Yayasan Amanah Tok Kenali Negeri Kelantan - YTK

Yayasan Amanah Tok Kenali  Negeri Kelantan - YTK YTK merupakan Badan Berkanun Negeri Kelantan yang ditubuhkan melalui Enakmen 14 : Enakmen Yayasan Amanah Tok Kenali Negeri Kelantan 2015.

Tujuan penubuhan YTK bagi melaksanakan Program Bina Ummah (PBU) untuk dimanfaatkan kepada seluruh rakyat Kelantan.

๐๐„๐๐ƒ๐€๐…๐“๐€๐‘๐€๐ ๐Š๐ˆ๐๐ˆ ๐ƒ๐ˆ๐๐”๐Š๐€ ๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข  ๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐๐„๐๐”๐‹๐ˆ๐’๐€๐ ๐‰๐€๐–๐ˆ Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Jom daftar sekarang! Penye...
17/08/2026

๐๐„๐๐ƒ๐€๐…๐“๐€๐‘๐€๐ ๐Š๐ˆ๐๐ˆ ๐ƒ๐ˆ๐๐”๐Š๐€ ๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข

๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐๐„๐๐”๐‹๐ˆ๐’๐€๐ ๐‰๐€๐–๐ˆ

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Jom daftar sekarang! Penyertaan adalah terbuka kepada semua yang berminat untuk meningkatkan penguasaan dan kemahiran dalam penulisan Jawi.

๐Œ๐š๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐š๐ญ ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ :
๐Ÿ“… Tarikh: 27 Ogos 2026 (14 Rabiulawal 1448H)
๐Ÿ•— Masa: 8.00 pagi โ€“ 2.00 petang
๐Ÿ“ Tempat: Dewan Sri Makmur 2, Tingkat 3, H-Elite Design Hotel

๐Ÿ‘ค ๐๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ง๐ญ๐š๐ง๐ :
YB Ustaz Sabri bin Azit
Munsyi Dewan Jawi, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

๐Ÿ’ฐ Yuran Penyertaan: RM30.00 seorang

Bengkel ini dianjurkan oleh Yayasan Amanah Tok Kenali (YTK) Negeri Kelantan dengan kerjasama Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).

๐Ÿ“ ๐๐„๐๐ƒ๐€๐…๐“๐€๐‘๐€๐
๐Ÿ”— Pautan Pendaftaran: https://docs.google.com/forms/d/1GZA8SKhYvFvTTbR1wCvqEz1wL8UsRVymeraY1FuvIbI/edit

โš ๏ธ Tempat adalah terhad. Penyertaan adalah berdasarkan pendaftaran dan pembayaran yuran yang diterima.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi urusetia YTK : 010-4544993 ๐Ÿ“ž

Ayuh bersama-sama memartabatkan tulisan Jawi. Daftar segera untuk mengesahkan penyertaan anda!

Alhamdulillah, satu perjalanan kecil, tetapi mudah-mudahan besar nilainya di sisi Allah SWT. Pada 15 Ogos 2026, seramai ...
16/08/2026

Alhamdulillah, satu perjalanan kecil, tetapi mudah-mudahan besar nilainya di sisi Allah SWT. Pada 15 Ogos 2026, seramai 36 orang anak-anak Orang Asli, terdiri daripada 19 lelaki dan 17 perempuan, berusia 6 hingga 13 tahun, telah bersama-sama mengikuti Kem Pemantapan Fardhu Ain di Kg. Sigar, Pos Brooke, Lojing.

Mereka datang dengan pelbagai tahap. Ada yang baru mengenal huruf al-Quran. Ada yang masih belajar berwuduk. Ada yang sedang belajar solat. Tetapi ada satu perkara yang menggembirakan hati kamiโ€ฆ Mereka mahu belajar.

Sepanjang program, anak-anak dibimbing dalam asas wuduk, solat, bacaan al-Fatihah dan surah-surah lazim. Itu adalah perkara asas bagi anak-anak di bandar. Tetapi bagi seorang anak orang asli, yang sedang mengenal Islam, satu ayat al-Quran yang berjaya dibaca, satu bacaan solat yang berjaya dihafaz, itulah satu langkah besar dalam perjalanan hidupnya mengenal Allah.

Turut bersama dalam program ini ialah Ustaz Zulqarnain bin Hassan, Pengarah Yayasan Amanah Tok Kenali (YTK) dan Dato' Haji Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah PERKIM Bahagian Negeri Kelantan, bersama tenaga pengajar, muallim dan urus setia.

Program ini dilaksanakan oleh Yayasan Amanah Tok Kenali (YTK) dengan kerjasama PERKIM Bahagian Negeri Kelantan, Seksyen Agama Pejabat Tanah dan Jajahan Kecil Lojing serta Masjid Jamek Long Tan.

Insya-Allah, usaha ini bukan berakhir pada satu kem. Kita mahu melihat anak-anak ini terus dibimbing. Daripada mengenal wuduk kepada menjaga solat. Daripada mengenal huruf kepada membaca al-Quran. Dan mudah-mudahan suatu hari nanti, daripada kalangan mereka sendiri lahir pembimbing dan penggerak dakwah untuk komuniti Orang Asli. Itulah impian yang sedang kita semai.

