Pejabat MARA Kota Bharu

Pejabat MARA Kota Bharu PEJABAT MARA DAERAH KOTA BHARU
Waktu Operasi
Ahad-Rabu (8.00 AM - 5.00 PM)
Khamis (8.00 AM - 3.30 PM)

𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍  TARIKH:28 April 2025 (Isnin)MASA:2.00 Petang – 3.00 PetangTEMPAT:Bangunan PERKE...
29/04/2025

𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍
TARIKH:
28 April 2025 (Isnin)
MASA:
2.00 Petang – 3.00 Petang
TEMPAT:
Bangunan PERKESO, PT304-307, Seksyen 22, Jalan Kota Darul Naim, Kota Bharu, Kelantan
ANJURAN:
PERKESO dengan kerjasama Pejabat MARA Daerah Kota Bharu
𝐎𝐁𝐉𝐄𝐊𝐓𝐈𝐅 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌:
Memberi pendedahan kepada peserta tentang peranan MARA dalam membangunkan usahawan tempatan.
Meningkatkan kefahaman peserta terhadap peluang bantuan keusahawanan yang ditawarkan oleh MARA.
Menjalin kerjasama strategik antara MARA, PERKESO dan agensi berkaitan keusahawanan.
𝐆𝐎𝐋𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐒𝐀𝐑
Seramai 47 orang peserta terdiri daripada:
Wakil PERHEBAT
Wakil GIATMARA
Usahawan awam tempatan
𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌
Program ceramah ini bertujuan memberi pendedahan menyeluruh kepada peserta mengenai peranan MARA dalam membangunkan usahawan melalui pelbagai inisiatif seperti pembiayaan, latihan, dan sokongan teknikal. Kehadiran peserta menunjukkan minat yang tinggi terhadap peluang keusahawanan yang ditawarkan. Program ini juga menjadi platform kerjasama antara agensi kerajaan dalam memacu pembangunan ekonomi tempatan melalui keusahawanan.
𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏
Program ini berjalan dengan lancar dan mendapat maklum balas positif daripada para peserta. Diharapkan kerjasama strategik seperti ini dapat diteruskan untuk manfaat komuniti usahawan yang lebih luas di masa hadapan.

𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐈𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐁 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍 (𝐊𝐔𝐖𝐀𝐊) 𝐃𝐈 𝐓𝐈𝐍𝐆𝟏, 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀, 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐓𝐔𝐀...
09/03/2025

𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐈𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐁 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍 (𝐊𝐔𝐖𝐀𝐊) 𝐃𝐈 𝐓𝐈𝐍𝐆𝟏, 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀, 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆.

Sesi Taklimat Pembiayaan MARA 06 Mac 2025 pada Hari Khamis kepada Usahawan Wanita Kelantan seramai 30 orang.
Penerangan berkaitan dengan pembiayaan dan usahawan kemudahan-kemudahan yang disediakan seperti pembiayaan Skim Putra, SEMAi, PUTEK, SPiM, MYusahawan, MYPremis.

Taklimat telah disampaikan oleh Penolong Pegawai MARA Daerah Kanan, Kota Bharu Puan Norjuliana Binti Jusoh. Turut serta dalam majlis ialah Penasihat Kelab Puan Nor Ariati Salleh dan Puan Zulna Hashim Group CEO Taman Emas Malaysia, Akademi Emas Malaysia, dan Iman Gold & Jewellery.

Kepada peserta Usahawan Wanita diucapkan selamat mengikuti kursus dengan jayanya dan mendapat ilmu serta kemahiran yang berguna sepanjang mengikuti kursus di Taman Emas Malaysia yang dianjurkan oleh KUWAK.





𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗛𝗔𝗦𝗜𝗟𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗦𝗨𝗧 𝗝𝗘𝗡𝗔𝗠𝗔 𝗧𝗘𝗠𝗣𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗠𝗔𝗥𝗧𝗔𝗕𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗡𝗜 𝗪𝗔𝗥𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗬𝗨 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗟𝗔𝗦𝗜𝗞.Sniika merupa...
30/10/2024

𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗛𝗔𝗦𝗜𝗟𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗦𝗨𝗧 𝗝𝗘𝗡𝗔𝗠𝗔 𝗧𝗘𝗠𝗣𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗠𝗔𝗥𝗧𝗔𝗕𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗡𝗜 𝗪𝗔𝗥𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗬𝗨 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗟𝗔𝗦𝗜𝗞.

