Perbadanan Muzium Negeri Kelantan

Perbadanan Muzium Negeri Kelantan Mempunyai 9 Buah Muzium : Muzium Negeri, Muzium Islam, Muzium Perang, Muzium Kraf, Istana Jahar, Istana Batu, Muzium Wau, Muzium K.Krai & Balai Seni Lukis

Secara umumnya, muzium merupakan sebuah ‘Institut bersifat tetap, tidak mencari keuntungan, memberi khidmat kepada masyarakat dan pekembangannya, terbuka kepada umum, memperolehi, merawat, menghubungkan dan mempamerkan untuk tujuan pembelajaran, pendidikan dan hiburan, bukti-bukti tinggalan manusia dan persekitarannya’ (ICOM). Muzium dianggap sebagai warisan negara yang tidak ternilai kerana fungs

inya yang berperanan sebagai sebuah institusi pendidikan tidak rasmi. Sumber dan bahan-bahan yang terdapat di muzium mampu memberi kefahaman dan menarik minat sama ada yang berkaitan sejarah, sastera, sains atau alam semulajadi. Apabila disebut istilah muzium, kita harus melihat konsep permuziuman itu sebagai satu konsep yang luas, umum dan artifak yang ada di dalam koleksi diperagakan dan ditempatkan dalam sebuah bangunan. Kewujudan sesebuah muzium itu pada prinsipnya berasaskan kepada beberapa keperluan iaitu memberi pendidikan kepada masyarakat, pemeliharaan dan pengekalan warisan sejarah, kebudayaan, alam semulajadi dan pelancongan. Bidang permuziuman merangkumi pelbagai aspek yang saling berinteraksi dalam menggerakkan usaha pembangunan dan pembentukan pusat pengumpulan maklumat dan pendidikan berkenaaan warisan negara. Oleh itu boleh disimpulkan Muzium sebagai wadah yang menjadi perhubung ketamadunan warisan silam dengan masyarakat.

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H 🌙12 Rabiulawal mengingatkan kita kepada kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan mu...
24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H 🌙

12 Rabiulawal mengingatkan kita kepada kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan mulia yang menjadi teladan sepanjang zaman.

Salam Maulidur Rasul daripada Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.

MAKLUMAN PERUBAHAN TARIKH : SEMINAR PENGAJIAN SEJARAH KELANTAN SIRI 4.0Dimaklumkan bahawa tarikh penganjuran seminar ini...
10/08/2026

MAKLUMAN PERUBAHAN TARIKH :
SEMINAR PENGAJIAN SEJARAH KELANTAN SIRI 4.0

Dimaklumkan bahawa tarikh penganjuran seminar ini telah ditukar seperti berikut:

🗓 Tarikh Baharu: 3 September 2026 (Khamis)
🕗 Masa: 8.00 pagi – 1.00 tengah hari
📍 Tempat: Istana Balai Besar, Kota Bharu

Tajuk Seminar:
Puteri Saadong dan Idealisma Kepimpinan Wanita Kelantan

Pendaftaran yang telah dibuat masih kekal sah dan tidak perlu didaftarkan semula.

Bagi yang belum mendaftar, penyertaan masih dibuka (tempat adalah terhad).

🔗 Daftar di:
https://go.kelantan.gov.my/seminarsejarah4

Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan amat menghargai kerjasama serta sokongan semua.

JEMPUT PAKAT MARI KE FESTIVAL SENJATA WARISAN KELANTAN 2026‼️‼️Ayuh hadir beramai-ramai ke Festival Senjata Warisan Kela...
10/08/2026

JEMPUT PAKAT MARI KE FESTIVAL SENJATA WARISAN KELANTAN 2026‼️‼️

Ayuh hadir beramai-ramai ke Festival Senjata Warisan Kelantan 2026 dan saksikan keunikan serta keindahan warisan Negeri Kelantan yang sarat dengan nilai sejarah, seni dan budaya. ✨

Pelbagai senjata tradisional, pitis serta khazanah warisan Kelantan akan dipamerkan untuk tatapan pengunjung.

👑 PAMERAN KHAS! 👑

Buat julung kalinya, Mahkota Kesultanan Kelantan akan dipamerkan kepada pengunjung sebagai salah satu tarikan utama Festival Senjata Warisan Kelantan 2026.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan dengan lebih dekat khazanah kebesaran Kesultanan Kelantan yang penuh dengan nilai sejarah dan warisan.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik dan persembahan tradisional turut diadakan, antaranya:

🔸 Demonstrasi menenun songket
🔸 Demonstrasi menghasilkan kain kelingkam
🔸 Persembahan tradisional
🔸 Bengkel Busana Melayu Kelantan
🔸 Pelbagai aktiviti warisan menarik yang lain

📍 ISTANA BALAI BESAR, KOTA BHARU
📅 16 OGOS 2026 – 5 SEPTEMBER 2026
⏰ 9.00 PAGI – 10.00 MALAM

🎟️ MASUK ADALAH PERCUMA! ❗❗

Jangan lepaskan peluang untuk mengenali, menghayati dan menghargai seni, budaya, sejarah serta warisan tradisi Kelantan.

Jom pakat mari! 🥳
Kita semarakkan warisan Kelantan! 💛❤️






Alhamdulillah, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan (PMNK) hari ini berpeluang menyertai Program "Kuca Sugho" di Istana Bal...
26/07/2026

Alhamdulillah, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan (PMNK) hari ini berpeluang menyertai Program "Kuca Sugho" di Istana Balai Besar, anjuran Pejabat Sultan Kelantan yang menghimpunkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan dalam suasana penuh muafakat, kemeriahan dan semangat kebersamaan.

