Dewan Ulamak PAS Negeri Kelantan

Dewan Ulamak PAS Negeri Kelantan Laman Facebook Rasmi Dewan Ulamak PAS Negeri Kelantan

UNDANG-UNDANG SYARIAH & ISU JUDI : BUKTI PAS MEMARTABATKAN HUKUM ISLAMKeputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permoh...
15/08/2026

UNDANG-UNDANG SYARIAH & ISU JUDI : BUKTI PAS MEMARTABATKAN HUKUM ISLAM

Keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan Kerajaan Negeri Kedah untuk mendapatkan kebenaran merayu berhubung isu pengeluaran dan pembaharuan lesen premis perjudian merupakan satu cabaran terhadap usaha Kerajaan Negeri Kedah melaksanakan dasar sifar judi di negeri tersebut.

Walaupun keputusan mahkamah tersebut hendaklah dipatuhi, perkara ini tetap mendukacitakan umat Islam kerana perjudian merupakan perkara yang jelas diharamkan oleh Allah SWT.

Justeru, usaha untuk membendung dan menghapuskan kegiatan perjudian dalam masyarakat hendaklah terus diberikan perhatian dan dilaksanakan melalui ruang perundangan yang tersedia.

PAS sebagai sebuah gerakan Islam melalui negeri-negeri yang dipimpinnya sentiasa berusaha untuk menerjemahkan prinsip-prinsip Islam dalam pentadbiran dan dasar kerajaan. Islam bukan sekadar nilai yang dibicarakan, bahkan hendaklah diterjemahkan dalam kehidupan, pentadbiran serta perundangan melalui ruang dan bidang kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang.

Sebagaimana Firman Allah SWT, ertinya : Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.
[Al-Ḥajj: 41]

Usaha Kerajaan Negeri Kedah dalam membanteras kegiatan perjudian serta usaha Kerajaan Negeri Kelantan untuk menggubal semula 16 peruntukan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 yang sebelum ini diisytiharkan terbatal dan tidak sah oleh Mahkamah Persekutuan, merupakan antara gambaran iltizam politik dalam usaha memartabatkan syariat Islam melalui saluran perundangan yang ada.

Pendekatan ini sewajarnya menjadi aspirasi kepada seluruh pendokong perjuangan Islam bahawa usaha memartabatkan syariat memerlukan kesungguhan, keberanian serta ‘political will’ daripada pihak yang diberikan amanah memimpin.

Justeru, tidak salah untuk kita menyatakan bahawa sokongan rakyat terhadap pemimpin yang mempunyai iltizam untuk melaksanakan dan memartabatkan syariat Islam merupakan satu bentuk sokongan terhadap usaha yang baik. Bahkan, apabila seseorang memberikan sokongan dengan niat membantu usaha menegakkan kebaikan dan mencegah kemungkaran, maka ia merupakan amal yang diharapkan mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT.

Rakyat juga hendaklah menyedari bahawa memilih pemimpin yang mempunyai kesungguhan dan political will untuk memperjuangkan kepentingan agama merupakan suatu amanah yang perlu dipertimbangkan dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab.

Sebagaimana firman Allah SWT, ertinya :
..dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan..
[Al-Baqarah: 213]

Justeru, Dewan Ulamak PAS Negeri Kelantan menyeru seluruh rakyat Malaysia agar memberikan sokongan moral terhadap sebarang usaha yang bertujuan membanteras kemungkaran, memartabatkan syariat Islam serta memperkukuhkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran negara, dengan sentiasa menghormati Perlembagaan, undang-undang dan bidang kuasa yang ditetapkan.

Semoga segala usaha yang dilakukan oleh para pemimpin dan seluruh pendokong perjuangan Islam dalam memartabatkan syariat Allah SWT diberikan kekuatan, dipermudahkan segala urusan serta diterima sebagai amal soleh di sisi-Nya.