Sniika merupakan sebuah perniagaan yang diusahakan oleh usahawan muda, Puan Nurzatil Aqmar binti Ab Rahman. Sniika merupakan kasut jenama tempatan yang membawa semangat seni dan warisan melayu.

Sniika bukan sahaja menawarkan rekaan kasut yang menarik, tetapi juga menonjolkan keunikan dan keindahan seni tradisional melayu. Dengan menggunakan teknik dan motif yang diilhamkan dari budaya kita, setiap pasang kasut sniika adalah karya yang memperkayakan identiti tempatan.

Dengan bantuan dan sokongan oleh pihak MARA, melalui skim pembiayaan SPIM dan Geran Pemasaran Digital, usahawan mampu untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran dan memperluaskan pasaran melalui media social. Semoga perniagaan Sniika akan lebih dikenali dan terus maju pada masa hadapan.

MARA Negeri Kelantan
MAJLIS AMANAH RAKYAT
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
Bahagian Pembangunan Usahawan MARA


Jom warga Kok Lanas dan sekitar!!! Jangan lepaskan peluang untuk bersama meriahkan Program Promosi Penyewa Arked MARA Ko...
28/10/2024

Jom warga Kok Lanas dan sekitar!!! Jangan lepaskan peluang untuk bersama meriahkan Program Promosi Penyewa Arked MARA Kok Lanas pelbagai aktiviti dan promosi menarik untuk semua!

🗓️ 𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 : 𝟮𝟵 & 𝟯𝟬 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟰
🕘 𝗠𝗮𝘀𝗮 : 𝟵.𝟬𝟬 𝗽𝗮𝗴𝗶 - 𝟰.𝟬𝟬 𝗽𝗲𝘁𝗮𝗻𝗴
📍 𝗟𝗼𝗸𝗮𝘀𝗶 : 𝗔𝗿𝗸𝗲𝗱 𝗠𝗔𝗥𝗔 𝗞𝗼𝗸 𝗟𝗮𝗻𝗮𝘀

PAKAT MAGHI RAMAI-RAMAI!!!

MAJLIS AMANAH RAKYAT
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah

Jom meriahkan Program Promosi Premis di Arked MARA Kok Lanas pada 29-30 Oktober 2024. Pelbagai aktiviti menarik disediak...
27/10/2024

Jom meriahkan Program Promosi Premis di Arked MARA Kok Lanas pada 29-30 Oktober 2024. Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti Jualan Rahmah (MADANI), kaunter khidmat pelanggan dan banyak lagi aktiviti menarik menanti anda.

🗣️Jangan lepaskan peluang untuk datang beramai-ramai ke booth yang disediakan bagi mendapatkan khidmat nasihat berkaitan Program Pendidikan (Pinjaman Pelajaran MARA dan Promosi kemasukan ke Institusi Pendidikan MARA (IPMA). Khidmat Nasihat Pengurusan Kredit (semakan dan bayaran balik pinjaman MARA), program keusahawan MARA (Latihan Keusahawanan, Ruang Niaga dan Pembiayaan Perniagaan).

Jom Jom Jom ! Jangan lupa datang! Jumpa anda di sana!
Karnival Promosi Premis Perniagaan MARA

📍 𝐀𝐫𝐤𝐞𝐝 𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐨𝐤 𝐋𝐚𝐧𝐚𝐬, 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐧𝐭𝐚𝐧
📅 𝟐𝟗 𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟑𝟎 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒

𝙅𝙤𝙢 𝙙𝙖𝙩𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙚𝙧𝙖𝙢𝙖𝙞-𝙧𝙖𝙢𝙖𝙞!