Benihnya mungkin kecil hari ini, tetapi dengan izin Allah, siapa tahu daripada seorang anak yang kita ajarkan al-Fatihah hari ini, kelak Allah memilihnya untuk membimbing p**a anak-anak yang lain.

Ya Allah, peliharalah anak-anak ini.
Bukakan hati mereka untuk mengenal-Mu, mencintai Rasulullah SAW, mendirikan solat dan mencintai al-Quran.

Kurniakan istiqamah kepada semua yang turun mendidik dan membimbing mereka.

Semoga setiap langkah perjalanan, setiap huruf yang diajarkan dan setiap ilmu yang diamalkan menjadi amal jariah yang terus mengalir. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Dakwah bukan sekadar menyampaikan. Dakwah adalah hadir, mendampingi dan membimbing sehingga lahir generasi yang mampu meneruskannya.

Yayasan Amanah Tok Kenali (YTK) dengan kerjasama PERKIM Bahagian Negeri Kelantan, Seksyen Agama Pejabat Tanah dan Jajaha...
13/08/2026

Yayasan Amanah Tok Kenali (YTK) dengan kerjasama PERKIM Bahagian Negeri Kelantan, Seksyen Agama Pejabat Tanah dan Jajahan Kecil Lojing serta Masjid Jamek Long Tan akan menganjurkan Program Kem Pemantapan Fardhu Ain Remaja Orang Asli Kg. Sigar, Pos Brooke, Lojing.

Program ini merupakan salah satu usaha berterusan dalam memperkukuh pendidikan dan penghayatan agama dalam kalangan generasi muda Orang Asli, khususnya di kawasan pedalaman. Melalui program ini, peserta akan didedahkan dengan ilmu asas Fardhu Ain serta bimbingan agama secara praktikal dan santai.

๐Ÿ“… Tarikh: 15 Ogos 2026 | 02 Rabiulawal 1448H (Sabtu)
โฐ Masa: 8.30 pagi โ€“ 2.00 petang
๐Ÿ“ Tempat: Kg. Sigar, Pos Brooke, Jajahan Kecil Lojing

Program ini diharapkan dapat menjadi wadah untuk menyemai kecintaan kepada ilmu agama, membentuk generasi muda yang berakhlak serta memperkukuh hubungan dakwah dengan masyarakat pedalaman.

Semoga usaha kecil ini menjadi asbab lahirnya generasi yang celik agama, cintakan Al-Quran dan teguh dalam melaksanakan tuntutan Fardhu Ain. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Yayasan Amanah Tok Kenali Negeri Kelantan - YTK


Alhamdulillah. Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT atas kelulusan sebulat suara Rang Undang-Undang Kesalahan Syar...
13/08/2026

Alhamdulillah. Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT atas kelulusan sebulat suara Rang Undang-Undang Kesalahan Syariah (Kelantan) 2026 di Dewan Negeri Kelantan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada YAB DPP Ustaz Datoโ€™ Hj Mohd Nassuruddin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan, seluruh ahli jawatankuasa dan urus setia, serta semua ADUN atas usaha dan komitmen sehingga rang undang-undang ini berjaya diluluskan. Kami mendoakan semoga Allah SWT memberkati segala usaha ini dan dipermudahkan segala urusan dalam melaksanakannya.


13/08/2026

DUN Kelantan lulus RUU Kesalahan Syariah (Kelantan) 2026

Dewan Negeri Kelantan hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Syariah (Kelantan) 2026 secara sebulat suara.

Menteri Besar Kelantan YAB Datoโ€™ Panglima Perang Ustaz Dato, Mohd Nassuruddin Daud berkata, kelulusan RUU berkenaan mencerminkan kesepakatan Ahli Yang Berhormat dalam mendukung aspirasi kerajaan negeri untuk memperkukuh perundangan syariah di Kelantan berteraskan Maqasid Syariah.

Beliau berkata, enam Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam sesi perbahasan iaitu Pasir Tumboh, Galas, Melor, Kota Lama, Jelawat dan Chempaka secara asasnya senada dan seiring dengan aspirasi Kerajaan Negeri Kelantan.

โ€œSaya telah meneliti setiap hujah yang dikemukakan sepanjang sesi perbahasan. Pelbagai sudut pandang telah disentuh, daripada prinsip asas dalam menunaikan tanggungjawab beragama serta aspek prosedur dan teknikal perundangan, hinggalah kepada usaha meningkatkan kemudahan dan keselesaan prasarana,โ€ katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan RUU berkenaan pada hari kedua Persidangan Kali Kedua Bagi Tempoh Penggal Keempat Dewan Negeri Kelantan Yang Kelima Belas Tahun 2026, hari ini.

