JAMIN Kelantan

JAMIN Kelantan Informasi pentadbiran Negeri Kelantan
(2)

Perspektif: Jenayah Seksual Kanak-Kanak: Jangan Jadikan Kelantan Mangsa Persepsi oleh: Jawatankuasa Menangani Isu Negeri...
29/05/2026

Perspektif: Jenayah Seksual Kanak-Kanak: Jangan Jadikan Kelantan Mangsa Persepsi

oleh: Jawatankuasa Menangani Isu Negeri (JAMIN)

▶️ Isu Yang Tidak Wajar Dipolitikkan

Jenayah seksual terhadap kanak-kanak ialah isu serius yang melibatkan penderitaan mangsa dan kehancuran keluarga. Pelaku wajib dihukum, mangsa mesti dibela dan sistem perlindungan kanak-kanak perlu diperkasakan.

Namun dalam membincangkan isu ini, fakta dan keadilan juga perlu dipelihara. Perbahasan yang tidak seimbang hanya akan membina stigma negatif yang tidak berpaksikan realiti sebenar.

Artikel “Kelantan and sexual crimes against children: No solution in sight” oleh Norman Fernandez di Free Malaysia Today cuba menggambarkan Kelantan seolah-olah simbol kegagalan moral dan sosial, malah mengaitkan masalah ini dengan pendekatan Islamik dan budaya konservatif negeri tersebut.

▶️ Jenayah Seksual Kanak-Kanak Adalah Krisis Nasional

Menurut laporan Children Statistics Malaysia 2024 oleh DOSM, kesalahan seksual terhadap kanak-kanak meningkat di seluruh negara daripada 1,239 kes pada 2022 kepada 1,567 kes pada 2023, peningkatan sebanyak 26.5%.

Ini ialah angka nasional, bukan khusus Kelantan. Maka tidak adil apabila naratif media tertentu terlalu menumpukan kepada Kelantan sehingga mewujudkan persepsi bahawa negeri ini ialah pusat utama keruntuhan sosial negara.

Perbincangan yang adil sepatutnya mengambil kira faktor seperti kemiskinan, pengaruh pornografi digital, penyalahgunaan dadah, konflik keluarga dan kelemahan sistem perlindungan sosial, bukannya menyalahkan identiti Islamik sesebuah negeri.

▶️ Kelantan Juga Mempunyai Sisi Positif

Kelantan turut diiktiraf sebagai antara negeri paling selamat di Malaysia dari sudut kadar jenayah keseluruhan. Ini menunjukkan negeri ini masih mempunyai kekuatan sosial dan komuniti yang baik.

Walaupun tidak bebas daripada masalah sosial, gambaran terhadap Kelantan tidak boleh dibina hanya melalui satu sudut negatif sehingga menutup keseluruhan realiti sosial negeri tersebut.

▶️ Kerajaan Negeri Tidak Berdiam Diri

Kerajaan Negeri Kelantan melaksanakan pelbagai agenda pembangunan sosial melalui pendidikan, pembangunan keluarga dan pengukuhan institusi masyarakat.

Melalui Yayasan Islam Kelantan (YIK), kerajaan negeri memberi fokus kepada pembangunan modal insan, pendidikan akademik dan sahsiah. Kerajaan turut memperuntukkan lebih RM120 juta setahun untuk sektor pendidikan, termasuk lebih RM142 juta dalam Belanjawan Kelantan 2026 bagi kelestarian pendidikan negeri.

Selain itu, U-KeKWa Kelantan melaksanakan program seperti Pusat Mawaddah, Baitus Solehah, Taska Mawaddah, pendidikan keibubapaan dan kaunseling keluarga bagi memperkukuh institusi keluarga dan menangani cabaran sosial semasa.

Kerajaan negeri juga melaksanakan Dasar Pencegahan Gejala Sosial Kelantan 2018 yang memfokuskan pendidikan, pembangunan remaja dan penglibatan komuniti.

▶️ Cabaran Kelantan Lebih Kompleks

Kelantan turut berdepan cabaran keselamatan rentas sempadan kerana mempunyai sempadan antarabangsa yang panjang dengan Thailand. Ancaman seperti penyeludupan, pemerdagangan manusia, penyalahgunaan dadah dan jenayah rentas sempadan memberi tekanan tambahan terhadap kestabilan sosial negeri.

Usaha menjaga keselamatan negeri melibatkan kerjasama PDRM, ATM, AKPS, AADK serta pelbagai agensi penguat kuasa.

▶️ Negara Perlukan Penyelesaian, Bukan Stigma

Jenayah seksual terhadap kanak-kanak bukan masalah Kelantan semata-mata, tetapi masalah nasional yang memerlukan kerjasama semua pihak tanpa mengira politik atau negeri.

Negara tidak memerlukan stigma terhadap mana-mana negeri. Negara memerlukan penyelesaian yang menyeluruh, adil dan berkesan demi melindungi masa depan anak-anak Malaysia.