Sekian,
DEWAN ULAMAK PAS NEGERI KELANTAN

13/08/2026

KENYATAAN MEDIA
DEWAN ULAMAK PAS PUSAT

LESEN JUDI DI KEDAH: PAS TELAH BERHABIS DAYA, KINI TANGGUNGJAWAB MENGHAPUSKAN MAKSIAT TERLETAK PADA TANGAN UMAT ISLAM DAN WAJIB UNDI PAS

1. Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengambil maklum akan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan Kerajaan Negeri Kedah untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan pembatalan arahan kerajaan negeri menghentikan pengeluaran dan pembaharuan lesen premis perjudian. Sebagai sebuah parti yang mendokong keluhuran undang-undang, DUPP menghormati proses perundangan dan keputusan mahkamah tersebut, yang diputuskan atas asas teknikal syarat ambang di bawah Seksyen 96(a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

2. Namun begitu, pada masa yang sama, DUPP menzahirkan rasa dukacita dan kekecewaan yang amat mendalam atas halangan perundangan ini yang mengekang usaha murni sebuah kerajaan negeri dalam memelihara kesejahteraan masyarakat daripada barah maksiat perjudian. Kami berpegang teguh dan menghargai kepada asas penghakiman berbeza (dissenting judgment) Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi di peringkat Mahkamah Rayuan sebelum ini, yang melihat ketetapan Kerajaan Negeri Kedah ini sebagai satu dasar pertimbangan bagi menjaga kebajikan rakyat yang wajar mengatasi kepentingan peribadi pemain industri judi.

3. Walau apa pun keputusannya, peristiwa ini sama sekali tidak melunturkan semangat perjuangan PAS. Sebaliknya, ia menjadi bukti dan petunjuk paling nyata bahawa PAS amat bersungguh-sungguh, bertegas, dan berani mengambil risiko demi menghalang dan menghapuskan aktiviti perjudian. PAS telah menterjemahkan janji politik kepada pelaksanaan eksekutif demi mencari keredhaan Allah SWT, biarpun terpaksa berhadapan dengan tentangan kapitalis judi di mahkamah.

4. Ketegasan PAS ini bukanlah sekadar retorik sentimen. Judi hakikatnya adalah 'dajjal kerosakan' yang paling besar dalam sistem sosial dan kewangan masyarakat pada hari ini. Ia adalah pemusnah institusi kekeluargaan, punca kemuflisan, pencetus jenayah, dan perosak ekonomi umat. Malah, amalan perjudian ini ditentang oleh semua agama dan nilai moral yang waras, bukan hanya agama Islam, kerana sifat judi itu sendiri yang menindas, zalim, mengaut keuntungan atas air mata dan kesempitan hidup orang lain, serta sama sekali tidak adil.

Allah SWT telah menegaskan pengharaman judi di dalam Surah Al-Ma'idah, ayat 90:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya."

5. Keputusan mahkamah ini secara faktanya menyatakan bahawa urusan perjudian tertakluk di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, bukan Kerajaan Negeri. Ini membuktikan bahawa Kerajaan PAS di peringkat negeri kini telah berhabis daya, tenaga, dan menggunakan semaksimum mungkin ruang perundangan yang ada bagi menyekat kemungkaran ini. Segala usaha telah digembeling hingga ke titik batas kuasa (limitasi) di peringkat negeri.

6. Oleh yang demikian, memandangkan keputusan mahkamah yang memutuskan punca kuasa sebenar membasmi judi terletak pada Akta di peringkat Kerajaan Pusat, bebanan dan tanggungjawab ini kini telah beralih sepenuhnya ke atas bahu dan tangan pengundi. Seluruh umat Islam perlu menyedari bahawa undi mereka adalah penentu sama ada maksiat ini terus dilindungi oleh perundangan Persekutuan, atau berjaya dirombak sepenuhnya dari akar umbi. Mengundi dalam hal ini bukan lagi sekadar hak demokrasi, tetapi ia telah menjadi satu tuntutan tanggungjawab Syarie Amar Makruf Nahi Mungkar.

7. Berdasarkan kaedah Fiqh yang disepakati ulama:
مَا لَا يَتِمُّ الْوَاجِبُ إِلَّا بِهِ فَهُوَ وَاجِبٌ
"Sesuatu kewajipan (menghapuskan maksiat) yang tidak dapat disempurnakan melainkan dengannya (kuasa politik Persekutuan melalui undi), maka ia (mengundi untuk mendapatkan kuasa itu) turut menjadi wajib."

