23/07/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐. ๐/๐๐๐๐
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah menganjurkan Program Transformasi Minda (PTM) Pegawai Lantikan Jawatan Berasaskan Caruman (JBC) Bil. 1/2026 pada 18 hingga 23 Julai 2026 bertempat di Dewan Cahaya Bulan, PCB Resort, Kota Bharu.
Program ini telah disertai oleh 102 orang pegawai yang baharu dilantik ke jawatan berasaskan caruman. Penganjuran PTM bertujuan membentuk pegawai yang berintegriti, berdisiplin, beretika serta memahami nilai, budaya kerja dan tanggungjawab sebagai penjawat awam dalam menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat.
Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengikuti pelbagai slot ceramah dan latihan yang disampaikan oleh penceramah jemputan daripada pelbagai agensi seperti berikut:
1.YBrs. Tuan Haji Mohd Hariff bin Ghazali, Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah menyampaikan slot Hala Tuju Negara: Malaysia MADANI.
2. YBrs. En. Mohamad Sany bin Sattar, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah menyampaikan slot "Sejarah Kenegaraan Malaysia dan Sistem Pentadbiran Negara" serta "Pengenalan Kepada Perkhidmatan Awam".
3. YBrs. Pn. Siti Shahida binti Ariffin, Ketua Penolong Pengarah (Perkhidmatan), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah menyampaikan slot * "Gaji, Elaun dan Kemudahan".
4. YBrs. En. Nik Hakeem Arif bin Hasnan, Penolong Pengarah (Perkhidmatan), Bahagian Pengurusan
Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Slot **Urusan Perkhidmatan & Faedah Persaraan**
5. YBrs. Pn. Norhayati binti Muhamad, Penolong Pengarah Kanan (Psikologi), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah menyampaikan slot "Pembangunan Sahsiah Diri (Ujian Psikologi)"serta โ Pengurusan Kewangan Peribadiโ.
6. YBrs. En. Muhammad Zuhairi bin Azman, Penolong Pengarah (Prestasi dan Tatatertib), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah menyampaikan slot "Tatakelakuan dan Tatatertib Perkhidmatan Awam".
7. YBrs. Pn. Nur Diana binti Zakaria, Penolong Pengarah (Pembangunan Modal Insan), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah menyampaikan slot "Integrasi Kumpulan / LDK".
8. YBrs. En. Nik Abdul Basiir bin Nik Ab Rahman, Penolong Pengarah (Pembangunan Modal Insan), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah menyampaikan slot "Latihan Dalam Perkhidmatan Awam".
9. YBrs. Tuan Haji Mohd Ridzuan bin Sulaiman, Timbalan Pengarah (Pengurusan), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan telah menyampaikan slot"Pengurusan Integriti".
10. YBrs. Puan Wan Siti Junaida binti Ismail, Penguasa Kanan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kelantan telah menyampaikan slot "Pengurusan Rasuah".
11. Al-Fadil Ustaz Abdul Rahman bin Mat Sulaiman, Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan telah menyampaikan slot "Pengurusan Pelanggan".
12. YBrs. En. Mohamed Safaruddin bin Ismail, Pegawai Tadbir (Protokol), Pejabat Sultan Kelantan telah menyampaikan slot "Etiket dan Keterampilan Diri".
13. Al-Fadil Ustaz Zulkifli bin Mat Yusof, Timbalan Pengarah, Institut Pemikiran Tok Guru Dato' Bentara Setia (IPTG) telah menyampaikan slot "Membangun Bersama Islam".
14. YBrs. En. Nur Muhd Fitri bin Abd Ghani,Penolong Pegawai Keselamatan, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Kelantan telah menyampaikan slot "Pengurusan Keselamatan Perlindungan".
15. YBrs. Pn. Azizan binti Aziz, Pegawai Kebajikan Masyarakat Jajahan Bachok telah menyampaikan slot "Orang Kurang Upaya (OKU) Dalam Perkhidmatan Awam".
BPSM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penceramah atas perkongsian ilmu, pengalaman dan komitmen yang telah diberikan sepanjang program ini berlangsung.
Semoga Program Transformasi Minda (PTM) Bil. 1/2026 ini berjaya melahirkan penjawat awam yang berpengetahuan, berintegriti, beretika serta sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan Negeri Kelantan.
** **
** **
** **
** **
** **