CGSO Kelantan

CGSO Kelantan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from CGSO Kelantan, Government Organization, CGSO KELANTAN Aras 4, Bangunan KWSP, Jalan Padang Garong, Bandar Kota Bharu, Kota Bharu.

𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓 𝐍𝐀𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍𝐔𝐍𝐈𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍,𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏...
12/01/2026

𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓 𝐍𝐀𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍
𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍
𝐔𝐍𝐈𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍,
𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 (𝐈𝐂𝐔 𝐉𝐏𝐌)

𝐊𝐨𝐭𝐚 𝐁𝐡𝐚𝐫𝐮 | 𝟏𝟏 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔

Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) Negeri Kelantan telah mengadakan kunjungan rasmi ke Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) bagi memberikan khidmat nasihat berhubung cadangan pembelian sebuah bangunan untuk kegunaan pejabat.

Kunjungan ini melibatkan Tuan Haji Jasri bin Kasim, Pengarah ICU JPM Negeri Kelantan, serta Puan Sabariah binti Saudi, Pengarah CGSO Negeri Kelantan dan Encik Haikal Iqbal bin Zainudin, Timbalan Pengarah CGSO Negeri Kelantan.

Sesi khidmat nasihat tersebut memfokuskan kepada penilaian awal terhadap kesesuaian bangunan yang dicadangkan, khususnya dari aspek keselamatan perlindungan, kawalan akses, keselamatan fizikal bangunan, susun atur ruang, serta pematuhan kepada Arahan Keselamatan dan peraturan keselamatan kerajaan yang berkuat kuasa.

Selain itu, CGSO turut mengemukakan cadangan penambahbaikan dan langkah-langkah keselamatan yang perlu dipertimbangkan sebelum sebarang keputusan pembelian dimuktamadkan, bagi memastikan bangunan tersebut benar-benar memenuhi keperluan operasi serta tahap keselamatan yang ditetapkan untuk premis kerajaan.

Khidmat nasihat ini diharap dapat membantu pihak ICU JPM Negeri Kelantan membuat keputusan yang lebih holistik dan berlandaskan keperluan keselamatan, sekali gus menyokong pengurusan aset kerajaan yang selamat, berintegriti dan berkesan.

01/09/2025
AWARENESS@CGSO BIL. 5/2025 PEJABAT KETUA PEGAWAI KESELAMATAN KERAJAAN MALAYSIA (CGSO), JABATAN PERDANA MENTERI
11/06/2025

AWARENESS@CGSO BIL. 5/2025 PEJABAT KETUA PEGAWAI KESELAMATAN KERAJAAN MALAYSIA (CGSO), JABATAN PERDANA MENTERI

𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐌𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐞-𝐕𝐄𝐓𝐓𝐈𝐍𝐆 𝟑.𝟎 𝐁𝐄𝐑𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐒𝐄𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐅𝐀𝐒𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐒𝐀𝐇 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 (𝐒𝐄𝐊𝐓𝐎𝐑 𝐀𝐖𝐀𝐌)
11/05/2025

𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐌𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐞-𝐕𝐄𝐓𝐓𝐈𝐍𝐆 𝟑.𝟎 𝐁𝐄𝐑𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐒𝐄𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐅𝐀𝐒𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐒𝐀𝐇 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 (𝐒𝐄𝐊𝐓𝐎𝐑 𝐀𝐖𝐀𝐌)










23/04/2025

𝐍𝐎𝐓𝐈𝐒 𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐒𝐀𝐇 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐄-𝐕𝐄𝐓𝐓𝐈𝐍𝐆

Sebarang pertanyaan, dipohon hubungi Bahagian Keselamatan Personel, CGSO melalui [email protected] atau hubungi talian telefon 03-88726012. Sistem e-Vetting 3.0 akan mula beroperasi pada 1 Mei 2025 (Khamis).











.0
.0

09/04/2025
02/04/2025

𝗡𝗢𝗧𝗜𝗦 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗧𝗨𝗣𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗦𝗧𝗘𝗠 𝗘-𝗩𝗘𝗧𝗧𝗜𝗡𝗚 𝟮.𝟬

Dimaklumkan bahawa sistem e-Vetting 2.0 akan digantikan dengan sistem baharu iaitu Sistem e-Vetting 3.0.

Justeru itu, bagi memastikan perkhidmatan yang lebih baik, sistem e-Vetting 2.0 akan ditamatkan pada tarikh 14 April 2025 (Isnin) bagi tujuan migrasi data.

𝗦𝗶𝘀𝘁𝗲𝗺 𝗲-𝗩𝗲𝘁𝘁𝗶𝗻𝗴 𝟯.𝟬 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗶𝗮𝗸𝘀𝗲𝘀 𝘀𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝟯𝟬 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝟮𝟬𝟮𝟱 (𝗥𝗮𝗯𝘂).

Sebarang pertanyaan, dipohon hubungi Pejabat CGSO melalui [email protected] atau talian telefon 03-88726012.

