Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita

Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Laman page rasmi bagi Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kerajaan Negeri Kelantan.

Unit Pembangunan Kebajikan
Unit Pembangunan Keluarga
Unit Pembangunan Wanita
Unit Kemahiran Wanita

🌸 KURSUS HALIMATUL SAADIAH 2026 🌸“Asuh Dari Hati” 🤍✨ Kursus untuk Pengasuh Kanak-kanak✨Assalamualaikum w.b.t. 🌷Anda seor...
18/08/2026

🌸 KURSUS HALIMATUL SAADIAH 2026 🌸
“Asuh Dari Hati” 🤍

✨ Kursus untuk Pengasuh Kanak-kanak✨

Assalamualaikum w.b.t. 🌷

Anda seorang pengasuh yang ingin menambah ilmu, kemahiran dan keyakinan dalam mengasuh serta mendidik anak-anak?

Jom sertai Kursus Halimatul Saadiah 2026, kursus khas untuk pengasuh kanak-kanak cyang ingin terus memberi asuhan terbaik dengan ilmu, kasih sayang dan penuh amanah. 💕👶

📅 Tarikh:
29 & 30 Rabiul Awal 1448H
11 & 12 September 2026

⏰ Masa:
10.00 pagi (Jumaat) – 12.30 tengah hari (Sabtu)

📍 Tempat:
H-Elite Design Hotel, Tunjong

🌷 SYARAT PERMOHONAN

1️⃣ Warganegara Malaysia dan bermastautin di Kelantan
2️⃣ Berumur 25 tahun dan ke atas
3️⃣ Mempunyai pengalaman mengasuh sekurang-kurangnya 1 tahun
4️⃣ Berminat untuk terus menjadi pengasuh di rumah dan di taska
5️⃣ Tidak pernah menyertai Kursus Halimatul Saadiah sebelum ini

🎀 TERHAD KEPADA 100 ORANG PESERTA SAHAJA!

Kepada pengasuh yang berminat, jangan lepaskan peluang ini! 🌸

📝 Daftar sekarang melalui pautan:
https://forms.gle/DN3ZQvR6et4Znnr8A

📲 Atau imbas QR Code yang terdapat pada poster.

⏳ Tarikh akhir permohonan:
3 September 2026 (Khamis)

💗 Asuh Dari Hati
Kerana setiap anak berhak mendapat asuhan yang terbaik, penuh kasih sayang dan berilmu. 🌷

📞 Sebarang pertanyaan :
013-9836915 / 013-9835912

13/08/2026
Memperkasa Wanita, Membina Keluarga, Mengangkat Ekonomi 🌷
13/08/2026

Memperkasa Wanita, Membina Keluarga, Mengangkat Ekonomi 🌷

12/08/2026

Persidangan Kali Kedua Bagi Tempoh Penggal Ke Empat Dewan Negeri Kelantan Yang Ke 15
Hari Kedua
12 Ogos 2026
Sesi I
SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN
UNTUK MENDAPAT JAWAPAN MULUT

09/08/2026
Bagi yang hadir Hari Sayyidatina Khadijah 2026 tetapi tidak sempat mengimbas kod QR pada hari kejadian, boleh imbas kod ...
09/08/2026

Bagi yang hadir Hari Sayyidatina Khadijah 2026 tetapi tidak sempat mengimbas kod QR pada hari kejadian, boleh imbas kod QR di bawah untuk maklum balas Program Hari Sayyidatina Khadijah dan Esijil.

Imbas kod QR untuk maklum balas Program Hari Sayyidatina Khadijah yang berlangsung pada 6 Ogos 2026 dan Esijil

IKON WANITA KELANTAN 2026IKON SAYYIDATINA KHADIJAH AL-KHUWAILID (PENDIDIKAN) Dr Raihan binti Mohd Arifin Apabila seorang...
08/08/2026

IKON WANITA KELANTAN 2026
IKON SAYYIDATINA KHADIJAH AL-KHUWAILID (PENDIDIKAN)

Dr Raihan binti Mohd Arifin

Apabila seorang wanita memilih pendidikan sebagai medan perjuangannya, maka yang dibina bukan sekadar kejayaan individu, tetapi masa depan sebuah generasi dan tamadun. Dari tangan seorang pendidik lahirnya pemimpin, ilmuwan, profesional dan insan yang membawa perubahan kepada masyarakat. Demikianlah sosok Dr Raihan binti Mohd Arifin, seorang wanita pendidik yang menjadikan ilmu sebagai amanah, pendidikan sebagai ibadah dan penyelidikan sebagai wadah untuk membangunkan ummah.

Dr Raihan binti Mohd Arifin merupakan seorang tokoh akademik, pendidik dan penyelidik yang telah mengabdikan lebih 15 tahun kehidupannya dalam bidang pendidikan dan pembangunan akademik. Beliau kini berkhidmat sebagai Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (IPGKKB) dan merupakan antara wanita akademik yang aktif memperkasa bidang Pendidikan Islam, penyelidikan dan inovasi pendidikan di Malaysia.

Kecintaan beliau terhadap ilmu terserlah melalui perjalanan akademiknya yang cemerlang. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, seterusnya melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Pendidikan Islam di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan akhirnya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Pendidikan Islam daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Dalam usaha memperkaya ilmu dan kemahiran diri, beliau turut memiliki Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani dan Kesihatan daripada United States Sport Academy (USSA).

Perjalanan kerjayanya bermula sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Pulau Manis, Pekan dan Sekolah Kebangsaan Peramu Jaya, Pekan, sebelum meneruskan khidmat sebagai pendidik di Sekolah Kebangsaan Sri Chiku 1, Gua Musang dan seterusnya ke SK Ketereh. Dedikasi dan kecemerlangan beliau dalam dunia pendidikan akhirnya membawa beliau ke Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu sebagai pensyarah pada tahun 2022, sekali gus membuka ruang yang lebih luas untuk membentuk bakal-bakal guru dan pemimpin pendidikan negara.

