25/05/2026
25 Mei 2026 | Isnin | Pasir Puteh
Unit Regulasi Pasaran FAMA Negeri Kelantan telah melaksanakan Lawatan Siasatan & Pemeriksaan Pematuhan Peraturan GPL bagi permohonan Pensijilan Penjenamaan Malaysia’s Best melibatkan kawasan tanaman seluas 0.70 hektar milik usahawan tempatan di Pasir Puteh.
Pemeriksaan ini dijalankan bagi menilai potensi peserta untuk pensijilan Malaysia’s Best sekali gus melengkapkan syarat penjenamaan serta pengiktirafan kepada produk pertanian segar yang berkualiti dan selamat dimakan.
Butiran sesi siasatan lapangan:
• Nama Pengusaha: Encik Ahmad Taufiq bin Mat
Yaacob
• No. Sijil myGAP: myGAP.25.2445/D-21880
(Sah sehingga 31 Mei 2028)
• Komoditi: Durian Belanda
• Lokasi Ladang: Lot 1121 Blok 1121, Kg. Permatang Sungkai Durian Belanda, Mukim Permatang Sungkai, Jajahan Pasir Puteh, Kelantan.
Fokus pemeriksaan:
✔ Pemeriksaan buah durian belanda dan kawasan ladang
✔ Pematuhan GPL bagi memastikan proses pembungkusan dan pelabelan memenuhi standard pemasaran
✔ Semakan ketertelusaran (traceability) berpandukan pensijilan myGAP bagi menjamin keselamatan makanan kekal konsisten sehingga ke tangan pengguna
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Encik Ahmad Taufiq atas komitmen tinggi dalam mengekalkan standard pengeluaran produk pertanian tempatan. Usaha ini bukan sahaja meningkatkan nilai pasaran durian belanda tempatan, malah membantu memperkukuh keyakinan pengguna terhadap produk yang selamat, berkualiti dan dipercayai.
"𝙄𝙉𝙏𝙀𝙂𝙍𝙄𝙏𝙄 𝘿𝘼𝙉 𝙄𝙉𝙆𝙇𝙐𝙎𝙄𝙑𝙄𝙏𝙄 : 𝙋𝙀𝙈𝘼𝘾𝙐 𝙆𝙀𝙅𝘼𝙔𝘼𝘼𝙉”
Regulatori FAMA official