir Dusun.Semoga sedikit sumbangan ini d...
19/08/2026

Menziarahi dan menyampaikan bantuan Skim Manfaat Armalah kepada Siti Aisah di Pasir Dusun.

Semoga sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban dan memberi kekuatan buat beliau sekeluarga. Terima kasih kepada Penghulu Mukim yang sentiasa cakna dan prihatin terhadap kebajikan anak mukim yang memerlukan.

Khidmat untuk rakyat, insya-Allah terus diperkasa.

19/08/2026
Ziarah Cakna Pesakit KronikMenziarahi pasangan suami isteri, Wan Nah & Noor Aini di Kampung Rabbana dan turut menyerahka...
18/08/2026

Ziarah Cakna Pesakit Kronik

Menziarahi pasangan suami isteri, Wan Nah & Noor Aini di Kampung Rabbana dan turut menyerahkan bantuan Wang Pesakit Kronik daripada Kerajaan Negeri Kelantan sebagai tanda prihatin dan cakna terhadap kebajikan rakyat.

Terima kasih kepada Penghulu Mukim Jeli yang sentiasa cakna dan mengambil berat kebajikan anak-anak mukim.

Ziarah dan bertanya khabar Puan Noraini di Kg. Rabbana serta menyampaikan Wang Pesakit Kronik sebagai tanda keprihatinan...
17/08/2026

Ziarah dan bertanya khabar Puan Noraini di Kg. Rabbana serta menyampaikan Wang Pesakit Kronik sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Kelantan.

Terima kasih kepada Penghulu Mukim Jeli yang sentiasa cakna terhadap anak mukim yang memerlukan.

Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban.

Pusat Khidmat DUN Air Lanas

17/08/2026

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Dengan penuh dukacita, merafak sembah ucapan takziah ke hadapan seluruh Usrah D’Raja Kelantan atas kemangkatan Almarhumah YBM Dato’ Hjh. Tengku Salwani binti Almarhum Sultan Yahya Petra yang telah kembali ke rahmatullah.

Sesungguhnya pemergian Almarhumah merupakan suatu kehilangan yang amat dirasai. Semoga seluruh Usrah D’Raja dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran oleh Allah SWT dalam menghadapi saat penuh dukacita ini.

Dipanjatkan doa semoga Allah SWT melimpahkan keampunan dan rahmat-Nya ke atas roh Almarhumah, menerima segala amal kebajikannya serta menempatkan Almarhumah dalam kalangan hamba-Nya yang solehah dan beriman.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا
Semoga roh Almarhumah ditempatkan di taman-taman syurga dan dihimpunkan bersama para solihin.

Al-Fatihah.

Merasmikan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Persatuan Pelayang Negeri Kelantan Kali Ke-20 bagi sesi 2026–2028 yang berlangsun...
17/08/2026

Merasmikan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Persatuan Pelayang Negeri Kelantan Kali Ke-20 bagi sesi 2026–2028 yang berlangsung di Jewels Hotel, Kota Bharu.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Presiden Majlis Pelayang Malaysia (MPM), Dato’ Haji A. Rahim bin Haji Nin. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Persatuan Pelayang Negeri Kelantan atas penganjuran mesyuarat ini serta komitmen berterusan dalam memartabatkan seni dan budaya wau di negeri Kelantan.

Semoga persatuan terus aktif memperkasa komuniti pelayang, melahirkan lebih ramai generasi pelapis serta mengangkat wau Kelantan sebagai warisan dan daya tarikan pelancongan budaya yang terus dikenali di peringkat nasional dan antarabangsa.



°

Mengadakan perbincangan bersama pihak Yayasan Kraftangan Kelantan serta meninjau keadaan semasa Kampung Kraftangan, Kota...
16/08/2026

Mengadakan perbincangan bersama pihak Yayasan Kraftangan Kelantan serta meninjau keadaan semasa Kampung Kraftangan, Kota Bharu.

Perbincangan ini memberi tumpuan kepada usaha memperkasa Kampung Kraftangan sebagai antara lokasi penting dalam mengetengahkan seni, kraftangan dan warisan Kelantan, di samping memastikan kemudahan serta pengalaman yang ditawarkan kepada pengunjung terus dipertingkatkan.

Semoga usaha bersama ini dapat menjadikan Kampung Kraftangan terus menjadi salah satu tarikan pelancongan budaya yang menarik dan menjadi ruang untuk penggiat kraftangan tempatan memperkenalkan hasil karya mereka kepada pengunjung dari dalam dan luar negara.



°

Menerima kunjungan daripada Pengarah Perbadanan Perpustakaan Negeri Kelantan, Puan Diana Melati binti Mohamed bersama pa...
16/08/2026

Menerima kunjungan daripada Pengarah Perbadanan Perpustakaan Negeri Kelantan, Puan Diana Melati binti Mohamed bersama pasukan beliau.

Perbincangan menyentuh potensi perpustakaan sebagai salah satu ruang untuk mengetengahkan sejarah, warisan, budaya dan khazanah ilmu Kelantan kepada pengunjung, sekali gus mewujudkan pengalaman pelancongan berasaskan ilmu dan budaya yang lebih menarik.



°

Address

Kota Bharu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Datuk Kamarudin Md Nor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Datuk Kamarudin Md Nor:

Shortcuts

Share