Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam Pihak Berkuasa Tempatan

๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—”๐—ง๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐— ๐—ฃ๐—ž๐—•-๐—•๐—ฅ๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—ง๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐—ง๐—ฉ๐Ÿฏ ๐—ฅ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐Ÿต๐Ÿต๐ŸตKOTA BHARU - Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya I...
04/09/2026

๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—”๐—ง๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐— ๐—ฃ๐—ž๐—•-๐—•๐—ฅ๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—ง๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐—ง๐—ฉ๐Ÿฏ ๐—ฅ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐Ÿต๐Ÿต๐Ÿต

KOTA BHARU - Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah menjalankan operasi penguatkuasaan terhadap premis kedai runcit warga asing di sekitar pusat bandar Kota Bharu dengan kerjasama pihak Wartawan TV3 Rancangan 999.

Operasi yang bermula pada jam 10.00 malam hingga 3.00 pagi ini dilaksanakan bagi memastikan setiap premis perniagaan mematuhi syarat dan peraturan lesen yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis.

Operasi berkenaan diketuai oleh Insp. Mohd Riza serta dibantu oleh Sarjan Aswadi dan Sarjan Nik Zulkifli bersama 7 orang anggota penguatkuasa MPKB-BRI.

Hasil pemeriksaan dan pemantauan yang dijalankan, tindakan kompaun dan sitaan premis telah dikenakan terhadap premis yang didapati melakukan kesalahan serta melanggar syarat-syarat lesen perniagaan yang ditetapkan.

MPKB-BRI akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan aktiviti perniagaan di kawasan pentadbiran Majlis sentiasa mematuhi peraturan, selain menjamin persekitaran perniagaan yang teratur, selamat dan terkawal.

#999

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ก๐——๐—จ๐—ž ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐——๐—ฌ๐— ๐—  ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก ๐— ๐—จ๐—›๐—”๐— ๐— ๐—”๐—— ๐—ฉ ๐—ž๐—˜-๐Ÿฑ๐ŸณKOTA BHARU, 3 September 2026 โ€“ Majlis P...
03/09/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ก๐——๐—จ๐—ž ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐——๐—ฌ๐— ๐—  ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก ๐— ๐—จ๐—›๐—”๐— ๐— ๐—”๐—— ๐—ฉ ๐—ž๐—˜-๐Ÿฑ๐Ÿณ

KOTA BHARU, 3 September 2026 โ€“ Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) sedang membekalkan kain rentang/sepanduk sempena Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Yang Ke-57 untuk dipasang di premis-premis perniagaan dalam kawasan MPKB-BRI. Kain rentang/sepanduk berkenaan dijual pada harga RM65.00 dan boleh diperolehi di Bahagian Pelesenan, MPKB-BRI.

Pemilik premis dikehendaki memasang kain rentang/sepanduk berkenaan sebelum 29hb September 2026 sebagai tanda sokongan dan kebersamaan dalam memeriahkan sambutan Ulang Tahun Keputeraan KDYMM Sultan Muhammad V Yang Ke-57.

Sehubungan dengan itu, MPKB-BRI merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pemilik premis atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan sambutan ini.



2 September 2026, Rabu โ€“ Unit Latihan dan Kompetensi, Bahagian Perkhidmatan, MPKB-BRI telah mengadakan Program Latihan K...
03/09/2026

2 September 2026, Rabu โ€“ Unit Latihan dan Kompetensi, Bahagian Perkhidmatan, MPKB-BRI telah mengadakan Program Latihan Kebakaran (Fire Drill) MPKB-BRI Tahun 2026 bertempat di Perkarangan Pejabat MPKB-BRI, Padang Perdana, Kota Bharu.

Taklimat telah disampaikan oleh YBrs. Encik Mohd Azlan bin Zainal, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan. Program ini melibatkan seramai 55 orang kakitangan di Pejabat MPKB-BRI, Padang Perdana (Bahagian Penguatkuasaan dan Bahagian Cukai Bandar).

Program ini dianjurkan bagi meningkatkan pengetahuan dan tahap kesiapsiagaan kakitangan dalam menghadapi situasi kecemasan, khususnya kebakaran, serta memberi pendedahan mengenai tindakan keselamatan yang betul semasa kecemasan.

