Perpustakaan Awam Kelantan

Perpustakaan Awam Kelantan Melahirkan Masyarakat Berbudaya Ilmu Bangunannya terletak di Jalan Doktor, Kota Bharu. Ahli jawatankuasa yang dipilih pada waktu itu terdiri daripada Mr. A.C.
(1)

Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK) bermula dengan nama Perpustakaan Umum Carnegie yang ditubuhkan pada tahun 1938 hasil bantuan sebanyak 1,000.00 pound sterling dari Yayasan Carnegie di New York dan RM 2,500.00 dari Kerajaan Negeri. Baker (Penasihat British), Mr. Gordon Hal, Mr. C, Crae dan YM Tengku Mahyideen. Bantuan sebanyak RM 1,000.00 setahun diterima dari Kerajaan Negeri dari tahun

1939 - 1946. Walau bagaimanapun antara tahun 1947 - 1949, pihak perpustakaan hanya menerima sebanyak RM 500.00 dari Kerajaan Negeri sebagai bantuan tahunan. Mulai tahun 1963, langkah-langkah pemulihan mula dijalankan peruntukan tahunan sebanyak RM2,500.00 untuk perbelanjaan pengurusan dan pembelian bahan-bahan bacaan perpustakaan. Manakala pada 1964, peruntukan telah bertambah kepada RM 5,000.00. Mulai 1hb Januari 1965, pentadbiran perpustakaan telah diambil alih oleh Jumaah Amanah Perpustakaan Umum Carnegie. Hasil usaha Ahli Jumaah, perpustakaan ini mula dibuka kepada umum pada 1hb. Julai 1967. Dengan berkuat kuasa Enakmen No. 14 Tahun 1973, Perpustakaan Umum Carnegie mula dikenali sebagai Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan. Pada masa itu, perpustakaan hanya di kendalikan oleh 3 orang kakitangan sahaja iaitu 2 kerani rendah dan seorang pelayan pejabat. Sehingga 1978. sumbangan dari kerajaan negeri adalah sebanyak RM 5,000.00 setahun. Walau bagaimanapun peruntukan tahunan ditambah mulai 1979 – 1982 iaitu RM 35,000.00 setahun dan kakitangan juga bertambah kepada 6 orang. Dalam Rancangan Malaysia Ketiga, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 1.5 juta untuk pembinaan bangunan baru. Bangunan setinggi 3 tingkat dengan keluasan 31,000 kaki persegi di atas tapak seluas 1.13 ekar tersergam di Jalan Mahmood, Kota Bharu, Kelantan. Urusan pembinaan dimulakan pada April 1981 dan siap sepenuhnya pada Oktober 1982 dengan belanja yang meningkat hampir RM 4 juta. Mulai 15hb. Februari, 1983 perpustakaan ini dibuka kepada orang ramai dan di rasmikan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan 1hb April 1983 dan secara rasminya telah dibuka kepada orang ramai. Penubuhan Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan ini antara lain ialah bertujuan untuk mengurus, menyelenggarakan dan memperluaskan penggunaan buku dan juga bahan-bahan perpustakaan kepada masyarakat. Setakat ini Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan telah mempunyai 7 buah perpustakaan cawangan, 1 perpustakaan komuniti dan 3 buah perpustakaan desa. Perkembangan ini menunjukkan Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan perlu kepada penambahbaikan yang lebih baik kerana jumlah perpustakaan di daerah-daerah dan kampung-kampung masih lagi perlu ditingkatkan. Kini, Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan dalam usaha untuk membuka 2 buah lagi cawangan di Daerah Machang dan Tanah Merah. Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan terbahagi kepada Ibu Pejabat, Perpustakaan Cawangan, Perpustakaan Komuniti dan Perpustakaan Desa.

Pada 16 Ogos 2026, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan, Puan Diana Melati binti Mohamed bersama pegawai-pegaw...
16/08/2026

Pada 16 Ogos 2026, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan, Puan Diana Melati binti Mohamed bersama pegawai-pegawai telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Dato’ Kamarudin bin Md Nor, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan.

Kunjungan tersebut turut disusuli dengan sesi perbincangan yang menyentuh potensi perpustakaan sebagai salah satu ruang untuk mengetengahkan sejarah, warisan, budaya dan khazanah ilmu Negeri Kelantan kepada masyarakat serta para pengunjung.

Pendekatan ini dilihat dapat memperluas peranan perpustakaan sebagai pusat rujukan dan penyebaran ilmu, di samping menyokong usaha memperkenalkan keunikan sejarah dan warisan Kelantan melalui pengalaman pelancongan berasaskan ilmu dan budaya yang lebih menarik.

