JUPEM KELANTAN

JUPEM KELANTAN Laman Rasmi Facebook JUPEM Kelantan - Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Kelantan

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐๐Š๐”๐€๐’๐€ ๐๐„๐๐˜๐„๐‹๐€๐‘๐€๐’๐€๐ ๐Š๐€๐ƒ๐€๐’๐“๐„๐‘ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐”๐Š๐”๐‘ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐Œ๐„๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€, ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐‹๐€๐๐“๐€๐ (๐‰๐Š๐๐Š๐‰๐)9 JUN 2026 SELA...
11/06/2026

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐๐Š๐”๐€๐’๐€ ๐๐„๐๐˜๐„๐‹๐€๐‘๐€๐’๐€๐ ๐Š๐€๐ƒ๐€๐’๐“๐„๐‘ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐”๐Š๐”๐‘ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐Œ๐„๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€, ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐‹๐€๐๐“๐€๐ (๐‰๐Š๐๐Š๐‰๐)

9 JUN 2026 SELASA

Satu Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Kadaster Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Negeri Kelantan Bilangan 1 Tahun 2026 telah diadakan bertujuan membincangkan isu-isu pentadbiran, teknikal dan perundangan berkaitan kerja pengukuran kadaster bagi pengeluaran pelan hakmilik tanah dan strata di Negeri Kelantan.

Mesyuarat dipengerusikan oleh YBrs. LSr Muhammad Shamsuri bin Aziz, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Kelantan dan dihadiri pegawai-pegawai JUPEM Kelantan serta wakil PEJUTA Negeri Kelantan daripada firma Jurukur Tanah Berlesen iaitu LSr Hj Mohd Fadzli bin Hashim dan LSr Hasruzei bin Daud.

Mesyuarat turut membincangkan hala tuju profesion ukur dan geomatik serta langkah-langkah meningkatkan kesedaran masyarakat awam tentang peranan dan pentingnya profesion ukur dalam membantu mengurus dan menyelesaikan urusan pembangunan tanah terutamanya di Negeri Kelantan.


๐๐„๐‘๐‰๐”๐Œ๐๐€๐€๐ ๐˜๐€๐ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐๐€ ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐Š๐„๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ๐€๐. 08 Jun 2026 | IsninYBrs. LSr Muhammad Shamsuri bin Aziz, Penga...
08/06/2026

๐๐„๐‘๐‰๐”๐Œ๐๐€๐€๐ ๐˜๐€๐ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐๐€ ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐Š๐„๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ๐€๐.

08 Jun 2026 | Isnin

YBrs. LSr Muhammad Shamsuri bin Aziz, Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Kelantan bersama warga Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Negeri Kelantan hari ini hadir secara atas talian dalam Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama-sama Warga Kementerian bersempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di Menara Komunikasi.

Perdana Menteri, YAB Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya memuji keberkesanan berhubung pelaksanaan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) menerusi penerangan yang jelas dan berkesan, sekali gus mengurangkan kekeliruan terhadap inisiatif ini.

Perjumpaan ini menjadi platform penting dalam menyampaikan amanat serta hala tuju kepimpinan tertinggi negara kepada seluruh warga perkhidmatan awam, di samping memperkukuhkan nilai integriti, tadbir urus yang baik dan semangat kerja berpasukan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.


01/06/2026

๐——๐—”๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ง ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก๐—ž๐—จ

๐™ˆ๐™š๐™ง๐™–๐™›๐™–๐™  ๐™Ž๐™š๐™ข๐™—๐™–๐™ ๐™™๐™–๐™ฃ ๐™Ž๐™š๐™ฉ๐™ž๐™ฃ๐™œ๐™œ๐™ž-๐™๐™ž๐™ฃ๐™œ๐™œ๐™ž ๐™๐™˜๐™–๐™ฅ๐™–๐™ฃ ๐™๐™–๐™๐™ฃ๐™ž๐™–๐™

