Derma Darah Kelantan

Derma Darah Kelantan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Derma Darah Kelantan, Pusat Derma Darah HRPZII, Kota Bharu.
(1)

Perkhidmatan Perubatan Transfusi KKM Negeri Kelantan bertanggungjawab untuk membuat kutipan darah dan membekalkan bekalan darah ke Hospital KKM dan Hospital Swasta di seluruh Negeri Kelantan

🌟 Jom meriahkan Outreach Literasi Kesihatan Diabetes Peringkat Daerah Pasir Mas 🌟📍 Masjid At-Taqwa, Bunut Susu📅 16 Mei 2...
13/05/2026

🌟 Jom meriahkan Outreach Literasi Kesihatan Diabetes Peringkat Daerah Pasir Mas 🌟

📍 Masjid At-Taqwa, Bunut Susu
📅 16 Mei 2026 (Sabtu)
⏰ 8.00 pagi – 1.00 petang

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda sekeluarga 🤩 antaranya :
✅ Saringan kesihatan percuma
✅ Forum kesihatan diabetes
✅ Pameran & kaunter agensi
✅ Cabutan bertuah & hadiah misteri
✅ Jualan Rahmah

✅ DAN jangan lupa… ada juga Kempen Derma Darah 🩸

Setitik darah anda mampu menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan. Kalau sihat, jom singgah derma darah sekali 💪

Bawa family, kawan-kawan & jiran sekali. Jumpa anda di sana! 😊

🩸 Patient Story Hari Ini 🩸Semalam kami menerima seorang pesakit wanita berusia 61 tahun yang mengalami pendarahan dalam ...
13/05/2026

🩸 Patient Story Hari Ini 🩸

Semalam kami menerima seorang pesakit wanita berusia 61 tahun yang mengalami pendarahan dalam perut akibat komplikasi penyakit hati kronik.

Beliau datang dalam keadaan sangat lemah dengan paras Hb hanya 4.6, iaitu jauh lebih rendah daripada paras normal, dan ini bukanlah kali pertama beliau datang disebabkan pendarahan tersebut.

Keadaan ini sangat berbahaya dan memerlukan transfusi darah dengan segera untuk membantu menyelamatkan nyawa beliau.

Setiap beg darah yang didermakan hari ini amat bermakna buat pesakit seperti beliau, yang mungkin tidak kita kenali, tetapi sangat memerlukan bantuan kita.

Terima kasih kepada semua penderma darah yang terus hadir membantu 🫱🏻‍🫲🏼
Darah anda memberi peluang kedua untuk seseorang terus hidup.

Betul ke derma darah menyebabkan berat badan naik? 🤔
12/05/2026

Betul ke derma darah menyebabkan berat badan naik? 🤔


11/05/2026

Hari tu sepatutnya hari paling bahagia dalam hidup aku.
Tapi bertukar jadi detik paling menakutkan.
Isteri aku bleeding teruk masa bersalin.
Doktor terpaksa masukkan banyak beg darah untuk selamatkan dia.
Dan aku… hanya mampu berdoa.
Hari tu aku sedar,
nyawa isteri aku bergantung pada kebaikan orang lain.
➡️ Nak jadi penyelamat?
Follow page Derma Darah Kelantan sekarang.

Terima kasih buat semua yang hadir menjayakan Kempen Derma Darah “Truck for Life” 🚛Setinggi-tinggi penghargaan kami ucap...
10/05/2026

Terima kasih buat semua yang hadir menjayakan Kempen Derma Darah “Truck for Life” 🚛

Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada seluruh staf Isuzu, pihak penganjur serta orang awam yang sudi hadir dan menyumbang darah pada program kali ini (9/5/2026) 🙏🏻

Setiap titisan darah yang didermakan amat bermakna dan mampu memberi harapan baru kepada pesakit yang memerlukan 🫶🏻

Terima kasih juga atas sokongan, kerjasama dan semangat prihatin yang ditunjukkan sepanjang program berlangsung. Semoga segala kebaikan anda dibalas dengan sebaik-baiknya 🤍

Jumpa lagi di program akan datang! 🤗


Antara soalan yang kerap kami terima, bila p**a saya boleh derma darah?
09/05/2026

Antara soalan yang kerap kami terima, bila p**a saya boleh derma darah?

08/05/2026

🩸 Darah anda, harapan mereka

Kami menjemput pelanggan dan orang ramai untuk menyertai ISUZU CSR PROGRAM : KEMPEN DERMA DARAH yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

📅 9 Mei 2026
⏰ 9.00 pagi – 3.00 petang
📍 Isuzu Showroom @ Tecpoint Kota Bharu

Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin mempelawa dan menggalakkan orang ramai untuk turut serta dalam kempen ini.

👉 Penyertaan anda dalam menderma darah amatlah dialu-alukan bagi membantu menampung keperluan bekalan darah.
👉 Setiap sumbangan yang diberikan berupaya menyelamatkan nyawa dan memberi impak yang besar kepada masyarakat.

https://forms.gle/ZoUJQMxCHQjez7xx9

🩺 Pemeriksaan kesihatan secara percuma
🍱 Makanan disediakan untuk para penderma

Aktiviti lain juga menanti anda .

Segala kerjasama dan keprihatinan anda didahului dengan ucapan terima kasih.


🩸 JOM DERMA DARAH MINGGU INI! 🩸Setitik darah anda mungkin jadi sebab seseorang masih dapat peluk keluarga dia hari ini ❤...
07/05/2026

🩸 JOM DERMA DARAH MINGGU INI! 🩸
Setitik darah anda mungkin jadi sebab seseorang masih dapat peluk keluarga dia hari ini ❤️

📅 Jadual Mobile Derma Darah Kelantan
🗓 8 Mei – 14 Mei 2026

🩸 Darah tak boleh dibuat di kilang…
Tapi boleh diberi oleh insan hebat macam anda.

Tag kawan yang selalu cakap “nak derma nanti la” 👀

Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) atas sumbangan cenderahati untuk para penderma...
06/05/2026

Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) atas sumbangan cenderahati untuk para penderma darah di Kelantan ☺️

Cenderahati ini digunakan sepanjang program derma darah bergerak dan memang menceriakan ramai penderma yang hadir. Walaupun nampak kecil, tapi penghargaan macam ni cukup bermakna buat mereka yang sudi luangkan masa untuk menderma darah 🩸

Terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang diberikan dalam sama-sama membantu mempromosikan budaya derma darah dalam komuniti. Semoga hubungan baik dan semangat kemanusiaan ini terus berkekalan 🌙

05/05/2026

Aku pernah jadi suami yang gagal.
Bila isteri aku bertarung nyawa dalam labour room…
bleeding teruk, darah keluar tanpa henti…
Aku cuma mampu berdiri. Tak mampu buat apa.
Aku kata aku nak derma darah untuk dia.
Tapi doktor cakap…
➡️ “Darah dah ada. Orang lain dah derma.”
Masa tu baru aku sedar—
yang selamatkan isteri aku… bukan aku.
Tapi orang yang aku tak pernah kenal.
Dulu aku selalu abaikan ajakan derma darah.
Sekarang… aku tahu betapa besar nilainya.
➡️ Nak jadi penyelamat?
Follow page Derma Darah Kelantan sekarang untuk tahu lokasi derma.

Address

Pusat Derma Darah HRPZII
Kota Bharu
15586

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 15:00
Sunday 08:00 - 16:30

Telephone

+6097452897

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Derma Darah Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Derma Darah Kelantan:

Share