7. Bertitik tolak dari hal ini, jelas hukumnya adalah WAJIB bagi setiap pengundi Islam untuk mengundi dan menyokong PAS serta gagasan rakan kumpulannya dalam usaha mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Hanya dengan kuasa di Putrajaya, dasar, akta, dan kelulusan lesen perjudian ini dapat dinoktahkan demi kesejahteraan rakyat seluruhnya.

Sekian.

YB USTAZ DATO' MOHD NOR BIN HAMZAH
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat

13 Ogos 2026 Miladi bersamaan 29 Safar 1448 Miladi

TANWIRUL BAYAN (1)(1) PERANAN ULAMAK; MEMBIMBING UMMAH DALAM REALITI POLITIK SEMASAPeranan wajib bagi ulamak semestinya ...
10/08/2026

TANWIRUL BAYAN (1)

(1) PERANAN ULAMAK; MEMBIMBING UMMAH DALAM REALITI POLITIK SEMASA

Peranan wajib bagi ulamak semestinya membimbing ummah menuju jalan hidayah dan petunjuk yang benar. Dakwah ini perlu digerakkan mengikut keadaan semasa dan realiti sebenar agak ummah tidak hanyut dibawa arus ombak yang membinasakan mereka. Justeru para ulamak mesti bijak dan tahu membaca realiti politik semasa kerana elemen ini merupakan faktor penting bagi memahami bagaimana dakwah ini ingin digerakkan.

(2) MINDA PRESIDEN; DAP MEMIMPIN PH MENYAMBUNG KERJA PENJAJAH MENGHAPUSKAN MELAYU ISLAM

Umum mengetahui tulisan Yang Berhormat Tan Sri Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS disambut dengan pelbagai nada dan gaya. Ya, tulisannya agak tajam namun itulah realiti semasa bagi menjadi "peringatan" kepada ummah. Kalau diperhalusi kenyataan ini ditulis berdasarkan sejarah dan pengalaman politik yang dihadapi bersama parti DAP. Pastinya DAP bergerak mengikut dasar mereka yang bertembung dengan fikrah Islam yang tulen. Demikian juga isu-isu seputar yang berlaku lebih-lebih lagi yang menyentuh tentang kepentingan umat Islam di Malaysia.

(3) KETEGASAN DALAM PERINGATAN, DAKWAH DENGAN KEBIJAKSANAAN

Peringatan itu bukanlah satu momokan dan hasutan perpecahan namun seruan untuk umat Islam di Malaysia bersatu dan mengukuhkan kedudukan mereka. Kitalah yang perlu memimpin mereka bukan dipimpin oleh mereka. Lihatlah Singapura sebagai contoh terdekat.
Peringatan itu bukanlah satu pengisytiharan perang tetapi penegasan yang perlu disampaikan kepada masyarakat agar kita tidak lalai dan terlalu selesa. Ya, peringatan itu sedikit tegas kerana mereka punyai kuasa dan paling mendominasi dalam pakatan mereka.

Tidak dinafikan dakwah kepada mereka diteruskan dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan kerana mereka juga sebahagian anggota rakyat Malaysia yang mempunyai kewarganegaraan yang sah. Mereka adalah mad'u yang perlu diberi pencerahan dan pastinya itu tugas para ulamak, namun dalam masa yang sama perlu ingat mereka juga punyai kuasa yang membolehkan mereka menerkam dan mempergunakan para ulamak tanpa sedar.

(4) WADAH PERJUANGAN ULAMAK KELANTAN

Kelantan terkenal dengan pondok dan ulamak nya yang ramai. Bahkan perjuangan PAS di negeri ini diasaskan oleh para ulamak pondok.