๐™†๐™€๐˜ฝ๐˜ผ๐™’๐˜ผ๐™ƒ ๐˜ฟ๐™๐™‡๐™„ ๐™”๐˜ผ๐™‰๐™‚ ๐™ˆ๐˜ผ๐™ƒ๐˜ผ ๐™ˆ๐™๐™‡๐™„๐˜ผ ๐™Ž๐™€๐™๐™„ ๐™‹๐˜ผ๐˜ฟ๐™๐™†๐˜ผ ๐˜ฝ๐˜ผ๐™‚๐™„๐™‰๐˜ฟ๐˜ผ ๐™”๐˜ผ๐™‰๐™‚ ๐˜ฟ๐™„-๐™‹๐™€๐™๐™๐™๐˜ผ๐™‰ ๐˜ผ๐™‚๐™Š๐™‰๐™‚ ๐™Ž๐™๐™‡๐™๐˜ผ๐™‰ ๐™„๐˜ฝ๐™๐˜ผ๐™ƒ๐™„๐™ˆ

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2025 Bersamaan 15 Zulhijah 1447H.

Sembah takzim daripada:
Seluruh warga Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia

31/05/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ช๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ž ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

Selamat menyambut Hari Wesak kepada semua yang meraikannya. Semoga sambutan ini membawa ketenangan, keharmonian dan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan budaya di negara kita.

Ikhlas daripada,
Seluruh Warga
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia

๐™„๐‘ฒ๐™ƒ๐‘ณ๐˜ผ๐‘บ ๐‘ซ๐˜ผ๐‘ณ๐˜ผ๐‘ด ๐‘ท๐™€๐‘ต๐™‚๐‘ถ๐™๐‘ฉ๐˜ผ๐‘ต๐˜ผ๐‘ตNilai sebuah pengorbanan itu letaknya pada keikhlasan hati, bukan pada pandangan manusia.Selamat...
26/05/2026

๐™„๐‘ฒ๐™ƒ๐‘ณ๐˜ผ๐‘บ ๐‘ซ๐˜ผ๐‘ณ๐˜ผ๐‘ด ๐‘ท๐™€๐‘ต๐™‚๐‘ถ๐™๐‘ฉ๐˜ผ๐‘ต๐˜ผ๐‘ต

Nilai sebuah pengorbanan itu letaknya pada keikhlasan hati, bukan pada pandangan manusia.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua.

Semoga hari yang penuh keberkatan ini membawa ketenangan, kebahagiaan, dan limpahan rezeki yang berkat buat kita semua.

๐‘บ๐’‚๐’๐’‚๐’Ž ๐‘จ๐’Š๐’…๐’Š๐’๐’‚๐’…๐’‰๐’‚ ๐’…๐’‚๐’“๐’Š๐’‘๐’‚๐’…๐’‚:
Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Kelantan
dan seluruh warga JUPEM Kelantan.


๐€๐Š๐“๐ˆ๐•๐ˆ๐“๐ˆ ๐๐„๐Œ๐„๐“๐€๐€๐ ๐”๐“๐ˆ๐‹๐ˆ๐“๐ˆ ๐‰๐”๐๐„๐Œ ๐Š๐„๐‹๐€๐๐“๐€๐ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”.Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Negeri Kelantan sedang me...
22/05/2026

๐€๐Š๐“๐ˆ๐•๐ˆ๐“๐ˆ ๐๐„๐Œ๐„๐“๐€๐€๐ ๐”๐“๐ˆ๐‹๐ˆ๐“๐ˆ ๐‰๐”๐๐„๐Œ ๐Š๐„๐‹๐€๐๐“๐€๐ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”.

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Negeri Kelantan sedang melaksanakan Aktiviti Pemetaan Utiliti bagi tahun 2026 yang bermula pada 26 April 2026 hingga 26 Mei 2026 di kawasan Lembar FK 41193 dan FK 41241 melibatkan sekitar Kampung Tunjung hingga Kampung Batu 8 (Jalan Kuala Krai), Kota Bharu.

Aktiviti ini bertujuan untuk melaksanakan pengesanan serta pengukuran jajaran utiliti bawah tanah terkini sepanjang kira-kira tiga kilometer di kawasan jalan utama berkenaan. Pelaksanaan kerja ini penting dalam memastikan data utiliti yang tepat, terkini dan sistematik bagi kegunaan perancangan serta pembangunan infrastruktur di negeri Kelantan.