Jabatan Perdana Menteri
Jabatan Perkhidmatan Awam











.0
.0

𝐋𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔, 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍𝟐𝟎 𝐌𝐚...
26/03/2025

𝐋𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔, 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍

𝟐𝟎 𝐌𝐚𝐜 𝟮𝟬𝟮𝟱, 𝐊𝐨𝐭𝐚 𝐁𝐡𝐚𝐫𝐮 - Lawatan ke Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Negeri Kelantan telah dilaksanakan oleh YBhg. Datuk Mas Rizal bin Mohd Hilmi, Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan.

Lawatan yang julung kalinya diadakan di Pejabat CGSO Negeri Kelantan ini adalah bagi memastikan keadaan tempat bekerja yang kondusif dan selesa ke atas semua pegawai yang bertugas. Persekitaran tempat kerja yang kondusif dan bersih boleh membawa kepada penghasilan kerja yang berkualiti dan cemerlang oleh warga CGSO. Lawatan ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pucuk pimpinan tertinggi CGSO dengan pegawai di peringkat negeri selain bertukar-tukar pendapat dan cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan diperingkat Ibu Pejabat dan CGSO Negeri.

Menyambut lawatan YBhg. Datuk Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan ialah YBrs. Puan Sabariah binti Saudi, Pengarah Keselamatan Kerajaan Negeri Kelantan. Deligasi lawatan turut diiringi oleh Encik Mohd Faizul bin Mohd Nor, Pengarah Bahagian Penyelarasan dan Korporat.











𝗔𝗗𝗨𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗔𝗜𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗣𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 / 𝗲-𝗩𝗘𝗧𝗧𝗜𝗡𝗚
26/03/2025

𝗔𝗗𝗨𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗔𝗜𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗣𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 / 𝗲-𝗩𝗘𝗧𝗧𝗜𝗡𝗚

𝗔𝗗𝗨𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗔𝗜𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗣𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 / 𝗲-𝗩𝗘𝗧𝗧𝗜𝗡𝗚

Bagi tujuan penyelarasan aduan, tuan/puan adalah dipohon untuk menyalurkan sebarang aduan dan persoalan berkenaan tapisan keselamatan di pautan berikut https://evetting.cgso.gov.my/cgso/complaint-create.jsf.

Pihak CGSO memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh tuan/puan.

AWARENESS@CGSO BIL.3/2025

Jabatan Perdana Menteri
Jabatan Perkhidmatan Awam

fans












𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐄-𝐏𝐑𝐎𝐓𝐄𝐂𝐓𝐈𝐕𝐄 𝐒𝐄𝐂𝐔𝐑𝐈𝐓𝐘 (𝐞𝐏𝐒) 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐙𝐎𝐍 𝐓𝐈𝐌𝐔𝐑𝟐 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟓 - Pejabat Ketua Pegaw...
02/03/2025

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐄-𝐏𝐑𝐎𝐓𝐄𝐂𝐓𝐈𝐕𝐄 𝐒𝐄𝐂𝐔𝐑𝐈𝐓𝐘 (𝐞𝐏𝐒) 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐙𝐎𝐍 𝐓𝐈𝐌𝐔𝐑

𝟐 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟓 - Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Kelantan telah menghadiri bagi membantu dan melancarkan Sesi Libat Urus Dan Latihan Penggunaan Sistem E-Protective Security (ePS) Bagi Zon Timur pada 23 dan 24 Februari 2025 yang lalu. Program ini telah dilaksanakan di Dewan Cenderawasih, Residence Inn, Cherating, Pahang dengan dihadiri 70 orang peserta zon timur daripada pelbagai agensi yang telah dilantik sebagai Ambassador Agensi Perintis.

Secara umumnya Sistem E-Protective Security (ePS) ini adalah berkaitan dengan tujuh (7) fungsi utama/core business CGSO yang telah diinovasikan berasaskan penggunaan saluran perkhidmatan secara atas talian (online). Sistem ePS ini masih lagi dalam peringkat pengujian dan akan dilancarkan bagi penggunaanya secara menyeluruh kepada semua agensi kelak. Tujuh (7) fungsi utama/core business CGSO adalah seperti berikut:

1. Pengurusan Inspektorat Pematuhan dan Pengiktirafan;

2. Pengurusan Kursus dan Program Keselamatan Perlindungan;

3. Pengurusan Peperiksaan Keselamatan Perlindungan;

4. Pengurusan Tempahan Fasiliti dan Kemudahan ILKEM;

5. Pengurusan Pengendali Rahsia Rasmi;

6. Pengurusan Khidmat Nasihat Keselamatan Perlindungan; dan

7. Pengurusan Arahan Keselamatan Digital.





Address

CGSO KELANTAN Aras 4, Bangunan KWSP, Jalan Padang Garong, Bandar Kota Bharu
Kota Bharu
15000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CGSO Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to CGSO Kelantan:

Share