Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kelantan

Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kelantan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kelantan, Government Organization, Lot 2436, Jalan Kg. Telok, Panji, Kota Bharu.

26/08/2026

LAWATAN TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (PERANCANGAN DAN PEMBUDAYAAN SAINS) KE JABATAN KIMIA MALAYSIA NEGERI KELANTAN26 Ogos 2...
26/08/2026

LAWATAN TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (PERANCANGAN DAN PEMBUDAYAAN SAINS) KE JABATAN KIMIA MALAYSIA NEGERI KELANTAN

26 Ogos 2026, Kota Bharu - Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kelantan (KIMIA Kelantan) telah menerima lawatan daripada Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YBhg. Datin Safida Zalma binti Mohd Piah pada 23 Ogos 2026.

YBhg. Datin telah disambut oleh Pengarah KIMIA Kelantan YBrs. ChM Zulfekli bin Mohd Edin. Lawatan ini bertujuan untuk meninjau operasi serta kemudahan jabatan, di samping mendapatkan gambaran berkaitan peranan dan fungsi KIMIA Kelantan dalam memberikan perkhidmatan analisis saintifik dan sokongan teknikal kepada agensi berkepentingan.

Dalam lawatan tersebut, turut diadakan sesi interaksi dan perkongsian bersama warga kerja jabatan KIMIA Kelantan. Sesi ini menjadi platform untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman serta membincangkan usaha ke arah peningkatan kualiti dan kecekapan penyampaian perkhidmatan.

Kunjungan ini turut mencerminkan keprihatinan pihak pengurusan tertinggi terhadap warga kerja serta peranan penting yang dimainkan oleh Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) dalam menyokong sistem keadilan, penguatkuasaan dan perkhidmatan awam melalui kepakaran sains forensik dan analisis saintifik.

Semoga kunjungan ini dapat terus memperkukuh hubungan, kerjasama dan semangat warga KIMIA Kelantan dalam melaksanakan amanah dengan penuh integriti, profesionalisme dan komitmen.





LAPORAN AKTIVITI | AUDIT DALAMAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSH)22 Julai 2026, Kota Bharu - Jabatan Kimia Mala...
22/07/2026

LAPORAN AKTIVITI | AUDIT DALAMAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSH)

22 Julai 2026, Kota Bharu - Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kelantan (KIMIA Kelantan) telah menerima kunjungan pasukan Audit Dalaman Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) pada 19-20 Julai 2026 bagi menilai tahap pematuhan terhadap keperluan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta keberkesanan pelaksanaan sistem pengurusan OSH di jabatan. Audit dalaman ini telah dilaksanakan oleh barisan juruaudit yang berpengalaman diketuai oleh ChM Encik Mohd Tauronazmi bin Ismail dan dibantu oleh ChM Encik Muhammad Fazli bin Mad Saad.

Sepanjang audit dijalankan, pasukan audit telah meneliti aspek pengurusan dokumentasi, pengurusan bahan kimia, penggunaan peralatan perlindungan diri (PPE), kesiapsiagaan kecemasan, keadaan makmal serta pematuhan terhadap prosedur kerja yang ditetapkan.

Audit ini turut menjadi platform untuk mengenal pasti peluang penambahbaikan bagi memperkukuh budaya kerja yang selamat, meningkatkan tahap pematuhan dan memastikan amalan keselamatan sentiasa dipertingkatkan secara berterusan.

Semoga hasil audit ini dapat memperkukuh komitmen KIMIA Kelantan dalam menyediakan persekitaran kerja yang selamat, sihat dan kondusif demi kesejahteraan seluruh warga kerja.




14/07/2026

📣HEBAHAN📣

Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah kepada YBrs. ChM Tuan Haji Khairul Hadi bin Haji Abd Raof atas pelantikan sebagai Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Kualiti dan Penyelidikan berkuatkuasa bermula 15 Julai 2026.

Semoga dengan penempatan ini dapat mempertingkatkan lagi tahap kecemerlangan diri khasnya dan kecemerlangan kepada jabatan amnya.




14/07/2026

📣HEBAHAN📣

Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah kepada YBrs. Ts. ChM Puan Hajah Nor Aidora binti Saedon atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) berkuatkuasa bermula 15 Julai 2026.

Semoga dengan penempatan ini dapat mempertingkatkan lagi tahap kecemerlangan diri khasnya dan kecemerlangan kepada jabatan amnya.




(O)

10 Julai 2026, Kota Bharu - Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kelantan (KIMIA Kelantan) melalui Timbalan Pendakwa Raya Neger...
10/07/2026

10 Julai 2026, Kota Bharu - Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kelantan (KIMIA Kelantan) melalui Timbalan Pendakwa Raya Negeri Kelantan telah berjaya menganjurkan Lawatan Perkongsian Ilmu dan Kerjasama Strategik ke KIMIA Kelantan pada 8 Julai 2026.

Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman mengenai peranan kedua-dua agensi dalam menyokong proses perundangan, khususnya berkaitan pembuktian saintifik dan pegendalian kes.

Sokongan penuh telah diberikan oleh Pengarah KIMIA Kelantan, YBrs. ChM Tuan Zulkfeli bin Mohd Edin dan Puan ChM Puan Rozita binti Zakaria dalam menjayakan program ini. Sesi lawatan ini dihadiri oleh Puan Wan Azimah binti Yaacob, Pengarah Pendakwaan Negeri Kelantan dan 30 orang delegasi Timbalan Pendakwa Raya Negeri Kelantan.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi lawatan ini adalah taklimat mengenai fungsi serta perkhidmatan KIMIA Kelantan, sesi perkongsian ilmu berkaitan analisis forensik, penyediaan laporan pakar dan keterangan di mahkamah, perbincanagn dua hala mengenai cabaran serta penambahbaikan kerjasama dalam pengendalian kes dan lawatan ke makmal dan penerangan mengenai serta proses analisis yang diperlukan.

Secara keseluruhannya, lawatan ini telah memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Diharapkan hubungan kerjasama yang telah terjalin akan terus diperkukuhkan melalui program seumpama ini pada masa hadapan bagi meningkatkan keberkesanan pengendalian kes serta mutu penyampaian perkhidmatan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat atas komitmen yang telah diberikan untuk menjayakan program ini.






*KERJASAMA STRATEGIK: KIMIA KELANTAN PERKASA KAPASITI MAKMAL KESIHATAN AWAM NEGERI KELANTAN BAGI PENGUATKUASAAN AKTA 852...
01/07/2026

*KERJASAMA STRATEGIK: KIMIA KELANTAN PERKASA KAPASITI MAKMAL KESIHATAN AWAM NEGERI KELANTAN BAGI PENGUATKUASAAN AKTA 852*

1 Julai 2026, Kota Bharu – Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kelantan (KIMIA Kelantan) melalui Bahagian Sekitaran dan Industri telah berjaya menganjurkan program Modul Latihan Kompetensi "Latihan Sangkut" Analisis Sampel Rokok (Akta 852).

Program intensif selama tiga hari ini merupakan inisiatif murni dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) Bahagian Sekitaran dan Industri hasil daripada sesi Dialog Bersama Makmal Kesihatan Awam (MKA) Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) yang telah diadakan pada 15 Februari 2026.

Dengan sokongan penuh Pengarah KIMIA Kelantan, YBrs. ChM Tuan Zulkfeli bin Mohd Edin, serta bimbingan Ketua Bahagian Sekitaran dan Industri, pemindahan kepakaran teknikal ini dikendalikan sepenuhnya oleh barisan pegawai pemudah cara (facilitator) daripada Unit Industri KIMIA Kelantan. Komitmen tinggi para pegawai unit tersebut dalam berkongsi kepakaran instrumentasi dan metodologi standard telah berjaya dimanfaatkan oleh dua Pegawai Biokimia MKA, iaitu Puan Norsamsiah binti Ahmad dan Encik Mohd Ezzar bin Zamri.

Sepanjang program berjalan, kedua-dua pegawai telah didedahkan dengan pemindahan teknologi dan kepakaran teknikal, merangkumi teknik analisis mikroskopik, Kromatografi Lapisan Nipis (TLC) sehinggalah kepada pengesahan menggunakan instrumen berteknologi tinggi Kromatografi Gas-Spektrometri J***m (GC-MS).

Pelaksanaan latihan sangkut ini menjadi bukti komitmen jitu KIMIA Kelantan dalam membantu rakan strategik agensi kerajaan membina kompetensi teknikal. Melalui ilmu dan kemahiran baharu yang diperoleh oleh Puan Norsamsiah dan Encik Mohd Ezzar, keupayaan teknikal MKA kini diperkukuh bagi mengendalikan fungsi analisa produk merokok (Skop 14) secara kendiri.

Syabas kepada barisan pegawai Unit Industri dan semua pihak yang terlibat atas komitmen padu demi kesejahteraan dan kesihatan awam!






06/06/2026

04/04/2026

::SEGMEN INFO KIMIA::

Pernah terfikir bagaimana pihak berkuasa mengesahkan kandungan alkohol atau racun dalam sesuatu kes? Di sinilah pakar toksikologi Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) memainkan peranan.

Fakta Penting Akta Pengangkutan Jalan 1987-
Kandungan alkohol melebihi had berikut adalah satu kesalahan:
🩸 Darah: 50mg / 100ml
🧪 Urin: 67mg / 100ml

Jangan biarkan pengaruh alkohol meragut nyawa. Pandu dengan selamat! 🚗💨





Address

Lot 2436, Jalan Kg. Telok, Panji
Kota Bharu
15400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097647632

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share