Bahagian PK Kdn Kelantan

Bahagian PK Kdn Kelantan Government Organizations

10/08/2026
SEMINAR HIFZ AL-QURAN DAN PROGRAM WACANA HADITH NEGERI KELANTAN TAHUN 202611 & 12 OGOS 2026 / SELASA & RABUBERTEMPAT DI ...
10/08/2026

SEMINAR HIFZ AL-QURAN DAN PROGRAM WACANA HADITH NEGERI KELANTAN TAHUN 2026

11 & 12 OGOS 2026 / SELASA & RABU

BERTEMPAT DI UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) KAMPUS JELI













KEJOHANAN MENEMBAK KEBANGSAAN PK KDN 2026TAHNIAH KONTINJEN BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN NEGERI KELANTANSetinggi-t...
28/07/2026

KEJOHANAN MENEMBAK KEBANGSAAN PK KDN 2026

TAHNIAH KONTINJEN BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN NEGERI KELANTAN

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada seluruh kontinjen Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Negeri Kelantan atas komitmen, disiplin serta semangat juang yang dipamerkan sepanjang penyertaan dalam Kejohanan Menembak Kebangsaan PK KDN 2026 yang telah berlangsung pada 25 Julai 2026 di Lapang Sasar Batalion 6 PGA Bakri, Muar, Johor.

Kontinjen Kelantan berjaya menamatkan kejohanan di kedudukan ke-10 keseluruhan. Pencapaian ini merupakan hasil daripada usaha gigih, latihan berterusan serta kerjasama erat seluruh anggota pasukan.

Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi pemangkin untuk terus meningkatkan kemahiran, memperkukuhkan profesionalisme dan mencapai keputusan yang lebih cemerlang pada kejohanan akan datang.

Syabas dan tahniah kepada seluruh warga kontinjen Kelantan. Teruskan melakar kecemerlangan!

“Penguatkuasaan Berintegriti, Negara Berdaulat.”

🇲🇾 SELAMAT MAJU JAYA KONTINJEN BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN KDN NEGERI KELANTAN 🇲🇾Seluruh warga Bahagian Penguatk...
22/07/2026

🇲🇾 SELAMAT MAJU JAYA KONTINJEN BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN KDN NEGERI KELANTAN 🇲🇾

Seluruh warga Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri Negeri Kelantan mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada kontinjen yang akan mewakili jabatan dalam Kejohanan Menembak Kebangsaan 2026.

Semoga setiap tembakan yang dilepaskan disertai dengan ketepatan, fokus dan keyakinan yang tinggi. Semoga segala usaha, latihan dan pengorbanan membuahkan kejayaan serta mengharumkan nama Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN Negeri Kelantan dan Kementerian Dalam Negeri di pentas kebangsaan.

“Ketepatan adalah kunci, disiplin adalah kekuatan, fokus mencipta kejayaan.”

Selamat bertanding dan semoga pulang membawa kejayaan. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat seluruh kontinjen.

Jom Jumpa di Mydin Mall, Tunjung!!
27/06/2026

Jom Jumpa di Mydin Mall, Tunjung!!

KENYATAAN MEDIA TINDAKAN PENGUATKUASAAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI TERHADAP DUA PENERBITAN DI BAWAH AKTA 301PUTRAJAYA, 16 ...
27/04/2026

KENYATAAN MEDIA TINDAKAN PENGUATKUASAAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI TERHADAP DUA PENERBITAN DI BAWAH AKTA 301

PUTRAJAYA, 16 April 2026 - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil maklum persoalan yang dibangkitkan berhubung tindakan penguatkuasaan terhadap dua buah penerbitan bertajuk "Memoir Shamsiah Fakeh: Dari Awas ke Rejimen Ke-10" dan "Komrad AS/ (Rejimen 10): Dalam Denyut Nihilisme Sejarah" yang telah dikenakan Perintah Larangan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta 301].

Dalam hal ini, KDN ingin menegaskan bahawa setiap tindakan penguatkuasaan dibuat berdasarkan penilaian semasa dan kepentingan keselamatan awam, dan bukan semata-mata bergantung kepada tarikh penerbitan sesuatu bahan.




Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.Semoga Aidilfitri ini membawa sinar kebahagiaan, keberkatan dan menge...
19/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Semoga Aidilfitri ini membawa sinar kebahagiaan, keberkatan dan mengeratkan silaturahim sesama kita.

Ikhlas daripada:
Warga Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Negeri Kelantan
Kementerian Dalam Negeri.

Address

Kota Bharu
15000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:00
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian PK Kdn Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share