Justeru sistem pengajian nya mesti terus kekal relevan dalam mendepani zaman moden ini. Kerajaan Negeri bersama Dewan Ulamak sentiasa bersedia bekerjasama dengan pihak pondok dalam mendepani cabaran perubahan zaman dan teknologi ini

Dewan Ulamak PAS Negeri Kelantan dalam sejarahnya dipimpin oleh tuan-tuan guru pondok seperti Tuan Guru Haji Ghazali Pulai Chondong, Tuan Guru Haji Zakariya bin Haji Ismail, Tuan Guru Haji Daud Meranti, Tuan Guru Haji Hussien Rahimi dan ramai lagi.

Para ulamak perlu menggerakkan dakwah kepada ummah dari bawah sampai ke peringkat tertinggi. Semestinya dakwah ini tidak terlepas dari faktor siyasi agar dakwah ini dapat digerakkan secara menyeluruh.

Justeru Dewan Ulamak PAS antara wadah dan medium untuk para ulamak Kelantan bersatu dan membimbing masyarakat. Semoga dengan kesatuan dan wadah ini para ulamak dapat menggerakkan dakwah dan menjelaskan kefahaman yang benar kepada masyarakat mengikut realiti semasa.

YB Dato' Ustaz Tuan Mohd Saripudin bin Tuan Ismail,
Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Kelantan.

https://www.facebook.com/share/p/1DEdyLFenb/


09/08/2026

ULAMA PONDOK SEBAGAI WADAH PENYATUAN BUKAN PENYEBAB PERPECAHAN

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan (Pondok Madani) adalah tidak mewakili pendirian semua pondok yang ada di Kelantan. Pondok Madani yang baru sahaja ditubuhkan tidak seharusnya bertindak membuat kenyataan tanpa memahami latar politik semasa dan memberikan pandangan secara tersasar.

Polemik tekanan politik terhadap Melayu Islam bukan benda baharu. Pendirian pimpinan DAP khasnya terhadap isu dan dasar negara yang menyentuh kepentingan Melayu dan Islam serta Raja-Raja Melayu yang dinaungi oleh Perlembagaan Persekutuan telah cuba disentuh oleh DAP secara tidak wajar sebagaimana yang disebut oleh Tuan Guru Presiden PAS secara panjang lebar melalui bukti yang boleh difahami seluruh rakyat Malaysia tentang peristiwa yang berlaku.

Tuan Guru Presiden PAS telah berhujah dengan memasukkan latar belakang situasi dan pertimbangan berfakta serta menimbang Maqasid Syariah secara terperinci di page beliau bertajuk Minda Presiden: DAP Memimpin PH Menyambung Kerja Penjajah Hapuskan Melayu Islam.

Kesemua yang disebutkan perlu dihadami secara tabayyun oleh Pengerusi Pondok Madani ketika mengaitkan kenyataannya dengan penulisan Tuan Guru Presiden PAS berkaitan agenda DAP. Dalam situasi terkini, ketika rakyat negeri Sabah, Johor dan Negeri Sembilan telah menunjukkan kesatuan menolak DAP dan PH, Pondok Madani tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan yang tersasar jauh daripada bacaan politik semasa.

Apakah Pondok Madani telah meneliti kesemua hujah dan fakta Tuan Guru Presiden PAS dan memahaminya atau kenyataan yang dibuat hanya kerana tidak berpuas hati dengan pegangan politik beliau? Jika begitu ia hanya menimbulkan fitnah dan boleh membawa kekeliruan serta salah faham rakyat terhadap Tuan Guru Presiden PAS dalam perkara ini.

Apakah Pondok Madani mempunyai agenda tersembunyi sehingga bersungguh-sungguh mengeluarkan kenyataan membela DAP dengan membuat tuduhan tidak berasas kepada penulisan Tuan Guru Presiden PAS yang sarat dengan hujah?

Naratif kenyataan Pengerusi Pondok Madani ini hanya mencetuskan lagi prasangka tidak baik terhadap Tuan Guru Presiden PAS dan ianya boleh memecah belahkan kesatuan guru-guru pondok dan masyarakat di negara ini. Hakikatnya untuk menyatukan seluruh guru pondok terutama di Kelantan, tiada keperluan menubuhkan persatuan pondok baharu sebagaimana Kesatuan Pondok Madani yang hanya lebih mendatangkan kekhilafan yang berpanjangan.