PMNK turut mengambil bahagian dalam aktiviti gotong-royong memasak serta penyediaan juadah tradisional sebagai tanda sokongan terhadap usaha memupuk kerjasama, mengeratkan silaturahim dan bersama-sama memelihara warisan budaya negeri Kelantan.

Lebih membanggakan, program ini turut mempertandingkan Kategori Sugho Sedap dan Kategori Pakaian Terbaik. Alhamdulillah, PMNK berjaya meraih Naib Johan bagi kedua-dua kategori tersebut.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga PMNK yang bertungkus-lumus menjayakan penyertaan kali ini. Terima kasih atas komitmen, semangat berpasukan dan kerjasama yang diberikan.

Alhamdulillah, selesai sudah pembentangan projek “Passport Muzium” oleh Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Warisan Bita...
20/07/2026

Alhamdulillah, selesai sudah pembentangan projek “Passport Muzium” oleh Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Warisan Bitara daripada Perbadanan Muzium Negeri Kelantan (PMNK) sempena Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam (KIK Horizon Baharu) Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim.

Penyertaan kali ini merupakan penyertaan kali ke-2 PMNK selepas tahun 2020. Projek ini diketuai sendiri oleh Pengarah PMNK, Encik Norhalis bin Mohamed Noor bersama ahli kumpulan yang telah memberikan komitmen sepenuhnya dalam menghasilkan satu inovasi bagi meningkatkan pengalaman pengunjung serta memperkenalkan muzium-muzium di bawah PMNK.

Sebanyak 31 agensi telah mengambil bahagian dalam konvensyen ini, yang menjadi platform perkongsian idea, kreativiti dan inovasi dalam penyampaian perkhidmatan awam.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh ahli Kumpulan Warisan Bitara serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menyumbangkan masa, tenaga dan idea dalam menjayakan projek Passport Muzium ini.

Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada budaya inovasi yang berterusan dalam memberikan pengalaman terbaik kepada para pengunjung.

Sekitar Majlis Peluncuran Program HELP TVET (Kelantan) bertemakan "Membangun Modal Insan, Memperkasa Masa Depan Kelantan...
15/07/2026

Sekitar Majlis Peluncuran Program HELP TVET (Kelantan) bertemakan "Membangun Modal Insan, Memperkasa Masa Depan Kelantan" yang berlangsung pada 15 Julai 2026 di Dewan Kijang 2, Hotel Perdana, Kota Bharu pada petang tadi.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Dr. Timbalan Menteri Besar Kelantan sebagai simbolik pelancaran inisiatif pembangunan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Negeri Kelantan.

Program ini bertujuan memperkasa pembangunan modal insan, melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi serta menyokong pertumbuhan ekonomi negeri melalui ekosistem TVET yang lebih mampan dan berdaya saing.

Sekitar Majlis Peluncuran Program Sekolah Angkat MADANI Jabatan Muzium Malaysia yang telah disempurnakan oleh Yang Berba...
14/07/2026

Sekitar Majlis Peluncuran Program Sekolah Angkat MADANI Jabatan Muzium Malaysia yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Kamarul Baharin bin A. Kasim, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, bertempat di Sekolah Kebangsaan Jelawat 2, Bachok, Kelantan pada pagi tadi.

Program ini merupakan satu inisiatif jalinan kerjasama antara institusi muzium dan komuniti sekolah melalui pelaksanaan pelbagai aktiviti berteraskan pendidikan, pemeliharaan warisan, serta penghayatan sejarah dan budaya dalam kalangan warga sekolah.

Semoga program ini menjadi pemangkin kepada usaha melahirkan generasi yang lebih menghargai warisan negara dan menghayati semangat Malaysia MADANI.

PERBADANAN MUZIUM NEGERI KELANTAN NAIB JUARA RERUAI MENEPATI TEMA SEMPENA FESTIVAL HARI MUZIUM ANTARABANGSA PERINGKAT KE...
30/06/2026

PERBADANAN MUZIUM NEGERI KELANTAN NAIB JUARA RERUAI MENEPATI TEMA SEMPENA FESTIVAL HARI MUZIUM ANTARABANGSA PERINGKAT KEBANGSAAN 2026

Tirai Festival Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2026 di Johor Bahru akhirnya melabuhkan tirainya.

Alhamdulillah, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan (PMNK) berjaya merangkul Naib Juara Reruai Menepati Tema. Tahniah juga diucapkan kepada kontinjen PMNK yang mewakili Zon Timur atas kejayaan muncul sebagai Juara Pertandingan Badminton Antara Zon, Juara Permainan Tradisional Karom dan Juara Permainan Tradisional Dam Aji.

Tahniah turut diucapkan kepada semua kontinjen yang telah mengambil bahagian. Bagi yang belum berpeluang meraih kemenangan, semoga terus bersemangat dan mencipta kejayaan pada edisi akan datang.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak penganjur, semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, serta para pengunjung yang sudi singgah dan memberikan sokongan di reruai PMNK sepanjang festival berlangsung.

Insya-Allah, kita akan bertemu lagi pada Festival Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan yang seterusnya di Negeri Terengganu.

Terima kasih atas sokongan dan jumpa lagi!

24/06/2026

Sekitar Majlis Perasmian Festival Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2026 di Padang Akasia, Angsana Johor Bahru Mall yang disempurnakan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.

Jom kunjungi reruai Perbadanan Muzium Negeri Kelantan pada 24 hingga 28 Jun 2026 (Rabu – Ahad), dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Jumpa anda di sana!

Address

Kota Bharu

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:45
Tuesday 08:30 - 16:45
Wednesday 08:30 - 16:45
Thursday 08:30 - 15:30
Saturday 08:30 - 16:45
Sunday 08:30 - 16:45

Telephone

+6097482266

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perbadanan Muzium Negeri Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share