JKR Jajahan Kota Bharu Rasmi

JKR Jajahan Kota Bharu Rasmi PAGES RASMI JKR JAJAHAN KOTA BAHRU

HEBAHAN SEBUTHARGA G1 JKR JAJAHAN KOTA BHARU 2026.Para kontraktor G1 yang berdaftar dengan CIDB Kota Bharu dan mempunyai...
25/05/2026

HEBAHAN SEBUTHARGA G1 JKR JAJAHAN KOTA BHARU 2026.

Para kontraktor G1 yang berdaftar dengan CIDB Kota Bharu dan mempunyai PPK, STB dan SPKK yang masih sah dipelawa untuk menyertai tawaran sebutharga berikut.

Untuk maklumat lanjut, mohon rujuk Notis Iklan Sebutharga yang dilampirkan bersama atau membuat semakan kelayakan di Sistem Pengurusan Perolehan & Pemantuhan Kerja (S3PK).

Ikuti media sosial JKR Jajahan Kota Bharu Rasmi untuk informasi terkini.


Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
JKRKelantan
JKR Jajahan Kota Bharu Rasmi

25/05/2026
HEBAHAN SEBUTHARGA G2 JKR JAJAHAN KOTA BHARU 2026.Para kontraktor G2 yang berdaftar dengan CIDB Negeri Kelantan dan memp...
12/05/2026

HEBAHAN SEBUTHARGA G2 JKR JAJAHAN KOTA BHARU 2026.

Para kontraktor G2 yang berdaftar dengan CIDB Negeri Kelantan dan mempunyai PPK, STB dan SPKK yang masih sah dipelawa untuk menyertai tawaran sebutharga berikut.

Untuk maklumat lanjut, mohon rujuk Notis Iklan Sebutharga yang dilampirkan bersama atau membuat semakan kelayakan di Sistem Pengurusan Perolehan & Pemantuhan Kerja (S3PK).

Ikuti media sosial JKR Jajahan Kota Bharu Rasmi untuk informasi terkini


Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
JKRKelantan
JKR Jajahan Kota Bharu Rasmi

30/04/2026

HEBAHAN INTEGRITI SIRI 04/2026 : INTEGRITI MEMBINA JKR KELANTAN

Integriti bukan sekadar kata, tetapi amalan dalam setiap tindakan. Ia menjadi asas kepada kepercayaan, kekuatan jabatan dan kecemerlangan perkhidmatan.

Tolak rasuah, bina budaya integriti demi masa depan yang lebih baik. Rasuah adalah jenayah dan tiada tempat dalam perkhidmatan awam.

Ayuh warga JKR Kelantan bersama kita membina infrastruktur berkualiti untuk rakyat.

Ikuti media sosial rasmi JKRKelantan untuk informasi terkini.






Sekitar Majlis Penutup Sesi Audit Pematuhan SIRIM QAS ISO 9001:2015 bagi JKR Jajahan Kota Bharu Tahun 2026.Setinggi-ting...
15/04/2026

Sekitar Majlis Penutup Sesi Audit Pematuhan SIRIM QAS ISO 9001:2015 bagi JKR Jajahan Kota Bharu Tahun 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen, kerjasama dan usaha berterusan dalam memastikan pematuhan terhadap standard kualiti yang ditetapkan.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan serta memperkukuhkan sistem pengurusan kualiti pada masa akan datang.


Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
JKRKelantan
JKR Jajahan Kota Bharu Rasmi

SEKITAR LAWATAN INTERVENSI PROJEK LEWAT JADUAL13 April - telah diadakan satu program lawatan Intervensi Projek Lewat Jad...
14/04/2026

SEKITAR LAWATAN INTERVENSI PROJEK LEWAT JADUAL

13 April - telah diadakan satu program lawatan Intervensi Projek Lewat Jadual (Sakit) bagi kerja-kerja Menaik taraf, Membaik pulih dan Mengubahsuai Infrastruktur Serta Kemudahan di Hospital USM Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan.

Lawatan ini bertujuan untuk menilai kemajuan projek serta mengenal pasti isu-isu yang menyebabkan kelewatan, di samping merangka langkah intervensi yang bersesuaian bagi memastikan projek dapat disiapkan mengikut perancangan.

Lawatan intervensi dihadiri oleh Ir. Ts. Mohd Fazli Bin Idris, Jurutera Jajahan JKR Jajahan Kota Bharu. Turut hadir bersama Puan Asrehan Binti Ab Razak, Timbalan Pengarah (Operasi) ICU JPM Kelantan, kontraktor utama serta wakil daripada agensi berkaitan.

Diharapkan segala langkah penambahbaikan yang dicadangkan dapat memastikan projek disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.


Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
JKRKelantan
JKR Jajahan Kota Bharu Rasmi

MAJLIS PENYERAHAN & MENANDATANGANI DOKUMEN SST 202614 April - telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (S...
14/04/2026

MAJLIS PENYERAHAN & MENANDATANGANI DOKUMEN SST 2026

14 April - telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan sesi menandatangani dokumen SST kepada kontraktor yang berjaya. Majlis disempurnakan oleh Jurutera Jajahan Ir. Ts. Mohd Fazli Bin Idris di Bilik Gerakan, JKR Jajahan Kota Bharu.

Penyerahan SST melibatkan SST sebutharga :

1. JJ/KB/J/01/2026
KERJA-KERJA MEMBINA LINTASAN PEJALAN KAKI SEARAS BERLAMPU ISYARAT (LPKSI) DI HADAPAN KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS) LALUAN FT 008, JALAN KOTA BHARU - GUA MUSANG, SEKSYEN 383.8, JAJAHAN KOTA BHARU KELANTAN.

2. JJ/KB/J /02/2026
KERJA-KERJA MEMBINA LINTASAN PEJALAN KAKI SEARAS BERLAMPU ISYARAT (LPKS) DI HADAPAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KEMUMIM, LALUAN FT 131, JALAN KUBANG KERIAN - SABAK, SEKSYEN 7.4 JAJAHAN KOTA BHARU, KELANTAN.

Tahniah diucapkan kepada kontraktor yang berjaya. Semoga pihak kontraktor dapat memberi kerjasama sepenuhnya dalam usaha memastikan perkhidmatan kerja dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan dan menepati spesifikasi yang dikehendaki.


Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
JKRKelantan
JKR Jajahan Kota Bharu Rasmi

SEKITAR SESI AUDIT PEMATUHAN SIRIM QAS ISO 9001:2015 JKR JAJAHAN KOTA BHARU TAHUN 2026Audit pematuhan SIRIM QAS ISO 9001...
13/04/2026

SEKITAR SESI AUDIT PEMATUHAN SIRIM QAS ISO 9001:2015 JKR JAJAHAN KOTA BHARU TAHUN 2026

Audit pematuhan SIRIM QAS ISO 9001:2015 bagi JKR Jajahan Kota Bharu telah diadakan bermula 13 hingga 16 April 2026, bertempat di Bilik Gerakan, JKR Jajahan Kota Bharu.

Audit ini bertujuan memastikan pelaksanaan sistem pengurusan kualiti berada pada tahap yang ditetapkan serta mematuhi piawaian yang digariskan.

Semoga seluruh urusan audit dipermudahkan dan berjalan dengan lancar, seterusnya memperkukuhkan lagi kualiti penyampaian perkhidmatan JKR kepada masyarakat.


Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
JKRKelantan
JKR Jajahan Kota Bharu Rasmi

Address

Kota Bharu
Kota Bharu
15050

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097436029

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JKR Jajahan Kota Bharu Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JKR Jajahan Kota Bharu Rasmi:

Share