🌏📚 PPAK KE PENTAS ANTARABANGSA | IFLA WLIC 10 OGOS 2026 HINGGA 13 OGOS 2026, BUSAN 🇲🇾🇰🇷Tanggal 10 ogos 2026, satu lagi l...
16/08/2026

🌏📚 PPAK KE PENTAS ANTARABANGSA | IFLA WLIC 10 OGOS 2026 HINGGA 13 OGOS 2026, BUSAN 🇲🇾🇰🇷

Tanggal 10 ogos 2026, satu lagi langkah membanggakan buat Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK) apabila berpeluang membawa nama Kelantan dan Malaysia ke pentas antarabangsa menerusi penyertaan dalam IFLA World Library and Information Congress (WLIC) 2026 di Busan, Korea Selatan.

Lebih istimewa, PPAK mempertaruhkan poster bertajuk “WE SAVE, WE SHARE” dalam pertandingan poster peringkat antarabangsa, mengetengahkan komitmen PPAK dalam memelihara, berkongsi dan memperluas akses kepada ilmu serta khazanah untuk manfaat masyarakat.

Delegasi PPAK diketuai oleh Pengarah PPAK, Puan Diana Melati Mohamed bersama-sama Puan Nurulaidal binti Ab Ghoni, Puan Nor Athiqah Hanim binti Mokhtar, En Md Hanif bin Junoh dan En Mohd Hafiz bin Johari membawa aspirasi PPAK untuk terus bergerak ke hadapan, membina jaringan global dan meneroka amalan terbaik perpustakaan dunia.

✨ From Kelantan to the World.
📖 We Save. We Share. We Inspire.

Penyertaan ini bukan sekadar membawa sebuah poster, tetapi membawa nama PPAK, Kelantan dan Malaysia ke persada antarabangsa. 🇲🇾🌏





Delegasi Malaysia, telah menyertai beberapa program utama bersempena dengan ‘International Federation of Library Associa...
13/08/2026

Delegasi Malaysia, telah menyertai beberapa program utama bersempena dengan ‘International Federation of Library Associations and Institutions World Library and Information Congress (IFLA WLIC)’ Ke-90 yang berlangsung pada 10 hingga 13 Ogos 2026 di Busan, Korea.

Dalam program tersebut, Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan juga telah menyertai "IFLA Poster 2026" bertajuk 'We Save, We Share Kelantan Heritage Without Borders"

Tahniah kepada pemenang Pertandingan "Ceritaku untuk PPAK" bagi bulan Mei 2026
04/08/2026

Tahniah kepada pemenang Pertandingan "Ceritaku untuk PPAK" bagi bulan Mei 2026

Mesyuarat Jawatankuasa Aktiviti bagi Program Hari Iqra' dan Pesta Buku Darul Naim 2026
29/07/2026

Mesyuarat Jawatankuasa Aktiviti bagi Program Hari Iqra' dan Pesta Buku Darul Naim 2026

27/07/2026

Nantikan kehadirannya

Hari Iqra' dan Pesta Buku Darul Naim 2026

19/07/2026

Bicara Penulis : Professor Madya Dr. Siti Rahaimah binti Ali - Main-main Cipta

Program: Bicara Penulis : Professor Madya Dr. Siti Rahaimah binti Ali - Main-main CiptaTarikh: 19 Julai 2026Masa: 10:00 ...
15/07/2026

Program: Bicara Penulis : Professor Madya Dr. Siti Rahaimah binti Ali - Main-main Cipta
Tarikh: 19 Julai 2026
Masa: 10:00 pagi
Tempat: Secara Langsung di Facebook Perpustakaan Awam Kelantan

13/07/2026

KAJIAN AWAL INDEKS MEMBACA KEBANGSAAN (IMK) TAHUN 2026

Jom Sertai Kajian Awal Indeks Membaca Kebangsaan (IMK) 2026

Perpustakaan Negara Malaysia sedang melaksanakan Kajian Awal Indeks Membaca Kebangsaan (IMK) 2026 bagi membangunkan asas pengukuran tahap dan corak amalan membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Orang ramai dijemput untuk meluangkan masa sekitar 5 hingga 10 minit bagi melengkapkan soal selidik ini. Maklum balas yang diberikan amat penting dalam menyokong pembangunan dasar, perancangan serta inisiatif pembudayaan membaca di peringkat nasional.

Tempoh kajian: 1 Jun hingga 31 Ogos 2026

Semua maklumat yang diberikan adalah SULIT dan untuk tujuan penyelidikan sahaja.

Imbas kod QR pada poster untuk menyertai kajian atau pautan berikut:

https://forms.gle/w7oNdC8Nkmp71sU66

Kerjasama dan penyertaan anda amat dihargai. Terima kasih.

04/07/2026

Address

Jalan Padang Perdana
Kota Bharu
15572

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:15
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Saturday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097412520

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Awam Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perpustakaan Awam Kelantan:

Share