Program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan dan latihan praktikal berkaitan penggunaan alat pemadam api dengan kaedah yang betul dan selamat, di samping menguji keberkesanan prosedur pengungsian bangunan, penggunaan laluan kecemasan, tempat berkumpul dan pelaksanaan 'head count'.

๐—ž๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก ๐—ž๐—œ๐—ง๐—”๐—ฅ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—” ๐—ฃ๐—”๐—ก๐——๐—จ ๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—จ ๐— ๐—ฃ๐—ž๐—•-๐—•๐—ฅ๐—œMajlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menjemput seluruh warg...
02/09/2026

๐—ž๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก ๐—ž๐—œ๐—ง๐—”๐—ฅ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—” ๐—ฃ๐—”๐—ก๐——๐—จ ๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—จ ๐— ๐—ฃ๐—ž๐—•-๐—•๐—ฅ๐—œ

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menjemput seluruh warga Kota Bharu untuk bersama-sama membudayakan amalan kitar semula demi kelestarian bandar raya kita.

* *Hari:* Setiap Hari Khamis
* *Masa:* 10:00 Pagi โ€“ 1:00 Petang
* *Lokasi:* Pusat Kitar Semula Pandu Lalu Cawangan Panji, Kota Bharu

**Kategori Barangan Kitar Semula:**

* Kertas, kotak, dan surat khabar
* Plastik dan tin minuman / aluminium
* Minyak masak terpakai
* Sisa barangan elektrik dan elektronik (e-sisa)

Asingkan sisa kitar semula anda dari rumah dan bawa terus ke kaunter pandu lalu dengan mudah, pantas, dan teratur.

*Kebersihan Bandar Raya Tanggungjawab Bersama.*

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—”๐—กSambutan Hari Kebangsaan 2026 di peringkat Negeri Kelantan tela...
31/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—”๐—ก

Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di peringkat Negeri Kelantan telah berlangsung dengan penuh meriah di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, melibatkan penyertaan sebanyak 69 kontinjen daripada badan kerajaan dan swasta serta kehadiran pengunjung yang dianggarkan seramai 25,000 orang.

Kontinjen Majlis Perbandaran Kota Bharu โ€“ Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) yang diwakili oleh Bahagian Penguatkuasaan MPKB-BRI turut mengambil bahagian dalam acara perbarisan dan berjaya meraih Tempat Ketiga ๐Ÿฅ‰

๐Ÿ† Keputusan Perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan 2026:

๐Ÿฅ‡ Johan: Kontinjen Jajahan Machang
๐Ÿฅˆ Naib Johan: Kontinjen Jajahan Gua Musang
๐Ÿฅ‰ Tempat Ketiga: Kontinjen Majlis Perbandaran Kota Bharu โ€“ Bandar Raya Islam (MPKB-BRI)
Tempat Keempat: Kontinjen Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK)
Tempat Kelima: Kontinjen Lembaga Hasil Dalam Negeri Kelantan (LHDN)

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh anggota kontinjen MPKB-BRI atas komitmen, disiplin, semangat berpasukan dan patriotisme yang tinggi sepanjang menyertai acara perbarisan ini.

Pencapaian Tempat Ketiga๐Ÿฅ‰ ini membuktikan kesungguhan serta semangat juang warga MPKB-BRI dalam menyemarakkan semangat kemerdekaan, memperkukuhkan perpaduan dan menzahirkan kecintaan kepada tanah air.

Tahniah Kontinjen MPKB-BRI! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿฅ‰

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026!
Malaysia MADANI, Jiwa Merdeka. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜-๐Ÿฒ๐Ÿต ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโ€œMalaysia Sejahtera, Rakyat Diperkasaโ€Majlis Perbandaran Kota Bharu โ€“ Banda...
30/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜-๐Ÿฒ๐Ÿต ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

โ€œMalaysia Sejahtera, Rakyat Diperkasaโ€

Majlis Perbandaran Kota Bharu โ€“ Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dengan penuh rasa syukur dan bangga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sempena sambutan penuh bermakna ini, marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan kepada tanah air, di samping menghargai jasa serta pengorbanan para pejuang yang telah mencurahkan bakti demi keamanan dan kemakmuran negara.