MARA Negeri Kelantan
MAJLIS AMANAH RAKYAT
Bahagian Infrastruktur Komersial MARA

𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐔𝐋𝐔𝐑𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑 𝐑𝐈𝐁𝐀 𝐃𝐈𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐒𝐊𝐈𝐌 𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐄𝐇𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐀𝐒𝐍𝐀𝐅KOTA ...
27/10/2024

𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐔𝐋𝐔𝐑𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑 𝐑𝐈𝐁𝐀 𝐃𝐈𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐒𝐊𝐈𝐌 𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐄𝐇𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐀𝐒𝐍𝐀𝐅

KOTA BHARU, 27 Oktober 2024 (Ahad) - Bantuan komputer riba telah dihulurkan kepada Nur Laila Najwa binti Zulkepli, pelajar semester 3, Diploma in Islamic Banking and Finance dan Mohamad Iskandar Muharam bin Ah Wang, pelajar semester 1, Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak KPTM Kota Bharu. Bantuan bertujuan membekalkan mereka inspirasi untuk terus belajar supaya menjadi pelajar yang cemerlang dan membantu meringankan beban pengajian demi memastikan kejayaan pada masa hadapan.

Kedua-dua pelajar tersebut memanjatkan kesyukuran dan terima kasih di atas sumbangan yang diterima dan berjanji akan memanfaatkan sebaiknya untuk keperluan pendidikan sehingga tamat pengajian.

Bantuan disempurnakan oleh Encik Mohd Faisal bin Mohd Hasan, Pegawai MARA Daerah Kota Bharu. Turut bersama YM Haji Raja Izuddin bin Haji Raja Ahmad (Pengarah KPTM Kota Bharu) dan En. Nik Ahmad Kamil bin Nik Azhar (Pegawai Perhubungan Pendidikan YPM Negeri Kelantan). Pihak kampus menzahirkan jutaan penghargaan atas bantuan pembangunan insan YPM tersebut.

Moga dengan bantuan murni ini menjadikan kedua-dua pelajar tersebut untuk terus kompetitif yang holistik, menjadikan mereka pelajar harapan wakil pertiwi seterusnya menyokong pembangunan sosioekonomi bagi mengubah nasib keluarga kepada yang terbaik.

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
MAJLIS AMANAH RAKYAT
MARA Negeri Kelantan
Yayasan Pelajaran Mara




𝗔𝗞𝗜𝗙𝗖𝗔𝗙𝗘 𝗧𝗘𝗠𝗕𝗨𝗦𝗜 𝗣𝗔𝗦𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗟𝗨𝗔𝗥 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔Akifcafe Coffee Industries Sdn. Bhd. merupakan syarikat pengeluar produk kopi pracam...
09/10/2024

𝗔𝗞𝗜𝗙𝗖𝗔𝗙𝗘 𝗧𝗘𝗠𝗕𝗨𝗦𝗜 𝗣𝗔𝗦𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗟𝗨𝗔𝗥 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔

Akifcafe Coffee Industries Sdn. Bhd. merupakan syarikat pengeluar produk kopi pracampuran yang telah berjaya menembusi pasaran di UAE, Qatar dan Kuwait yang mempunyai 75 outlet.

Walaupun mendapat persaingan sengit dari jenama-jenama kopi besar yang lain, tetapi produk Akifcafe sentiasa menjadi salah satu pilihan pengguna untuk menikmati minuman kopi.

Sepanjang 12 tahun penubuhan syarikat, pelbagai pencapaian dan anugerah telah diterima oleh Akifcafe. Antaranya Anugerah Usahawan MARA Kelantan 2017, Anugerah Ikon Usahawan Harapan KPDNKK 2017, Anugerah Usahawan Harapan Kebangsaan SDSI 2016 serta banyak lagi anugerah yang telah diterima.

Melalui Program Gate to Global yang telah dilaksanakan oleh MARA, terbukti berjaya membantu usahawan Bumiputera untuk menembusi pasaran global.

Semoga perniagaan Akifcafe akan terus maju dengan membawa produk tempatan ke pasaran antarabangsa.

MAJLIS AMANAH RAKYAT
MARA Negeri Kelantan
Bahagian Pembangunan Usahawan MARA
PUSMA Negeri Kelantan
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah



𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐌𝐀𝐓𝐑𝐈𝐊𝐔𝐋𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒MARA Daerah Kota Bharu telah menyertai booth bersempena Karni...
07/10/2024

𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐌𝐀𝐓𝐑𝐈𝐊𝐔𝐋𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒

MARA Daerah Kota Bharu telah menyertai booth bersempena Karnival Pendidikan Kerjaya Kolej Matrikulasi Kelantan 2024.
Program berlangsung selama 2 hari pada 3 dan 4 Oktober 2024 di Kolej Matrikulasi Kelantan yang turut melibatkan beberapa jabatan, agensi.