*Baca berita penuh di Portal Info Rakyat Kelantan:*
https://go.kelantan.gov.my/oeEmp

13/08/2026
Alhamdulillah. Tahniah diucapkan kepada YAB DPP Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Haji Daud Menteri Besar Kelantan, semua Uru...
13/08/2026

Alhamdulillah. Tahniah diucapkan kepada YAB DPP Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Haji Daud Menteri Besar Kelantan, semua Urus Setia dan semua ADUN kerana Rang Undang-Undang Kesalahan Syariah (Kelantan) 2026 diluluskan sebulat suara di Dewan Negeri Kelantan.

13/08/2026
๐ˆ๐Š๐‹๐€๐ ๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐Ž๐’๐Ž๐๐† ๐˜๐€๐˜๐€๐’๐€๐ ๐€๐Œ๐€๐๐€๐‡ ๐“๐Ž๐Š ๐Š๐„๐๐€๐‹๐ˆSebarang permohonan boleh menghantar resume ke Pejabat Operasi Yayasan Ama...
11/08/2026

๐ˆ๐Š๐‹๐€๐ ๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐Ž๐’๐Ž๐๐†
๐˜๐€๐˜๐€๐’๐€๐ ๐€๐Œ๐€๐๐€๐‡ ๐“๐Ž๐Š ๐Š๐„๐๐€๐‹๐ˆ

Sebarang permohonan boleh menghantar resume ke Pejabat Operasi Yayasan Amanah Tok Kenali atau melalui e-mel : [email protected]

Sebarang pertanyaan sila hubungi :
09-7414993 (pejabat)

Tarikh Tutup : 25 Ogos 2026 (Hari Selasa)

๐Š๐”๐‹๐ˆ๐€๐‡ ๐ƒ๐‡๐”๐‡๐€ ๐Œ๐ˆ๐๐†๐†๐”๐€๐ ๐๐€๐†๐ˆ ๐‰๐”๐Œ๐€๐€๐“ ๐ƒ๐ˆ ๐Œ๐€๐’๐‰๐ˆ๐ƒ ๐ˆ๐Š๐“๐ˆ๐Š๐€๐… ๐€๐“-๐“๐€๐๐–๐€ ๐‚๐‡๐ˆ๐Š๐” ๐Ÿ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐”๐’๐“๐€๐™ ๐™๐€๐Œ๐‘๐ˆ ๐™๐€๐‡๐€๐‘๐ˆYayasan Amanah Tok Kenali...
22/07/2026

๐Š๐”๐‹๐ˆ๐€๐‡ ๐ƒ๐‡๐”๐‡๐€ ๐Œ๐ˆ๐๐†๐†๐”๐€๐ ๐๐€๐†๐ˆ ๐‰๐”๐Œ๐€๐€๐“ ๐ƒ๐ˆ ๐Œ๐€๐’๐‰๐ˆ๐ƒ ๐ˆ๐Š๐“๐ˆ๐Š๐€๐… ๐€๐“-๐“๐€๐๐–๐€ ๐‚๐‡๐ˆ๐Š๐” ๐Ÿ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐”๐’๐“๐€๐™ ๐™๐€๐Œ๐‘๐ˆ ๐™๐€๐‡๐€๐‘๐ˆ

Yayasan Amanah Tok Kenali (YTK) dengan kerjasama Ilmuan Islam Kelantan (ILIK) dan Pusat Khidmat DUN Paloh menjemput seluruh masyarakat untuk menghadiri Majlis Kuliah Dhuha Mingguan (Pagi Jumaat) sebagaimana ketetapan berikut:

๐Ÿ—“ Tarikh: 24 Julai 2026M / 9 Safar 1448H (Jumaat)
๐Ÿ•˜ Masa: 9.00 pagi โ€“ 10.30 pagi
๐Ÿ“ Tempat: Masjid Iktikaf At-Taqwa Chiku 1, Paloh
๐Ÿ“– Kitab: Adab Orang Islam (Terbitan MAIK)

๐ŸŽ™ Penceramah:
Ustaz Zamri bin Zahari
Pengetua SMUA Darul Anuar Pulau Melaka

Kuliah ini akan membincangkan kepentingan adab dalam kehidupan seorang Muslim berlandaskan panduan al-Quran dan al-Sunnah. Marilah bersama-sama mengimarahkan rumah Allah dengan menghadiri majlis ilmu bagi menambah kefahaman agama, membentuk akhlak yang mulia serta mengeratkan ukhuwah dalam masyarakat.

Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga." (Riwayat Muslim)

Ayuh hidupkan pagi Jumaat dengan majlis ilmu. Semoga setiap langkah menuju majlis ini menjadi asbab memperoleh rahmat, keampunan dan keberkatan daripada Allah SWT.

๐Ÿ“ข Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Anjuran: Yayasan Amanah Tok Kenali Negeri Kelantan - YTK

Dengan Kerjasama:
โ€ข Ilmuan Islam Kelantan (ILIK)
โ€ข Pusat Khidmat DUN Paloh



Address

Aras 1, Syabab Point, Lot 261, Jalan Sultanah Zainab, Seksyen 15
Kota Bharu
15050

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097414993

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Amanah Tok Kenali Negeri Kelantan - YTK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Yayasan Amanah Tok Kenali Negeri Kelantan - YTK:

Shortcuts

Share