Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan

Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan Menguruskan Zakat, Asnaf, Baitulmal, Wakaf, dan Dakwah Negeri Kelantan

πˆπ’π“πˆπŒπ„π–π€ 𝐏𝐀𝐃𝐀 πŸ—.πŸ—.πŸπŸŽπŸπŸ” π”ππ“π”πŠ 𝐀𝐍𝐃𝐀Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan hadiah misteri daripada kami. Hadiah misteri ini...
04/09/2026

πˆπ’π“πˆπŒπ„π–π€ 𝐏𝐀𝐃𝐀 πŸ—.πŸ—.πŸπŸŽπŸπŸ” π”ππ“π”πŠ 𝐀𝐍𝐃𝐀

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan hadiah misteri daripada kami. Hadiah misteri ini diberikan kepada mereka yang membayar zakat minimum RM1,000 di kaunter kami di MAIK, Lundang pada tarikh istimewa iaitu 9.9.2026.

Jom sucikan harta, tenangkan jiwa dan gandakan keberkatan hidup dengan berzakat. Bayar Zakat Harta Berkat.


πƒπ„πŒπˆ πŸ‘ 𝐂𝐔𝐂𝐔 π‘πŽπ‡π€ππˆ 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 π†π€π†π€π‡πŠπ€π πƒπˆπ‘πˆ, π™π€πŠπ€π“ πŒπ€πˆπŠ π‡π€πƒπˆπ‘ π‰π€πƒπˆ  π“π„πŒππ€π“ 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 Di sebalik wajah tenang seorang nenek, t...
03/09/2026

πƒπ„πŒπˆ πŸ‘ 𝐂𝐔𝐂𝐔 π‘πŽπ‡π€ππˆ 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 π†π€π†π€π‡πŠπ€π πƒπˆπ‘πˆ, π™π€πŠπ€π“ πŒπ€πˆπŠ π‡π€πƒπˆπ‘ π‰π€πƒπˆ π“π„πŒππ€π“ 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑

Di sebalik wajah tenang seorang nenek, tersimpan kisah perjuangan yang tidak semua orang tahu. Rohani Che Ibrahim, 66, dari Kampung Paya Senang, Telipot, diuji dengan kehilangan suami pada Ogos 2024.

Namun, kehidupan perlu diteruskan apabila tiga cucunya yang masih bersekolah setelah kematian anak perempuannya 16 tahun lalu menjadi tanggungannya.

Kak Rohani bekerja sebagai tukang cuci gantian di sebuah klinik, mempunyai enam anak, kebanyakannya bekerja sendiri sebagai buruh binaan. Seorang daripada mereka, berusia 33 tahun menghidap penyakit tibi dan tidak bekerja. Dalam masa sama, Rohani sendiri berdepan dengan penyakit kencing manis, darah tinggi dan masalah kolesterol yang memerlukan rawatan susulan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu setiap tiga bulan.

Namun, segala ujian itu tidak mematahkan semangat seorang nenek yang mahu melihat cucu-cucunya terus bersekolah dan mempunyai masa depan lebih baik. Kisah dilalui Rohani sampai kepada kami dan pembayar zakat mahukan keluarga ini dibantu dengan segera.

Pada hari ini, Yang Amat Berbahagia Dato’ Haji Mohd Anis bin Hussein, Timbalan Yang Dipertua MAIK turun padang menyantuni mereka. Selain bertanya khabar, pihak kami menyampaikan Bantuan Am sebanyak RM1,600 bagi membantu meringankan keperluan harian mereka.
Kami juga mempertimbangkan Biasiswa Tengku Anis MAIK untuk salah seorang cucunya bagi duit poket ke sekolah.

Salah seorang daripada penerima, yang juga seorang ibu tunggal, kami bantu selesaikan kerunsingan bagi kos bayaran rumah sewa. Bermula Oktober ini, MAIK akan tanggung bayaran rumah sewa sebanyak RM350 sebulan. Alhamdulillah.

Duhai pembayar zakat MAIK sekalian lihatlah sinar kegembiraan dan kesyukuran yang dinikmati oleh insan-insan memerlukan ini. Betapa teramat bermaknanya zakat kalian yang menjadi sinar baharu untuk kehidupan mereka.

Ziarah sekitar Telipot hari ini turut disertai, Yang Berusaha Tuan Haji Muhamad Rasani bin Ramli (Setiausaha MAIK), Yang Berusaha Dr. Haji Muhammad Hana Pizi bin Abdullah (Imam Besar Negeri Kelantan), Yang Berusaha Haji Murtadha bin Abdullah (Ketua Pegawai Agama MAIK), Yang Berusaha Encik Ahmad Hakim bin Harun (Ketua Pegawai Pembangunan MAIK), Yang Berusaha Haji Roslee bin Ismail (Pegawai Imarah Masjid, MAIK), Al-Fadhil Ustaz Sabri bin Abdullah (Imam Tua Masjid Jamek Sultan Muhammad II, Telipot), Yang Berusaha Puan Siti Farahida binti Fauzi (Pegawai Agihan Zakat MAIK) dan Al-Fadhil Ustaz Fathul Hakim bin Kamarul Zaman (Pegawai Pengurusan Pegawai Masjid Mukim, MAIK).