Semoga pelaksanaan aktiviti ini berjalan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan hasil kerjasama serta komitmen seluruh pasukan Unit Utiliti JUPEM Kelantan.





๐•๐ˆ๐ƒ๐„๐Ž ๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐’ ๐๐‘๐Ž๐Œ๐Ž๐’๐ˆ ๐‰๐”๐๐„๐Œ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ - ๐…๐„๐-๐€๐๐‘๐ˆ๐‹).Bilik kebal Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Negeri...
19/05/2026

๐•๐ˆ๐ƒ๐„๐Ž ๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐’ ๐๐‘๐Ž๐Œ๐Ž๐’๐ˆ ๐‰๐”๐๐„๐Œ
๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ - ๐…๐„๐-๐€๐๐‘๐ˆ๐‹).

Bilik kebal Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Negeri Kelantan merupakan struktur binaan keselamatan khas yang digunakan untuk menyimpan dokumen penting seperti pelan tanah dan rekod-rekod ukuran dan pemetaan.

la dibina pada tahun 1958 dan diuruskan dengan rapi untuk memastikan faktor persekitaran (seperti suhu dan kelembapan) sentiasa pada tahap optimum bagi memelihara dokumen fizikal tersebut.


Lihat video JUPEM.

๐‚๐„๐‘๐€๐๐€๐ ๐‡๐ˆ๐‹๐€๐‹ ๐™๐”๐‹๐‡๐ˆ๐‰๐‰๐€๐‡ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ• ๐ƒ๐ˆ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐‹๐€๐๐“๐€๐.Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Negeri Kelantan bersama Jabatan M***i ...
17/05/2026

๐‚๐„๐‘๐€๐๐€๐ ๐‡๐ˆ๐‹๐€๐‹ ๐™๐”๐‹๐‡๐ˆ๐‰๐‰๐€๐‡ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ• ๐ƒ๐ˆ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐‹๐€๐๐“๐€๐.

Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Negeri Kelantan bersama Jabatan M***i Negeri Kelantan telah melaksanakan tugasan rasmi Cerapan Hilal (anak bulan) bagi menentukan permulaan bulan Zulhijjah 1447 Hijriah.

Cerapan hilal ialah aktiviti melihat dan mencerap anak bulan yang baru lahir (hilal) menggunakan peralatan teleskop dan alat total station. Proses ini menentukan bermulanya bulan baharu mengikut sistem takwim Hijriah, sekali gus menetapkan tarikh penting seperti Hari Raya Aidiladha.

Cerapan telah dijalankan secara serentak di lokasi-lokasi berikut:

๐Ÿ“… Tarikh: 17 Mei 2026 (Ahad) / 29 Zulkaedah 1447
๐Ÿ“ Lokasi Cerapan:
1.โ  โ Menara SEDC, Kota Bharu
2.โ  โ Bukit Praksi, Pasir Puteh

Umur Hilal : 15j 54m

Tiada penampakan hilal di kedua-dua lokasi cerapan pada petang ini berikutan awan tebal dan cuaca mendung.

***iKelantan

๐๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐Š๐’๐€๐€๐ ๐€๐–๐€๐‹ & ๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“ ๐๐€๐’๐ˆ๐‡๐€๐“ ๐“๐„๐‘๐‡๐€๐ƒ๐€๐ ๐Š๐”๐€๐‘๐“๐„๐‘๐’ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐‰๐”๐๐„๐Œ ๐ƒ๐ˆ ๐Œ๐€๐‚๐‡๐€๐๐† ๐Ž๐‹๐„๐‡ ๐‰๐Š๐‘.Pada 13 Mei 2026 (Rabu) yang lalu...
17/05/2026

๐๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐Š๐’๐€๐€๐ ๐€๐–๐€๐‹ & ๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“ ๐๐€๐’๐ˆ๐‡๐€๐“ ๐“๐„๐‘๐‡๐€๐ƒ๐€๐ ๐Š๐”๐€๐‘๐“๐„๐‘๐’ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐‰๐”๐๐„๐Œ ๐ƒ๐ˆ ๐Œ๐€๐‚๐‡๐€๐๐† ๐Ž๐‹๐„๐‡ ๐‰๐Š๐‘.

