Klinik Kesihatan Peringat

Klinik Kesihatan Peringat di rasmikan oleh YB DATO' LEE KIM SAI
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
pd 12 januari 1995

17/07/2026
🚨 KHAS UNTUK WARGA JABATAN KESIHATAN NEGERI KELANTAN📌Sempena Cabaran Langkah Sihat Itu Saya Antara Jabatan Kesihatan Neg...
17/07/2026

🚨 KHAS UNTUK WARGA JABATAN KESIHATAN NEGERI KELANTAN

📌Sempena Cabaran Langkah Sihat Itu Saya Antara Jabatan Kesihatan Negeri, Cawangan Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan menganjurkan:

💦CABARAN PEMAKANAN SIHAT: JOM MINUM AIR KOSONG 6 HINGGA 8 GELAS SEHARI

⏰Tempoh cabaran: 20/5/26-25/7/26.

⚠️ Terbuka kepada semua warga Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.

📱Langkah cabaran:

✔ Ambil swafoto (selfie) atau gambar anda semasa melakukan aktiviti 10,000 langkah sambil minum air kosong.
✔ Jawab 3 soalan mudah.
✔ E-sijil penyertaan disediakan. Boleh claim MyPerformance.

Pautan di ruang komen ya.
Jom mula hari ini! Jangan tunggu esok 😄

Assalamualaikum WBT.Dato'/Datin/Tuan/Puan Yang Dirahmati Allah SWT. *Pembukaan Kaunter TH Gerak di Klinik Kesihatan Peri...
12/07/2026

Assalamualaikum WBT.

Dato'/Datin/Tuan/Puan Yang Dirahmati Allah SWT.

*Pembukaan Kaunter TH Gerak di Klinik Kesihatan Peringat Kota Bharu Kelantan*

Dimaklumkan bahawa _*TH*_ *Cawangan Bachok* akan mengadakan pembukaan kaunter *TH Gerak* di Klinik Kesihatan Peringat Kota Bharu Kelantan sebagaimana ketetapan berikut :

Tarikh : *13 Julai 2026 (Isnin)*
Masa : *9.00Pagi-2.00Petang*
Tempat : *Klinik Kesihatan Peringat Kota Bharu Kelantan*
Lokasi : https://share.google/oXBg8yOZrILYETZGj

Urusan Boleh Dilakukan :
✅ Pembukaan Akaun Baru
RM 100 + TH Khairat
✅ Daftar Haji
✅ Daftar online TH : THiJARI
✅ Daftar TH Khairat (perlindungan RM12K-48K)

✅ Kemaskini Maklumat Peribadi
✅ Potongan gaji bulanan
✅ Daftar Direct Debit/ simpanan tetap
✅ Simpanan Tunai (Maksimum RM 3000)

Sebarang pertanyaan boleh hubungi :

*Haji Firdaus* (017-9403079)
*Pegawai Pemasaran*
*TH Bachok*

Sekian, Terima Kasih.

Assalamualaikum, utk makluman semua pelanggan Klinik Kesihatan Peringat  topfans , kaunter daftar layan diri untuk merek...
02/03/2026

Assalamualaikum, utk makluman semua pelanggan Klinik Kesihatan Peringat topfans , kaunter daftar layan diri untuk mereka yang mempunyai temujanji pengambilan darah telah kembali berfungsi seperti biasa,anda tidak lagi perlu menunggu di kaunter pendaftaran bersama-sama pelanggan lain, hanya perlu terus mendaftar di kaunter pengambilan darah dengan 3 langkah mudah
1) Tekan butang,
2) scan barcode pada borang darah,
3) ambil nombor giliran)

Minggu Kesedaran Kanser @ Klinik Kesihatan Peringat 🎗️Terima kasih kepada semua yang memeriahkan sambutan Hari Kanser Se...
12/02/2026

Minggu Kesedaran Kanser @ Klinik Kesihatan Peringat 🎗️

Terima kasih kepada semua yang memeriahkan sambutan Hari Kanser Sedunia kali ini — dari senamrobik penuh semangat, ceramah santai tapi berisi, kuiz mencabar minda, sampai ke booth saringan yang paling “hot” diserbu!

Ingat ya, kanser ni bukan topik seram je dalam drama TV. Saringan awal boleh selamatkan nyawa. Lagi awal kita kesan, lagi cerah peluang untuk rawatan dan sembuh.

Jangan tunggu badan bagi “hint” baru nak datang klinik.
Datang saringan, bukan datang sebab terpaksa.

Jom sayangi diri sendiri:
✔️ Buat saringan
✔️ Amalkan gaya hidup sihat
✔️ Ajak keluarga dan kawan sekali

Sihat itu gaya, saringan itu bijak! 😉

Sekitar dunia, satu keluarga besar. 🌍✨Malam penuh warna, budaya dan kenangan indah dalam Majlis Makan Malam Tahunan Klin...
12/02/2026

Sekitar dunia, satu keluarga besar. 🌍✨
Malam penuh warna, budaya dan kenangan indah dalam Majlis Makan Malam Tahunan Klinik Kesihatan Peringat bertemakan “Around The World”.

Terima kasih kepada semua warga kerja yang hadir dengan busana kreatif dari pelbagai negara, memeriahkan suasana dengan gelak tawa, persembahan menarik dan semangat kekitaan yang luar biasa.

Semoga ukhuwah yang terjalin terus kukuh, dan kita melangkah ke tahun hadapan dengan semangat yang lebih tinggi dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

🎗️ MINGGU KESEDARAN KANSER 🎗️✨ Sempena Hari Kanser Sedunia ✨Jom sama-sama tingkatkan kesedaran tentang kanser dan kepent...
21/01/2026

🎗️ MINGGU KESEDARAN KANSER 🎗️
✨ Sempena Hari Kanser Sedunia ✨

Jom sama-sama tingkatkan kesedaran tentang kanser dan kepentingan saringan awal 💪

📅 Tarikh: 12 Februari 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 12.30 tengahari
📍 Tempat: Ruang Legar Zon B, Klinik Kesihatan Peringat

🎯 Aktiviti menarik menanti anda:
✅ Senamrobik
✅ Ceramah Kesedaran & Kuiz Kanser
✅ Pameran Booth
✅ Saringan Kanser sepanjang minggu

📌 Terbuka kepada orang ramai
📌 Tempat adalah terhad

👉 Kesedaran hari ini, perlindungan untuk masa depan.
Jangan lepaskan peluang, jumpa anda di sana! 💖




21/01/2026

Assalamualaikum wbt warga KK PERINGAT!!

Anda rasa anda warga emas?
Anda rasa anda sihat dan kuat?
Jom kita saring kekuatan anda!

HARI: KHAMIS
TARIKH: 5 FEB 2026
TEMPAT: KK PERINGAT (KELAB WARGA EMAS)
MASA: 8 PAGI-12 TGH

MAKANAN DISEDIAKAN! (PERCUMAAA SAJA ❤️‍🔥)

Address

Klinik Kesihatan Peringat
Kota Bharu
16400

Opening Hours

Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097123250

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Peringat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Klinik Kesihatan Peringat:

Shortcuts

Share