πŠπ„ππ€π‹πˆ ππ„π‘πŠπ„πŒππ€ππ†π€π π’πˆ πŠπ„π‚πˆπ‹Setiap anak ada perjalanan perkembangan yang berbeza. Sebab itu, saringan awal penting supay...
03/09/2026

πŠπ„ππ€π‹πˆ ππ„π‘πŠπ„πŒππ€ππ†π€π π’πˆ πŠπ„π‚πˆπ‹

Setiap anak ada perjalanan perkembangan yang berbeza. Sebab itu, saringan awal penting supaya ibu bapa dapat mengenal pasti perkembangan anak dan mengambil tindakan yang bersesuaian.

Kini, saringan perkembangan kanak-kanak berumur 0 hingga 6 tahun boleh dilakukan secara dalam talian melalui e-COMEL. Mudah, cepat dan selesa dari rumah.

❀️ Luangkan sedikit masa untuk kenali perkembangan anak anda. ❀️

πŸ”Ž Buat saringan PERCUMA sekarang dengan tekan gambar atau layari ecomel.my

Langkah kecil hari ini, perubahan besar untuk masa depan anak.

Sistem saringan awal perkembangan kanak-kanak USM-MAIK. Kesan awal, bertindak awal merentasi tujuh domain perkembangan.

Khutbah Jumaat Minggu ini SIRI 36/2026 – πŒπ„πŒπ„π‹πˆπ‡π€π‘π€ πŒπ€ππ€π’πˆπƒ π’π˜π€π‘πˆπ€π“. Kini anda boleh muat turun Teks Khutbah dan Multime...
03/09/2026

Khutbah Jumaat Minggu ini SIRI 36/2026 – πŒπ„πŒπ„π‹πˆπ‡π€π‘π€ πŒπ€ππ€π’πˆπƒ π’π˜π€π‘πˆπ€π“. Kini anda boleh muat turun Teks Khutbah dan Multimedia Khutbah di pautan https://masjid.e-maik.my/public-khutbah


π€πˆπ‘ πŒπ€π“π€ π’π˜π”πŠπ”π‘, πˆπŒππˆπ€π 𝐍𝐔𝐑 π€π“πˆππ€π‡ 𝐊𝐈𝐍𝐈 π‰π€πƒπˆ πŠπ„ππ˜π€π“π€π€πKisah impian seorang anak tunggal, Nurul Atiqah Husna binti Azli, ...
02/09/2026

π€πˆπ‘ πŒπ€π“π€ π’π˜π”πŠπ”π‘, πˆπŒππˆπ€π 𝐍𝐔𝐑 π€π“πˆππ€π‡ 𝐊𝐈𝐍𝐈 π‰π€πƒπˆ πŠπ„ππ˜π€π“π€π€π

Kisah impian seorang anak tunggal, Nurul Atiqah Husna binti Azli, yang berdepan kekangan kewangan untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang demi mengejar cita-cita bergelar guru Sejarah sampai ke pengetahuan kami.

Cakna terhadap masa depan anak asnaf, pada hari ini pihak MAIK tampil menghulurkan bantuan segera kepada Nurul Atiqah kerana pendidikan merupakan antara jalan terbaik untuk mengubah masa depan sesebuah keluarga, khususnya dalam kalangan keluarga asnaf.

Menyempurnakan amanah pembayar zakat, MAIK pada hari ini telah menyampaikan Bantuan Am berjumlah RM1,200 kepada Nurul Atiqah. Selain itu, MAIK turut menyalurkan sumbangan khas sebanyak RM3,000 bagi membantu menampung keperluan persiapan ke universiti serta perbelanjaan sementara menunggu biasiswa pengajian di USM.

Lebih menggembirakan, MAIK turut membawa berita baik buat datuk dan nenek Nurul Atiqah yang selama ini bergantung kepada pemberian wang belanja daripada anak lelaki mereka serta bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). MAIK bersetuju memberikan Bantuan Bulanan sebanyak RM400 sebulan bagi membantu meringankan beban datuk dan nenek Nurul Atiqah.

Bantuan dan khabar gembira tersebut disampaikan oleh Yang Berusaha Haji Muhamad Rasani bin Ramli, Setiausaha MAIK, ketika menziarahi keluarga Nurul Atiqah di kediaman mereka di Kampung Tal Tujuh, Pasir Mas hari ini. Khabar gembira ini disambut dengan linangan air mata kesyukuran daripada si nenek yang bersandar di muka pintu.

Turut bersama dalam kunjungan tersebut ialah Yang Berusaha Puan Siti Farahida binti Fauzi, Pegawai Agihan Zakat MAIK dan Yang Berusaha Cik Nur Hanis binti Alias, Pegawai Tadbir (Pendidikan) MAIK.