Sebagai sebuah pihak berkuasa tempatan yang menggalas amanah membangunkan Kota Bharu sebagai Bandar Raya Islam, MPKB-BRI komited untuk terus memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam, memperindah persekitaran bandar, memelihara nilai-nilai murni serta mewujudkan persekitaran yang selamat, bersih, sejahtera dan kondusif untuk seluruh warga Kota Bharu.

Marilah kita bersama-sama memainkan peranan sebagai rakyat yang bertanggungjawab dalam membina sebuah Malaysia yang lebih bersatu, makmur dan berdaya saing, demi kesejahteraan generasi masa kini dan akan datang.

Ayuh kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh bangga. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Malaysia Tanah Airku, Malaysia Milik Kita Bersama.

Selamat Hari Kebangsaan Ke-69!
Merdeka! Merdeka! Merdeka! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Ikhlas Daripada
Dato' Yang Dipertua, Ahli-Ahli Majlis, Setiausaha, Pegawai serta Warga Kerja
Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI)








30/08/2026

Malam ini, kita raikan semangat kemerdekaan bersama-sama.๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

Mari pakat hadir dan rasai sendiri kemeriahannya!
๐Ÿ“ Stadium Sultan Muhammad IV
๐Ÿ—“๏ธ 30 Ogos 2026
โฐ 09.00 Malam

Jumpa malam ini! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—๐—˜๐—ž ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฅ ๐—ฃ๐—ข๐—›๐—ข๐—ก ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—๐—ฃ๐—  ๐—œ๐—–๐—จ ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—œ๐—›๐—”๐—ž ๐—ž๐—ข๐—ก๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ง๐—ข๐—ฅKOTA BHARU โ€“ Satu lawatan penyerah...
28/08/2026

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—๐—˜๐—ž ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฅ ๐—ฃ๐—ข๐—›๐—ข๐—ก ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—๐—ฃ๐—  ๐—œ๐—–๐—จ ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—œ๐—›๐—”๐—ž ๐—ž๐—ข๐—ก๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ง๐—ข๐—ฅ

KOTA BHARU โ€“ Satu lawatan penyerahan tapak bagi Projek Pasar Pohon Pinang telah diadakan bersama Pasukan Teknikal Jabatan Perdana Menteri, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (JPM ICU), Jabatan Kejuruteraan MPKB-BRI, Bahagian Pengurusan Harta & Penjaja MPKB-BRI, wakil Ahli Majlis MPKB-BRI serta pihak kontraktor yang dilantik.

Lawatan ini diadakan bagi memastikan proses penyerahan tapak dan persediaan awal projek dapat dilaksanakan dengan teratur, termasuk penyelarasan urusan pemindahan peniaga di kawasan terlibat bagi memastikan pelaksanaan kerja berjalan lancar.

Turut dilaksanakan ialah Pemeriksaan Keadaan Sedia Ada (Dilapidation Survey) bagi merekod dan mendokumentasikan keadaan semasa bangunan serta kemudahan di sekitar kawasan projek sebelum kerja-kerja pembinaan dimulakan.

Projek ini dijadualkan bermula pada 27 Ogos 2026 dan siap pada 13 Januari 2027, termasuk penyelarasan urusan pemindahan peniaga di kawasan berhampiran.

MPKB-BRI berharap kerjasama dan penyelarasan yang baik antara semua pihak yang terlibat dapat memastikan projek ini dilaksanakan mengikut perancangan serta disiapkan dengan lancar demi keselesaan peniaga dan manfaat masyarakat setempat.

