Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan Kompleks Mahkamah Syariah Kelantan, Bandar Baru Tunjung, Jalan Pasir Mas - Salor, 15510 Kota Bharu Kelantan
No Tel:09-7482206/09-7461512
Fax : 097448206

Sistem Tempahan Temujanji Online : https://www.picktime.com/jksnkelantan

DAURAH KITAB MUGHNI AL-MUHTAJ DAN MAJLIS PENGIJAZAHAN SANAD A'MMAH/KHOSSOH FIQH SYAFIE AT-TURATHI 2026Muhammad Afif Asyr...
03/09/2026

DAURAH KITAB MUGHNI AL-MUHTAJ DAN MAJLIS PENGIJAZAHAN SANAD A'MMAH/KHOSSOH FIQH SYAFIE AT-TURATHI 2026

Muhammad Afif Asyraf bin Ibrahim | 03 September 2026 | 11.00 pagi

KOTA BHARU : Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan (JKSKN) telah menganjurkan Daurah Kitab Mughni Al-Muhtaj dan Majlis Pengijazahan Sanad A'mmah/Khossoh Fiqh Syafie At-Turathi 2026 pada 03 September 2026.

Majlis bermula dengan ucapan aluan dari Tuan Haji Norhasney Ridhwan bin Hassan, Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah yang mewakili YAA Dato’ Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan sebelum diteruskan lagi dengan syarah Kitab Mughni Al-Muhtaj dan penyampaian Sijil Ijazah Sanad A'mmah/Khossoh Fiqh Syafie At-Turathi oleh Al-‘Allamah Al-Sayyid Al-Syarif Syeikh Abdul Aziz Al-Syahawi, Mahaguru Mazhab Syafie Al-Azhar Al-Syarif.

Turut hadir Yang Arif Tuan Haji Anwan bin Ab Muttalib, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Kelantan, Syeikh Haji Wazir bin Haji Che Awang, Penasihat Kesatuan Pondok Negeri Kelantan, Pegawai-Pegawai Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan, Ahli-Ahli Turath Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan para jemputan.

Program ini diadakan dalam kesempatan untuk kembali menghidupkan tradisi talaqqi, sama’ dan periwayatan — tradisi keilmuan yang menghubungkan para peserta terutamanya Pegawai Syariah dengan khazanah para ulama terdahulu.

Semoga Ijazah yang diterima ini bukan menjadi noktah, tetapi menjadi permulaan untuk terus membaca, memahami dan mengamalkan seterusnya menegakkan keadilan khususnya di Negeri Kelantan Darul Naim.

KUNJUNGAN HORMAT PUSAT PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA (UMEC BACHOK) KEPADA YANG AMAT ARIF KETUA HAKIM SYARIE NEGERI KELANT...
18/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT PUSAT PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA (UMEC BACHOK) KEPADA YANG AMAT ARIF KETUA HAKIM SYARIE NEGERI KELANTAN

Muhammad Afif Asyraf bin Ibrahim | 18 Ogos 2026 | 2.30 petang

KOTA BHARU – Yang Amat Arif Dato’ Haji Ibrahim bin Deris, Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan telah menerima kunjungan hormat daripada Pusat Pendidikan Universiti Malaya (UMEC Bachok) bertempat di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan (JKSKN).

Kunjungan hormat ini bertujuan membincangkan hubungan strategik antara Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan dengan Pusat Pendidikan Universiti Malaya Bachok di samping membincangkan perkara-perkara semasa berkaitan pelaksanaan Syariah di Negeri Kelantan.

Delegasi dari UMEC Bachok diketuai oleh YBrs. Dr Mahyudin bin Daud, Timbalan Dekan manakala JKSKN p**a disertai oleh Tuan Mohamad Nabil bin Mohamad Shukri, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas dan Tuan Muhammad Afif Asyraf bin Ibrahim, Pegawai Penyelidik Mahkamah Tinggi Syariah.

Semoga dengan kunjung hormat ini dan segala perbincangan yang diadakan akan membuahkan hasil yang positif ke arah kerjasama yang lebih baik pada masa akan datang.

Sekian.

