26/08/2026
PROGRAM SEMARAK INTEGRITI PERINGKAT JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI KELANTAN TAHUN 2026
KOTA BHARU, 26 Ogos 2026 β Unit Integriti Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Kelantan telah mengadakan Program Semarak Integriti Peringkat JPN Negeri Kelantan Tahun 2026 bertempat di Ruang Legar, Aras 12, JPN Negeri Kelantan, Wisma Persekutuan Kota Bharu.
Program ini bertujuan memperkukuh penghayatan nilai integriti, amanah dan akauntabiliti dalam kalangan warga JPN, di samping meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan mewujudkan persekitaran tempat kerja yang sihat, selamat dan bebas daripada penyalahgunaan dadah.
Program telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Halimatusaadiah binti Ramli @ Mohd Shah, Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Kelantan.
Turut hadir ialah YBrs. Ustaz Arrahman bin Awang bin Awang, Penolong Pengarah Unit Integriti (Pegawai Hal Ehwal Islam), Ibu Pejabat JPN Putrajaya, serta warga kerja JPN Negeri Kelantan.
Antara pengisian utama program ialah Ceramah Pengukuhan Integriti bertajuk βTempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD)β yang disampaikan oleh Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Kelantan. Ceramah tersebut memberi penekanan terhadap tanggungjawab warga kerja dalam mengekalkan integriti serta mewujudkan persekitaran kerja yang bebas daripada penyalahgunaan dadah.
Sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh pencegahan penyalahgunaan dadah dalam kalangan warga kerja, pemeriksaan urine test turut diadakan kepada kakitangan JPN Negeri Kelantan.
Program turut disusuli dengan sesi soal jawab yang memberi peluang kepada peserta mendapatkan penjelasan berkaitan isu integriti dan pencegahan penyalahgunaan dadah. Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada penceramah dan diakhiri dengan jamuan makan tengah hari.
Pelaksanaan Program Semarak Integriti ini diharapkan dapat terus memupuk budaya kerja berintegriti, beramanah dan bertanggungjawab dalam kalangan warga JPN serta memperkukuh komitmen jabatan dalam memberikan perkhidmatan awam yang berkualiti kepada masyarakat.