JKKP / DOSH Kelantan

JKKP / DOSH Kelantan Ini adalah Laman Rasmi Facebook bagi Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Kelantan. Following

Adalah dimaklumkan bahawa ini merupakan page baharu kepada JKKP Kelantan Rasmi

21/08/2026

πŸ“’ JKKP Malaysia Kini di Saluran Mesej Rasmi!

Nak dapatkan maklumat terkini berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) terus ke telefon anda?

Jom sertai Saluran Mesej Rasmi JKKP Malaysia untuk menerima:
πŸ”” Notifikasi dan hebahan terkini
πŸ“š Garis panduan dan peraturan KKP
πŸ“… Maklumat acara dan program KKP
🦺 Tip keselamatan dan kesihatan pekerjaan

πŸ“² Imbas kod QR pada poster atau layari pautan rasmi untuk menyertai saluran kami.

21/08/2026
15/08/2026

PETALING JAYA: Work pressure, excessive workloads and workplace relationships are among the psychosocial concerns raised by employees, with the public service sector recording the highest number of complaints received by the Department of Occupational Safety and Health (DOSH).

15/08/2026
14/08/2026

-[Makluman]-

Selamat bersara diucapkan kepada YBrs. Encik Bahrudin bin Mamat, J.M.N., Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan Pekerjaan) JKKP Malaysia.

Segala sumbangan dan jasa Tuan dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) amatlah dihargai dan telah meninggalkan impak yang besar terhadap pembangunan serta pemerkasaan KKP di Malaysia.

Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan Tuan di JKKP.

Seluruh warga JKKP merakamkan ucapan selamat maju jaya serta mendoakan agar Tuan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan kesejahteraan berpanjangan.

β€˜π‘±π’‚π’”π’‚π’Žπ’– π‘«π’Šπ’Œπ’†π’π’‚π’π’ˆβ€™

Latih Amal Tindakan Kecemasan Ex-Kemubu 2026 12 Ogos 2026- Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), dengan kerjasama Pejabat...
13/08/2026

Latih Amal Tindakan Kecemasan Ex-Kemubu 2026

12 Ogos 2026- Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai (PTJKK) serta agensi-agensi tindakan kecemasan Daerah Kuala Krai telah melaksanakan Latih Amal Tindakan Kecemasan Ex-Kemubu 2026 bertempat di Stesen Kemubu, Dabong dan Jambatan Kemubu.

JKKP Kelantan turut dijemput sebagai pemerhati bagi menyaksikan pelaksanaan latihan yang bertujuan menguji tahap kesiapsiagaan, kecekapan koordinasi serta keberkesanan tindakan pelbagai agensi dalam menghadapi situasi kecemasan melibatkan pengangkutan rel.

Senario latihan melibatkan sebuah Tren Diesel Multiple Unit (DMU) yang terdiri daripada empat (4) koc tergelincir dari landasan selepas terlanggar sebatang pokok tumbang di landasan.

Latihan ini turut melibatkan pelbagai agensi tindakan kecemasan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Hospital dan Klinik Kesihatan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Penerangan serta agensi-agensi berkaitan yang lain.

Pelaksanaan Ex-Kemubu 2026 bukan sahaja menguji keupayaan setiap agensi dalam menguruskan situasi kecemasan, malah memperkukuhkan kerjasama, komunikasi dan koordinasi antara agensi bagi memastikan tindakan menyelamat dapat dilaksanakan dengan pantas, teratur dan berkesan.

Kesiapsiagaan hari ini, keselamatan untuk semua.
πŸš†πŸ¦ΊπŸ€





Address

Tingkat 5, Wisma PERKESO, , PT 304-307, Seksyen 22, , Jalan Kota Darul Naim
Kota Bharu
15538

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+60192306854

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JKKP / DOSH Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JKKP / DOSH Kelantan:

Share