KEMAS Negeri Kelantan - Jabatan Kemajuan Masyarakat

KEMAS Negeri Kelantan - Jabatan Kemajuan Masyarakat "Penggerak Kesejahteraan Masyarakat Luar Bandar"

πŠπ„πŒπ€π’ πŠπ„π‹π€ππ“π€π ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ πŠπ„π’π„π‹π€πŒπ€π“π€π ππ„π‘π‹πˆππƒπ”ππ†π€π 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓BACHOK, 19 Ogos – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Kel...
20/08/2026

πŠπ„πŒπ€π’ πŠπ„π‹π€ππ“π€π ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ πŠπ„π’π„π‹π€πŒπ€π“π€π ππ„π‘π‹πˆππƒπ”ππ†π€π 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓

BACHOK, 19 Ogos – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Kelantan terus memperkukuh aspek keselamatan dan perlindungan pejabat menerusi Kursus Keselamatan Perlindungan Pejabat KEMAS Negeri Kelantan Tahun 2026 yang melibatkan seramai 50 orang peserta.

Kursus tersebut disertai oleh kakitangan di Pejabat KEMAS Negeri, semua Pegawai KEMAS Daerah (PKD) serta kakitangan di KEMAS daerah, sebagai usaha meningkatkan kesedaran serta kefahaman berkaitan aspek keselamatan perlindungan dalam pengurusan organisasi.

Pengarah CGSO Negeri Kelantan, Puan Sabariah Saudi, telah dijemput sebagai penceramah bagi berkongsi pengetahuan, panduan serta penekanan berkaitan kepentingan pengurusan keselamatan perlindungan pejabat yang sistematik, teratur dan berkesan.

Perasmian kursus telah dilakukan oleh Pn. Yusnieda Yakub, Penolong Pengarah Unit Sumber Manusia dan Pentadbiran KEMAS Negeri Kelantan yang mewakili Pengarah KEMAS Negeri.

Penganjuran kursus ini penting bagi memastikan warga kerja KEMAS memahami tanggungjawab terhadap keselamatan pejabat, dokumen, aset dan maklumat rasmi, di samping meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi risiko keselamatan. KEMAS Negeri Kelantan komited memperkukuh aspek keselamatan perlindungan bagi menjamin kelancaran operasi serta penyampaian perkhidmatan yang berkesan kepada masyarakat.

π€πƒπˆπŠ πŒπ”π‡π€πŒπŒπ€πƒ π’π˜π€πŠπˆπ‘ πŒπŽπ‡πƒ π’π˜π€πŒπˆπ‹ πŒπ„π–π€πŠπˆπ‹πˆ πŠπ„π‹π€ππ“π€π πŠπ„ 𝐀𝐋𝐏𝐇𝐀 𝐆𝐄𝐍 𝐓𝐀𝐋𝐄𝐍𝐓𝐒 ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€πKETEREH, 19 Ogos – Adik Muha...
20/08/2026

π€πƒπˆπŠ πŒπ”π‡π€πŒπŒπ€πƒ π’π˜π€πŠπˆπ‘ πŒπŽπ‡πƒ π’π˜π€πŒπˆπ‹ πŒπ„π–π€πŠπˆπ‹πˆ πŠπ„π‹π€ππ“π€π πŠπ„ 𝐀𝐋𝐏𝐇𝐀 𝐆𝐄𝐍 𝐓𝐀𝐋𝐄𝐍𝐓𝐒 ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π

KETEREH, 19 Ogos – Adik Muhammad Syakir Mohd Syamil, dari Parlimen Ketereh mewakili Negeri Kelantan, untuk membawa nama negeri ke Alpha Gen Talents (AGT) Peringkat Kebangsaan bagi acara Huffaz Cilik Kategori 5 tahun.

Satu majlis ringkas menjadi simbol sokongan dan dorongan kepada Adik Muhammad Syakir yang bakal bersaing bersama peserta dari seluruh negara dalam acara yang mengetengahkan bakat, potensi serta kebolehan generasi alpha.

Sebagai wakil Kelantan, Adik Muhammad Syakir diharapkan dapat tampil dengan penuh keyakinan, semangat dan kesungguhan, sekali gus memberikan persembahan terbaik pada pertandingan di peringkat kebangsaan.

Seluruh warga KEMAS Negeri Kelantan merakamkan ucapan selamat maju jaya dan selamat berjuang kepada Adik Syakir. Semoga segala urusan dipermudahkan, diberikan ketenangan serta keyakinan sepanjang pertandingan.

π‘©π’‚π’˜π’‚ π’π’‚π’Žπ’‚ 𝑲𝒆𝒍𝒂𝒏𝒕𝒂𝒏, π’ƒπ’‚π’˜π’‚ π’”π’†π’Žπ’‚π’π’ˆπ’‚π’• 𝑲𝒆𝒕𝒆𝒓𝒆𝒉!

Semoga Adik Syakir terus melakar kejayaan dan mengharumkan nama Parlimen Ketereh serta Negeri Kelantan di persada kebangsaan. πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈ

Sentiasa berhati-hati dan berwaspada
20/08/2026

Sentiasa berhati-hati dan berwaspada

RM986.15 JUTA.
BUKAN SEKADAR ANGKA.

Di sebalik angka ini, ada wang simpanan, hasil titik peluh dan masa depan yang terjejas akibat scam.

3,837 kes pada 2024.
Kes meningkat lebih 80% pada 2025.

Scam boleh mengubah hidup. Lindungi diri, lindungi simpanan.