Pada 13 Mei 2026 (Rabu) yang lalu, pihak JKR telah melaksanakan satu Lawatan Tapak bagi urusan Pemeriksaan Awal dan Khidmat Nasihat bagi membaikpulih kuarters kakitangan Pejabat Ukur Jajahan Kelantan Selatan di Machang, Kelantan.

Sesi ini bertujuan untuk:
โœ… Menilai status semasa fasiliti bangunan kuarters.
โœ… Mengenal pasti ruang penambahbaikan struktur dan teknikal.
โœ… Menyalurkan khidmat nasihat kepakaran kejuruteraan daripada pihak JKR kepada JUPEM Kelantan.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen tinggi dalam memastikan premis kediaman penjawat awam sentiasa berada dalam keadaan kondusif, selamat, dan teratur.

Semoga usaha murni ini membuahkan hasil terbaik demi kesejahteraan bersama.



๐’๐„๐’๐ˆ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐‡๐€๐๐ƒ๐’-๐Ž๐ ๐€๐๐‹๐ˆ๐Š๐€๐’๐ˆ ๐Œ๐˜๐†๐„๐Ž๐’๐„๐‘๐•๐„: ๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐Š๐€๐Š๐ˆ๐“๐€๐๐†๐€๐ ๐‰๐”๐๐„๐Œ ๐Š๐„๐‹๐€๐๐“๐€๐ | ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐Œ๐„๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”. Portal Perkhidmatan Data ...
15/05/2026

๐’๐„๐’๐ˆ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐‡๐€๐๐ƒ๐’-๐Ž๐ ๐€๐๐‹๐ˆ๐Š๐€๐’๐ˆ ๐Œ๐˜๐†๐„๐Ž๐’๐„๐‘๐•๐„: ๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐Š๐€๐Š๐ˆ๐“๐€๐๐†๐€๐ ๐‰๐”๐๐„๐Œ ๐Š๐„๐‹๐€๐๐“๐€๐ | ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐Œ๐„๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”.

Portal Perkhidmatan Data Geospatial Malaysia (MyGeoServe) adalah sebuah gerbang utama maklumat geospatial yang dipercayai, dibekalkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dalam menyediakan data dan perkhidmatan geospatial yang menyeluruh dan berkualiti tinggi melalui antara muka yang mesra pengguna dan mudah diakses, bagi menyokong pelbagai aplikasi merentasi sektor kerajaan, swasta dan orang awam.

Pengurusan data geospatial yang cekap dan dinamik juga menjadi teras kepada kecemerlangan perkhidmatan jabatan. Sehubungan itu, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Negeri Kelantan telah menganjurkan Sesi Latihan Hands-On Aplikasi MyGeoServe bertempat di Bilik Sri Tanjung JUPEM Kelantan. Sesi berimpak tinggi ini telah dikendalikan oleh pasukan yang diketuai oleh YBrs. LSr Jamil Faisal bin Yusoff, Pengarah Bahagian, Bahagian Pengkalan Data Geospatial Negara, JUPEM bersama dua orang tenaga pengajar iaitu Sr Muhammad Razan Bin Mohammad Ramli dan encik Masmuhallim bin Nah Rawai.

Sesi latihan ini turut disertai oleh YBrs. LSr Muhammad Shamsuri bin Aziz, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Kelantan, Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan I & II, Pegawai-pegawai Kanan, Ketua Seksyen dan Ketua Cawangan serta kakitangan yang terlibat. Melalui latihan intensif selama 4 jam ini, setiap peserta telah diberi taklimat berkenaan Aplikasi MyGeoServe dan latihan hands-on khusus untuk memantapkan kemahiran digital kakitangan.

Semoga ilmu yang ditimba dapat diaplikasikan sepenuhnya bagi memacu JUPEM Kelantan ke arah pengurusan maklumat geospatial yang lebih progresif dan berintegriti.

Address

Jabatan Ukur Dan Pemetaan Negeri
Kota Bharu
15000

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Sunday 08:00 - 16:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JUPEM KELANTAN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share