Keteguhan kesatuan pondok-pondok yang sedia ada di Kelantan melalui Pusat Pembangunan Pondok Berhad, Jabhah Pondok Kelantan dan Persatuan Guru-Guru Pondok Negeri Kelantan telah pun memadai.

Sekian, terima kasih.

Haji Mohd Asri Mat Daud
Ketua Penerangan PAS Negeri Kelantan /
Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Kelantan.

25 Safar 1448H / 09 Ogos 2026M

07/08/2026

LIVE کليه ڤاݢي جمعة ميدن علمو
23 Safar 1448H

👪 Secara LANGSUNG Bersama

Sesi 1
YB Ust Harun Ismail
- ADUN Tawang
- AJK Lajnah Tarbiah PAS Kelantan

Sesi 2
YB Dato' Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
- Timbalan Presiden PAS
- Ahli Parlimen Kubang Kerian

🎥 LIVE FB -

🎥 LIVE YOUTUBE -

🎥 LIVE TIKTOK - https://www.tiktok.com//live

👨👨👦 TONTON SEKARANG, BANTU SEBARKAN !
👍🏼 LIKE FB Kelantan TV: fb.com/kelantantv
👍🏼 LIKE FB Medan Ilmu Kota Bharu: fb.com/medanilmuKB




TAHNIAH & TERIMA KASIH NEGERI SEMBILANالحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحاتSegala puji bagi Allah SWT yang dengan limpah ku...
02/08/2026

TAHNIAH & TERIMA KASIH NEGERI SEMBILAN

الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات

Segala puji bagi Allah SWT yang dengan limpah kurnia-Nya segala kebaikan dapat disempurnakan.

Dewan Ulamak PAS Negeri Kelantan merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan calon-calon PAS dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan. Ucapan penghargaan turut ditujukan kepada seluruh jentera PAS, Perikatan Nasional dan Barisan Nasional yang telah bertungkus-lumus sepanjang tempoh kempen dan pilihan raya berlangsung.

Sesungguhnya setiap usaha, pengorbanan dan penat lelah yang dicurahkan telah diakhiri dengan keputusan yang menggembirakan. Kemenangan yang dikurniakan oleh Allah SWT ini bukan sekadar satu kejayaan, bahkan merupakan amanah dan ujian yang menuntut rasa syukur serta tanggungjawab yang lebih besar.

Firman Allah SWT:

ٱلَّذِینَ إِن مَّكَّنَّـٰهُمۡ فِی ٱلۡأَرۡضِ أَقَامُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَمَرُوا۟ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَنَهَوۡا۟ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۗ وَلِلَّهِ عَـٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ﴿ ٤١ ﴾

Al-Ḥajj, Ayah 41

Ertinya : Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.

Kemenangan yang diperoleh hendaklah diterjemahkan melalui khidmat yang terbaik kepada rakyat, di samping memperkukuhkan usaha memartabatkan agama, memelihara keharmonian masyarakat serta menyumbang kepada pembangunan negeri dan negara.

Sebagaimana difahami dalam perlembagaan PAS, politik merupakan sebahagian daripada medan dakwah. Oleh itu, kerusi yang dimenangi oleh PAS/PN dalam pilihan raya ini merupakan satu peluang yang perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk menyampaikan mesej Islam, menegakkan keadilan serta membawa nilai-nilai murni dalam pentadbiran dan kehidupan bermasyarakat.

Justeru, marilah kita bersama-sama melaksanakan amanah yang dipikul dengan penuh integriti, itqan, amanah dan keikhlasan demi memperoleh keredaan Allah SWT.

Firman Allah SWT:

وَقُلِ ٱعۡمَلُوا۟ فَسَیَرَى ٱللَّهُ عَمَلَكُمۡ وَرَسُولُهُۥ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَۖ وَسَتُرَدُّونَ إِلَىٰ عَـٰلِمِ ٱلۡغَیۡبِ وَٱلشَّهَـٰدَةِ فَیُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ﴿ ١٠٥ ﴾

At-Tawbah, Ayah 105

Ertinya : Dan katakanlah (wahai Muhammad) : Beramal lah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan

Semoga Allah SWT menerima segala amal dan pengorbanan yang telah dilakukan serta mengurniakan kekuatan untuk terus berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara.

