SSTP JPN Kelantan

SSTP JPN Kelantan Sektor Sumber & Teknologi Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Government Organization
(1)

26/05/2026

Pertandingan MY CYBER HERO 2026Tahniah atas kejayaan sekolah ke pusingan akhir di Blackberry Cybersecurity Centre Of Exc...
20/05/2026

Pertandingan MY CYBER HERO 2026

Tahniah atas kejayaan sekolah ke pusingan akhir di Blackberry Cybersecurity Centre Of Excellence (CCoE), Cyberjaya!

1. SK Kok Pauh
2. SRII Aulad Pintar
3. KV Kuala Krai
4. SMKA Naim Lil Banat

Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan-Official

๐ŸŒŸSESI LIBAT URUS (SLU) PENDIDIKAN DIGITAL BERSAMA KPPD๐ŸŒŸAktiviti: Pelarasan aktiviti Peningkatan dan Pemerkasaan Pendidik...
20/05/2026

๐ŸŒŸSESI LIBAT URUS (SLU) PENDIDIKAN DIGITAL BERSAMA KPPD๐ŸŒŸ

Aktiviti: Pelarasan aktiviti Peningkatan dan Pemerkasaan Pendidikan digital di peringkat Daerah.

Tarikh: 20 Mei 2026 / Rabu
Tempat: STEM Hub Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan di SSTP JPN Kelantan

Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan-Official

Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan  ...
16/05/2026

Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Guru Peneraju Generasi Digital (GPGD) Kelantan, Cikgu MUHAMMAD HAFIZU AIMAN BIN JUSOF, IZATIL AQMAR BINTI MOHD ZAMZAM dan ASRAF BIN HARUN NARASID atas kejayaan gemilang menerima anugerah sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2026!

Pencapaian ini adalah tanda penghargaan dan pengiktirafan atas segala usaha, ketekunan dan sumbangan besar tuan-puan dalam memajukan dunia pendidikan, melahirkan generasi berilmu serta membentuk insan yang berkualiti sejajar dengan tema โ€œGuru Bitara Nadi Negaraโ€. Kejayaan ini bukan sekadar kebanggaan rakyat Kelantan malah bukti jelas betapa cemerlangnya tuan-puan, penuh idea baharu serta tidak pernah jemu berkhidmat demi mendidik anak bangsa.

Segala jasa dan pengorbanan tuan-puan amat kami hargai, malah menjadi sumber inspirasi kepada semua pendidik untuk terus berjuang demi memajukan pendidikan negara. Semoga kejayaan ini menjadi semangat baharu untuk terus menabur bakti, menyebarkan ilmu dan mengangkat lagi nama GPGD Kelantan ke tahap yang lebih tinggi dan gemilang.

Teruskanlah usaha murni ini, kerana di sebalik setiap kejayaan besar negara, pasti ada pengorbanan dan bimbingan guru yang menjadi tunjang kekuatan masa depan bangsa.

Sekali lagi, tahniah dan syabas diucapkan!

Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan-Official

๐Ÿ‘๐Ÿ‘MYRC 2026๐Ÿ‘๐Ÿ‘TAHNIAH kepada sekolah yang berjaya MARA ke peringkat seterusnya ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸAirobotik SR๐ŸŒŸ๐ŸŒŸSK Datu' HashimSK Gua Musa...
11/05/2026

๐Ÿ‘๐Ÿ‘MYRC 2026๐Ÿ‘๐Ÿ‘

TAHNIAH kepada sekolah yang berjaya MARA ke peringkat seterusnya

๐ŸŒŸ๐ŸŒŸAirobotik SR๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ
SK Datu' Hashim
SK Gua Musang
SK Seneng

๐ŸŒŸ๐ŸŒŸMikrobotik SR๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ
SK Datu' Hashim
SK Zainab 2
SK Kok Keli

๐ŸŒŸ๐ŸŒŸMikrobotik SM๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ
SMK Kandis
SMK Mengkebang
SMK Abdul Samad
SMKA Wataniah

