Angkatan Pertahanan Awam Kota Bharu

Angkatan Pertahanan Awam Kota Bharu No. Pejabat : 09-7413041 (Waktu Pejabat)
No. Kecemasan : 999 (24 jam)

04/09/2026

IKLAN JAWATAN KOSONG ANGGOTA MyASPA PENGURUSAN CAWANGAN PERHUBUNGAN AWAM (PRO) TAHUN 2026

APM Negeri Kelantan memberi peluang kepada Orang Awam / Anggota APM yang berpengalaman untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.

Syarat-syarat kelayakan:
1. Warganegara Malaysia
2. Anggota APM yang telah berdaftar diutamakan
3. Berumur 18 - 45 Tahun
4. Sihat tubuh badan dan tiada kecacatan fizikal
5. Memiliki kelayakan sekurang-sekurangnya SPM dan keatas
6. Terbuka kepada calon Lelaki /Wanita
7. Perwatakan Menarik
8. ⁠Boleh bekerja dalam kumpulan
9. ⁠BMI Normal
10. ⁠Sihat Tubuh Badan

SYARAT - SYARAT TAMBAHAN:-
✅Mahir menulis dan membaca
✅Mahir Fotografi
✅Mahir dalam penggunaan word/excel/power point/canva
✅Mahir IT
✅Boleh bekerja mengikut arahan dan pengawasan yang minima
✅Mahir Media Dan Suntingan Video

Kepada sesiapa yang berminat, boleh email di ( [email protected] ). Sekiranya terpilih, pihak kami akan menghubungi anda untuk di temuduga.

04/09/2026

Salam Jumaat

Semoga keberkatan hari yang mulia ini mengiringi setiap langkah kehidupan kita. Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan, ketenangan hati, keluasan rezeki, serta mempermudahkan segala urusan kita dan orang-orang yang kita sayangi.

Jumaat yang penuh rahmat, semoga menjadi asbab segala kebaikan.













 APM KOTA BHARUMESYUARAT PERBINCANGAN ISU DAN CABARAN PENGURUSAN BENCANA BANJIRKOTA BHARU, Angkatan Pertahanan Awam Daer...
03/09/2026


APM KOTA BHARU

MESYUARAT PERBINCANGAN ISU DAN CABARAN PENGURUSAN BENCANA BANJIR

KOTA BHARU, Angkatan Pertahanan Awam Daerah Kota Bharu telah menghadiri Perbincangan Berkenaan Isu dan Cabaran Pengurusan Bencana Banjir yang diadakan di Bilik Mesyuarat Pembangunan, Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu.

Perbincangan ini bertujuan untuk membincangkan isu, cabaran serta langkah-langkah penambahbaikan dalam aspek pengurusan bencana banjir, khususnya melibatkan kesiapsiagaan, penyelarasan operasi dan kerjasama antara agensi yang berkaitan.

Penglibatan APM dalam perbincangan ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh kesiapsiagaan serta memastikan pengurusan bencana dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, pantas dan berkesan demi keselamatan serta kesejahteraan masyarakat.

“Sedia, Pantas, Berintegriti”

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Kelantan













APM DAERAH KOTA BHARU TERIMA SUMBANGAN DARIPADA MUNCHY’SAngkatan Pertahanan Awam Daerah Kota Bharu merakamkan setinggi-t...
03/09/2026

APM DAERAH KOTA BHARU TERIMA SUMBANGAN DARIPADA MUNCHY’S

Angkatan Pertahanan Awam Daerah Kota Bharu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Munchy’s atas sumbangan yang telah disampaikan kepada APM Daerah Kota Bharu.

Sumbangan tersebut telah diterima oleh Lt. (PA) Mohd Razman bin Ramli, Timbalan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Bharu, selaku wakil bagi pihak Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Bharu (PPAD).

Sumbangan ini amat dihargai dan diharapkan dapat memberi manfaat serta menyokong usaha APM dalam melaksanakan tanggungjawab dan khidmat kepada masyarakat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan serta sokongan yang diberikan kepada APM Daerah Kota Bharu.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Negeri Kelantan













APM KOTA BHARUPENGAMBILAN ANGGOTA SUKARELAWANANGKATAN PERTAHANAN AWAM DAERAH KOTA BHARUSIRI 2/2026📍 TempatPejabat Pertah...
02/09/2026

APM KOTA BHARU

PENGAMBILAN ANGGOTA SUKARELAWAN

ANGKATAN PERTAHANAN AWAM DAERAH KOTA BHARU

SIRI 2/2026

📍 Tempat
Pejabat Pertahanan Awam Kota Bharu

APM Daerah Kota Bharu kini membuka permohonan kepada warga Kota Bharu yang berminat untuk menyertai Pasukan Sukarela Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan berkhidmat kepada masyarakat.