Alhamdulillah. Terima kasih Negeri Sembilan.

YB DATO’ USTAZ TUAN MOHD SARIPUDIN BIN TUAN ISMAIL
Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Kelantan

31/07/2026

🎙️ PODCAST BUGHAK PAROI | Sokongan Bukan Islam terhadap PN

Benarkah sokongan masyarakat bukan Islam terhadap Perikatan Nasional semakin meningkat? Apakah faktor yang mendorong perubahan ini, dan bagaimana PAS melalui DHPP membina hubungan dengan masyarakat pelbagai kaum?

Ikuti kupasan eksklusif bersama:

🎤 Kumaresan A/L Baby Kalidawson
▪️ Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS Pusat (DHPP)
▪️ Pegawai Khas Menteri Besar Kedah

Kupasan yang padat dengan pengalaman, fakta dan perspektif mengenai landskap politik semasa serta peranan masyarakat berbilang kaum dalam membentuk masa depan negara.

📅 Jangan lepaskan peluang mengikuti Podcast Bughak Paroi. Tonton, kongsi dan sertai perbincangan!


Jalan menuju kemenangan adalah berusaha sedaya yang mungkin serta bergantung kepada Allah Taala dalam setiap perkara.Ket...
31/07/2026

Jalan menuju kemenangan adalah berusaha sedaya yang mungkin serta bergantung kepada Allah Taala dalam setiap perkara.
Ketika kita bermandi peluh melakukan tugasan, jangan lupa basahkan badan kita dengan wudhu’ dan berdoa kepada Nya.

‫إِذۡ تَسۡتَغِیثُونَ رَبَّكُمۡ فَٱسۡتَجَابَ لَكُمۡ أَنِّی مُمِدُّكُم بِأَلۡفࣲ مِّنَ ٱلۡمَلَـٰۤىِٕكَةِ مُرۡدِفِینَ﴿ ٩ ﴾‬

Al-Anfāl, Ayah 9
Ayuh panjatkan doa kepada Allah Taala, penguasa sekalian alam.

Doakan kesejahteraan, berkat dan rahmat kepada saudara-saudara kita di Negeri Sembilan dan Malaysia.

31/07/2026

LIVE کليه ڤاݢي جمعة ميدن علمو
16 Safar 1448H

👪 Secara ONLINE Bersama

🕌 Sesi 1
🎤 Ustaz Ilias Ahmad
- Pengarah Pilihanraya Dewan 'Ulamak PAS Kelantan
- Penolong Pendaftar Kanan Kolej Universiti KIAS

🌟 Sesi 2
🎤 Ustaz Zulqarnain Hassan
- Naib Ketua Dewan 'Ulamak PAS Kelantan
- Pengarah Yayasan Amanah Tok Kenali Negeri Kelantan

👨👨👦 TONTON SEKARANG, BANTU SEBARKAN !
👍🏼 LIKE FB Kelantan TV: fb.com/kelantantv
👍🏼 LIKE FB Medan Ilmu Kota Bharu: fb.com/medanilmuKB




30/07/2026

📢 CERAMAH MEGA GRAND FINALE N25 PAROI!

Bertempat di Hadapan Bilik Operasi PN N25 Paroi, Taman Kemuning, Senawang
🎙️ Penceramah Jemputan:
✅ YB Dato' Bentara Kanan Ustaz Dato' Haji Ahmad bin Yakob
* Timbalan Mursyidul Am PAS / Pesuruhjaya PAS Kelantan
✅ YB Dato' Sri Amar D'Raja Ustaz Dato' Mohd Amar bin Abdullah
* Naib Presiden PAS
✅ Hj Kamarol Ridzuan - Calon PN DUN N25 Paroi

Address

Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan, Jalan Dato' Pati
Kota Bharu
15000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Ulamak PAS Negeri Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Dewan Ulamak PAS Negeri Kelantan:

Shortcuts

Share