CIDB Kelantan Official

CIDB Kelantan Official Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan telah ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pembangunan Industri P

DAFTAR SEGERA !! PENYERTAAN TERHAD.📢 JEMPUTAN MENYERTAI KLINIK COACHING SCORE CIDB KELANTAN 2026Assalamualaikum & Salam ...
11/08/2026

DAFTAR SEGERA !! PENYERTAAN TERHAD.

📢 JEMPUTAN MENYERTAI KLINIK COACHING SCORE CIDB KELANTAN 2026

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Tuan/Puan dijemput menyertai Klinik Coaching SCORE CIDB Kelantan 2026 bagi membantu meningkatkan keupayaan kontraktor dalam penilaian SCORE.

🗓️ Tarikh: 18 Ogos 2026 (Selasa)
🕣 Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang
📍 Tempat: Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan

SYARAT PENYERTAAN
✅ Terbuka kepada kontraktor G2–G7
✅ Seorang peserta bagi setiap syarikat
✅ Digalakkan membawa laptop/komputer riba

💰 Yuran penyertaan: RM100 sahaja
🎁 Peserta layak memperoleh 15 Mata CCD.

📲 Daftar sekarang dengan mengimbas kod QR pada poster atau klik pautan berikut:
https://evms.cidb.gov.my/event/6SEo815srZC

☎️ Sebarang pertanyaan:
📱 011-2064 4841
☎️ 09-744 4311

⚠️ Tempat adalah terhad. Daftar segera untuk mengesahkan penyertaan anda!

10/08/2026

🏗️ 🎉*HARI TERBUKA JKR KELANTAN 2026 & K&S EXPO (KEJURUTERAAN & SENIBINA)* 🏗️

Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Kelantan membawakan ekspo kejuruteraan dan seni bina terbesar tahun ini! Membawa tema *"* *Reka Bentuk Pintar, Pembinaan Efisien"* , pelbagai pengisian menarik, pameran teknologi pembinaan terkini, dan ruang jaringan perniagaan menanti anda!

📌 BUTIRAN EVENT:

📅 Tarikh: 13 – 16 Ogos 2026 (Khamis – Ahad)
⏰ Masa: 10:00 Pagi – 10:00 Malam
📍 Lokasi: KB Mall, Kota Bharu, Kelantan

✨ APA YANG MENARIK DI SINI?
🔹 Pameran Pembekal & Bahan Binaan: Lihat teknologi IBS, bahan binaan moden, dan reka bentuk seni bina/dalaman terkini.
🔹 Demonstrasi Teknologi & Produk: Sesi demonstrasi langsung penggunaan bahan binaan di Pentas Demonstrasi.
🔹 Bengkel Teknikal Kontraktor: Pengisian berfokuskan Occupational Safety and Health (OSH) dan kualiti kerja.
🔹 Sesi Business Matching & Networking: Platform terbaik untuk kontraktor (G1–G7), arkitek, konsultan, dan pemaju meluaskan rangkaian profesional!

👥 SIAPA YANG PATUT HADIR?
Kontraktor, arkitek, jurutera, pelajar bidang teknikal, pemilik rumah yang nak cari idea/bahan binaan, serta orang awam—semua dijemput hadir! Masuk adalah PERCUMA

Jangan lepaskan peluang ini untuk bersama-sama membina masa depan industri pembinaan yang lebih efisien dan maju!

10/08/2026
04/08/2026
HEBAHAN UNTUK KONTRAKTOR G7 📢📢PROGRAM ANJURAN SIRIM DENGAN KERJASAMA CIDB NEGERI KELANTANSEMINAR KESEDARAN : PENSIJILAN ...
08/07/2026

HEBAHAN UNTUK KONTRAKTOR G7 📢📢

PROGRAM ANJURAN SIRIM DENGAN KERJASAMA CIDB NEGERI KELANTAN

SEMINAR KESEDARAN :
PENSIJILAN SISTEM PENGURUSAN ANTI-RASUAH (ABMS) ISO 37001:2025

Tarikh : 20 Julai 2026
Masa : 9.30 am - 1.00 pm
Tempat : Hotel H Elite, Tunjong, Kelantan

