Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan merupakan badan yang berperanan dalam pengurusan sumber manusia di bawah perkhidmatan awam kerajaan Negeri Kelantan.

Sila layari http://www.spn.kelantan.gov.my untuk maklumat lanjut.

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾Malaysia MADANI: Kesejahteraan DinikmatiSemangat kemerdekaan terus disemara...
01/09/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

Semangat kemerdekaan terus disemarakkan, perpaduan diperkukuh, kesejahteraan dipertahankan.🤝

Ayuh bersama membina Malaysia yang lebih maju, harmoni dan sejahtera demi generasi hari ini dan akan datang.

🇲🇾 MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!🌺

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan

Salam Maulidur Rasul 1448H Allah SWT berfirman:إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّ ۚ يَـٰٓأَيُّ...
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H

Allah SWT berfirman:

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّ ۚ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ صَلُّوا۟ عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا۟ تَسْلِيمًا

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memberi penghormatan dan rahmat) kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya." — (Surah al-Ahzab, 33:56)

Memperingatkan kita tentang detik teragung kelahiran seorang insan yang mengubah wajah dunia dengan kelembutan hati, kesabaran, dan keagungan akhlaknya.Keindahan akhlak Rasulullah ﷺ dalam menyantuni sesama manusia, berlaku adil, dan menyebarkan kasih sayang adalah cerminan utama Islam yang sebenar.

Perbanyakkan selawat, hidupkan sunnah, muliakan akhlak. Allahumma salli 'ala Sayyidina Muhammad. 🌸

13/08/2026

PROGRAM SIJIL PENGHAYATAN UBUDIYYAH, MAS’ULIYYAH DAN ITQAN (UMI) SIRI 2 TAHUN 2025/2026 – MODUL KE-4

Sukacita dimaklumkan bahawa Program UMI Siri 2 Tahun 2025/2026 diteruskan lagi secara maya bagi minggu ini. Platform ini terus komited dalam membentuk peribadi penjawat awam yang berdaya saing, berakhlak mulia, serta berintegriti tinggi dalam melaksanakan amanah demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri.

📌 Tajuk Minggu Ini:
Tuntutan Dua Kalimah Shahadah dan Perkara-perkara Yang Merosakkannya

🗓️ Sesi Siaran Langsung:
Sila ikuti perkongsian ilmu ini secara langsung melalui pautan di bawah:
👉 https://meet.google.com/ngu-zyje-jwo

“Penghayatan nilai Ubudiyyah, Mas’uliyyah, dan Itqan teras kecemerlangan perkhidmatan.”

✨ MEMAHAMI & MENGHAYATI TERAS UBUDIYAH, MAS’ULIYAH DAN ITQAN ✨Setiap tugas dan tanggungjawab yang digalas oleh kita seba...
04/08/2026

✨ MEMAHAMI & MENGHAYATI TERAS UBUDIYAH, MAS’ULIYAH DAN ITQAN ✨

Setiap tugas dan tanggungjawab yang digalas oleh kita sebagai anggota perkhidmatan awam bukanlah sekadar rutin harian, malah ia merupakan satu amanah yang bernilai ibadah.

Nilai Ubudiyyah, Mas’uliyyah, dan Itqan merupakan nilai teras dalam Kod Etika Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan yang perlu difahami, dihayati, dan diamalkan sepenuh hati.

🤝 Mari Bersama Menghayati & Mempraktikkan!
Jadikan nilai UMI sebagai panduan kerja seharian kita demi memberikan perkhidmatan yang terbaik, berintegriti, dan mendapat keberkatan-Nya.

🌙 Salam Maal Hijrah 1448H 🌙Selamat Menyambut Awal Muharram kepada seluruh umat Islam.Semoga tahun baharu Hijrah ini menj...
25/06/2026

🌙 Salam Maal Hijrah 1448H 🌙

Selamat Menyambut Awal Muharram kepada seluruh umat Islam.

Semoga tahun baharu Hijrah ini menjadi titik permulaan untuk memperbaharui azam, memperkukuh integriti serta meningkatkan kecemerlangan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka."
(Surah Ar-Ra'd: 11)

Ikhlas daripada
Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan

Selamat Menyambut Hari Wesak kepada semua penganut Buddha.Semoga sambutan Hari Wesak pada tahun ini membawa sinar kedama...
02/06/2026

Selamat Menyambut Hari Wesak kepada semua penganut Buddha.

Semoga sambutan Hari Wesak pada tahun ini membawa sinar kedamaian, keharmonian dan kesejahteraan kepada seluruh masyarakat. Marilah kita bersama-sama terus memupuk semangat perpaduan, saling menghormati dan mengeratkan hubungan antara kaum demi kemakmuran negara yang tercinta.

✨ Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M ✨Labbaikallahumma Labbaik... “Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berko...
02/06/2026

✨ Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M ✨

Labbaikallahumma Labbaik...

“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah (sebagai ibadah dan bersyukur).” (Surah Al-Kautsar: 2)

Menghayati syiar Islam menerusi penyatuan umat di Baitullah dan keberkatan ibadah qurban di tanah air. Semoga Aidiladha tahun ini mendidik jiwa kita untuk terus berbakti, berkorban, dan meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.

Ikhlas daripada:
🏛️ Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan

🕋 SELAMAT MENYAMBUT HARI ARAFAH 1447H / 2026M 🕋"Tiada hari yang Allah lebih banyak membebaskan hamba-Nya dari api neraka...
02/06/2026

🕋 SELAMAT MENYAMBUT HARI ARAFAH 1447H / 2026M 🕋

"Tiada hari yang Allah lebih banyak membebaskan hamba-Nya dari api neraka melainkan pada Hari Arafah." (HR Muslim)

Hari Arafah pada 9 Zulhijjah setiap tahun adalah hari kemuncak ibadah Haji, hari di mana jutaan umat Islam berhimpun di Padang Arafah dengan penuh kehambaan dan keinsafan. Marilah kita yang tidak menunaikan haji bersama-sama merebut kelebihan hari agung ini dengan memperbanyakkan doa, zikir, dan melaksanakan ibadah puasa sunat Arafah.

Ikhlas daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan.

Assalamualaikum WBT,Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Ke...
02/06/2026

Assalamualaikum WBT,
Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku.

Sekian, terima kasih.

Merafak Sembah Ucapan Tahniah KehadapanYang Maha Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra, P...
31/03/2026

Merafak Sembah Ucapan Tahniah Kehadapan
Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra, Pemangku Raja Kelantan atas pelantikan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan yang baharu.

Address

Aras Bawah Blok 6 Kompleks Kota Darulnaim
Kota Bharu
15503

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan:

Shortcuts

Share