Di booth MARA menawarkan perkhidmatan khidmat nasihat keusahawanan dan informasi pendidikan serta peluang melanjutkan pendidikan di Institusi Pendidikan MARA (IPMa).

Terima kasih kepada pihak Kolej Matrikulasi Kelantan yang menjemput MARA untuk turut serta dalam karnival kali ini.

MARA Negeri Kelantan
MAJLIS AMANAH RAKYAT
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan

Malaysia MADANI





𝗣𝗘𝗥𝗕𝗜𝗡𝗖𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗪𝗨𝗝𝗨𝗗𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗥𝗔𝗡𝗗 𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗧𝗢𝗥 𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗦𝗬𝗔𝗥𝗜𝗞𝗔𝗧 𝗔𝗠𝗔𝗥 𝗔𝗠𝗥𝗔𝗡 𝗦𝗗𝗡. 𝗕𝗛𝗗Satu perbincangan bagi mewujudkan program brand ...
03/10/2024

𝗣𝗘𝗥𝗕𝗜𝗡𝗖𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗪𝗨𝗝𝗨𝗗𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗥𝗔𝗡𝗗 𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗧𝗢𝗥 𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗦𝗬𝗔𝗥𝗜𝗞𝗔𝗧 𝗔𝗠𝗔𝗥 𝗔𝗠𝗥𝗔𝗡 𝗦𝗗𝗡. 𝗕𝗛𝗗

Satu perbincangan bagi mewujudkan program brand operator oleh syarikat Amar Amran Sdn. Bhd yang bertujuan untuk memperkenalkan inisiatif terbaru meningkatkan keupayaan usahawan tempatan Bumiputera. Dalam taklimat tersebut, syarikat Amar Amran Sdn. Bhd menerangkan strategi pemasaran dan pengoperasian yang akan membantu usahawan mengembangkan perniagaan mereka.

Pemilik jenama Amar Amran akan memberi hak eksklusif kepada usahawan untuk menggunakan jenama, produk atau teknologi tersebut dalam perniagaan butik pakaian yang dijalankan. Satu model perniagaan yang inovatif dan strategik dalam satu ekosistem yang sihat yang membolehkan usahawan lain menjadi sebahagian daripada kejayaan jenama ini.

Pengarah MARA Negeri Kelantan, En. Fazli Rizal bin Ismail yang memberikan sokongan terhadap usaha ini dan menekankan pentingnya kerjasama antara agensi dan syarikat swasta dalam memajukan ekonomi setempat. Perbincangan juga merangkumi peluang perniagaan, pembiayaan dan latihan yang ditawarkan kepada usahawan.

Diharapkan program ini dapat dapat memberikan manfaat besar kepada komuniti usahawan Bumiputera serta meningkatkan daya saing mereka di pasaran dalam dan luar negara.

MAJLIS AMANAH RAKYAT
MARA Negeri Kelantan
Bahagian Pembangunan Usahawan MARA
PUSMA Negeri Kelantan
Bahagian Pembiayaan Perniagaan MARA


𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗨𝗟𝗜𝗗𝗨𝗥 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟 𝗔𝗡𝗝𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗪𝗔 𝗔𝗥𝗞𝗘𝗗 𝗠𝗔𝗥𝗔 𝗞𝗢𝗧𝗔 𝗕𝗛𝗔𝗥𝗨, 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗔𝗡Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1446H anjuran Pers...
03/10/2024

𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗨𝗟𝗜𝗗𝗨𝗥 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟 𝗔𝗡𝗝𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗪𝗔 𝗔𝗥𝗞𝗘𝗗 𝗠𝗔𝗥𝗔 𝗞𝗢𝗧𝗔 𝗕𝗛𝗔𝗥𝗨, 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗔𝗡

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1446H anjuran Persatuan Penyewa Arked MARA Kota Bharu, Kelantan telah berlangsung hari ini 3 Oktober 2024 dengan jayanya. Sambutan Maulidur Rasul merupakan salah satu acara rasmi penyewa Arked MARA Kota Bharu yang akan disambut setiap tahun.

