Pergigian Kota Bharu

Pergigian Kota Bharu Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kota Bharu.

Waktu beroperasi
Ahad - Rabu, 7.30 pagi - 5.30 petang
Khamis 7.30 pagi - 4.00 petang

Waktu rehat 1.00 - 2.00 petang

Tutup Jumaat, Sabtu & Cuti Umum.

🦷 Hari Tanpa Tembakau Sedunia Peringkat Negeri Kelantan 2026 🦷Pameran & konsultasi kesihatan pergigian sempena sambutan ...
23/07/2026

🦷 Hari Tanpa Tembakau Sedunia Peringkat Negeri Kelantan 2026 🦷

Pameran & konsultasi kesihatan pergigian sempena sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia Peringkat Negeri Kelantan telah berlangsung dengan jayanya pada 22-23 Julai 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua Ikon Gigi dari seluruh daerah di Negeri Kelantan yang sudi meluangkan masa hadir bagi memeriahkan program pada hari ini.

Antara fokus perkongsian ialah:
✅ Kesan merokok dan v**e terhadap kesihatan mulut
✅ Tanda awal penyakit mulut yang perlu diberi perhatian
✅ Amalan penjagaan kesihatan mulut yang betul

Lindungi kesihatan anda. Katakan TIDAK kepada tembakau dan v**e. 🚭

🦷✨ Program Kesihatan Pergigian sempena Sambutan Minggu Promosi Kesihatan Pergigian telah berlangsung di Lotus Mall Kota ...
15/07/2026

🦷✨ Program Kesihatan Pergigian sempena Sambutan Minggu Promosi Kesihatan Pergigian telah berlangsung di Lotus Mall Kota Bharu pada 10 & 11 Julai 2026.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah pameran kesihatan pergigian, permainan interaktif & aktiviti mewarna untuk pengunjung dari pelbagai peringkat umur.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Daerah Kota Bharu yang telah berjaya mendapat Anug...
04/06/2026

Sekalung tahniah diucapkan kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Daerah Kota Bharu yang telah berjaya mendapat Anugerah Silver Award sempena International Invention and Innovation in Dentistry Exhibition yang berlangsung pada 18 Mei 2026 di Dorsett Putrajaya Hotel, Putrajaya.
Mereka telah membentangkan projek yang bertajuk ‘Berry Buckle’.
Semoga terus cemerlang & maju jaya!

Khusus untuk warga Kota Bharu, terutamanya penduduk sekitar Pengkalan Chepa!!Dapatkan perkhidmatan kesihatan pergigian d...
22/05/2026

Khusus untuk warga Kota Bharu, terutamanya penduduk sekitar Pengkalan Chepa!!

Dapatkan perkhidmatan kesihatan pergigian di Wellness Hub Cawangan Pendidikan Kesihatan pada tarikh-tarikh yang dinyatakan.

Sila bawa bersama dokumen pengenalan diri untuk tujuan pendaftaran.

04/05/2026
27/04/2026

GOSOK GIGI PUN ADA SENI? 🦷✨

Ramai yang tanya, "Kenapa dah gosok gigi pagi petang, tapi masih ada karang gigi atau gusi berdarah?"

Mungkin teknik kita selama ini kurang tepat! Jom tengok video ni untuk belajar Gaya Pro dalam 4 langkah mudah:

1️⃣ Sudut 45°: Jangan tegak sangat, sengetkan sikit berus supaya bulu berus boleh capai celah gusi.
2️⃣ Gerakan Kecil & Lembut: Tak perlu ‘sental’ kuat-kuat. Cukup sekadar pusingan kecil yang manja.
3️⃣ Liputan Menyeluruh: Pastikan semua permukaan—luar, dalam, dan tempat mengunyah—kena berus.
4️⃣ Jangan Lupa Lidah : plak gigi juga banyak melekat di permukaan lidah.

HARI KESIHATAN PERGIGIAN SEMPENA HARI KESIHATAN SEDUNIA 2026Pada 4 April 2026 yang lalu, telah berlangsung Hari Kesihata...
12/04/2026

HARI KESIHATAN PERGIGIAN SEMPENA HARI KESIHATAN SEDUNIA 2026

Pada 4 April 2026 yang lalu, telah berlangsung Hari Kesihatan Pergigian sempena Hari Kesihatan Sedunia bertempat di Lotus’s Kota Bharu. Program ini telah diadakan dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang dengan sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program, antaranya pameran kesihatan pergigian, latihan memberus gigi yang betul, serta permainan interaktif yang bersifat pendidikan. Selain itu, pemeriksaan dan rawatan pergigian secara percuma turut disediakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan mulut.