โ€œKota Bharu Bandar Raya Islamโ€

๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—•๐—”๐—œ๐—ž ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐—› ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—›๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—–๐—”๐—›๐—”๐—ฌ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—ง๐—จ ๐—š๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—”๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—–๐—›๐—˜๐—ก๐—š ๐—›๐—ข, ๐—ž๐—ข๐—ง๐—” ๐—•๐—›๐—”๐—ฅ๐—จKOTA BHARU โ€“ MPKB-BRI melalui ...
27/08/2026

๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—•๐—”๐—œ๐—ž ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐—› ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—›๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—–๐—”๐—›๐—”๐—ฌ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—ง๐—จ ๐—š๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—”๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—–๐—›๐—˜๐—ก๐—š ๐—›๐—ข, ๐—ž๐—ข๐—ง๐—” ๐—•๐—›๐—”๐—ฅ๐—จ

KOTA BHARU โ€“ MPKB-BRI melalui Panel Kontraktor MPKB-BRI telah melaksanakan kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan keseluruhan sistem pencahayaan di Pintu Gerbang Dataran Cheng Ho, Jalan Kebun Sultan.

Kerja-kerja yang dilaksanakan melibatkan pemeriksaan, penyelenggaraan serta baik pulih komponen pencahayaan bagi memastikan pintu gerbang tersebut kembali diterangi dengan baik, khususnya pada waktu malam, di samping meningkatkan imej dan keceriaan kawasan sekitar.

Pintu Gerbang Dataran Cheng Ho merupakan salah satu mercu tanda unik di bandar Kota Bharu yang mengetengahkan seni bina bercirikan kebudayaan Cina. Pintu gerbang ini dirasmikan pada tahun 2017 dan dinamakan bersempena Laksamana Cheng Ho, tokoh pelayaran terkenal dari China. Kewujudannya turut menjadi simbol keharmonian dan kepelbagaian budaya masyarakat di Negeri Kelantan.

MPKB-BRI akan terus komited dalam melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan dan aset awam dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan, keselesaan serta keceriaan bandar Kota Bharu sentiasa terpelihara.

โ€œKota Bharu Bandar Raya Islamโ€

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐— ๐—ข๐—›๐—ข๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—๐—˜๐—ž ๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—œ๐—ž ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐—› ๐——๐—”๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐— ๐—จ๐—ญ๐—œ๐—จ๐—  ๐—ž๐—ฅ๐—”๐—™๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก, ๐—ž๐—ข๐—ง๐—” ๐—•๐—›๐—”๐—ฅ๐—จKOTA BHARU โ€“ Satu lawatan tapak ...
27/08/2026

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐— ๐—ข๐—›๐—ข๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—๐—˜๐—ž ๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—œ๐—ž ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐—› ๐——๐—”๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐— ๐—จ๐—ญ๐—œ๐—จ๐—  ๐—ž๐—ฅ๐—”๐—™๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก, ๐—ž๐—ข๐—ง๐—” ๐—•๐—›๐—”๐—ฅ๐—จ

KOTA BHARU โ€“ Satu lawatan tapak ke Dataran Muzium Kraftangan, Kampung Kraftangan, Kota Bharu telah diadakan bersama YBrs. Puan Nor Aliza, Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Kelantan, Yayasan Kraftangan Kelantan serta wakil Jabatan Kejuruteraan MPKB-BRI.

Lawatan ini bertujuan meninjau keadaan semasa tapak serta mengenal pasti skop kerja pembaikan yang diperlukan. Jabatan Kejuruteraan MPKB-BRI akan membantu dalam penyediaan anggaran kos dan skop kerja berkaitan bagi tujuan permohonan projek tersebut.

Sekiranya permohonan ini mendapat kelulusan, MPKB-BRI akan bertindak sebagai agensi pelaksana bagi memastikan kerja-kerja yang dirancang dapat dilaksanakan dengan teratur dan disempurnakan dengan jayanya.

MPKB-BRI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada MOTAC Negeri Kelantan dan Yayasan Kraftangan Kelantan atas jemputan mengadakan lawatan tapak serta kepercayaan yang diberikan kepada MPKB-BRI untuk membantu dalam permohonan dan pelaksanaan projek ini.

Semoga usaha dan kerjasama antara agensi ini dapat menyumbang kepada usaha memelihara, menaik taraf dan memperindah kemudahan di Dataran Muzium Kraftangan demi keselesaan pengunjung serta memperkukuh imej kawasan tersebut sebagai salah satu tarikan pelancongan dan warisan seni kraftangan di Negeri Kelantan.

โ€œKota Bharu Bandar Raya Islamโ€

Address

Jalan Hospital
Kota Bharu
15000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share