Sambutan bukan sekadar memperingati hari ulang tahun kelahiran Rasullah SAW, malah ia menjadi wadah terbaik dalam menyantungi masyarakat meneladani sunnah Rasulullah SAW. Sambutan diakhiri dengan alunan selawat beramai-ramai yang dipimpin oleh En. Mohd Thalhah bin Ab.Llah

Turut memeriahkan majlis, Pengarah MARA Negeri Kelantan, En. Fazli Rizal bin Ismail, Pegawai MARA Daerah Kota Bharu, En. Mohd Faisal bin Hasan serta kakitangan Pejabat MARA Negeri Kelantan.

Semoga sambutan ini dapat menambah kecintaan kita kepada Nabi Muhammad SAW. Terima dan tahniah diucapkan kepada semua penyewa dan Usahawan Arked MARA Kota Bharu.

MAJLIS AMANAH RAKYAT
MARA Negeri Kelantan


𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐍𝐀𝐍 (𝐏𝐄𝐋𝐀𝐁𝐔𝐑𝐀𝐍) 𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐄 𝐏𝐑𝐄𝐌𝐈𝐒 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔, 𝐀𝐌𝐈𝐑𝐔𝐋 𝐘𝐔𝐒𝐎𝐅𝐅 𝐑𝐄𝐒𝐎𝐔𝐑𝐂𝐄𝐒YBhg. Encik Ya...
25/09/2024

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐍𝐀𝐍 (𝐏𝐄𝐋𝐀𝐁𝐔𝐑𝐀𝐍) 𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐄 𝐏𝐑𝐄𝐌𝐈𝐒 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔, 𝐀𝐌𝐈𝐑𝐔𝐋 𝐘𝐔𝐒𝐎𝐅𝐅 𝐑𝐄𝐒𝐎𝐔𝐑𝐂𝐄𝐒

YBhg. Encik Yahaya bin Sani, Pengarah Kanan (Pelaburan) MARA dan Encik Fazli Bin Rizal, Pengarah MARA Negeri Kelantan serta KPP PUSMA Hj. Mohd Rizalman dan KPP Pembiayaan En. Nazree Nasir telah mengadakan lawatan ke premis usahawan MARA Kota Bharu, Amirul Yusof Resources milik anak muda Muhammad Amirul Bin Yusoff di Plot 1672 Mukim Telok, Kampung Telok Panji, 16100 Kota Bharu, Kelantan.

Seorang anak muda dengan semangat keusahawan yang tinggi telah mengikut kursus Latihan Pembentukan Usahawan (LPU) yang dianjurkan oleh pihak MARA dan kini berjaya membangunkan sebuah perniagaan perabot yang cukup dikenali di Kelantan.
Kini syarikat beliau telah menawarkan pelbagai pilihan perabot yang moden dan berkualiti tinggi untuk memenuhi keperluan pelanggan.

Selain mengikuti kursus LPU, beliau juga telah mendapat kemudahan pembiayaan MARA dibawah skim Semai.
Diharapkan dengan sokongan yang berterusan dari pihak MARA ianya akan membuka ruang yang cukup luas kepada usahawan untuk memajukan perniagaan perabot yang diusahakan.




MARA Negeri Kelantan
MAJLIS AMANAH RAKYAT
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah

PEACE OF MIND 6.0Kunjungi kami pada 23 & 24 dan 25 September 2024 (Isnin, Selasa dan Rabu) di Pejabat MARA Daerah Kota B...
25/09/2024

PEACE OF MIND 6.0

Kunjungi kami pada 23 & 24 dan 25 September 2024 (Isnin, Selasa dan Rabu) di Pejabat MARA Daerah Kota Bahru, Kelantan.

Jom bincang.. InshaAllah hasilnya positif..




MAJLIS AMANAH RAKYAT
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
Malaysia MADANI

Address

Wakaf Che Yeh
Kota Bharu
15200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097412021

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat MARA Kota Bharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat MARA Kota Bharu:

Shortcuts

Share