Dalam masa yang sama, kanak-kanak daripada TADIKA KEMAS seluruh daerah Kota Bharu turut terlibat dalam pertandingan mewarna sampul duit raya. Penyertaan ini bukan sahaja mencungkil bakat dan kreativiti kanak-kanak, malah secara tidak langsung memberi pendedahan awal mengenai kepentingan penjagaan kesihatan pergigian melalui pendekatan yang menyeronokkan dan interaktif.

Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mencapai objektifnya dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penjagaan kesihatan pergigian, di samping memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan semua peringkat umur.

SEMINAR KESIHATAN PERGIGIAN PENGASUH TASKA DAERAH KOTA BHARU TAHUN 2026Pada 31 Mac 2026 telah berlangsung dengan jayanya...
12/04/2026

SEMINAR KESIHATAN PERGIGIAN PENGASUH TASKA DAERAH KOTA BHARU TAHUN 2026

Pada 31 Mac 2026 telah berlangsung dengan jayanya Seminar Kesihatan Pergigian Pengasuh Taska Daerah Kota Bharu bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan, Pengkalan Chepa. Penganjuran seminar ini bertujuan untuk meningkatkan tahap pengetahuan, kesedaran serta kemahiran para pengasuh taska dalam aspek penjagaan kesihatan pergigian kanak-kanak sejak usia awal.

Program dimulakan dengan ceramah pertama bertajuk Peranan Pengasuh Dalam Penjagaan Kesihatan Pergigian Kanak-Kanak yang telah disampaikan oleh Dr. Habibah, Pakar Pergigian Paediatrik. Ceramah ini menekankan kepentingan peranan pengasuh sebagai individu terdekat dalam membentuk tabiat penjagaan gigi yang baik dalam kalangan kanak-kanak, termasuk teknik pembersihan gigi yang betul, pemantauan kesihatan mulut serta langkah pencegahan awal terhadap masalah pergigian.

Seterusnya, ceramah kedua bertajuk Pemakanan Sihat telah disampaikan oleh Puan Sam Azura, Pegawai Sains Pemakanan. Sesi ini memberi pendedahan mengenai pemilihan makanan yang seimbang dan berkhasiat bagi menyokong pertumbuhan kanak-kanak serta mengurangkan risiko kerosakan gigi. Penekanan turut diberikan terhadap pengurangan pengambilan gula serta amalan pemakanan sihat dalam rutin harian kanak-kanak.

Selain sesi ceramah, para peserta turut mengambil bahagian dalam aktiviti berkumpulan yang merangkumi pelbagai tajuk menarik berkaitan kesihatan pergigian dan pemakanan. Aktiviti ini bukan sahaja menggalakkan interaksi dua hala, malah memberi peluang kepada para peserta untuk berkongsi pengalaman, bertukar pandangan serta mengukuhkan pemahaman melalui pembelajaran secara aktif.

Secara keseluruhannya, seminar ini telah mencapai objektif yang disasarkan dan diharapkan segala ilmu serta input yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam pengurusan harian di taska. Usaha berterusan seperti ini amat penting dalam melahirkan generasi kanak-kanak yang sihat, khususnya dari aspek kesihatan pergigian yang optimum.

🦷✨ Jom Jaga Gigi!✨🦷Datang beramai‑ramai ke Hari Kesihatan Pergigian bersempena Hari Kesihatan Sedunia, untuk aktiviti me...
31/03/2026

🦷✨ Jom Jaga Gigi!✨🦷

Datang beramai‑ramai ke Hari Kesihatan Pergigian bersempena Hari Kesihatan Sedunia, untuk aktiviti menarik dan pendidikan gigi yang bermanfaat!
📅 4 April 2026 (Sabtu)
⏰ 9.00 pagi – 6.00 petang
📍 Lotus’s Kota Bharu (Aras 1, bersebelahan Sabina)

✅ Pameran kesihatan pergigian
✅ Latihan memberus gigi
✅ Permainan interaktif
✅ Pemeriksaan & rawatan pergigian PERCUMA

Jom sama‑sama tingkatkan penjagaan gigi untuk senyuman lebih sihat! 😄🪥

19/03/2026

Address

Jalan Mahmud
Kota Bharu
15000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097484084

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pergigian Kota Bharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share