๐ŸŒŸ๐ŸŒŸReka Edukit SR๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ
SK Ciku Tiga
SK Sungai Dua
SK Seneng

๐ŸŒŸ๐ŸŒŸReka Edukit SM๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ
SMK Abdul Samad



Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan-Official

Program: Outreach Pendidikan Digital, Pemantapan Pembudayaan DELIMa Sekolah.Tempat : SK Pulai Chondong, MachangTarikh: 3...
04/05/2026

Program: Outreach Pendidikan Digital, Pemantapan Pembudayaan DELIMa Sekolah.
Tempat : SK Pulai Chondong, Machang
Tarikh: 3 Mei 2026

Salah satu program kunjung bantu Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan dalam usaha membudayakan DELIMa di kalangan warga sekolah. Program ini bermula jam 2 petang dan dihadiri oleh 3 Pegawai SSTP dan 1 pegawai USTP Kota Bharu.

๐Ÿ“ข AYUH SERLAHKAN BAKAT KREATIVITI ANDA DI PERSADA ANTARABANGSA! ๐ŸŽฌโœจSektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendid...
30/04/2026

๐Ÿ“ข AYUH SERLAHKAN BAKAT KREATIVITI ANDA DI PERSADA ANTARABANGSA! ๐ŸŽฌโœจ

Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dengan bangganya membawakan Festival Lensa Pendidikan Kelantan (FLeP) Tahun 2026! ๐ŸŽฅ๐ŸŽž๏ธ

Ini adalah platform utama peringkat antarabangsa untuk kita sama-sama mengangkat karya media pendidikan yang berkualiti, beretika, dan relevan dengan arus perdana masa kini.

Terbuka kepada pelbagai peringkat:
๐ŸŽ“ IPTA & IPTS / Kolej Awam & Swasta
๐ŸŒ Institusi Pendidikan Antarabangsa
๐ŸŽ’ Sekolah Rendah & Menengah (KPM)
๐Ÿ•Œ Sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK)

Pelbagai kategori menarik menanti karya hebat anda:
๐ŸŽž๏ธ Filem Pendek
๐Ÿ“บ Video TV PSS
๐Ÿ’ก Video Kreatif TV PSS
๐ŸŽ™๏ธ Podcast

๐Ÿšจ Tarikh Tutup Penyertaan: 8 Jun 2026

Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Imbas kod QR pada poster atau klik pautan di bawah untuk syarat dan perincian penuh pertandingan:

๐Ÿ”— https://drive.google.com/file/d/1KeYKw0RzutG17bcpU2Vv-ICB_7uXFhTv/view?usp=drivesdk

Jom sertai sekarang dan buktikan kehebatan anda! ๐Ÿ’ช

Latihan intensif pasukan robot Humanoid 'Mekaboy' Kelantan diteruskan dengan penuh tekad. Kami sedar, tanggungjawab ini ...
29/04/2026

Latihan intensif pasukan robot Humanoid 'Mekaboy' Kelantan diteruskan dengan penuh tekad. Kami sedar, tanggungjawab ini bukan sekadar melahirkan generasi digital untuk menang pertandingan tetapi untuk membawa nama baik negeri kita dan potensi anak-anak Kelantan ke tahap yang lebih tinggi.

โ€‹Kami membayangkan hari di mana anak-anak Kelantan tidak lagi dipandang sepi dalam dunia inovasi. Doakan perjuangan kami agar mampu memberi saingan sengit dan pulang dengan kejayaan di masa akan datang. Terima Kasih STEM in Me terutama Ir. Ts. Amir Hussien atas bimbingan dan Ts. Zulhilmy kerana memberi laluan kepada anak pendidikan Kelantan.

Ayuh semua PPD dan Sekolah Kelantan!
๐ŸŒŸTahun Ini Kita Digital!๐ŸŒŸ



Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan-Official

Address

Jalan Maktab Pengkalan Chepa
Kota Bharu
16100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097714900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SSTP JPN Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share