29/05/2025
๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ก๐๐๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐ง ๐ฃ๐๐๐๐ช๐๐ ๐ง๐๐๐๐ ๐ง๐๐จ๐๐๐๐ ๐ฅ๐๐ก๐๐๐ (๐ฃ๐ง๐ง๐ฅ) ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐๐ง ๐ฅ๐๐๐๐ ๐๐ก ๐๐-๐ฑ ๐๐ฅ๐ง๐๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐ ๐ฆ๐๐ฅ๐ ๐ญ/๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
KOK LANAS: Rejimen Ke-5 Artileri Diraja telah menganjurkan Lembaga Kenaikan Pangkat PTTR Siri 1/2025. Lembaga Kenaikan Pangkat ini telah dilaksanakan mulai 20 hingga 27 Mei 25, yang dibahagikan kepada 3 fasa iaitu pemeriksaan dokumen dan pelaksanaan Ujian Kecergasan Asas, kawad kaki, semboyan dan baca peta. Selain itu, calon turut diuji dengan melaksanakan kaedah mengajar semasa temuduga akhir dilaksanakan. Perlaksanaan LKP ini melibatkan seramai 13 anggota terdiri daripada 12 calon Bombardier dan 1 calon Lance Bombardier yang telah disenarai pendek dan layak untuk dipertimbangkan bagi sokongan kenaikan pangkat.
Objektif utama Lembaga Kenaikan Pangkat ini adalah untuk mengenalpasti dan memperakukan PTTR yang berpotensi dan layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat. Dalam sesi temuduga yang diadakan, penilaian prestasi calon telah dibuat melalui kaedah mengajar berpandukan kepada aspek-aspek seperti tahap pengetahuan ketenteraan, pengetahuan am, pemikiran logik dan kritis, kebolehan mengutarakan idea, tahap keyakinan diri serta keterampilan diri calon.
Temuduga Akhir dipengerusikan oleh Pegawai Memerintah 5 RAD, Lt Kol Samsul Kamil bin Abu Zarim serta ahli-ahli panel lain yang terdiri daripada Penolong Pegawai Memerintah, Ketua-Ketua Bateri, Pegawai Rekod Pasukan dan SMR 5 RAD yang dilaksanakan pada 27 Mei 25.
Diharapkan lembaga ini dapat membolehkan semua ahli panel menilai seterusnya menyokong anggota yang benar-benar layak untuk kenaikan pangkat seterusnya demi kebaikan organisasi dan pasukan.
Pelaksanaan aktiviti ini sejajar dengan Teras Pertama Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-30 iaitu Sumber Manusia, Cakna Etos Kepahlawanan bagi melahirkan warga Tentera Darat yang profesional dan memiliki jati diri yang unggul berlandaskan nilai-nilai murni.