Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kelantan

Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kelantan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kelantan, Government Organization, Blok B, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu.

 Merafak Sembah Ucapan Takziah ke hadapan Seluruh Usrah D’raja Kelantan atas Kemangkatan AlmarhumahYang Berhormat Mulia ...
18/08/2026


Merafak Sembah Ucapan Takziah ke hadapan Seluruh Usrah D’raja Kelantan atas Kemangkatan Almarhumah

Yang Berhormat Mulia (YBM)
Dato’ Hajah Tengku Salwani binti
Almarhum Sultan Yahya Petra

Yang telah kembali ke Rahmatullah pada 17 Ogos 2026 bersamaan 4 Rabiulawal 1448H. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada
Pengarah/Ketua Pendakwa Syarie
dan seluruh warga kerja Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kelantan.

Program Sukan Jabatan KESUPEN 2.030 Julai 2026 (Khamis) -  Kelab Sukan dan Kebajikan Pendakwaan Syariah (KESUPEN) Jabata...
12/08/2026

Program Sukan Jabatan KESUPEN 2.0

30 Julai 2026 (Khamis) - Kelab Sukan dan Kebajikan Pendakwaan Syariah (KESUPEN) Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kelantan telah berjaya melayakkan Program Sukan Jabatan (Brisk Walk dan Badminton).

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pegawai dan kakitangan Jabatan yang telah memberikan sokongan serta menyertai program ini dengan penuh semangat dan meriah.

Semoga program seperti ini dapat terus menyemarakkan budaya hidup sihat, mengeratkan silaturahim dan memupuk semangat kekitaan dalam kalangan warga jabatan.

Terima kasih dan syabas kepada semua yang terlibat!






KURSUS PEMAHAMAN UNDANG-UNDANG SYARIAH NEGERI KELANTAN 2026KOTA BHARU | 22–23 JULAI 2026Alhamdulillah, dengan jayanya te...
26/07/2026

KURSUS PEMAHAMAN UNDANG-UNDANG SYARIAH NEGERI KELANTAN 2026

KOTA BHARU | 22–23 JULAI 2026

Alhamdulillah, dengan jayanya telah berlangsung Kursus Pemahaman Undang-Undang Syariah Negeri Kelantan anjuran Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kelantan (JPSNK) selama dua hari bertempat di Hotel Ibis Styles, Kota Bharu.

Kursus ini telah disertai oleh pegawai dan kakitangan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kelantan sebagai usaha berterusan jabatan dalam memperkukuh kefahaman serta meningkatkan kompetensi warga kerja berkaitan Undang-Undang Syariah Negeri Kelantan. Kursus ini turut menjadi platform perkongsian ilmu dan perbincangan ilmiah bagi memperkasakan pelaksanaan tugas pendakwaan syariah dengan lebih berkesan, profesional dan berintegriti.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengikuti sesi perkongsian ilmu yang disampaikan oleh penceramah berpengalaman. Tuan Mohd Nahar bin Mohamad dan juga Tuan Mohamad Nabil bin Mohamad Shukri. Perkongsian tersebut memberikan kefahaman yang lebih mendalam berkaitan aspek pembuktian, pemakaian undang-undang dan isu-isu praktikal dalam prosiding Mahkamah Syariah

Jabatan pendakwaan Syariah Negeri Kelantan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kedua-dua penceramah atas kesudian berkongsi ilmu, pengalaman dan kepakaran sepanjang kursus berlangsung. Penghargaan turut diberikan kepada semua peserta atas komitmen, disiplin dan penglibatan aktif dalam setiap sesi yang telah dijalankan.

Semoga segala ilmu, pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh melalui kursus ini dapat dimanfaatkan dalam memperkukuh kompetensi warga Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kelantan, seterusnya meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan pendakwaan syariah yang cekap, berintegriti dan berkesan demi memartabatkan institusi perundangan syariah di Negeri Kelantan. Sesungguhnya, ilmu yang diperoleh sepanjang kursus ini merupakan satu nilai tambah yang amat bermakna.

Semoga Allah SWT memberkati segala usaha para penganjur, penceramah dan semua peserta serta menjadikan setiap ilmu yang dikongsikan sebagai amal jariah yang berpanjangan.







🏸 PROGRAM SUKAN BADMINTON JABATAN 🏸11 Jun 2026 - Program Sukan Badminton Jabatan anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Penda...
18/06/2026

🏸 PROGRAM SUKAN BADMINTON JABATAN 🏸

11 Jun 2026 - Program Sukan Badminton Jabatan anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Pendakwaan Syariah (KESUPEN) telah berlangsung dengan jayanya pada di H Badminton Hall, Kota Bharu.

Program ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengamalkan gaya hidup sihat, malah berjaya mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warga jabatan.

Terima kasih kepada semua yang telah hadir dan menjayakan program ini. Semoga ukhuwah yang terjalin terus diperkukuhkan demi kecemerlangan bersama.