Pendaftaran PERCUMA‼️‼️
Percuma 10 Mata CCD Bagi setiap penyertaan‼️‼️

Pendaftaran TERHAD. Hanya 2 org peserta dibenarkan bagi setiap syarikat‼️‼️

Untuk pendaftaran, boleh hubungi SIRIM Terengganu di talian : 09-617 7355

JOM DAFTAR SEKARANG‼️‼️

Program CIDB KelantanOgos 2026
07/07/2026

Program CIDB Kelantan
Ogos 2026



SESI DIALOG PENDAFTARAN & PEMATUHAN BAGI KONTRAKTOR ELEKTRIK29 Jun 2026 | Perdana Hotel, Kota BharuAlhamdulillah, telah ...
29/06/2026

SESI DIALOG PENDAFTARAN & PEMATUHAN BAGI KONTRAKTOR ELEKTRIK

29 Jun 2026 | Perdana Hotel, Kota Bharu

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Sesi Dialog Pendaftaran & Pematuhan bagi Kontraktor Elektrik yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Tenaga Negeri Kelantan & Terengganu dengan kerjasama CIDB Negeri Kelantan.

Program yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang ini telah menghimpunkan kontraktor-kontraktor elektrik yang berdaftar dengan CIDB Malaysia dan Suruhanjaya Tenaga dari negeri Kelantan dan Terengganu.

Majlis telah disempurnakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Berbahagia Ts. Teratai@Zainab binti Leman, Pengarah Suruhanjaya Tenaga Negeri Kelantan & Terengganu, serta turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Encik Roswadi bin Muhammad, Pengarah CIDB Negeri Kelantan.

Sepanjang program, para peserta telah mengikuti beberapa slot pembentangan yang memberi penekanan kepada aspek pendaftaran, pematuhan serta keselamatan dalam industri pembinaan dan pepasangan elektrik, antaranya:
✅ Pendaftaran Kontraktor Elektrik dengan CIDB dan Keperluan Pematuhan Industri Pembinaan.
✅ Isu Pematuhan dan Kesalahan Lazim Kontraktor Elektrik.
✅ Tanggungjawab Kontraktor dalam Memastikan Keselamatan Pepasangan Elektrik.

Program diteruskan dengan sesi dialog yang mendapat sambutan amat menggalakkan daripada para peserta. Pelbagai persoalan dan pandangan telah dibincangkan secara terbuka bersama panel daripada CIDB Malaysia dan Suruhanjaya Tenaga, khususnya berkaitan:
• Penyelarasan pengkelasan dan penggredan kontraktor antara CIDB dan Suruhanjaya Tenaga.
• Pelaksanaan kod warna kabel elektrik yang terkini.
• Keperluan serta pematuhan pemasangan pengecas Electric Vehicle (EV) bagi rumah kediaman.
• Isu-isu pematuhan lain yang dihadapi oleh kontraktor elektrik.

Sesi dialog yang interaktif ini telah menjadi platform terbaik untuk berkongsi pandangan, menjelaskan keperluan pematuhan serta mengeratkan kerjasama strategik antara pihak pengawal selia dan pemain industri demi memastikan industri pembinaan dan pepasangan elektrik di Malaysia terus berkembang secara profesional, selamat dan berkualiti.

CIDB Negeri Kelantan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Suruhanjaya Tenaga Negeri Kelantan & Terengganu, para penceramah, panel dialog serta semua peserta yang hadir dan memberikan komitmen sepanjang program berlangsung.

Address

Pejabat CIDB Kelantan, AG-01-07, Tingkat 1, Alwaqf@Tunjong, Hotel H Elite, Jalan Kuala Krai, Bandar Kota Bharu
Kota Bharu
16010

Opening Hours

Monday 08:30 - 13:00
14:00 - 16:30
Tuesday 08:30 - 13:00
14:00 - 16:30
Wednesday 02:00 - 03:00
08:30 - 01:00
Thursday 02:00 - 03:15
08:30 - 01:00
Sunday 08:30 - 13:00
14:00 - 16:30

Telephone

+6097444311

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CIDB Kelantan Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to CIDB Kelantan Official:

Shortcuts

Share