02/09/2026
🌸 PROGRAM CAREGIVER RECHARGE & WALL OF HOPE 🌸
✨ “Setiap Harapan Ada Maknanya” ✨
Pada 2 September 2026, telah berlangsung Program Caregiver Recharge & Wall of Hope di Rumah Ronald McDonald, Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) yang dianjurkan oleh Suhana Binti Wan Mat (Pelajar Praktikum USM), Nurul Widad Binti Zahari (Pelajar Praktikum UKM) dan Siti Aliya Nadhirah Binti Noor Azidin (Pelajar Praktikum UKM).
Program ini bertujuan untuk memberi ruang kepada ibu bapa atau penjaga untuk berehat seketika daripada rutin penjagaan, mengenali emosi, berkongsi pengalaman serta mengenal pasti sumber kekuatan dan harapan melalui aktiviti yang santai dan kreatif.
Antara aktiviti yang dijalankan:
• *Mood Check-In* (Pemilihan kad emosi)
• *Caregiver Recharge* (Mengenalpasti kekuatan dan membina pemikiran positif)
• *Wall of Hope serta sesi Sharing & Refleksi.* ( Menyatakan harapan dan berkongsi kekuatan sesama penghuni)
Semoga program ini dapat memberikan sedikit ruang untuk para ibu bapa bernafas, menguatkan diri dan terus menyimpan harapan sepanjang perjalanan rawatan bersama insan tersayang. 🌷
Terima kasih kepada semua warga Rumah Ronald McDonald kerana telah menerima kunjungan kami dan memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini. 🤍