Apa yang menjadikan Dr Raihan begitu istimewa bukan sekadar kerana kelayakan akademik yang dimiliki, tetapi kerana beliau menjadikan ilmu sebagai satu perjuangan yang tidak pernah terhenti. Sepanjang penglibatannya dalam dunia akademik, beliau telah menghasilkan lebih 26 artikel jurnal ilmiah, menerbitkan 6 buku akademik, menghasilkan pelbagai penerbitan ilmiah serta membentangkan lebih 25 kertas kerja di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Sumbangan ilmiah yang besar ini telah menjadikan beliau antara tokoh wanita akademik yang aktif menyumbang kepada pembangunan ilmu dan penyelidikan pendidikan di negara ini.

Ketokohan beliau dalam bidang penyelidikan dan inovasi pendidikan turut terbukti apabila berjaya merangkul enam pingat Platinum, tiga pingat Emas, enam pingat Perak dan tujuh pingat Gangsa melalui pelbagai pertandingan inovasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Inovasi seperti DAMOWL, JOM SOLAT APPS dan KATARIA bukan sahaja memperkayakan kaedah pengajaran dan pembelajaran, malah membantu melahirkan sistem pendidikan yang lebih kreatif, interaktif dan mesra teknologi.

Namun, kehebatan Dr Raihan tidak hanya terserlah di bilik kuliah atau pentas akademik. Beliau merupakan seorang pendidik yang percaya bahawa ilmu perlu dibawa kepada masyarakat dan dimanfaatkan oleh semua lapisan rakyat.

Atas prinsip tersebut, beliau aktif menggerakkan pelbagai program pembangunan komuniti seperti Program Suluh Minda Cergas yang membantu murid-murid menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira; Program Sentuhan Rimba bersama masyarakat Orang Asli di SK Sungai Rual yang memperkenalkan pendidikan digital kepada murid luar bandar; Program Rumah Mengaji Kelantan serta Kelas Tadabbur Online yang memberi peluang kepada masyarakat mendalami al-Quran dan penghayatan Islam.
Keprihatinan beliau terhadap pendidikan inklusif dan pembangunan masyarakat membuktikan bahawa beliau bukan sekadar seorang pensyarah, tetapi seorang wanita yang berjiwa pendidik dan sentiasa berusaha memastikan tiada golongan yang tercicir daripada arus pendidikan.

Komitmen beliau terhadap pembangunan modal insan Islam turut terserlah apabila dipilih sebagai Pembina Modul Membina Generasi Solat (MGS) Negeri Kelantan bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK). Modul ini menjadi antara usaha penting dalam melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah mempunyai jati diri, akhlak dan kefahaman agama yang mantap.

Kepakaran dan kewibawaan beliau juga mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan apabila dilantik sebagai Pengerusi Pruf Muka Surat Buku Teks Pendidikan Moral Tahun 1 Kurikulum Persekolahan 2027, di samping memainkan peranan sebagai reviewer jurnal dan prosiding pendidikan peringkat kebangsaan dan antarabangsa, panel hakim inovasi pendidikan, pembimbing penyelidikan dan inovasi, ahli penyelidik geran pendidikan, Penasihat Kelab Pendidikan Islam serta Penasihat Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Hal Ehwal Wanita (HELWANI).

Di bawah bimbingan beliau, ramai pelajar dan bakal guru berjaya membina keyakinan diri, mengembangkan potensi akademik dan menjadi pemimpin muda yang berkualiti. Beliau bukan sekadar menyampaikan ilmu, bahkan membimbing, membentuk dan menginspirasikan generasi baharu untuk menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani dan sahsiah.

Kecemerlangan beliau dalam dunia pendidikan turut diiktiraf melalui pelbagai anugerah dan pengiktirafan antaranya Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (2016), Anugerah Graduate on Time PhD HLP (2021), Anugerah Penyelidikan Terbaik (2024), Anugerah Penulis Buku Ilmiah (2025), Apple Teacher (2024) dan Apple Learning Coach (2026).

Sesungguhnya, Dr Raihan binti Mohd Arifin merupakan lambang kejayaan seorang beliawanis yang menjadikan ilmu sebagai jalan perjuangan, pendidikan sebagai wadah membina generasi dan penyelidikan sebagai medium membawa perubahan kepada masyarakat. Kejayaan beliau membuktikan bahawa wanita mampu menjadi pendidik, penyelidik, inovator dan pemimpin yang memberi impak besar kepada pembangunan ummah dan negara.

Justeru, atas kecemerlangan, dedikasi serta sumbangan besar beliau dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan pembangunan masyarakat, Dr Raihan binti Mohd Arifin amat layak dinobatkan sebagai Ikon Sayyidatina Khadijah Al-Khuwailid (Pendidikan) Tahun 2026, sebagai tanda penghargaan terhadap kejayaan dan pencapaian seorang wanita yang menjadi inspirasi kepada beliawanis dan generasi masa hadapan.

Raihan Arifin

08/08/2026

Ilmu sebagai perjuangan, pendidikan sebagai inspirasi. Tahniah Dr Raihan binti Mohd Arifin, atas kecemerlangan dalam pendidikan, penyelidikan dan inovasi.

Dinobatkan sebagai Ikon Sayyidatina Khadijah Al-Khuwailid (Pendidikan) Tahun 2026.

Inspirasi buat beliawanis dan generasi masa hadapan.

Address

Aras 2, Blok 2, Kompleks Kota Darulnaim
Kota Bharu
15150

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097476568

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita:

Shortcuts

Share