Komuniti Dinar & Dirham

Komuniti Dinar & Dirham Menyokong muamalah Islam melalui penggunaan dinar emas & dirham perak | Bebas riba | Ekonomi sunnah

Ore klate! Jon jumpa KGT esok!
29/07/2026

Ore klate! Jon jumpa KGT esok!

Debaran semakin terasa! Esoklah masanya untuk kita bertemu di Mega Meow Fiesta Kelantan Vol.2 2026. πŸŽ‰

Singgah ke booth KGT dan jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri koleksi eksklusif CIKO Gold Series, mendapatkan maklumat mengenai simpanan emas KGT serta menikmati pelbagai aktiviti menarik yang kami sediakan.

πŸ“… 30 Julai – 1 Ogos 2026
πŸ“ KB Mall, Kota Bharu

Bawa keluarga, rakan-rakan dan si pencinta kucing untuk memeriahkan festival paling dinanti di Kelantan! πŸ±πŸ’›

Kami tak sabar nak berjumpa anda. Jumpa esok di Booth KGT!

🐾✨

29/07/2026
28/07/2026
28/07/2026

Ada yang dah terdengar suara KGT di Molek FM? πŸ‘€βœ¨

Kelantan Gold Trade kini bersiaran menemani anda di Molek FM! πŸŽ™οΈ

Dengar iklan KGT ketika memandu, bekerja atau berehat di rumah? Tinggalkan komen β€œDah dengar!” atau kongsikan di media sosial dengan tanda pagar πŸ’›

Terus dengarkan Molek FM dan ikuti perkembangan terkini KGT di semua platform media sosial kami .

20/02/2026

KENYATAAN MEDIA : MAKLUMAN PENGELUARAN, JUALAN DAN PENUKARAN DIRHAM PERAK

20 Februari 2026 - Pengeluaran 2 Dirham kini telah dibuka melalui sistem EDND dalam kuantiti terhad. Selain itu, produk 1 Dirham dan 2 Dirham secara fizikal juga tersedia untuk pembelian secara terus di DND Shop, tertakluk kepada stok semasa.

Untuk kemudahan pelanggan, penukaran 2 Dirham kepada 1 Dirham secara fizikal turut disediakan dengan kadar caj sebanyak RM5 bagi setiap dirham untuk memberi fleksibiliti dalam pengurusan simpanan perak anda.

Dapatkan sekarang sementara stok masih ada dan manfaatkan kemudahan sistem yang patuh syariah serta selamat.

MEDIA DAN KOMUNIKASI STRATEGIK KGT

Jom tempah sekarang!
04/02/2026

Jom tempah sekarang!

17/01/2026

π—¦π—”π—Ÿπ—”π—  π—œπ—¦π—₯π—”π—ž π— π—œπ—žπ—₯𝗔𝗝 πŸ­πŸ°πŸ°πŸ³π—› ✨

Israk dan Mikraj merupakan peristiwa agung dalam sejarah Islam yang membawa pengajaran mendalam tentang ketaatan, amanah dan keimanan melalui perjalanan luar biasa Rasulullah SAW serta pensyariatan solat sebagai tunjang kehidupan umat Islam.

Peristiwa ini mengingatkan kita bahawa kejayaan dan kemuliaan dibina atas asas nilai yang kukuh, disiplin yang berterusan serta keyakinan terhadap janji Allah SWT. Prinsip ini selari dengan falsafah KGT yang menitikberatkan nilai ketelusan, kestabilan dan kepercayaan dalam pengurusan aset bernilai.

Semoga peringatan Israk Mikraj ini menjadi pencetus untuk kita terus melangkah dengan penuh integriti, memperkukuh keimanan, dan membina masa depan yang lebih kukuh β€” seumpama emas yang kekal bernilai merentas zaman.

14/01/2026

π—‘π—’π—§π—œπ—¦ π— π—”π—žπ—Ÿπ—¨π— π—”π—‘ : π—£π—˜π—₯𝗨𝗕𝗔𝗛𝗔𝗑 𝗛𝗔π—₯π—šπ—” π—•π—”π—šπ—œ 𝗖𝗔𝗝 π—¦π—œπ— π—£π—”π—‘π—”π—‘ π—•π—˜π—₯π—§π—”π—žπ—”π—™π—¨π—Ÿ

Bermula 01 Januari 2026, caj simpanan bertakaful akan diselaraskan mengikut harga baharu bagi memastikan perlindungan simpanan anda terus berada pada tahap terbaik dan terjamin. Berikut merupakan kadar baharu caj simpanan bertakaful KGT :

Caj simpanan bagi produk Emas : RM2.20/gram
Caj simpanan bagi produk Perak : RM0.50/dirham

Kami menghargai sokongan dan kepercayaan anda. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui saluran rasmi.

14/01/2026

π—žπ—˜π—‘π—¬π—”π—§π—”π—”π—‘ π— π—˜π——π—œπ—”

Perubahan harga bagi Caj Simpanan Bertakaful

Kota Bharu, 05 November 2026 β€” Kelantan Gold Trade Sdn. Bhd. (KGT) ingin memaklumkan bahawa perubahan harga bagi caj simpanan bertakaful di KGT yang bermula 01 Januari 2026 dilakukan berikutan peningkatan kos perlindungan takaful, pengurusan risiko, keselamatan penyimpanan serta pematuhan terhadap keperluan operasi semasa.

Pelarasan harga ini juga mencerminkan komitmen KGT dalam memastikan pengurusan simpanan yang telus, berintegriti serta selaras dengan amalan tadbir urus terbaik dan patuh syariah.

Terima kasih atas setiap sokongan berterusan daripada semua pelanggan.

Sekian, Terima Kasih.

Unit Media & Komunikasi Strategik Kelantan Gold Trade

Dirham KGT sold out!
29/12/2025

Dirham KGT sold out!

DIRHAM KGT SOLD OUT!

Dimaklumkan bahawa stok Dirham KGT melibatkan Dirham Fizikal, e-Dirham serta jualan di seluruh cawangan telah habis terjual sepenuhnya. Sehubungan itu, semua transaksi pembelian Dirham di HQ, cawangan KGT BizPoint dan platform EDND adalah tidak dapat dilakukan buat sementara waktu.

Makluman berkaitan kemasukan stok (restock) akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi KGT.

Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan anda.

Address

Tingkat 1 & 3, Bangunan PMBK, Jalan Kuala Krai
Kota Bharu
15050

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 16:30
Sunday 08:30 - 16:30

Telephone

+60193521901

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Komuniti Dinar & Dirham posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share