SYARAT KELAYAKAN

✅ Warganegara Malaysia
✅ Berumur 18 hingga 45 tahun
✅ Kelayakan akademik sekurang-kurangnya SPM
✅ Sihat tubuh badan dan mental
✅ Tidak menyertai mana-mana unit beruniform lain
✅ Berminat menjalankan tugasan secara sukarela

CARA MEMOHON

📝 Isi Borang Permohonan Menganggotai Pasukan Sukarela Pertahanan Awam Malaysia (APM).

📄 Borang boleh diperoleh di Pejabat Pertahanan Awam Kota Bharu atau melalui pautan Google Drive yang disediakan.

https://drive.google.com/file/d/1pWYzT3YfDgqrZp8EvHl7rOw3CWWPMJ9u/view?fbclid=IwdGRjcATecotjbGNrBN5yfWV4dG4DYWVtAzEwMABzcnRjBmFwcF9pZAwzNTA2ODU1MzE3MjgAAR5f6I8uX2HLynVDDZEiS2KkJb21KdpoDkeY_NbfFcCTuS0oiVszmHd0oy4l_Q_aem_JGc9pUy6REyHa6cPad36OQ

ALAMAT PENGHANTARAN (WALK-IN)

Pejabat Pertahanan Awam Kota Bharu
Lot 884, Simpang Empat Bayam,
Jalan Bayam,
15200 Kota Bharu, Kelantan.

JOM SERTAI KAMI!

Bersama APM, Kita Prihatin, Rakyat Selamat

Facebook: APM Kota Bharu
Instagram:
Telefon: 09-741 3046
Laman Web: www.civildefence.gov.my

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Kelantan













02/09/2026



JOM KENALI ASET KENDERAAN APM

MOTORSIKAL GERAK PANTAS

Motorsikal Gerak Pantas digunakan sebagai sebuah kenderaan tindak balas dan pemantauan awal di lokasi kejadian.

Kenderaan ini juga digunakan untuk melancarkan pergerakan pasukan penyelamat ke lokasi kejadian.

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat.

Disediakan oleh :
Cawangan Perhubungan Awam dan Dokumentasi,
Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

Jabatan Perdana Menteri














*

 🇲🇾 MAJLIS SAMBUTAN AMBANG MERDEKA & HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI KELANTAN DISAMBUT MERIAH 🇲🇾KOTA BHARU – Majl...
31/08/2026



🇲🇾 MAJLIS SAMBUTAN AMBANG MERDEKA & HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI KELANTAN DISAMBUT MERIAH 🇲🇾

KOTA BHARU – Majlis Sambutan Ambang Merdeka dan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Kelantan telah berlangsung dengan penuh meriah di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi.

Majlis turut dihadiri Lt. Kol. (PA) Mohd Farid bin Ishak, Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Kelantan, bersama Kapt. (PA) Md Fadir bin Md Nor, Ketua Cawangan Bencana dan Operasi, Kapt. (PA) Mohd Ammar bin Ismail, Ketua Cawangan Sekretariat Kelantan, serta Mej. (PA) Mohd Arif bin Mohd Zain, Pegawai Pertahanan Awam Kota Bharu.

Sambutan ini mencerminkan semangat patriotisme serta kecintaan terhadap negara, di samping memperkukuh semangat perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan rakyat Malaysia.

🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69.

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Negeri Kelantan













 APM KOTA BHARU🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 🇲🇾Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita dalam mem...
30/08/2026


APM KOTA BHARU

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 🇲🇾

Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita dalam membina Malaysia yang aman, harmoni dan sejahtera.

“Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati.”

Ikhlas daripada
Mej. (PA) Mohd Arif Bin Hj. Mohd Zain
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Bharu
Dan Seluruh Warga Apm Kota Bharu.

🇲🇾 Semarak Kemerdekaan, Kukuhkan Perpaduan, Teguhkan Malaysia MADANI. 🇲🇾

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Kelantan













30/08/2026
  APM KOTA BHARU PENUGASAN STANDBY MEDIK SEMPENA KEJOHANAN TAEKWONDO KELAB-KELAB KELANTAN 2026Angkatan Pertahanan Awam D...
30/08/2026


APM KOTA BHARU

PENUGASAN STANDBY MEDIK SEMPENA KEJOHANAN TAEKWONDO KELAB-KELAB KELANTAN 2026

Angkatan Pertahanan Awam Daerah Kota Bharu telah melaksanakan penugasan standby medik sempena penganjuran Kejohanan Taekwondo Kelab-Kelab Kelantan 2026.

Penugasan ini bertujuan memastikan kesiapsiagaan pasukan dalam memberikan bantuan kecemasan dan rawatan awal kepada peserta serta memastikan aspek keselamatan dan kebajikan sepanjang kejohanan berlangsung.

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Kelantan













Address

Kota Bharu
15200

Telephone

+6097413041

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Angkatan Pertahanan Awam Kota Bharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Angkatan Pertahanan Awam Kota Bharu:

Shortcuts

Share