17/08/2026
17/08/2026
17/08/2026
𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐀𝐒𝐍𝐀𝐅 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓, 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐋𝐈𝐓𝐈𝐆𝐀𝐒𝐈 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇, 𝐒𝐎𝐊𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 & 𝐊𝐋𝐈𝐍𝐈𝐊 𝐆𝐔𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑...
17/08/2026

𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐀𝐒𝐍𝐀𝐅 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓, 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐋𝐈𝐓𝐈𝐆𝐀𝐒𝐈 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇, 𝐒𝐎𝐊𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 & 𝐊𝐋𝐈𝐍𝐈𝐊 𝐆𝐔𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

16 Ogos 2026 | Wan Adam Al-Baqir bin Mohd Nordin

Program Khidmat Masyarakat, Bantuan Litigasi Syariah, Sokongan Keluarga Madani & Klinik Guaman Syariah Tahun 2026 diteruskan lagi pada sebelah petang dengan sesi ziarah ke rumah asnaf.

Sesi ziarah asnaf ke 25 buah rumah telah dibahagikan kepada 5 kump**an dengan dipandu oleh seorang juru pandu dari kalangan penghulu mukim masing-masing. Kump**an Pertama diketuai oleh YA Dato’ Abas bin Nordin, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Kump**an Kedua diketuai YA Dato’ Mohamad Adib bin Husain, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM, Kump**an Ketiga diketuai YAA Tuan Mohd Asri bin Tahir, Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan, Kump**an Keempat diketuai YAA Dato’ Haji Ibrahim bin Deris, Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan dan Kump**an Kelima diketuai YAA Dato’ Za’im bin Md Yudin, Ketua Hakim Syarie Negeri Pulau Pinang.

Sesi ziarah asnaf dilaksanakan bagi memberi peluang kepada urus setia dan peserta dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri dan Mahkamah Syariah Negeri (JKSN/MSN) Pulau Pinang, Perlis, Negeri Sembilan, Johor, Selangor dan Wilayah Persekutuan pengalaman menyantuni golongan yang kurang bernasib baik, memantau taraf hidup mereka, serta memastikan keperluan asas dan kebajikan mereka terbela.

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓, 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐋𝐈𝐓𝐈𝐆𝐀𝐒𝐈 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇, 𝐒𝐎𝐊𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 & 𝐊𝐋𝐈𝐍𝐈𝐊 𝐆𝐔𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 ...
17/08/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓, 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐋𝐈𝐓𝐈𝐆𝐀𝐒𝐈 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇, 𝐒𝐎𝐊𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 & 𝐊𝐋𝐈𝐍𝐈𝐊 𝐆𝐔𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

16 Ogos 2026 | Wan Adam Al-Baqir bin Mohd Nordin

DABONG, KUALA KRAI: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan (JKSKN) dan Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) telah menganjurkan Program Khidmat Masyarakat, Bantuan Guaman Litigasi Syariah, Sokongan Keluarga MADANI & Klinik Guaman Syariah Tahun 2026 pada 15 sehingga 17 Ogos 2026.

Majlis Perasmian program telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan. Turut hadir YB Senator Puan Marhamah binti Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Ustaz Haji Mohd Asri bin Mat Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan, YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM, YAA Dato’ Haji Ibrahim bin Deris, Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan, YB Ku Mohd Zaki bin Ku Hussin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dabong, YB Ustaz Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Kuala Krai, YM Tuan Raja Mazelan bin Raja Deraman, Presiden Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) serta Ketua-ketua Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Majlis perasmian program juga dimeriahkan lagi dengan penyertaan sebanyak 13 pempamer terdiri daripada Bahagian Sokongan Keluarga dan Unit Sulh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kelantan, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai, Klinik Kesihatan Dabong, MyAngkasa Amanah Berhad, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Kastam Negeri Kelantan, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai dan Tabung Haji Negeri Kelantan.

YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan dan YB Senator Puan Marhamah binti Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) juga telah menyempurnakan penyampaian Bakul Makanan kepada golongan asnaf. Bakul Makanan ini hasil sumbangan daripada pihak Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan (YTWP) dan juga YADIM.

Semoga program kemasyarakatan seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang bagi memberi peluang kepada agensi kerajaan turun ke lapangan bagi menyantuni mereka yang memerlukan.

Address

ALAMAT: Kompleks Mahkamah Syariah Kelantan, Bandar Baru Tunjung, Jalan Pasir Mas/Salor
Kota Bharu
15510

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097482206

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan:

Shortcuts

Share