19/08/2026
πŠπ„πŒπ€π’ πŠπ„π‹π€ππ“π€π π“π„π‘πˆπŒπ€ ππ„ππ˜π„π‘π€π‡π€π ππ‘πŽπ‰π„πŠ ππ€πˆπŠ ππ”π‹πˆπ‡ πŠπ„π‹π€π’ ππ„ππƒπˆπŠπ€π πŠπ„π’π„π‰π€π‡π“π„π‘π€π€π πŠπ„π‹π”π€π‘π†π€ (𝐏𝐊𝐊) π“π€πŒπ€π π–π€ππ†πˆGUA MUSANG, 18...
19/08/2026

πŠπ„πŒπ€π’ πŠπ„π‹π€ππ“π€π π“π„π‘πˆπŒπ€ ππ„ππ˜π„π‘π€π‡π€π ππ‘πŽπ‰π„πŠ ππ€πˆπŠ ππ”π‹πˆπ‡ πŠπ„π‹π€π’ ππ„ππƒπˆπŠπ€π πŠπ„π’π„π‰π€π‡π“π„π‘π€π€π πŠπ„π‹π”π€π‘π†π€ (𝐏𝐊𝐊) π“π€πŒπ€π π–π€ππ†πˆ

GUA MUSANG, 18 Ogos – KEMAS Kelantan menerima penyerahan projek baik pulih Kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) Taman Wangi, Gua Musang yang telah siap dilaksanakan baru-baru ini, sekali gus memberi manfaat kepada komuniti setempat.

Projek baik pulih tersebut telah diserahkan kepada pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang diwakili oleh Penolong Pengarah PKK KEMAS Kelantan, En. Aidi Emizul Rasidi.

Skop kerja projek berkenaan melibatkan beberapa komponen utama termasuk baik pulih bumbung, penggantian dan pembaikan siling serta kerja-kerja mengecat keseluruhan premis bagi meningkatkan aspek keselamatan, keselesaan dan kemudahan kepada warga KEMAS serta komuniti setempat.

Penyerahan ini turut menjadi sebahagian daripada usaha berterusan KEMAS dalam memastikan fasiliti pendidikan dan pembangunan komuniti sentiasa berada pada tahap yang baik serta sesuai digunakan bagi pelaksanaan pelbagai aktiviti dan program kemasyarakatan.

Dengan siapnya kerja-kerja baik pulih berkenaan, Kelas PKK Taman Wangi kini dapat dimanfaatkan dalam suasana yang lebih kemas, selamat dan selesa bagi menyokong pelaksanaan aktiviti kemahiran serta pembangunan kesejahteraan komuniti di kawasan Gua Musang.

18/08/2026
17/08/2026
πŒπ„πŒππ„π‘πŠπ€π’π€ πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ, πŒπ„ππ˜π„πŒπ€πˆ ππ€π“π‘πˆπŽπ“πˆπ’πŒπ„: πŠπ”π‘π’π”π’ πŠπ„π’π„πƒπ€π‘π€π π’πˆπ•πˆπŠ 𝐃𝐀𝐍 πŠπ„ππ„π†π€π‘π€π€π π’πˆπ‘πˆ πŸ‘ & πŸ’TANAH MERAH – Kursus Kesedara...
13/08/2026

πŒπ„πŒππ„π‘πŠπ€π’π€ πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ, πŒπ„ππ˜π„πŒπ€πˆ ππ€π“π‘πˆπŽπ“πˆπ’πŒπ„: πŠπ”π‘π’π”π’ πŠπ„π’π„πƒπ€π‘π€π π’πˆπ•πˆπŠ 𝐃𝐀𝐍 πŠπ„ππ„π†π€π‘π€π€π π’πˆπ‘πˆ πŸ‘ & πŸ’

TANAH MERAH – Kursus Kesedaran Sivik dan Kenegaraan Siri 3 dan 4 telah diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Tanah Merah dengan penglibatan seramai 200 orang peserta yang terdiri daripada Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Zon 3 dan 4.

Kursus tersebut melibatkan peserta dari zon 3 dan 4 termasuk Tanah Merah, Machang, Pasir Mas, Rantau Panjang dan Tumpat, sebagai platform untuk memperkukuh kefahaman peserta berkaitan peranan komuniti, tanggungjawab sebagai warganegara serta semangat cintakan negara.

Antara pengisian kursus ialah taklimat berkaitan KEMAS yang disampaikan oleh Puan Yusnieda Yakub, Penolong Pengarah Unit Sumber Manusia dan Pentadbiran KEMAS Kelantan, yang memberikan penerangan berkaitan peranan, fungsi serta pelaksanaan KEMAS dalam pembangunan masyarakat dan komuniti.

Slot kenegaraan p**a dikendalikan oleh Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Kelantan melalui Encik Syukri Saidan dan Encik Asri Dollah, yang mengetengahkan penghayatan terhadap nilai patriotisme, jati diri dan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

Majlis perasmian kursus telah disempurnakan oleh Encik Aidi Emizul Rasidi, Penolong Pengarah Unit Pembangunan Komuniti dan Kemahiran KEMAS Kelantan.

Sebagai simbolik semangat patriotisme dan penghayatan Bulan Kebangsaan, sesi penutup kursus turut diserikan dengan kibaran Jalur Gemilang oleh para peserta. Pengisian tersebut mencerminkan semangat perpaduan, kecintaan kepada negara serta komitmen komuniti dalam menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan.

Akademi Kenegaraan Malaysia, Negeri Kelantan

Address

Tingkat 9 Wisma Persekutuan, Jalan Bayam
Kota Bharu

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KEMAS Negeri Kelantan - Jabatan Kemajuan Masyarakat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share