SALAM NUZUL AL-QURAN 🌙Nuzul Al-Quran memperingati peristiwa turunnya wahyu sebagai petunjuk dan rahmat kepada seluruh um...
07/03/2026

SALAM NUZUL AL-QURAN 🌙

Nuzul Al-Quran memperingati peristiwa turunnya wahyu sebagai petunjuk dan rahmat kepada seluruh umat manusia. Semoga kita terus mendekatkan diri dengan Al-Quran serta menghayati dan mengamalkan ajarannya dalam kehidupan.



19/01/2026
Kejadian jalan runtuh pada 3 Disember 2025 di Seksyen 107.6, Laluan Persekutuan FT185, Lojing telah diambil perhatian se...
19/01/2026

Kejadian jalan runtuh pada 3 Disember 2025 di Seksyen 107.6, Laluan Persekutuan FT185, Lojing telah diambil perhatian serius. Jabatan Kerja Raya (JKR) bertindak pantas menjalankan pemeriksaan keselamatan dan menutup laluan sepenuhnya bagi mengelakkan risiko kepada pengguna. Kajian teknikal mendapati pembaikian cerun perlu dilaksanakan menggunakan kaedah Terramesh Wall System dengan anggaran kos RM35 juta, selain cadangan pembinaan laluan lencongan sementara yang lebih selamat melebihi RM2 juta.

KB Sentral merupakan projek keutamaan Kerajaan Negeri. Ia ibarat “bayi kerajaan” yang akan dipantau secara menyeluruh ol...
15/01/2026

KB Sentral merupakan projek keutamaan Kerajaan Negeri. Ia ibarat “bayi kerajaan” yang akan dipantau secara menyeluruh oleh UPEN, JKR serta semua agensi berkaitan sehingga projek ini siap sepenuhnya dan memberi manfaat kepada rakyat.


Terminal KB Sentral bakal dibangunkan bersebelahan Stesen ECRL bagi memudahkan pergerakan orang ramai melalui kemudahan ...
15/01/2026

Terminal KB Sentral bakal dibangunkan bersebelahan Stesen ECRL bagi memudahkan pergerakan orang ramai melalui kemudahan bas dan tren di satu lokasi. Kerajaan mengalu-alukan cadangan pemaju dan pelabur untuk membangunkan kawasan ini secara berorientasikan transit (OTD) demi memacu ekonomi setempat serta menyediakan kemudahan yang lebih teratur dan mesra pengguna.

Inilah tapak Terminal KB Sentral yang akan dibangunkan, betul-betul bersebelahan Stesen ECRL, bagi memudahkan pergerakan orang ramai menggunakan bas dan tren di satu lokasi.

Kerajaan mengalu-alukan pemaju dan pelabur untuk mengemukakan cadangan pembangunan Terminal KB Sentral serta kawasan tanah sekitar bagi tujuan pembangunan berorientasikan transit (OTD).

Pembangunan ini dijangka dapat memaksimumkan potensi kawasan sekitar Stesen ECRL, merancakkan aktiviti ekonomi setempat dan menyediakan kemudahan yang lebih teratur serta mesra pengguna.

🚫 TIDAK BERASASDakwaan yang mengaitkan Mantan Menteri Besar serta Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dala...
18/12/2025

🚫 TIDAK BERASAS

Dakwaan yang mengaitkan Mantan Menteri Besar serta Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dalam isu pelaburan koperasi adalah TIDAK BERASAS.

Ditegaskan bahawa kehadiran pimpinan Kerajaan Negeri dalam mana-mana program adalah atas kapasiti rasmi, tanpa sebarang penglibatan dalam urusan perniagaan atau pelaburan.

Sebarang isu atau pertikaian hendaklah disalurkan melalui saluran perundangan yang sewajarnya.
❌ Jangan sebarkan fitnah
✅ Semak fakta sebelum berkongsi



❌ Tiada kelulusan balak.❌ Tiada tanah diberi.❌ Tiada projek dalam hutan.✅ NGGB hanya terlibat dalam projek industri hija...
12/12/2025

❌ Tiada kelulusan balak.
❌ Tiada tanah diberi.
❌ Tiada projek dalam hutan.

✅ NGGB hanya terlibat dalam projek industri hijau (biojisim & kilang pulpa) dalam RKK Dato’ Bentara iaitu kawasan industri, bukannya kawasan pembalakan.

Cerita “lesen balak” tu hanyalah dakwaan tak berfakta. Kita fokus pembangunan lestari, bukan tebang hutan.






Projek penyediaan perkhidmatan bekalan air dan pembekalan tangki statik di Kelantan.
07/12/2025

Projek penyediaan perkhidmatan bekalan air dan pembekalan tangki statik di Kelantan.


Address

Kota Bharu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JAMIN Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share