Dalam kunjungan berkenaan, Setiausaha MAIK turut menitipkan nasihat kepada Nurul Atiqah agar tidak mensia-siakan peluang pendidikan yang diberikan. Beliau berharap Nurul Atiqah dapat belajar bersungguh-sungguh, mencapai cita-cita dan suatu hari nanti menjadi seorang pendidik yang berjasa kepada keluarga serta masyarakat.

Gunakan peluang ini sebaik-baiknya. Apabila berjaya nanti, jadilah seorang pembayar zakat dan bantu p**a mereka yang memerlukan.

MAIK berharap sumbangan yang disalurkan hasil amanah pembayar zakat ini dapat memberikan keselesaan kepada Nurul Atiqah sepanjang melanjutkan pengajian di USM, sekali gus menjadi suntikan semangat untuk melakar masa depan yang lebih cerah.

Sementara itu, Nurul Atiqah menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada MAIK, khususnya para pembayar zakat yang telah membantu merealisasikan impiannya untuk melanjutkan pengajian dan mengejar cita-cita bergelar seorang pendidik.

Nurul Atiqah turut mendoakan agar segala urusan para pembayar zakat dipermudahkan, dilimpahkan rezeki serta terus diberikan kekuatan untuk melaksanakan amal jariah dan membantu lebih ramai insan yang memerlukan.

Lihatlah pembayar zakat betapa berharganya zakat anda, dengan izin Allah SWT zakat anda dapat mengubah masa depan insan-insan memerlukan di luar sana.


πŸ”΅πŠπ„ππ˜π€π“π€π€π 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π€π†π€πŒπ€ πˆπ’π‹π€πŒ 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐃𝐀𝐓 πˆπ’π“πˆπ€πƒπ€π“ πŒπ„π‹π€π˜π” πŠπ„π‹π€ππ“π€π πŸ”΅Tarikh tutup : 23 September 2026 ( ...
02/09/2026

πŸ”΅πŠπ„ππ˜π€π“π€π€π 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π€π†π€πŒπ€ πˆπ’π‹π€πŒ 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐃𝐀𝐓 πˆπ’π“πˆπ€πƒπ€π“ πŒπ„π‹π€π˜π” πŠπ„π‹π€ππ“π€π πŸ”΅

Tarikh tutup : 23 September 2026 ( Rabu ) sebelum jam 12.00 tengah hari.


Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) turut menyemarakkan malam ambang merdeka dengan menyertai Pe...
31/08/2026

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) turut menyemarakkan malam ambang merdeka dengan menyertai Perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Setiap langkah membawa makna, setiap kibaran Jalur Gemilang menyemai harapan. Bersatu hati, kita terus melakar perjalanan sebuah negara yang berdaulat, aman dan sejahtera.

Merdeka Tanah Airku, Malaysia πŸ‡²πŸ‡Ύ Tercinta

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€π€π πŠπ„ - πŸ”πŸ— Syukur atas nikmat keamanan hari ini. Teruskan semangat cintakan tanah air. M...
30/08/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€π€π πŠπ„ - πŸ”πŸ—

Syukur atas nikmat keamanan hari ini. Teruskan semangat cintakan tanah air. Marilah kita raikan tarikh keramat 31 Ogos ini dengan penuh keberkatan dan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana masih memberikan kita peluang menikmati keselesaan hasil jerih perih pengorbanan orang terdahulu. Jom kita sedekah al-Fatihah kepada semua pejuang tanah air yang telah pergi meninggalkan kita.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-69 daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

π’π„πŒπŽπ†π€ 𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓 πŒπ„π‘πˆππ†π€ππŠπ€π 𝐁𝐄𝐁𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 πŒπ€ππ†π’π€ 𝐓𝐀𝐁𝐀𝐇 π‡π€πƒπ€ππˆ π”π‰πˆπ€π
28/08/2026

π’π„πŒπŽπ†π€ 𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓 πŒπ„π‘πˆππ†π€ππŠπ€π 𝐁𝐄𝐁𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 πŒπ€ππ†π’π€ 𝐓𝐀𝐁𝐀𝐇 π‡π€πƒπ€ππˆ π”π‰πˆπ€π

28/08/2026

Ada banyak hutang, masih wajib bayar zakat ke ?”

Jom ikuti pencerahan daripada Ketua Pegawai Zakat MAIK, Al-Fadhil Ustaz Ameer Azeezy bin Tuan Abdullah. Semoga bermanfaat dan memberi kefahaman kepada kita semua.

Jom semak, kira dan tunaikan zakat anda dengan mudah.
Klik pautan di bawah untuk membuat pengiraan zakat pendapatan anda:

https://zakat.e-maik.my/v8/kalkulator/zakat_pendapatan.php

Address

Jalan Dato Lundang
Kota Bharu
15200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097481512

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan:

Shortcuts

Share