Jabatan Radiologi Hospital Pakar USM

Jabatan Radiologi Hospital Pakar USM Halaman rasmi Facebook Jabatan Radiologi Hospital Pakar USM
(1)

05/08/2026

HPUSM PELOPORI RAWATAN IFT DI PANTAI TIMUR, TINGKATKAN KUALITI PENJAGAAN PESAKIT ๐Ÿฅ๐Ÿ’‰

๐Ÿฅ Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) mencipta sejarah apabila berjaya melaksanakan prosedur rawatan darah beku dalam arteri paru-paru menggunakan teknologi Inari FlowTriever (IFT), yang pertama di Pantai Timur.

โš™๏ธ Teknologi ini membolehkan darah beku dikeluarkan daripada saluran darah tanpa ubat pencair darah, sekali gus mengurangkan risiko pendarahan serta meningkatkan keselamatan dan keberkesanan rawatan.

๐Ÿ“ˆ Inovasi ini berpotensi mempercepat pemulihan pesakit, mengurangkan komplikasi dan memendekkan tempoh rawatan berbanding kaedah konvensional. Kejayaan ini mengukuhkan peranan USM sebagai antara peneraju awal teknologi perubatan maju di Pantai Timur.

Zambry Abd. Kadir
Adam Adli
Aminuddin Hassim
Universiti Sains Malaysia




Jabatan Radiologi telah mengadakan Program Gotong-Royong pada hari Khamis, 16 Julai 2026 bermula jam 8.00 hingga 9.00 pa...
19/07/2026

Jabatan Radiologi telah mengadakan Program Gotong-Royong pada hari Khamis, 16 Julai 2026 bermula jam 8.00 hingga 9.00 pagi.
โ€‹Program gotong-royong ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang bersih, kerja yang lebih efisien, dan suasana yang lebih selesa.
โ€‹Pembahagian kawasan dan staf dilakukan bagi memudahkan dan mempercepatkan aktiviti mengemas dan membersihkan kawasan, mengelap peralatan serta meja, dan menyusun barangan supaya lebih kemas dan teratur.
โ€‹Para petugas juga bekerjasama menyediakan senarai label pada rak simpanan dan membuang sampah sarap yang tidak berkaitan bagi memastikan ruang kerja kekal kondusif.
Program ini juga sekali gus menyahut seruan murni program gotong royong pembasmian dan pencegahan jentik-jentik peringkat HPUSM.

MYSIR Annual Scientific Meeting 2026๐Ÿ“ Sheraton Johor Bahru๐Ÿ—“๏ธ 3โ€“4 July 2026The Department of Radiology, Universiti Sains ...
13/07/2026

MYSIR Annual Scientific Meeting 2026
๐Ÿ“ Sheraton Johor Bahru
๐Ÿ—“๏ธ 3โ€“4 July 2026

The Department of Radiology, Universiti Sains Malaysia (USM), was honoured to participate in the Malaysian Society of Interventional Radiology (MYSIR) Annual Scientific Meeting 2026, bringing together delegates comprising interventional radiologists, MMed Radiology trainees, radiographers, and staff nurses.

We are proud that one of our Interventional Radiology consultants was invited as a speaker, sharing valuable expertise with colleagues from across the country.

Our team also actively participated in the scientific quiz competition and showcased our academic work through six e-poster submissions. We are delighted that two e-posters were shortlisted for moderated presentations, achieving excellent results by securing the 2nd Runner-up and 3rd Runner-up awards.

The meeting provided an excellent platform for learning, networking, exchanging ideas, and keeping abreast of the latest advances in interventional radiology. Congratulations to all delegates for representing USM with dedication and excellence.

Looking forward to more collaborations and continued growth in advancing patient care through Interventional Radiology.

Common Interventional Radiology Procedure: Work Flow, Positioning and Radiation ProtectionJabatan Radiologi, Hospital Pa...
04/07/2026

Common Interventional Radiology Procedure: Work Flow, Positioning and Radiation Protection

Jabatan Radiologi, Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) telah meneruskan penganjuran Sesi Pembelajaran Berterusan Staf dengan tajuk "Common Interventional Radiology Procedure: Work Flow, Positioning and Radiation Protection", yang telah disampaikan oleh Dr. Hafizuddin Husin @ Mohd Hussin, Pakar Radiologi, Jabatan Radiologi, HPUSM.

Sesi ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai aliran kerja (workflow) dalam prosedur radiologi intervensi, kepentingan teknik positioning yang betul bagi memastikan kelancaran prosedur serta penghasilan imej yang optimum, di samping menekankan amalan perlindungan sinaran (radiation protection) kepada pesakit dan petugas kesihatan.

Turut dibincangkan ialah aspek penyediaan bilik prosedur, peranan setiap anggota pasukan multidisiplin, pemilihan peralatan yang sesuai, penggunaan alat perlindungan sinaran seperti apron plumbum, pelindung tiroid dan cermin mata plumbum, serta pengamalan prinsip ALARA (As Low As Reasonably Achievable) bagi meminimumkan pendedahan sinaran tanpa menjejaskan kualiti prosedur.