🌙SALAM MA'AL HIJRAH 1448H🌙“Hijrah Diri, Perkasa Iman, Raih Keredaan Ilahi.”Semoga tahun baharu ini membawa keberkatan, r...
17/06/2026

🌙SALAM MA'AL HIJRAH 1448H🌙

“Hijrah Diri, Perkasa Iman, Raih Keredaan Ilahi.”

Semoga tahun baharu ini membawa keberkatan, rahmat dan kejayaan buat kita semua. Marilah kita memperbaharui azam, memperkukuh iman serta meningkatkan amal soleh demi mencapai keredaan Allah SWT.

Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H

Ikhlas daripada :
Pengarah/Ketua Pendakwa Syarie
dan Seluruh Warga Kerja
Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kelantan

MAJLIS KHATAM AL-QURAN JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH NEGERI KELANTAN Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kelantan telah menga...
17/06/2026

MAJLIS KHATAM AL-QURAN JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH NEGERI KELANTAN

Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kelantan telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran pada 16 Jun 2026 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama. Majlis tersebut telah dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan jabatan sebagai tanda kesyukuran serta bagi menyemarakkan penghayatan terhadap Al-Quran dalam kalangan warga jabatan.

PROGRAM SUKAN INDOOR JABATAN 21 MEI 2026 (Khamis) - Kelab Sukan Dan Kebajikan Pendakwaan Syariah Negeri Kelantan (KESUPE...
15/06/2026

PROGRAM SUKAN INDOOR JABATAN

21 MEI 2026 (Khamis) - Kelab Sukan Dan Kebajikan Pendakwaan Syariah Negeri Kelantan (KESUPEN) telah menganjurkan Program (brisk Walk) dan Sukan Indoor Jabatan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua warga jabatan yang telah mengambil bahagian serta memberikan komitmen sepanjang program berlangsung. Semoga aktiviti seumpama ini dapat terus mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kerja berpasukan dan membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan warga jabatan.

Terima kasih atas penyertaan dan sokongan semua.

BENGKEL HRMIS MODUL SASARAN KERJA UTAMA (SKU)Pada 17 Mei 2026, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kelantan telah mengadak...
08/06/2026

BENGKEL HRMIS MODUL SASARAN KERJA UTAMA (SKU)

Pada 17 Mei 2026, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kelantan telah mengadakan Bengkel HRMIS Modul Sasaran Kerja Utama (SKU) yang melibatkan semua pegawai dan kakitangan jabatan.

Bengkel ini bertujuan memberikan pendedahan serta panduan berkaitan tatacara penyediaan dan pengisian Sasaran Kerja Utama (SKU) melalui sistem HRMIS dengan lebih teratur, tepat dan berkesan.

Program ini telah disampaikan oleh Ahmad Nadzirin bin Mohd Zahidi, Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N1 dari Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan. Beliau telah berkongsi ilmu, pengalaman serta tunjuk ajar berkaitan penggunaan modul SKU bagi membantu warga jabatan memahami proses penyediaan sasaran kerja dengan lebih jelas.

Semoga penganjuran bengkel ini dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kefahaman semua peserta dalam pengurusan prestasi serta pelaksanaan SKU, sekali gus membantu memperkasakan penyampaian perkhidmatan yang lebih cemerlang dan berkualiti.

Tahniah dan Syabas kepada Yang Berusaha Encik Yusri Bin Mohd Yusof, Pembantu Syariah LS2 (TBK), atas penerimaan Anugerah...
07/06/2026

Tahniah dan Syabas kepada Yang Berusaha Encik Yusri Bin Mohd Yusof, Pembantu Syariah LS2 (TBK), atas penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan Tahun 2025 yang berlangsung pada 7 Jun 2026 di Dewan Tok Guru Dato’ Bentara Setia, Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu.

Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan atas komitmen, dedikasi, integriti serta prestasi cemerlang yang telah ditunjukkan sepanjang menjalankan amanah dan tanggungjawab dalam perkhidmatan.

Semoga kejayaan dan penghargaan yang diterima menjadi pemangkin semangat untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik, profesional, berintegriti serta menyumbang ke arah kecemerlangan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kelantan dan perkhidmatan awam Negeri Kelantan secara keseluruhannya.

Tahniah dan syabas atas pencapaian yang membanggakan ini. 🎉🏆

Ikhlas daripada:
Pengarah/Ketua Pendakwa Syarie
dan seluruh warga kerja
Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kelantan

Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙✨Dengan penuh rasa syukur dan keinsafan, kami warga Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kela...
16/04/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙✨

Dengan penuh rasa syukur dan keinsafan, kami warga Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kelantan ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua.

Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kebahagiaan, dan ketenangan buat kita semua. Diharapkan juga agar ikatan silaturahim terus diperkukuhkan, serta segala amalan yang telah dilaksanakan sepanjang Ramadan diterima oleh-Nya.

Raikanlah hari kemenangan ini dengan penuh kesederhanaan dan kegembiraan bersama insan tersayang.

Address

Blok B, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra
Kota Bharu
15200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097422200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kelantan:

Shortcuts

Share