Melalui perkongsian ini, para peserta dapat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman terhadap amalan terbaik dalam radiologi intervensi, sekali gus memperkukuh budaya kerja yang lebih selamat, cekap dan berkualiti demi memastikan keselamatan pesakit serta petugas sentiasa menjadi keutamaan.

Terima kasih diucapkan kepada penceramah dan semua peserta yang hadir serta menjayakan sesi pembelajaran berterusan ini. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam amalan klinikal harian demi meningkatkan kualiti perkhidmatan Jabatan Radiologi.

LAWATAN PENANDA ARAS UNIMAS KE HOSPITAL PAKAR UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (HPUSM)15 Jun 2026 | Kubang Kerian, KelantanHosp...
27/06/2026

LAWATAN PENANDA ARAS UNIMAS KE HOSPITAL PAKAR UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (HPUSM)

15 Jun 2026 | Kubang Kerian, Kelantan
Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) khususnya Jabatan Radiologi telah menerima kunjungan delegasi daripada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 15 Jun 2026 bagi sesi lawatan penanda aras dan perkongsian ilmu berkaitan perkhidmatan pengimejan perubatan serta teknologi terkini yang digunakan dalam penjagaan kesihatan wanita.

Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh HPUSM sebagai sebuah hospital pengajar dan pusat rujukan yang menyokong aktiviti pendidikan, penyelidikan serta perkhidmatan klinikal.

Antara pengisian utama lawatan ialah kunjungan ke Women's Imaging Suite (WISH) Jabatan Radiologi, di mana delegasi diberi penerangan mengenai penggunaan Automated Breast Ultrasound System (ABUS) dalam pengimejan payudara. ABUS merupakan teknologi ultrasound payudara automatik tiga dimensi (3D) yang berupaya menghasilkan imej payudara secara lebih standard dan komprehensif, khususnya bagi wanita yang mempunyai tisu payudara padat.

Peserta turut diberi penerangan mengenai fungsi, kelebihan dan aplikasi klinikal ABUS sebagai pelengkap kepada mamografi dalam usaha meningkatkan pengesanan awal kanser payudara. Demonstrasi aliran kerja pemeriksaan serta proses penghasilan imej turut dikongsikan bagi memberikan gambaran menyeluruh mengenai penggunaan teknologi tersebut dalam amalan klinikal.

Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan strategik antara HPUSM dan UNIMAS, di samping membuka peluang kepada perkongsian kepakaran, inovasi dan amalan terbaik dalam memperkasakan perkhidmatan kesihatan serta pembangunan modal insan pada masa hadapan.

Program Saringan Kesihatan Payudara Wanita di  Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)Nilam Puri,...
27/06/2026

Program Saringan Kesihatan Payudara Wanita di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

Nilam Puri, 7 Jun 2026 (Ahad) โ€“ Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), menerusi sinergi Jabatan Radiologi, Jabatan Patologi dan Unit Bestari, telah bekerjasama dengan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dan Kerajaan Negeri Kelantandalam menjayakan Program Saringan Kesihatan Payudara Wanita di Kampus KIAS, Nilam Puri, Kelantan.

Program ini dianjurkan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan wanita mengenai kepentingan pemeriksaan payudara secara berkala di samping memberikan pendedahan berkaitan langkah pencegahan, pengesanan awal dan rawatan kanser payudara. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkukuhkan amalan penjagaan kesihatan wanita serta menggalakkan pengesanan awal penyakit yang boleh meningkatkan peluang rawatan yang lebih berkesan.

Program yang terbuka kepada semua wanita, khususnya mereka yang berusia 18 tahun ke atas, telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan seramai 89 orang, terdiri daripada staf dan pelajar KIAS.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang program berlangsung, antaranya sesi saringan kesihatan am percuma, pemeriksaan ultrasound payudara percuma, pemeriksaan Automated Breast Ultrasound System (ABUS) secara percuma serta sesi kesedaran dan pendidikan kesihatan berkaitan kanser payudara. Program ini turut memberi peluang kepada peserta untuk mendapatkan maklumat secara langsung daripada petugas kesihatan dan pakar yang terlibat.

Dalam sesi saringan kesihatan, peserta telah menjalani pemeriksaan asas yang merangkumi pemeriksaan tekanan darah, paras kolesterol dan glukos bagi menilai tahap kesihatan umum mereka. Selain itu, pemeriksaan payudara secara klinikal (Clinical Breast Examination โ€“ CBE) telah dijalankan ke atas 24 orang peserta, manakala 4 orang peserta menjalani pemeriksaan ultrasound payudara dua dimensi (2D). Seramai 16 orang peserta p**a telah menjalani pemeriksaan ultrasound payudara tiga dimensi menggunakan teknologi ABUS (Automated Breast Ultrasound System) yang membantu dalam pengesanan awal keabnormalan pada tisu payudara.

Penganjuran program ini diharapkan dapat meningkatkan tahap kesedaran masyarakat, khususnya wanita, mengenai kepentingan pengesanan awal kanser payudara serta menggalakkan mereka untuk menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala. Kerjasama erat antara Hospital Pakar USM, KIAS dan Kerajaan Negeri Kelantan turut mencerminkan komitmen bersama dalam memperkasakan agenda kesihatan awam dan kesejahteraan komuniti.

Jabatan Radiologi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini serta kepada para peserta yang telah memberikan sokongan dan komitmen sepanjang pelaksanaan program.

SESI PEMBELAJARAN BERTERUSAN STAF JABATAN RADIOLOGIJabatan Radiologi HPUSM telah mengadakan sesi pembelajaran berterusan...
20/06/2026

SESI PEMBELAJARAN BERTERUSAN STAF JABATAN RADIOLOGI

Jabatan Radiologi HPUSM telah mengadakan sesi pembelajaran berterusan staf yang memfokuskan kepada topik CT Thorax dan Liver Imaging sebagai inisiatif memperkukuh pengetahuan, kemahiran serta kompetensi staf dalam bidang pengimejan diagnostik.

Sesi CT Thorax telah disampaikan oleh Dr. Wan Aireene Wan Ahmed, Pakar Radiologi, yang berkongsi mengenai indikasi pemeriksaan CT thorax, protokol pengimbasan, aplikasi High Resolution Computed Tomography (HRCT) serta penilaian penampilan imej dalam membantu penghasilan imej diagnostik yang berkualiti dan bernilai klinikal.

Manakala sesi Liver Imaging p**a telah disampaikan oleh Dr. Nasibah Mohamad, Pakar Radiologi, yang memberi pendedahan berkaitan teknik pengimejan hati, pemilihan protokol yang bersesuaian serta kepentingannya dalam membantu proses penilaian dan diagnosis pesakit secara lebih tepat.

Penganjuran sesi seperti ini amat penting dalam memastikan staf sentiasa didedahkan dengan perkembangan ilmu, amalan semasa serta pendekatan terbaik dalam pengimejan radiologi. Secara tidak langsung, ia dapat menyumbang kepada peningkatan mutu perkhidmatan, kecekapan amalan kerja dan keselamatan pesakit.

Jabatan Radiologi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penceramah atas kesudian berkongsi ilmu serta kepada semua peserta yang telah hadir dan menjayakan sesi pembelajaran ini.

Jangan lepaskan peluang menyertai 14th East Coast Neuroradiology & Interventional Radiology Conference 2026 (ECSNIR 2026...
09/06/2026

Jangan lepaskan peluang menyertai 14th East Coast Neuroradiology & Interventional Radiology Conference 2026 (ECSNIR 2026)

Adakah anda ingin meningkatkan pengetahuan klinikal, memperkukuh kompetensi profesional dan mengikuti perkembangan terkini dalam bidang Kesihatan Bersekutu?

Persidangan ini menghimpunkan pakar dan pengamal berpengalaman daripada pelbagai institusi terkemuka untuk berkongsi ilmu yang boleh terus diaplikasikan dalam amalan harian.

Antara topik menarik yang bakal dikongsikan:
๐Ÿ”น Precision, Safety & Teamwork in Interventional Practice
๐Ÿ”น Mechanical Thrombectomy & Stroke Intervention
๐Ÿ”น Role of Radiographers in Interventional Mammography
๐Ÿ”น Radiation Protection for Staff & Patient Safety
๐Ÿ”น MRI Challenges in Oncology Patients
๐Ÿ”น Anesthesia Support in Radiology
๐Ÿ”น FastStroke & Automated Stroke Workflow
๐Ÿ”น Sonography in Clinical Practice
๐Ÿ”น Care of Mechanically Ventilated Patients
๐Ÿ”น MRI Safety in Neuroimaging

โœจ Selain sesi ilmiah, peserta juga berpeluang:
โœ… Mengumpul mata CPD
โœ… Berinteraksi dengan pakar dan rakan profesional dari seluruh negara
โœ… Mengetahui perkembangan teknologi terkini daripada syarikat industri terkemuka
โœ… Membina jaringan profesional yang lebih luas

๐ŸŽ LUCKY DRAW MENARIK MENANTI PARA PESERTA!

๐Ÿ“… 22 Ogos 2026 (Sabtu)
๐Ÿ“ Renai Hotel, Kota Bharu, Kelantan

๐Ÿ’ฐ Yuran Penyertaan: RM150 (Biasa)
RM140 (Ahli MSR / ECSNIR)

โณ Tarikh Tutup Pendaftaran: 22 Julai 2026

โš ๏ธ Pendaftaran semakin menghampiri tarikh tutup. Jangan tunggu saat akhir dan pastikan tempat anda terjamin.

๐Ÿ“ Daftar sekarang:
https://bit.ly/ecsnirconference2026

"Beyond Routine, Towards Better Practice"

Persatuan Juru X-ray Malaysia - MSR
Malaysian Society of Radiographers - MSR

Address

Jabatan Radiologi, Hospital Pakar USM, Jalan Raja Perempuan Zainab II, Kubang Kerian
Kota Bharu
16150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Radiologi Hospital Pakar USM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share